Ijarah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

‫أكاديمية الدراسات اإلسالمية‬ ‫جامعة مااليا‬



IPEM3310 Transaksi Kewangan Islam Semasa (Modern Islamic Financial Transactions) Tajuk: Aplikasi Al-Ijarah Dalam Kewangan Islam serta Isu-isu yang Timbul NO.



NAMA



1.



ABDUL RAZAK BIN DALI



2.



MUHAMMAD IEZZAT FAHMI MOHAMMAD JAFNI AHMAD SAIFUDDIN BIN CHE ABDULLAH



3. 4.



ABDUL AZIM BIN ZAKARIA



Instructor: Dr. Fadillah Bt Mansor



Semester 1 2017/2018



NO MATRIK IEM140001 IEM140011 IEM140005 IEM 130001



ISI KANDUNGAN



PENDAHULUAN .......................................................................................................................... 3 AL-IJARAH .................................................................................................................................... 4 DEFINISI AL-IJARAH .................................................................................................................. 4 DASAR HUKUM IJARAH ............................................................................................................ 6 RUKUN IJARAH ......................................................................................................................... 10 SYARAT-SYARAT PIHAK BERKONTRAK ............................................................................ 11 SYARAT-SYARAT SIGHAH ..................................................................................................... 11 SYARAT-SYARAT OBJEK SEWAAN DAN MANFAAT ....................................................... 12 SYARAT UJRAH (BAYARAN SEWAAN) ............................................................................... 12 JENIS-JENIS IJARAH SECARA UMUM .................................................................................. 13 PENAMATAN AKAD AL-IJARAH ........................................................................................... 14 KAEDAH PENETAPAN KADAR SEWAAN TETAP DAN BOLEH UBAH .......................... 14 PANDANGAN ULAMA SEMASA TERHADAP APLIKASI IJARAH ................................... 16 APLIKASI IJARAH DALAM PRODUK PEMBIAYAAN ISLAM ........................................... 17 PEMBIAYAAN IJARAH SECARA UMUM. ............................................................................. 17 PENGGUNAAN AL-IJARAH THUMMA AL-BAI` DALAM PEMBIAYAAN KENDERAAN ....................................................................................................................................................... 19 MUSHARAKAH MUTANAQISAH (PERKONGSIAN MENURUN) ...................................... 27 SUKUK AL-IJARAH ................................................................................................................... 28 IJARAH MAWSUFAH FI AL-DHIMMAH ................................................................................ 29 IJARAH MUDHAFAH ILA MUSTAQBAL............................................................................... 31 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 34 RUJUKAN .................................................................................................................................... 35



PENDAHULUAN Muamalat Maliah atau muamalat berkaitan harta dalam Islam menekankan penggunaan konsep-konsep syariah yang sedia digunakan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat sehinggalah kepada kontrak-kontrak hibrid (gabungan/campuran) yang digunakan pada masa sekarang. Kontrak-kotrak tersebut antaranya adalah Mudharabah (Perkongsian Untung), Murabahah (Kos Tambah Untung), Wadiah (Simpanan), Musyarakah (Usaha Sama), al-Bay‘ Bithaman Ajil (BBA) (Jualan dengan Pembayaran ditangguhkan), Wakalah (Agensi), al-Qard alHasan (Pinjaman Ihsan), Ijarah Thumma al-Bay‘ (AITAB-Sewa Beli), Bay‘ al-‘Inah (Perjanjian Jual dan Beli Balik), Hibah (Hadiah) dan beberapa lagi instrumen syariah yang diguna pakai oleh industri perbankan di Malaysia berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Islam pada dasarnya memperkenalkan konsep ini sebagai alternatif kepada umatnya bagi mengelakkan dari terlibat dengan muamalat ribawi, gharar dan sebarang ketidakadilan dalam muamalat. Pembentukan sesuatu kontrak muamalat perlu berhati-hati agar tidak terlibat dengan larangan disebutkan atau supaya tidak timbul isu dua kontrak dalam satu kontrak. Seperti yang sedia maklum, akad perpindahan atau dikenali sebagai uqud mua’wadhat merupakan salah satu daripada sebab yang membolehkan seseorang Muslim itu memiliki sesuatu harta secara sempurna. Bahkan, inilah cara yang paling terkenal dalam hal penukaran pemilikan harta seseorang Muslim masa kini. Terdapat pelbagai jenis akad dalam muamalat Islam yang mana pada masa kini kita amat memerlukannya dalam setiap urusan antara sesama manusia seperti yang disebut tadi. Ia termasuklah untuk mendapatkan dana yang diharuskan syarak. Pemilikan aset melalui instrumen pembiayaan berasaskan kontrak ijarah (sewa) merupakan suatu kaedah pembiayaan yang popular di institusi perbankan Islam Malaysia. Kontrak ijarah telah diinovasikan dan diaplikasikan sebagai salah satu kaedah pembiayaan pemilikan aset. Pembiayaan hartanah, kenderaan, projek pembiayaan, projek peribadi dan produk berstruktur adalah antara produk di bawah inovasi ijarah. Sebagai suatu produk perbankan Islam, pembiayaan secara ijarah mestilah mematuhi prinsip-prinsip Syariah yang berkaitan.



AL-IJARAH Al-ijarah merupakan salah satu cara untuk mendapatkan dana yang halal dalam proses muamalat Islam. Antara contoh produk-produk atau aplikasi yang menggunakana asas kontrak ijarah ialah al-ijarah thumma al-bai’, al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik, dan al-ijarah al-ma’lumah. Kita dapat lihat pada asas dalaman kontrak ijarah ia merupakan urus niaga muamalat yang melibatkan perkara atau harta yang tidak nampak tetapi dapat dimanfaatkan. Dengan kata lain, ia boleh dipanggil juga sebagai jual beli manfaat. Walaubagaimananpu, dalam Islam, terdapat cara-cara tertentu untuk menjadikan sesuatu kontrak yang diurus niaga itu menepati syariat dan tuntutan syarak serta sah di sisi Islam.



DEFINISI AL-IJARAH Perkataan Ijarah dari segi bahasa ianya berasal dari perkatan )‫ يأجر – أجر‬- ‫ أجرا‬- ‫ (إجارة‬yang bermaksud sesuatu yang diberikan sebagai ganjaran kepada sesuatu perbuatan1. Dari segi bahasa, al-ijarah berasal dari perkataan al-ajr atau al-ujrah yang membawa makna balasan atas kerja atau pahala (Ibn Manzur,1956). Al-ujrah ialah harga sebagai ganti kepada manfaat atau faedah iaitu sewa yang dibayar kerana menggunakan sesuatu. Dari segi istilah fiqh pula terdapat pelbagai pandangan makna dari fuqaha seperti sesuatu akad yang membawa pemindahan hak milik manfaat dengan bayaran tertentu. AAOIFI telah mendefinisikan Ijarah sebagai pemilikan manfaat yang dibenarkan yang diketahui pada satu tempoh yang diketahui dengan bayaran (iwadh) yang diketahui dan dibenarkan oleh Syarak. Fuqaha Hanafi memberi makna al-ijarah sebagai akad yang dilakukan ke atas manfaat sesuatu dengan tukaran atau bayaran (al-Sarakhsi,1978). Akad ke atas manfaat mengikut syarak terdapat dua jenis iaitu al-‘ariyyah atau dalam bahasa mudahnya ialah pinjaman di mana ia berlaku tanpa bayaran dan yang kedua ialah al-ijarah yang melibatkan bayaran. Fuqaha Syafie mendefinisikan al-ijarah sebagai suatu akad yang dilakukan ke atas manfaat yang dimaklumi, yang harus dan menerima pertukaran dengan bayaran yang diketahui.



1



Al-Fairuz Abadi, Al-Qamus al-Muhit, Muassasah al-Risalah, Beirut, 2003, 342 ‫ ؛‬Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, Dar Sadir, Beirut, 1990, j.4,10.



