Inventori Personaliti Sidek Ips [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Ujian Personaliti IPS



INVENTORI PERSONALITI SIDEK Sidek’s Personality Inventory



IPS



IPS Oleh: DR. SIDEK MOHD NOAH, Ph.D



Ujian Personaliti IPS



INVENTORI PERSONALITI SIDEK Sidek’s Personality Inventory



IPS Arahan:



Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20



A.



Inventori ini mengandungi 160 item atau pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan.



B.



Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, tandakan pada ‘Ya’ dan jika tidak menerangkan diri anda, tandakan pada ‘Tidak” pada borang jawapan yang disediakan.



C.



Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa. JAWAB SEMUA ITEM.



Item Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran saya. Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda. Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur yang telah ditetapkan. Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada di samping saya. Suka menghadiri majlis-majlis kenduri dan perkahwinan. Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang saya baca. Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga. Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah. Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-masalah rumit. Selalu mengelak daripada bertanya kerana takut akan salah. Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin. Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah. Mengharapkan sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari rasa tertekan. Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas. Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat berjaya. Setahu saya, saya tidak pernah meradang pada sesiapa. Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli-ahli professional bila menghadapi masalah. Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat dan lihat. Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Mengelak dari memperkatakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang lain marah.



Ya



Tidak



Ujian Personaliti IPS



21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58



Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan yang besar. Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar. Seringkali memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui oleh orang lain. Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang. Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan. Merasa kecewa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal keadaan. Selalu membuat keputusan-keputusan penting bersendirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili. Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami. Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur. Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana orang lain tidak berupaya melakukannya. Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang. Selesa meminta kembali barang-barang yang telah dipinjam oleh kawan. Berminat membaca buku-buku bercorak akademik, falsafah dan psikologi. Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian. Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara majority. Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra. Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding dengan orang yang praktikal. Jarang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan. Merasa seakan-akan berminat dengan semua perkara. Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-kerja yang lain. Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya. Lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut. Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu dihargai atau tidak. Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci. Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja. Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya. Mudah melenting apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi. Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang berhubung dengan manusia. Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja-kerja saya. Suka menerima pimpinan orang lain. Sudah memulakan perbualan dengan orang-orang yang belum saya kenali. Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan penyelidikan. Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika ditegur terlebih dahulu. Merasa bosan bila tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat. Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis. Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan perolehi sehingga kini.



Ujian Personaliti IPS



59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92



Suka membuat keputusan untuk kumpulan. Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada kawankawan yang memerlukan. Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian daripada orang lain. Ada jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari. Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi setiap pencapaian cemerlang yang saya perolehi. Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya. Akan berterus terang menyatakan tingkah lakunya telah menyakiti hati saya. Suka menganalisis personality individu yang saya temui. Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti. Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak bersetuju dengan peraturan itu. Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di dalam sesuatu kumpulan. Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstrak. Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain dengan kawan-kawan. Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya rancangkan. Selalu bekerja dalam suatu jangka masa yang panjang tanpa mudah merasa letih dan jemu. Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah saya lakukan pada masa dahulu. Akan mengambil alih tugas kepimpinan apabila suasana berada di dalam keadaan tertekan. Gembira menghabiskan sebahagian daripada masa saya membantu menyelesaikan masalah-masalah social. Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya kepada kawan-kawan. Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan. Saya tidak tersinggung apabila ditegur oleh kawan-kawan. Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas. Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup masyarakat yang ideal. Suka melakukan kerja-kerja yang melibatkan arahan, persetujuan dan pendapat orang lain. Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang lain. Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku-buku yang bercorak akademik. Suka mengendiri melayan fikiran. Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru. Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun saya tidak suka. Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada saya. Bercita-cita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi. Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu



