Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran 



Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian. Maksudnya di sini jelaslah bahawa pelajar perlu menguasai pembelajaran diperingkat asas dan mudah barulah keperingkat seterusnya yang lebih susah. Juga pelajar perlu diajar mengikut aras kepandaian masing-masing supaya mereka mudah faham apa yang mereka pelajari. Mereka perlu diajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dari satu unit ke satu unit mengikut topik.







Semasa diperingkat awal pengajaran, pembelajaran isyarat boleh dijalankan. Contohnya, guru boleh menunjukkan objek sambil mengimbaskan kad perkataan dan kad bergambar kepada murid-murid tahap 1 bagi memperkenalkan sesuatu objek ataupun bagi mengekalkan ingatan mereka dengan lebih lama tentang sesuatu perkara yang diajar oleh guru.







Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang dan membuat sesuatu pengajaran itu mengikut urutan iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks atau dalam latihan sukan contohnya ketika menyambut bola dalam permainan tennis, pemain hendaklah berdiri dengan posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayun raket dengan gaya yang betul agar bola tennis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian. Prinsip ini amat berguna bagi guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik.







Di samping itu, pembelajaran ransangan gerakbalas banyak membawa implikasi bahawa guru perlu sentiasa memberi pujian dan galakan setelah pelajar menunjukkan prestasi yang baik atau menunjukkan respon yang baik semasa belajar. Contohnya apabila pelajar memberikan respon yang baik ketika guru mengajar guru perlu segera memberikan pujian supaya pelajar itu bersemangat untuk lebih tekun belajar serta merasa dihargai. Kebiasaannya pelajar akan lebih menonjol setelah diberi pujian oleh guru kerana mereka rasa dihargai dan



mempunyai keyakinan yang tinggi sekiranya guru menunjukkan kepercayaan kepada mereka. 



Seterusnya pembelajaran pertalian bahasa , pertama kepada guru ialah ketika mengajar, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis dan mengemukakan hujah. Contohnya ketika mengajar konsep buku, guru bukan sahaja boleh menunjukkan buku sebenar, malahan pelajar digalakkan untuk menyebut buku dan mengeja perkataan itu. Krdua ialah kepada pelajar, untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.







Guru perlu membimbing pelajar untuk membuat diskriminasi atau membezakan fakta penting daripada yang kurang penting kerana dengan itu pelajar dapat membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan tumbuhan, haiwan atau benda dengan kumpulan yang lain. Apabila pelajar tahu mendiskriminasi, dengan mudah pelajar boleh menguasai konsep maka pelajar dapat membezakan ciri-ciri tertentu, dengan itu pelajar dapat mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Dalam masa yang sama memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya pelajar dapat mendiskriminasi ciri- ciri binatang yang tinggal di gurun dan di kutub.







Guru juga perlu membantu pelajar mengenalpasti ciri-ciri utama suatu kelas objek agar pembentukan konsep mudah dicapai. Guru boleh mengemukakan soalansoalan yang boleh memandu pelajar ke arah pembentukan konsep dengan jelas perlu digunakan. Di sini guru perlu banyak menyoal pelajar untuk membuka minda mereka serta mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar supaya mereka dapat membentuk dan memahami konsep dengan mudah.







Perkara lain ialah guru perlu menggunakan analogy, perbandingan dan aplikasi ketika mengendalikan pembelajaran hukum. Seorang guru perlu memberikan maklumat yang mencukupi, membimbing pelajar mengenalpasti perkara penting dalam hukum berkenaan, membantu pelajar –pelajar melihat pertalian antara komponen yang relevan, mengemukakan soalan-soalan yang member peluang kepada pelajar membuktikan kefahaman mereka dan menggalakkan pelajar membuat huraian tentang sesuatu hukum yang telah dipelajari.







Guru juga perlu memberikan panduan untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan cadangan tentang suatu konsep dan hokum yang diperlukan. Petunjuk yang berhubung terus dengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana ini menjadikan tugasan itu terlalu senang dan kurang mencabar.