Fuqaha Maliki pula membawa erti al-ijarah sebagai suatu akad untuk memiliki manfaat sesuatu benda yang harus selama tempoh tertentu dengan sesuatu tukaran atau bayaran. (Ibn Rusyd, 1981). Manakala perkataan Karaa (‫ ) كراء‬pula digunakan dengan manfaat yang hasilnya dari sesuatu manfaat yang tak dapat di pindah seperti harta tanah, rumah dan termasuk juga sesuatu manfaat yang dapat dipindah khususnya kapal dan binatang. Fuqaha Hanbali mendefinisikan al-ijarah sebagai akad ke atas manfaat yang harus dan diketahui sama ada daripada ‘ain tertentu atau disifatkan pada tanggungan selama tempoh tertentu atau kerja tertentu dengan satu tukaran atau bayaran (Ibn Qudamah,1981)



Daripada keempat-empat pandangan dan definisi tersebut, antara beberapa perkara yang dapat diambil kira sebagai isi penting dalam akad al-ijarah ialah: 1. Suatu akad yang menyebabkan pemindahan hak manfaat, bukan hak milik. 2. Ia merupakan akad pertukaran, iaitu pertukaran antara manfaat benda dengan bayaran. 3. Ia terikat dengan masa dalam penggunaan manfaat.



DASAR HUKUM IJARAH Al-ijarah dalam bentuk sewa menyewa mahupun dalam bentuk upah mengupah merupakan muamalah yang telah disyariatkan dalam Islam. Hukum asalnya menurut Jumhur Ulama adalah mubah atau boleh bila dilaksanakan sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan oleh syara’. Berdasarkan ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi dan ketetapan Ijma’ Ulama’. Dalil daripada Al-Quran: Surah al-Zukhruf : 32



Ertinya: Apakah mereka yang membagi-bagikan rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebagian mereka atas sebagaian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.



Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah memberikan kelebihan sebagian manusia atas sebagian yang lain, agar manusia itu dapat saling membantu antara yang satu dengan yang lainnya, salah satu caranya adalah dengan melakukan akad ijarah (upah-mengupah), karena dengan akad ijarah itu sebagian manusia dapat mempergunakan sebagian yang lain.



Surah al-Baqarah : 233



Ertinya : Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, tidak dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kepada Allah; dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.



Dari ayat di atas dapat difahami bahwa tidaklah menjadi halangan sama sekali kalau memberikan upah kepada perempuan lain yang telah menyusukan anak yang bukan ibunya. Menurut Qatadah dan Zuhri, boleh menyerahkan penyusuan itu kepada perempuan lain yang disukai ibunya atau ayahnya atau dengan melalui jalan musyawarah. Jika telah diserahkan kepada perempuan lain maka biayanya yang sesuai menurut kebiasaan yang berlaku, hendaklah ditunaikan.



Surah al-Qashash : 26



Ertinya: Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: Hai ayahku! Ambilah ia sebagai orang yang bekerja pada (kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) adalah orang yang kuat lagi dapat dipercaya.



Dari ayat di atas dapat difahami bahwa di dalam ayat di atas disyaratkan adanya imbalan atau upah mengupah atau memperkerjakan orang lain yang punya keahlian dibidangnya.



Beberapa hadits yang mendasari hukum ijarah adalah: 1- Hadits riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW bersabda.



ُ ‫َّللا صلى هللا عليه وسلم أ َ ْع‬ ‫سو ُل ه‬ ‫ع ْب ِد ه‬ ‫ع َرقُهُ (رواه‬ ُ ‫َّللاِ ب ِْن‬ ُ ‫ قَا َل َر‬:َ‫ع َم َر قَال‬ ‫ير أَجْ َرهُ قَ ْب َل أ َ ْن يَ ِج ه‬ َ ‫ف‬ َ ‫ع ْن‬ َ َ ‫طوا األ َ ِج‬ )‫ابن ماجه‬ Ertinya: “Dari Abdillah bin Umar ia berkata: Berkata Rasulullah SAW: Berikan upah kepada pekerja sebelum keringatnya kering” (H.R Ibnu Majah).



Hadits di atas menjelaskan tentang ketentuan pembayaran upah terhadap orang yang dipekerjakan, iaitu Nabi sangat menganjurkan agar dalam pembayaran upah itu hendaklah sebelum keringatnya kering atau setelah pekerjaan itu selesai dilakukan. 2- Kemudian hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a ia berkata:



‫ احتجم النبى صل هللا عليه وسلم واعطى‬:‫حدثنا ابن طاوس عن أبيه عن ابن عباس رضي هللا عنهما قال‬ ) ‫الحجام اجره (رواه البخاري‬



Ertinya: “Hadist dari Ibnu Thawus dari ayahnya dari Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Nabi S.A.W pernah mengupah seorang tukang bekam kemudian membayar upahnya”. (H.R Bukhari)



Dari hadis di atas dapat difahami bahawa Nabi menyuruh untuk membayar upah terhadap orang yang telah dipekerjakan. Dari hal ini juga dapat difahami bahawa Nabi membolehkan untuk melakukan transaksi upah mengupah.



Ijma’ Mengenai kebolehan ijarah para ulama sepakat tidak ada seorang ulama pun yang membantah kesepakatan (ijma’) ini, sekalipun ada di antara mereka yang berbeza pendapat, akan tetapi hal itu tidak ditanggapi. Jelaslah bahawa Allah SWT telah mensyari’atkan ijarah ini yang tujuannya untuk kemaslahatan ummat, dan tidak ada larangan untuk melakukan kegiatan ijarah.



RUKUN IJARAH Terdapat dua pendapat Fuqaha mengenai rukun Ijarah seperti berikut: Pendapat fuqaha mazhab Hanafi mereka berpendapat bahawa rukun Ijarah adalah Sighah, Sighah yang terdiri daripada tawaran pemberi sewa (Ijab) dan penerimaan (Qabul) penyewa2. Manakala Jumhur dari Fuqaha mazhab Maliki, Syafi’i dan Hambali berpendapat bahawa terdapat 3 rukun Ijarah secara keseluruhan dan enam secara terperinci seperti berikut: 1- Sighah: terdiri daripada tawaran pemberi sewa (Ijab) dan penerimaan (Qabul) penyewa. 2- Mu’ajir dan Musta’jir: meliputi pihak-pihak yang beraqad pemberi sewaan (mu’ajir) dan penyewa (musta’jir). 3- Manfaat dan Ujrah: meliputi manfaat yang akan digunakan oleh penyewa dan bayaran sewaan ke atas penggunaan manfaat tersebut.



Sebagai huraian ringkas kepada rukun-rukun di atas, terdapat beberapa syarat yang telah digariskan oleh fuqaha diantaranya:



2



Al-Haskafi, al-Dur al-Muhtar Hashiyah Rad al-Muhtar, Dar al-Fikr, Beirut,1992, j6, 5.



SYARAT-SYARAT PIHAK BERKONTRAK Secara umumnya pihak-pihak yang berkontrak disyaratkan mempunyai ciri ahliyyah yang merujuk kepada kelayakan seseorang untuk menuntut sesuatu hak yang mesti ditunaikan oleh pihak lain kepadanya dan juga tanggungjawab menunaikan hak terhadap pihak lain. Menurut konteks feqah ia adalah ahliyyah al-ada3



Antara syarat-syarat bagi pihak yang berkontrak adalah: a) Ahmad iaitu seorang yang mampu untuk mentadbir hartanya dengan baik. Ia bukanlah dungu dan dibekukan hartanya4. b) Mumaiyiz iaitu seorang yang dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Bagi seorang kanak-kanak yang telah mencapai tahap mumaiyiz ini, status segala transaksi kewangannya bergantung kepada keizinan walinya. c) Kontrak dilakukan oleh pemilik atau wakilnya. d) Atas pilihan dan kerelaan diri sendiri5



SYARAT-SYARAT SIGHAH Sighah yang terdiri daripada ijab dan qabul akan diterima apabila ia terjadi dalam apa juga bentuk, sama ada perkataan, perbuatan atau sesuatu yang diterima pakai oleh urf setempat.6 Berdasarkan majoriti ulama yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Imam Nawawi daripada mazhab Syafie bahawa kontrak Ijarah secara mu‟atah adalah berunjuk-unjuk tanpa perkataan yang jelas adalah diharuskan. Menurut mereka apa yang penting adalah persetujuan dan keredhaan pihak-pihak yang berkontrak dapat tercapai.