Ujian Personaliti IPS



93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124



individu yang kurang bernasib baik. Selalu meminta kepastian orang lain bahawa apa yang saya buat dan katakan adalah betul. Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan kemas. Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi. Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa. Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah social, politik dan ekonomi. Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang lain akan kata. Lebih banyak bertolak ansur mengenai sesuatu perkara berbanding dengan orang lain. Selesa bercakap dengan seseorang walaupun bertemu buat kali pertama. Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan artikel-artikel bercorak akademik yang saya baca. Merasa gugup bercakap di khalayak ramai. Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangka masa yang lama. Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang lain telah menarik diri. Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak mengembirakan. Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya. Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri saya. Rasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa sokongan dari kawan-kawan. Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang. Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh. Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan. Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang dari membuat kerja yang disuruh oleh orang lain. Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkah laku dan permasalahan manusia. Selalu bertindak mengikut keyakinan diri. Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percayai bagi membentuk nilai-nilai hidup saya. Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali dari duduk seorang diri. Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta jalan penyelesaiannya. Selalu merasa bimbang bila bertemu dengan orang yang belum saya kenali. Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza dari yang lain. Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun saya terpaksa bekerja lebih masa. Merasakan diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang salah. Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua. Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan orang lain.



Ujian Personaliti IPS



125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158



Merasa kecewa apabila orang lain tidak menghargai saya. Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan dengan lancar. Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain. Walaupun rakan-rakan selalu membuatsaya ternanti-nanti, saya tidak pernah marah. Agak mudah marah berbanding rakan-rakan saya tang lain. Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan masalahmasalah rumit yang perlu diselesaikan. Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin saya lakukan. Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan masalah saya sendiri. Menganggap diri saya sebagai seorang yang mudah untuk didampingi. Merasakan diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain. Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya. Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali. Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan mengubahnya. Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dri orang lain. Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai autoriti. Percaya bahawa kebanyakkan orang yang saya temui boleh menjadi kawan kepada saya. Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain. Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu. Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang mencabar. Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang berulang-ulang. Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau kalah. Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri dengan lebih baik. Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah adalah ditentukan oleh diri saya sendiri. Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak berminat untuk melakukannya. Mempunyai ramai sahabat dan kenalan. Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-idea. Agak mengelak situasi-situasi yang memaksa saya berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai. Merasa bosan hidup di dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa tanpa perubahan. Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaiannya segera. Takut akan kecewa dalam mengharungi kehiupan. Akan memilih pekerjaan di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh untuk menyelia. Suka melawat kawan-kawan dan jiran-jiran yang sakit. Akan meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi kebuntuan. Rasa kecewa bila ada sesuatu yang mengganggu perjalanan rancangan



Ujian Personaliti IPS



159 160



saya. Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh. Saya tidak akan cemburu walaupun kekasih atau orang yang saya sayangi bermesra dengan orang lain.



BORANG JAWAPAN



Ujian Personaliti IPS



INVENTORI PERSONALITI SIDEK Sidek’s Personality Inventory



IPS Nama No. K/P Tingkatan



1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



: ____________________________________ Tarikh : __________ :_____________________________________ Jantina : L / P : _____________________________________



17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160



Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T Y T



AGR ANA AUT BSD EKS ITL INT KPL THN KRD MGL TLG SOK STR PCP TPU



Ujian Personaliti IPS



INVENTORI PERSONALITI SIDEK Sidek’s Personality Inventory



IPS Helaian Profil I Nama No. K/P Pekerjaan



: ____________________________________ Tarikh : __________ :_____________________________________ Jantina : L / P : _____________________________________



TRET PERSONALITI



KADAR SKOR



PERATUS 1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99 (%)



Agresif



________



__________



Analitik



________



__________



Autonomi



________



__________



Bersandar



________



__________



Ekstrovert



________



__________



Intelektual



________



__________



Introvert



________



__________



Kepelbagaian



________



__________



Ketahanan



________



__________



Kritik Diri



________



__________



Mengawal



________



__________



Menolong



________



__________



Sokongan



________



__________



Struktur



________



__________



Pencapaian



________



__________



Kejujuran



________



__________



1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99



Ujian Personaliti IPS



INVENTORI PERSONALITI SIDEK Sidek’s Personality Inventory



IPS Borang Transformasi Skor Nama No. K/P Pekerjaan



: ____________________________________ Tarikh : __________ :_____________________________________ Jantina : L / P : _____________________________________



TRET PERSONALITI



KADAR SKOR



PERATUS 1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99 (%)