3



Dr. Abdul Wahab Abu Sulayman, Aqd al-Ijarah : Masdar min Masadir al-Tamwil al-Islamiyyah, IDB, Jeddah, 1992, h. 22 Dr. Muhammad Yusuf Musa, Al-Amwal wa Nazariyyah al-Aqd fi al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr al-Arabi, Cairo, 1996, h. 298 5 Abdul Wahab Abu Sulayman, Al-Ijarah, h. 22-23 6 Abdul Wahab Abu Sulayman, Al-Ijarah, h. 24 4



SYARAT-SYARAT OBJEK SEWAAN DAN MANFAAT Oleh kerana manfaat adalah suatu keadaan yang bergantung kepada sesuatu perkara yang lain, maka beberapa syarat telah diwujudkan terhadap objek sewaan yang boleh digunakan manfaatnya. Jika dilihat pada karya-karya feqah silam, fuqaha (berdasarkan kepada urf zaman tersebut) telah meletakkan syarat bahawa objek sewaan mestilah di dalam bentuk ayn asset ketara. Namun jika dilihat pada perkembangan fiqah Islam, majoriti ulama semasa telah mengharuskan hak ekonomi dalam harta intelek. Dalam erti kata yang lain harta intelek yang berbentuk intangible atau manfaat boleh dijual beli, disewa dan seumpamanya. Perkembangan ini amat menarik dalam membangunkan produk-produk kewangan Islam yang berbentuk intangible atau manfaat menurut prinsip Ijarah Secara umumnya syarat-syarat yang telah digariskan terhadap objek sewaan a) Mampu menyerahkan objek sewaan itu b) Objek sewaan tetap kekal selepas penggunaan manfaat c) Objek sewaan itu boleh memberi manfaat kepada penyewanya d) Mengetahui objek sewaan dengan tepat e) Hak milik objek sewaan adalah milik pemberi sewa sepanjang tempoh sewaan. Justeru sebarang bentuk kos penyelenggaraan dan kerosakan akan ditanggung oleh pemilik asal melainkan jika ianya disebabkan oleh kecuaian penyewa. Manakala syarat manfaat pula ialah a) Diketahui sama ada dari segi tempoh atau tujuannya b) Diharuskan oleh Syarak7



SYARAT UJRAH (BAYARAN SEWAAN) Fuqaha bersepakat dalam meletakkan syarat ujrah bahawa ia terdiri dalam kategori harta yang bernilai dan diketahui jumlahnya. Sehubungan dengan itu, fuqaha telah menggariskan satu



7



Ibnu Juzay, Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, Beirut : Dar al-Qalam, t.t., h. 181



kaedah bahawa setiap sesuatu yang boleh dijadikan sebagai bayaran harga dalam kontrak jual beli harus dijadikan sebagai bayaran sewaan.



JENIS-JENIS IJARAH SECARA UMUM Fuqaha telah membahagi Ijarah kepada beberapa bahagian yang umum iaitu al-Ijarah ala a’mal dan al-Ijarah ala ’ayn. Adapun Al- Ijarah ala a’mal yang mempunyai kaitan dengan pekerjaan atau perkhidmatan, yaitu mempekerjakan seseorang dengan upah sebagai pembayaran. Pihak yang mempekerjakan disebut musta’jir, pihak pekerja disebut ajir dan upah yang dibayarkan disebut ujrah. seperti menjahitkan pakaian, membangun rumah, dan lain-lain. Al-Ijarah ‘ala al-a’mal pula dibagi kepada dua jenis yaitu: 1. Ijarah Khusus ialah ijarah yang dilakukan oleh seseorang pekerja yang bekerja dan tidak boleh bekerja selain dengan orang yang telah memberinya upah. 2. Ijarah Musytarak ialah ijarah yang dilakukan secara bersama-sama atau melalui kerjasama dengan orang lain. Manakala al-Ijarah ala ’ayn iaitu sewaan kerana menggunakan manfaat sesuatu ’ayn yang dimiliki yang berhubungan dengan sewa ’ayn, iaitu memindahkan hak untuk memakai dari a’yan tertentu kepada orang lain dengan pembayaran upah sewa. Pihak yang menyewa dikenali sebagai musta’jir mankala pihak yang menyewakan disebut mua’jir dan upah sewa disebut ujrah seperti sewa rumah, kereta dan sebagainya.



PENAMATAN AKAD AL-IJARAH Akad Al-Ijarah boleh berakhir dengan beberapa keadaan berikut (al-Zuhayli, 1999): 1. Berakhirnya tempoh kontrak al-ijarah (sewaan)/ 2. Pihak yang berkontrak membatalkan akad atau kontrak secara sukarela. 3. Benda atau alatan yang disewa musnah. 4. Berlakunya kematian atau keuzuran serta kurangnya kelayakan pihak yang berkontrak.



KAEDAH PENETAPAN KADAR SEWAAN TETAP DAN BOLEH UBAH Menurut ketetapan Parameter Ijarah, jumlah sewaan adalah ditetapkan dan dipersetujui bersama dan tidak boleh berubah-ubah semasa dalam tempoh sewaan. Sebarang perubahan seperti mengikut piawaian kadar pasaran atau mana-mana indeks adalah tidak dibenarkan. Namun, semakan berkala terhadap jumlah sewaan boleh dibuat mengikut kadar pasaran atau apa-apa piawaian yang dipersetujui apabila berlakunya pembaharuan kontrak sewaan yang seterusnya. Ini bermakna, jika di dalam perjanjian kontrak ijarah menyatakan bahawa boleh diadakan semakan terhadap harga sewaan dari masa ke semasa, maka ia dibenarkan perubahan pada kadar sewa. Parameter Ijarah ini juga menyatakan bahawa jumlah sewaan boleh berubah-ubah berdasarkan asas harian atas piawaian yang dibuat dan diketahui serta dipersetujui kedua-dua belah pihak berkontrak. Kadar sewaan ini juga boleh berubah mengikut fasa-fasa tertentu jika sewaan bagi setiap fasa mestilah dipersetujui secara tetap ketika sewaan bermula. Pada peringkat awal perkembangan kewangan islam, sebahagian besar pembiayaan secara Islam adalah pada kadar tetap dan mempunyai tempoh matang yang panjang. Ini menyebabkan institusi kewangan Islam terikat kepada kadar keuntungan yang rendah dan menyukarkan untuk memberi pulangan yang memuaskan kepada para pelabur. Sehubungan dengan itu, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji model-model pembiayaan berkadar terapung atau boleh ubah yang boleh diterima pakai agar institusi kewangan Islam dapat menguruskan asset dan liabiliti dengan lebih berkesan dan dapat memberikan pulangan yang kompetitif kepada pelanggan. Antara model pembiayaan yang dikenal pasti menerima pakai kaedah kadar boleh ubah ini ialah kontrak pembiayaan yang berasaskan ijarah.



Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah memutuskan bahawa kadar sewa dalam kontrak Ijarah boleh diubah berdasarkan persetujuan awal untuk menyandarkan kadar sewa kepada suatu pemboleh ubah yang dipersetujui bersama dalam tempoh tertentu. Bagi mengelakkan wujudnya gharar (ketidakpastian), kaedah yang dipersetujui hendaklah dijelaskan semasa akad dimeterai. Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia telah meluluskan penggunaan kaedah penentuan kadar keuntungan terapung bagi pembiayaan ijarah sebagai suatu kesinambungan kepada pengenalan produk pembiayaan kadar boleh ubah yang pertama berasaskan konsep BBA yang dicapai oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2003. Tujuan memperkenalkan kaedah ini ialah untuk melindungi bank dan pelanggannya dari perubahan Base Lending Rate (BLR) atau kos dana yang ketara dalam pembiayaan ijarah berjangka panjang. Kadar keuntungan akan dikaji pada setiap selang masa tertentu sebagaimana dipersetujui oleh pemberi pajak dan pemajak dalam perjanjian pajakan. Pemajak akan dikenakan sewa mengikut kadar baru bagi setiap selang masa sepanjang tempoh pajakan. Kaedah penentuan keuntungan berdasarkan kadar terapung ini membawa kepada perubahan dari kadar asal kepada kadar sebenar. Kadar keuntungan sebenar akan ditentukan berdasarkan kadar keuntungan berubah sepanjang tempoh pajakan. Mekanisme kadar boleh ubah secara islam yang dibentuk oleh Bank Negara Malaysia bertujuan untuk mengurangkan risiko ketakpadanan dalam perbandanan institusi kewangan islam kerana pembiayaan jangka pendek mereka dibiayai deposit jangka pendek yang tidak tetap kadar pulangannya. Memandangkan pihak bank menetapkan kadar keuntungan pembiayaan bagi suatu tempoh yang panjang, kenaikan kadar pasaran boleh menimbulkan kesulitan kepada institusi perbankan Islam untuk memberikan kepuasan kepada pendeposit. Aliran pendapatan daripada pembiayaan tetap terikat pada kadar keuntungan yang tetap dan secara relatifnya lebih rendah sekiranya kadar terapung pinjaman konvensional. Kaedah pembiayaan baru ini adalah produk lindung nilai bagi menangani isu pendedahan ketara dalam system dwi-perbankan. Setelah diperhalusi, jelas bahawa kebenaran untuk menjadikan kadar sewaan sebagai satu bayaran yang boleh ubah atau fleksibel ini dibuat atas dasar keperluan dan juga maslahah terutamanya kepada institusi kewangan islam dan juga para pelabur bagi memastikan keuntungan dalam pembiayaan dan juga pelaburan mereka. Pelaksanaan kadar boleh ubah ini hanya boleh



dibuat jika ianya telah dimaklumkan dan dipersetujui antara pihak berkontrak semasa perjanjian dimeterai. Jika ianya tidak dipersetujui dalam kontrak, maka ianya tidak boleh dilaksanakan.



PANDANGAN ULAMA SEMASA TERHADAP APLIKASI IJARAH Secara umumnya, sewaan tanpa berlaku perpindaan hak milik aset sewaan (operating lease / Ijarah tashghiliah) adalah menepati ciri-ciri prinsip Ijarah seperti yang dibincangkan oleh ulama masa lalu dengan syarat-syarat sewaan tersebut selari dengan prinsip Syariah dan tidak melibatkan aktiviti yang bercanggah dengan prinsip Syariah seperti menyewakan premis untuk tujuan perjudian. Bagi sewaan berbentuk kewangan atau sewaan yang berakhir dengan pemilikan (finance lease / Ijarah tamwiliah), ia tidak dibincangkan oleh ulama silam secara khusus. Ulama semasa menganggapnya sebagai salah satu bentuk umur mustajaddat iaitu isu-isu baru yang timbul dan perlu kepada ijtihad. Ini adalah kerana sewaan kewangan akan berakhir dengan pemilikan aset oleh penyewa di akhir tempoh sewaan dan bentuk sebegini tidak dikenali dalam urus niaga masa silam. Menurut sejarah, sewaan kewangan adalah berasal daripada England yang kemudiannya berkembang ke tempat-tempat lain sebagai satu bentuk instrumen kewangan semasa Justeru, ulama semasa telah menjalankan satu kajian terhadap bentuk-bentuk sewaan kewangan konvensional dalam menetapkan takyif fiqhiy (status hukumnya). Justeru, dalam fatwa-fatwa semasa dan juga piawai Syariah yang dinyatakan, beberapa syarat telah digariskan oleh ulama yang menerima produk berasaskan sewaan kewangan atau sewaan yang berakhir dengan pemilikan tersebut.



APLIKASI IJARAH DALAM PRODUK PEMBIAYAAN ISLAM Dalam perbahasan kewangan Islam, konsep ijarah digunakan dalam kontrak-kontrak pembiayaan seperti pembiayaan harta tanah, pembiayaan kenderaan, pembiayaan projek dan pembiayaan peribadi. Produk kewangan yang memberi kemudahan kepada pelanggan menyewa aset daripada institusi kewangan Islam berasaskan konsep ijarah dengan pilihan (option) untuk memiliki aset sewaan tersebut pada akhir tempoh sewaan berasaskan konsep ijarah muntahia bi al-tamlik atau al-ijarah thumma al-bai`.8



PEMBIAYAAN IJARAH SECARA UMUM. Ijarah ialah merupakan persetujuan dua pihak di mana hak bagi menikmati manfaat (usufruct) sesuatu aset dipindahkan kepada orang lain dan bayaran sewa dikenakan bagi manfaat yang dinikmati tersebut. Di bawah pembiayaan Ijarah ini: a) Bank membeli aset yang dikehendaki dan pelanggan menggunakan aset tersebut dengan membayar sewa bulanan. b) Hak milik asset tersebut tetap berada di bawah pihak Bank dan boleh disewakan setiap kali tempoh pajakan tamat. c) Pembiayaan Ijarah ini sesuai untuk aset berkos tinggi yang mempunyai jangka hayat yang panjang. d) Kedua pihak iaitu Bank dan pelanggan mendapat manfaat: 



Pihak Bank mendapat bayaran bulanan serta mengekalkan pemilikan aset.







Pelanggan dapat menggunakan asset yang disewa tanpa mengeluarkan modal yang besar secara sekali gus.



8



BNM, Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, edisi ke-2, 2010, 4. Didapati dari https://www.bnm.gov.my/microsite/fs/sac/07_bahagian01.pdf



Figure 1Modus Operandi Ijarah



Pembiayaan Ijarah boleh dibahagikan kepada 2 jenis: 1. Pajakan Kewangan 2. Pajakan Operasi



Di dalam pajakan kewangan, hak milik di sisi undang-undang bagi aset yang dipajak berada pada pihak Bank. Aset yang dipajak tersebut boleh dijual kepada pihak Pelanggan pada nilai nominal apabila tamatnya tempoh yang diberikan. Pada ketika ini lah pemindahan hakmilik di sisi undang-undang kepada pihak Pelanggan berlaku. Di dalam pajakan operasi,  hakmilik di sisi undang-undang bagi aset yang dipajak tetap berada pada pihak Bank walaupun sehingga penghujung tempoh pajakan. Hakmilik di sisi undangundang tidak akan dipindahkan kepada pihak Pelanggan.



Status Pemilikan Aset Ijarah Dalam kontrak ijarah, pemberi sewa adalah pemilik aset ijarah manakala penyewa hanya mempunyai hak ke atas manfaat aset tersebut sahaja. Ini menunjukkan bahawa Syariah mengiktiraf kedua-dua pemilikan secara perundangan dan pemilikan bermanfaat (beneficial ownership).



Penelitian status perlu dibuat terhadap perkara berikut: 1. Manfaat merupakan subjek akad dalam ijarah. Jika manfaat tersebut tidak lagi wujud, kontrak ijarah akan terbatal. 2. Kedua-dua pihak bebas meletakkan terma dan syarat perjanjian berdasarkan persetujuan masing-masing selagi tidak menyalahi Syariah Islam. Oleh itu, kontrak ijarah boleh terbatal sekiranya pihak yang berkontrak tidak memenuhi terma dan syarat yang telah dipersetujui bersama. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: 9



‫إنما البيع عن تراض‬



“Sesungguhnya jual beli berdasarkan keredhaan”. 10



‫المسلمون على شروطهم إال شرطا أحل حراما أو حرم حالال‬



“(Urusan) orang Islam adalah berasaskan kepada syarat-syarat yang (dipersetujui) oleh mereka, kecuali syarat-syarat menghalalkan apa yang haram atau mengharamkan apa yang halal.”



Pembatalan Kontrak Ijarah Pembatalan kontrak adalah dibenarkan oleh Syara’ apabila pihak yang berkontrak memilih untuk tidak meneruskan kontrak yang dimeterai. Ia boleh berlaku disebabkan banyak sebab, antaranya bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan, menghindarkan kerugian dan sebagainya. Kontrak ijarah akan terbatal sekiranya aset sewaan didapati tidak dapat digunakan dan hilang manfaatnya, pihak yang berkontrak tidak mematuhi terma dan syarat kontrak, atau mereka bersetuju untuk membatalkan kontrak tersebut.



PENGGUNAAN AL-IJARAH THUMMA AL-BAI` DALAM PEMBIAYAAN KENDERAAN Al-Ijarah Thumma al-Bai’ (AITAB) adalah salah satu bentuk al-Ijarah Muntahiya Bittamlik (sewaan yang berakhir dengan pemilikan). AITAB melibatkan dua jenis kontrak, iaitu kontrak sewaan (ijarah) kemudian disusuli kontrak jual beli (al-bai`). Pada permulaannya, pelanggan



9



Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, Dar al-Fikr, (t.t.), j. 2, h. 737, hadis no. 2185 Abu Daud, Sunan Abi Daud, Bait al-Afkar al-Dawliyyah, 1999, h. 398, hadis no. 3594



10



akan memeterai satu perjanjian ijarah dengan institusi kewangan Islam. Melalui perjanjian ijarah ini, institusi kewangan Islam akan melantik pelanggan sebagai ejen untuk membeli kenderaan yang telah dikenal pasti oleh pelanggan. Kemudian, institusi kewangan Islam akan menyewakan kenderaan tersebut kepada pelanggan untuk tempoh masa tertentu. Pada akhir tempoh sewaan, pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan berkenaan daripada institusi kewangan Islam. Jika pelanggan memilih untuk membeli kenderaan tersebut, institusi kewangan Islam dan pelanggan akan memeterai satu perjanjian al-bai` dan hak milik kenderaan tersebut akan berpindah daripada institusi kewangan Islam kepada pelanggan. Apabila penelitian terhadap operasi AITAB di institusi-institusi perbankan Islam, kedua-dua akad dibuat secara berasingan dan pembelian aset dianggap sebagai satu bentuk janji oleh penyewa di akhir sewaan nanti. Aplikasi AITAB ini mestilah memenuhi rukun kedua-dua kontrak tersebut untuk menjadikannya sah di sisi Syarak demi menjaga kemaslahatan umat.



Figure 2 Modus Operandi AITAB11 Bank mempunyai kuasa ke atas aset yang disewa. Jika pelanggan gagal, bank boleh mengambil tindakan terhadap pelanggan dan menarik balik aset. Jika pelanggan sentiasa membayar dan



11



Sumber : Dr. Aida Othman, Zaid Ibrahim & Co (2010)



kemudian memenuhi semua pembayaran yang dituntut, bank akan menjual aset kepada pelanggan pada akhir perjanjian. Piawaian AAOIFI juga menggariskan penggabungan kedua-dua kontrak tersebut mesti mematuhi syarat-syarat berikut:12 1. Pertukaran atau pemindahan hak milik aset yang dibuat mesti dibuktikan melalui dokumen yang berasingan dan tidak terikat dengan kontrak ijarah. Ia bagi memastikan kewajipan dan tanggungan bagi kedua-dua kontrak tersebut tidak saling berkaitan antara satu sama lain. 2. Janji untuk memindahkan hakmilik adalah janji yang mengikat pemilik aset sahaja, sementara pihak satu lagi (penyewa) mesti mempunyai pilihan untuk tidak mengikutinya. 3. Peraturan atau syarat bagi kontrak ijarah yang sebenar hendaklah terpakai ke atasnya. 4. Elak daripada unsur bay‘ al-‘inah jika aset tersebut dibeli dari penyewa yang sama sebelum disewakan kembali kepadanya. Ini bermakna mesti ada tempoh masa yang munasabah di antara keduanya dan telah berakhir kontrak yang terdahulu (belian) sebelum kontrak kemudian (sewaan) dimeterai.



Konsep AITAB dalam pembiayaan kenderaan adalah dibenarkan yang mana juga tertakluk kepada: 



Harga jualan selepas tamat tempoh sewaan boleh berbentuk jumlah amaun sewaan terakhir bagi ijarah.







Surat wakil bagi melantik pelanggan sebagai ejen atau wakil kepada institusi kewangan Islam hendaklah diperkenalkan dalam modus operandi AITAB.







Suratcara AITAB perlu memasukkan klausa “akan beli kenderaan” tersebut pada akhir sewaan dan klausa penebusan bagi penyewa yang membuat bayaran balik awal.







Deposit yang dibayar kepada penjual kenderaan tidak melibatkan jual beli kenderaan kerana ia dianggap sebagai bayaran pendahuluan yang perlu dibayar oleh institusi kewangan Islam.



12



Lihat AAOIFI, Shari’s Standards (Manama: AAOIFI: 2007), 148-149.







Selaras dengan prinsip ijarah, institusi kewangan Islam sebagai pemilik aset harus menanggung risiko berkaitan yang munasabah.







Bagi kes-kes pembiayaan semula dengan pembiaya baharu, penyewa perlu menamatkan kontrak AITAB yang sedang berkuat kuasa sebelum memasuki perjanjian AITAB yang baharu.



Produk AITAB mula diperkenalkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan memperluaskan operasinya menerusi bank-bank konvensional di bawah Skim Perbankan Islam (IBS) yang telah dipelopori oleh tiga buah bank iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank), Bank Bumiputera Malaysia Berhad (kini dikenali sebagai CIMB) dan Bank Rakyat. Kini terdapat 13 buah bank di Malaysia yang menawarkan kemudahan AITAB bagi pelanggan individu dan korporat. Hampir semua bank menyediakan kemudahan AITAB bagi pembiayaan kenderaan kecuali Bank Pembangunan dan HSBC yang menggunakan AITAB bagi pembiayaan jentera dan industri barang-barang. Bank-bank seperti Maybank, AmIslamic Bank, Affin Islamic Bank dan Bank Muamalat juga menawarkan AITAB untuk pelanggan individu dan korporat. Bank-bank lain seperti Bank Rakyat, EONCAP Islamic Bank, Hong Leong Islamic Bank, Public Bank dan RHB Islamic Bank meletakkan tumpuan pada pembiayaan kenderaan kerana permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan awam dan korporat.



Isu-isu Praktikal dalam AITAB Secara praktikalnya, aplikasi prinsip Ijarah di dalam AITAB tidak dilaksanakan dengan sempurna oleh Pemberi Pajak (Bank/pemilik) kebiasaannya kerana mereka tidak mahu menanggung tanggungjawab sebagai pemilik aset terutamanya berkaitan penyelenggaran dan pengurusan aset berkenaan. Semua tanggungjawab penyelenggaran aset dipindahkan oleh Pemberi Pajak (Bank/pemilik) kepada Penerima Pajak (Pelanggan). Ini bertentangan dengan prinsip Shariah di mana Pemberi Pajak (Bank/pemilik) yang bertanggungjawab untuk menyelenggara aset yang



dipajakkan. Oleh yang demikian, tanggungjawab setiap pihak perlu dinyatakan dengan jelas di dalam perjanjian. Selain itu, kebanyakan penulisan menyamakan antara AITAB, al-ijarah bi al-tamlik dan al-ijarah wa al-iqtina’ dalam konteks pembiayaan Islam dalam kewangan Islam. Namun istilah AITAB lebih dikenali13 dan digunakan dengan meluas di Malaysia terutamanya bagi pembiayaan kenderaan dan barangan pengguna yang lain. Ia dikatakan mempunyai persamaan dengan sewa beli konvensional kerana ketiadaan akta yang khusus bagi AITAB dan terikat dengan Akta Sewa Beli 1967 seperti dalam had pembiayaan yang ditawarkan dan barangan atau aset yang terlibat. Akta tersebut bertujuan melindungi penyewa dan penjamin dari sikap kurang bertanggungjawab pihak pengedar kenderaan. Ia menyediakan prosedur yang jelas, menggariskan hak dan tanggungjawab pemilik aset, penyewa dan penjamin dan menetapkan pemulihan undang-undang (remedi) ke atas pihak yang menuntut dan yang bersalah. Secara umumnya akta tersebut selaras dengan kehendak Syariah yang menganjurkan keadilan dan melarang penindasan ketika berurus niaga.



Di samping terikat dengan akta tersebut, resolusi Majlis Penasihat Syariah BNM 2010 dijadikan panduan dan rujukan bagi operasi AITAB yang lebih tepat. Antaranya ialah pemindahan hakmilik aset berlaku dengan cara lebih khusus iaitu hanya melalui penjualan kepada penyewa di akhir kontrak sewaan. Sedangkan al-ijarah bi al-tamlik dan al-ijarah wa al-iqtina’ berlaku dengan cara yang lebih umum sama ada melalui penjualan ataupun hadiah. Ia juga mesti mengandungi dua kontrak yang berasingan dan dibuat berturutan dimana pertukaran hakmilik aset tidak berlaku secara automatik sebagaimana dalam kontrak lain. Secara praktikalnya, pihak penyewa diberi pilihan untuk membeli aset tersebut pada akhir tempoh pembiayaan melalui janji (wa‘d) yang dibuatnya. Janji tersebut tidak dibuat oleh kedua-dua pihak dan hanya mengikat ke atas pihak yang membuatnya sahaja memandangkan janji dari kedua-dua pihak untuk kontrak pada masa hadapan adalah tidak sah di sisi Syarak. Pembayaran ansuran terakhir oleh pelanggan dalam



13



Juga dikenali dengan nama al-bay‘ al-ta’jiri yang bermaksud sewa jual. Lihat Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad: Penubuhan dan Operasi (Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, 1983), 16.



kontrak sewaan bagi pembiayaan AITAB adalah merupakan harga jualan bagi pemilikan ke atas aset tersebut sebagaimana amalan yang berlaku di negara ini. Sementara itu, al-ijarah bi al-tamlik atau lebih dikenali dengan al-ijarah muntahiya bi al-tamlik mempunyai persamaan dengan al-ijarah wa al-iqtina’ yang digunakan dengan meluas oleh institusi perbankan dan kewangan Islam di negara-negara lain terutamanya di Timur Tengah. Sesetengah sarjana cuba membezakan antara keduanya dengan mengatakan aset dalam al-ijarah bi al-tamlik dijual di akhir kontrak manakala dalam al-ijarah wa al-iqtina’ asetnya diberikan sebagai hadiah kepada penyewa. Pembentukan kontraknya mengandungi dua kontrak utama sebagaimana AITAB, namun ia mengandungi janji (wa‘d) yang datang dari pemilik aset untuk memindahkan hak milik aset tersebut kepada penyewa pada akhir tempoh sewaan. Hakmilik aset dipindahkan kepada penyewa bukan hanya terhad melalui kaedah penjualan, tetapi juga melalui pemberian hadiah berasaskan janji yang telah dibuat oleh pemilik aset. Begitu juga dalam AITAB, janji yang dibuat tersebut hanya sah apabila datang dari sebelah pihak sahaja dan pemindahan hakmilik aset perlu menggunakan dokumen yang berasingan dari kontrak sewaan.14 Oleh kerana AITAB merupakan rentetan dari kaedah dan amalan sewa beli konvensional yang telah lama digunakan di Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang sivil yang terpakai ke atasnya terutamanya Akta Sewa Beli (HP Act) 1967, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada amalan pembiayaan secara Islam ini. Antara amalan tersebut yang pernah dipertikaikan ialah; 1. Ia tidak menjelaskan dengan tepat terma-terma bagi kontrak ijarah dan jual beli, bila kedua-dua kontrak tersebut berkuatkuasa dan bagaimana kontrak sewaan ditukarkan menjadi jual beli atau dengan kata lain bagaimana pertukaran hakmilik dilakukan. Akta ini tidak menyatakan perbezaan antara kedua-dua kontrak tersebut tetapi hanya mengiktiraf beberapa keperluan, tatacara dan kandungan bagi satu perjanjian sewa beli yang standard. Secara praktiknya, ia juga menggabungkan dua kontrak (sewaan dan jual beli) dalam satu dokumen perjanjian yang boleh menyebabkan kedua-dua kontrak



14



Mohd Usoff Zakaria, Ab Mumin Ab Ghani. (2015). Pembiayaan Kenderaan Berkonsepkan Al-Ijarah Thumma AlBay‘ (Aitab) Di Bank Muamalat Malaysia Berhad Dan Isu-Isu Berkaitan. Jurnal Syariah, Jil. 23, Bil. 3 h. 447



tersebut berkuatkuasa secara bersama dan serentak. Hal ini tidak bertepatan dengan kehendak Islam kerana kontrak sewa dan jual beli tidak boleh dijalankan serentak. 2. Kegagalan penjelasan dalam akta ini berkenaan niat dan kefahaman pihak-pihak yang berkontrak yang sepatutnya menjadi syarat penting dan sah sesuatu kontrak dalam Islam. Sebenarnya, dalam kontrak AITAB, pihak-pihak yang terlibat mesti mengetahui dan memahami perihal kontrak ijarah dan jual beli, kesan dan akibatnya yang boleh membezakan dalam hubungan, hak dan tanggungjawab. Akta ini hanya memberi penekanan ke atas pembentukan dan kandungan kontrak sewa beli tanpa menyebut elemen penting yang patut ada dalam kontrak-kontrak tersebut. 3. Kontrak ijarah yang terdapat dalam AITAB tidak sepenuhnya beroperasi menggunakan konsepnya yang sebenar dengan mematuhi ciri-cirinya yang utama seperti pemilikan aset, penyelenggaraan asas dan pembaharuan insurans yang sepatutnya berada di bawah tanggungan bank. Walaupun ada beberapa buah bank Islam berusaha mencari jalan keluar bagi masalah ini antaranya dengan mengambil tanggungjawab tersebut, namun kesannya harga sewaan menjadi lebih tinggi. Kemudahan AITAB yang dipraktikkan sekarang lebih cenderung kepada sewaan kewangan (full pay-out lease) yang tidak selaras dengan prinsip kontrak ijarah dan jual beli seperti sifatnya yang tidak boleh dibatalkan dan tanggungan ke atas penyewa membayar sewa penuh walaupun manfaatnya tidak diperolehi oleh penyewa. 4. Margin pembiayaan (had) yang ditawarkan kepada pelanggan hanya dihadkan kepada 90 peratus dari harga kenderaan sahaja. Sebaliknya bagi ciri AITAB yang sebenar jumlah pembiayaan tidak dihadkan kepada margin tertentu dan boleh melebihi had tersebut. Antara isu dan cabaran lain yang terdapat dalam aplikasi produk AITAB ialah: 



Persaingan sengit antara institusi kewangan Islam. Terdapat 13 buah institusi perbankan dan kewangan Islam yang menawarkan kemudahan pembiayaan kenderaan secara Islam di Malaysia. Jumlah tersebut tidak termasuk institusi yang menawarkan pembiayaan ini menerusi konsep window dan juga yang menawarkan pembiayaan secara konvensional. Kebanyakan institusi tersebut menawarkan kemudahan pembiayaan sehingga 90 peratus dari harga kenderaan menggunakan konsep AITAB.







Kefahaman dan kesedaran masyarakat yang masih rendah.



Kefahaman dan kesedaran masyarakat umum masih lagi berada di tahap yang agak rendah dengan persepsi yang tidak tepat terhadap produk pembiayaan kenderaan secara Islam yang mana menyamakannya dengan produk konvensional. Pembiayaan Islam semestinya mengandungi unsur kontrak Syara’ yang jelas dan serta tidak ada gharar, caj ganti rugi (ta‘wid) yang rendah sehingga 1 peratus ketika berlaku tunggakan berbanding 8 peratus yang bersifat compounding dalam pembiayaan konvensional dan lain-lain lagi. Gerak kerja AITAB khususnya agak rumit difahami berbanding Bai’ bithaman ajil (BBA) kerana mempunyai dua kontrak utama iaitu sewaan dan jual beli yang berlaku secara berturutan dan berasingan ini tidak dijelaskan kepada pelanggan melalui carta alirnya yang tersendiri. Oleh kerana pemahaman dan kesedaran masyarakat berhubung pembiayaan ini masih lagi rendah, penjelasan tentang ciri-ciri kontrak yang sebenar mestilah diberitahu kepada pelanggan apabila mereka menandatangani dokumen pembiayaan itu. 



Struktur operasi perniagaan. Struktur operasi perniagaan yang digunakan dalam penawaran pembiayaan ini adalah tidak fokus kerana beroperasi di cawangan perbankan bersama-sama dengan produkproduk pembiayaan lain seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan kelicinan perjalanan operasinya agak terganggu.







Manipulasi harga kenderaan dan pengaruh wakil jualan. Pembiayaan AITAB dengan margin pembiayaan yang terhad sehingga 90 peratus daripada harga kenderaan sebenarnya masih lagi memberi ruang kepada manipulasi harga oleh pihak pengedar. Ini berlaku sekiranya pihak pengedar mengemukakan invois yang mengandungi penambahan alatan eksesori tertentu sehingga menyebabkan harga kenderaan lebih tinggi dari yang sepatutnya walaupun melibatkan model kenderaan yang sama. Begitu juga dengan potongan harga yang diberikan ketika promosi tertentu hingga menyebabkan pelanggan tidak perlu mengeluarkan sedikitpun bayaran pendahuluan ke atas kenderaan tersebut. Situasi tersebut memungkinkan pembiayaan yang diberikan kepada pelanggan melebihi had pembiayaan yang sepatutnya dan memberi kesan terhadap tanggungjawab membayar balik pembiayaan tersebut pada masa akan datang. Bagi mengelak kejadian seperti ini, pihak bank perlu lebih berhati-hati ketika membuat penilaian kredit ke atas pembiayaan pelanggan dengan membuat semakan dengan lebih



terperinci ke atas model kenderaan yang dipilih. Pada masa yang sama, wakil jualan kenderaan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pelanggan dalam menentukan institusi mana kah pembiayaan tersebut akan dihantar. Institusi yang mudah berurusan, mempunyai hubungan yang erat dengan wakil jualan, proses yang cepat dan mempunyai tawaran yang menarik akan menjadi pilihan malah sangat diutamakan.



MUSHARAKAH MUTANAQISAH (PERKONGSIAN MENURUN) Musharakah Mutanaqisah merupakan instrumen pembiayaan yang berasaskan konsep perkongsian menurun, berkurangan yang diakhiri dengan pemilikan tunggal.15 Instrumen ini merujuk kepada pengurangan bahagian perkongsian salah satu pihak (bank) dalam kontrak tersebut. Dalam Musharakah Mutanaqisah, ekuiti pihak bank semakin berkurang, manakala ekuiti pihak pelanggan semakin meningkat. Terdapat 3 jenis kontrak yang terlibat iaitu: Shirkah (Perkongsian), Ijarah (Sewa) dan Bay’ (Jual). Jenis kontrak ini kebiasaannya digunakan untuk membeli hartanah: 



Bank dan pelanggan akan memasuki perjanjian perkongsian pemilikan hartanah.







Pelanggan biasanya akan menyumbangkan 10% daripada harga belian manakala pihak bank akan membayar baki selebihnya sebanyak 90%.







Pelanggan akan dapat menggunakan hartanah dan membayar ansuran yang mencakupi nilai sewa bulanan serta pembelian syer yang dimiliki oleh pihak bank ke atas hartanah berkenaan.







Syer yang dimiliki oleh pihak Bank akan dibeli secara berkala oleh pelanggan melalui bayaran bulanan yang akan berkurangan selaras dengan pengurangan unit milik Bank.







Di hujung tempoh kontrak, kesemua syer bagi hartanah berkenaan menjadi milik Pelanggan dan hakmilik hartanah akan dipindah milik kepada pihak Pelanggan.



15



Hakimah Muhammad Zin, Hussin Salomon, Nurdianawati Irwani Abdullah. (2016). Pembiayaan Aset Berasaskan Ijarah Di Malaysia Dan Isu-Isu Berkaitan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, Vol. 2: no. 1, hlmn 123



Figure 3 Struktur Musharakah Mutanaqisah



SUKUK AL-IJARAH Sukuk Al-ijarah adalah suatu bentuk pelaburan ekuiti yang disumbangkan oleh pemegang sukuk/pelabur di mana jumlah dana pelaburan tersebut disalurkan kepada urus niaga berdasarkan prinsip Ijarah. Pemegang sukuk dikira sebagai pemilik dan pemberi pajak ke atas aset. Sukuk Al-ijarah mewakili pemilikan pro-rata (mengikut kadar tertentu) oleh pemegang sukuk ke atas aset yang dipajak yang membolehkan pemegang sukuk untuk menikmati pendapatan pajakan. Pemegang sukuk juga perlu menanggung risiko kerugian dan kerosakan ke atas aset yang dipajakkan. Sukuk Al-Ijarah boleh diniagakan dan boleh didagangkan di dalam pasaran sekunder (secondary markets). Sukuk Al-Ijarah boleh didagangkan di dalam pasaran pada harga yang ditetapkan oleh kuasa pasaran (market forces) seperti pasaran umum, pasaran kewangan, kos peluang (opportunity cost) dan harga pelaburan sebenar.



Figure 4 Struktur Sukuk AL-Ijarah



Sukuk ijarah mestilah disokong oleh aset ketara, aset kewangan dan gabungan antara kedua-dua aset ketara dan aset kewangan. Aset sandaran tersebut mestilah terdiri daripada jenis aset yang sah dijual beli dari sudut pandangan Syarak.



IJARAH MAWSUFAH FI AL-DHIMMAH Ijarah Mausufah Fi Al–Dhimmah adalah suatu bentuk Ijarah di mana aset tidak wujud lagi semasa kontrak dimeterai. Perincian aset perlu dijelaskan terlebih dahulu dan aset akan diserahkan pada tarikh yang akan datang yang dipersetujui bersama. Aset yang tidak boleh dijelaskan dengan terperinci tidak boleh dijadikan sebagai aset kerana ianya tergolong di bawah Ijarah Li Ma’dum. Contoh Ijarah Mausufah Fi Al–Dhimmah seperti mana sebuah institusi kewangan Islam telah membuat perjanjian selama dua tahun dengan sebuah university untuk membiayai pembinaan sebuah asrama yang dibangunkan oleh sebuah pemaju. Nilai projek tersebut telah dikenalpasti dan dikeluarkan bayaran kepada pemaju berasaskan kontrak istisna’ sebanyak RM2 juta. Dalam tempoh pembinaan asrama itu, pihak university dikehendaki membayar sewa tahunan sebanyak RM100 000 berasaskan pajakan ke hadapan (forward lease) kepada institusi kewangan Islam tersebut. Apabila siap pembinaan, institusi kewangan Islam akan menetapkan bayaran sewa untuk tempoh lima tahun seterusnya. Pada akhir tempoh sewaan, institusi kewangan Islam



terbabit akan memindahkan pemilikan asrama tersebut kepada universiti melalui kontrak jualan ataupun hibah (Ijarah Muntahiyah bi al-Tamlik). Parameter juga menjelaskan bahawa kontrak ijarah ini, di mana bayaran sewa boleh dalam bentuk tetap atau boleh dalam bentuk fleksibel bergantung kepada persetujuan pihak-pihak semasa kontrak dibuat. Bayaran juga boleh dibuat secara sekali gus atau beransur-ansur. Para fuqaha mempunyai dua pandangan tentang status keharusan kontrak Ijarah Mausufah Fi Al–Dhimmah ini. Majoriti mazhab terdiri daripada Mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali mengharuskan kontrak sewa ke hadapan ini melainkan mazhab Hanafi yang tidak mengharuskannya. Majlis syariah AAOIFI (Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions) juga mengharuskannya. Mazhab Syafie dan Maliki berpendapat bahawa sewaan perlu dibayar pada awal akad kerana mereka menyamakannya dengan jualan salam. Jika berpisah tanpa membayar harga pada awalnya, kontrak adalah terbatal. Manakala pendapat mazhab Hanbali dan majlis syariah AAOIFI pula, bayaran sewa hanya perlu dibayar pada awal majlis menandatangani kontrak jika perjanjian tersebut dilakukan menggunakan lafaz jualan salam atau salaf pada akadnya. Sebaliknya jika akad tersebut dilakukan menggunakan lafaz “sewa” atau ijarah, bayaran sewa adalah tidak disyaratkan mesti dibayar pada awal akad. Mazhab Hanafi berpendapat kontrak ijarah jenis ini tidak sah. Ini kerana mereka menyatakan bahawa ijarah mestilah berlaku terhadap suatu aset yang spesifik tetapi ijarah jenis ini tidak spesifik atas satu-satu aset. Dalam Resolusi Syariah edisi kedua terbitan Bank Negara Malaysia, pihak Majlis Penasihat Bank Negara Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan Ijarah Mausufah Fi Al–Dhimmah dalam produk pembiayaan perumahan yang masih dalam pembinaan yang berasaskan kontrak musyarakah mutanaqisah adalah dibenarkan. Keputusan yang dibuat ini adalah berdasarkan beberapa pendapat yang telah membahagikan ijarah kepada dua bahagian iaitu: 



Ijarah ke atas manfaat yang boleh didapati secara terus daripada aset sedia ada; atau







Ijarah ke atas manfaat yang boleh didapati menerusi tanggungan (dhimmah) seperti menyewa haiwan yang belum wujud untuk kegunaan yang dijelaskan sifatnya, atau tanggungan membina sesuatu.



Asas keputusan membenarkan ijarah jenis ini juga adalah berdasarkan pandangan mazhab Maliki dan Syafie yang menyatakan bahawa barangan/aset yang boleh disewakan terbahagi kepada dua iaitu sewaan manfaat barangan sedia ada dan sewaan manfaat tanggungan. Dinyatakan juga bahawa ijarah Mausufah Fi Al–Dhimmah telah diputuskan keharusannya berasaskan qiyas kepada akad salam. Walau bagaimanapun, berbeza dengan kontrak salam, pembayaran sewa pendahuluan semasa aset tersebut masih dalam pembinaan adalah tidak disyaratkan.



Figure 5 Struktur Ijarah Mawsufah Fi Al-Dhimmah



IJARAH MUDHAFAH ILA MUSTAQBAL Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal adalah suatu kontrak pajakan bagi aset yang telah wujud di mana Penerima Pajak dan Pemberi Pajak bersetuju ketika pemeteraian kontrak bahawa penyerahan manfaat aset yang diberi pajak akan berkuatkuasa pada tarikh hadapan yang ditetapkan. Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti- Majlis Penasihat Syariah (SAC SC) dan ia boleh diaplikasikan kepada produk-produk pembiayaan Islam. Mazhab



Hanafi, Maliki dan Hanbali telah membenarkan penggunaan Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal adalah sejenis kontrak Ijarah yang tidak mengikat (ghair mulzim) ke atas pihak-pihak yang terlibat di dalam kontrak. Mengikut pendapat mazhab Hanafi, kedua-dua pihak boleh menamatkan (fasakh) kontrak tanpa persetujuan pihak yang satu lagi dengan syarat tempoh pajakan belum lagi bermula. Namun apabila tempoh pajakan telah bermula, Pemberi Pajak tidak boleh menamatkan kontrak atau menghalang Penerima Pajak daripada memajak aset berkenaan. Mazhab Shafi’i tidak membenarkan penggunaan Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal kerana pada pandangan mereka tempoh pajakan mesti bermula apabila kontrak dimeterai dan tidak boleh ditangguhkan. Walaubagaimanapun mazhab Shafi’I membenarkan Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal dalam situasi di mana tempoh pajakan sedia ada ingin dilanjutkan, dengan syarat ianya dilanjutkan sebelum tamat tempoh pajakan sedia ada. Cendekiawan Shariah pada masa kini seperti Dr Wahbah al-Zuhaily dan Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah juga telah meluluskan aplikasi Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal di dalam pembiayaan Islam.



Kaedah Pembayaran Pajakan Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat bahawa pembayaran pajakan di bawah Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal bermula pada tarikh di masa hadapan apabila Penerima Pajak menikmati manfaat aset yang dipajak dan bukan ketika kontrak dimeterai. Kontrak tersebut dianggap batal dan fasid (batal kerana kecacatan) jika ia menyatakan bahawa pembayaran pajakan harus dibuat ketika kontrak dimeterai. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa memandangkan kontrak tersebut tidak mengikat, Penerima Pajak tidak perlu membayar pajakan bulanan dengan serta merta kerana Penerima Pajak masih belum menikmati manfaat daripada aset yang dipajak tersebut. Menurut mazhab Maliki, pajakan bulanan perlu dijelaskan dengan serta merta ketika kontrak dimeterai di dalam situasi seperti berikut: 



Jika ianya termaktub di dalam kontrak;







Jika ia berdasarkan amalan biasa (‘uruf);







Jika ia melibatkan pajakan hadapan (Ijarah Mawsufah Fi Al-Dhimmah);







Jika ia adalah bayaran (ujrah) yang dibayar dalam bentuk barangan (‘ayn).



Para sarjana masa kini seperti Sheikh Taqi Usmani membenarkan Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal dengan syarat pajakan bulanan hanya perlu dijelaskan apabila aset yang dipajak telah diserahkan kepada Penerima Pajak. Aset pajakan tidak diserahkan Merujuk kepada struktur Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal, jika Pemberi Pajak gagal menyerahkan aset yang dipajak pada tarikh yang dipersetujui di dalam kontrak, contoh pada 1 Januari 2011 kemudian menangguhkan penyerahan aset sehingga 1 Februari 2011, Penerima Pajak mempunyai hak untuk tidak membayar pajakan bulanan di antara kedua-dua tarikh tersebut. Sekiranya bayaran pajakan bulanan telah dibayar, maka Pemberi Pajak perlu sama ada: I. II.



menolak bahagian pajakan yang telah dijelaskan seadanya; atau melanjutkan tempoh pajakan seadanya.



Di Malaysia, SAC SC telah memutuskan bahawa kaedah pembayaran pajakan adalah bergantung kepada persetujuan pihak-pihak yang terlibat di dalam kontrak menurut salah satu situasi berikut: i.



Bayaran pajakan akan bermula pada suatu tarikh di masa hadapan apabila Penerima Pajak menikmati manfaat aset yang dipajak;



ii.



Berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat kontrak; atau



iii.



Berdasarkan `uruf.



Berdasarkan amalan pada masa kini, SAC SC juga telah mencadangkan bahawa Pemberi Pajak boleh mengenakan pajakan bulanan pendahuluan ke atas Penerima Pajak sebaik kontrak dimeterai bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak. Ia menandakan komitmen penerima pajak untuk memajak asset pada tarikh masa hadapan.



KESIMPULAN Daripada pemahaman yang dibahaskan dalam tajuk ini, apa yang dapat disimpulkan ialah Ijarah merupakan satu akad yang mana mengutamakan manfaat hak dalam penggunaan tanpa terjadinya pemindahan pemilikan, sehingga banyak menyamakan ijarah dengan leasing. Ijarah juga menjadi satu kontrak utama dalam pembiayaan produk perbankan Islam dan banyak membantu dalam banyak aplikasi untuk memudahkan sebarang transaksi perbankan Islam. Ijarah memiliki banyak makna dari pelbagai sudut yang lebih luas, yang tidak hanya membawa makna sewa-menyewa barangan, malah ada juga makna memberi upah, membayar tugasan yang diberi. Manakala leasing memiliki makna yang lebih khusus iaitu lebih kepada sewa barangan sahaja. Antara aplikasi yang telah dilakukan pada masa kini ialah pembiayaan ijarah, al-Ijarah thumma al-Bai` dalam Pembiayaan (AITAB), Musharakah Mutanaqisah (MM), Sukuk Al-Ijarah, Ijarah Mawsufah Fi Al-Dhimmah dan Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal. Segala apa yang dilaksanakan dalam perlaksanaan tersebut mestilah berpandukan Syariah Islam dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti gharar dan syubhah. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang berlaku di dalam aplikasi pembiayaan tersebut khususnya dalam aspek perundangan dan pematuhan prinsip Syariah yang sukar untuk dielakkan. Apa yang dapat dikatakan di sini ialah antara punca kekangan tersebut ialah ketiadaan suatu perundangan khusus untuk mengawal selia aplikasi instrumen pembiayaan berasaskan Ijarah serta bidang kuasa yang diberikan kepada mahkamah sivil untuk membicarakan kes kewangan Islam. Justeru, langkah yang proaktif perlu diambil bagi memastikan prinsip Syariah dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dalam aplikasi pembiayaan aset berasaskan Ijarah. Penambahbaikan penting bagi memastikan instrumen pembiayaan tersebut terus relevan sebagai salah satu instrumen pembiayaan aset dalam sistem perbankan Islam dan menjadi alternatif kepada produk perbankan konvensional.



RUJUKAN AAOIFI, Shari’s Standards (Manama: AAOIFI: 2007), 148-149\ Abdul Wahab Abu Sulayman, Aqd al-Ijarah : Masdar min Masadir al-Tamwil Islamiyyah, IDB, Jeddah, 1992, h. 22 Abu Daud, Sunan Abi Daud, Bait al-Afkar al-Dawliyyah, 1999, h. 398, hadis no. 3594 Al-Fairuz Abadi, Al-Qamus al-Muhit, Muassasah al-Risalah, Beirut, 2003, 342‫ ؛‬Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, Dar Sadir, Beirut, 1990, j.4,10. Al-Haskafi, al-Dur al-Muhtar Hashiyah Rad al-Muhtar, Dar al-Fikr, Beirut,1992, j6, 5 BNM, Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, edisi ke-2, 2010, 4. Didapati dari https://www.bnm.gov.my/microsite/fs/sac/07_bahagian01.pdf Hakimah Muhammad Zin, Hussin Salomon, Nurdianawati Irwani Abdullah. (2016). Pembiayaan Aset Berasaskan Ijarah Di Malaysia Dan Isu-Isu Berkaitan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, Vol. 2: no. 1 Ibnu Juzay, Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, Beirut: Dar al-Qalam, t.t., h. 181 Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, Dar al-Fikr, (t.t.), j. 2, h. 737, hadis no. 2185 Muhammad Yusuf Musa, Al-Amwal wa Nazariyyah al-Aqd fi al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr al-Arabi, Cairo, 1996, h. 298 Muhammad Nasri Md. Hussain, Nasri Naiimi & Mohd Sollehudin Shuib. (2013). Mengurus Harta Menurut Fiqh Muamalat. Sintok, Kedah: UUM Press. Mohd Usoff Zakaria, Ab Mumin Ab Ghani. (2015). Pembiayaan Kenderaan Berkonsepkan AlIjarah Thumma Al-Bay’ (Aitab) Di Bank Muamalat Malaysia Berhad Dan Isu-Isu Berkaitan. Jurnal Syariah, Jil. 23, Bil. 3