Agresif



________



__________



0



1



2



3



4



5



4



3



2



1



0



Analitik



________



__________



0



1



1



2



2



3



3



4



4



5



5



Autonomi



________



__________



0



1



1



2



2



3



3



4



4



5



5



Bersandar



________



__________



5



5



4



4



3



3



2



2



1



1



0



Ekstrovert



________



__________



0



1



1



2



2



3



3



4



4



5



5



Intelektual



________



__________



0



1



1



2



2



3



3



4



4



5



5



Introvert



________



__________



5



5



4



4



3



3



2



2



1



1



0



Kepelbagaian



________



__________



0



1



1



2



2



3



3



4



4



5



5



Ketahanan



________



__________



0



1



1



2



2



3



3



4



4



5



5



Kritik Diri



________



__________ 0



1



2



3



4



5



4



3



2



1



0



Mengawal



________



__________ 0



1



2



3



4



5



4



3



2



1



0



Menolong



________



__________ 0



1



1



2



2



3



3



4



4



5



5



Sokongan



________



__________ 0



1



2



3



4



5



4



3



2



1



0



Struktur



________



__________ 0



1



2



3



4



5



4



3



2



1



0



Pencapaian



________



__________ 0



1



1



2



2



3



3



4



4



5



5



Kejujuran



________



__________ 5



5



4



4



3



3



2



2



1



1



0



1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99 Skor Mentah



: _____________



Peratus (%) : ____________



Ujian Personaliti IPS



INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS) Inventori personality adalah invnetori atau ujian untuk mengenalpasti ciri-ciri atau trait-trait personality individu. Ujian personality ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Respon individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personality individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenalpasti 15 ciri-ciri personality individu. Alat ukuran ini mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenalpasti trait-trait atau ciri-ciri personality berikut: 1. Agresif Trait personality yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. 2. Analitikal Trait personality yang menunjukkan individu sangat sensitive kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. 3. Autonomi Trait personality yang menunjukkan individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya. 4. Bersandar Trait personality yang menunjukkan individu suka bergantung kepada orang lain dan memerlukan bantuan orang lain dalam membuat keputusan. 5. Ekstrovert Trait personality yang menunjukkan individu suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai. 6. Intelektual Trait personality yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran daripada segi intelektual. 7. Introvert Trait personality yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-situasi yang akan memaksa mereka berkomunikasi dengan orang ramai di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu tugasan. 8. Kepelbagaian Trait personality yang menunjukkan individu dapat menghayati berbagai-bagai situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru ke arah perubahan yang berterusan.



Ujian Personaliti IPS



9. Ketahanan Trait personality yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas. 10. Kritik-Diri Trait personality yang menunjukkan individu yang tidak stabil dari segi emosi dan psikologi. 11. Mengawal Trait personality yang menunjukkan individu suka mengawal orang lain atau lebih dan suka memimpin daripada dipimpin. 12. Menolong Trait personality yang dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain. 13. Sokongan Trait personality yang menunjukkan individu memerlukan perhatian, simpati dan ingin dikasihi. 14. Struktur Trait personality yang menunjukkan individu suka kepada kekemasan, keberihan serta perkara-perkara yang bersturktur, berulang-ulang dan terperinci.



15. Pencapaian Trait personality yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka persaingan.



Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek (IPS) Walaupun jangka masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan secara khusus namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ini ditadbir di dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahankemudahan asas seperti kerusi dan meja. Pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.



Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil IPS Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau menggunakan program computer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personality dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan hati-hati. Umumnya borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa alat ini



Ujian Personaliti IPS



mengukur 16 faktor iaitu 15 trait personality dan 1 skala penipuan, sementara 10 lajur menjelaskan bahawa setiap trait atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan pengiraan skor mentah, focus hanya diberikan kepada jawapan ‘Ya” yang perlu dibuat baris demi baris. Oleh kerana setiap trait diwakili oleh 10 item maka kadar skor maksimum yang boleh diperolehi individu ialah 10. Kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus dengan didarabkan dengan 10. Untuk keterangan lanjut sila rujuk kaedah pengiraan skor seperti yang terkandung dalam Manual IPS.



Pentafsiran IPS Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut: Agresif  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakkan hal anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakkan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi dalam masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga.  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakkan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai. Analitikal  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah seorang yang sensitive kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda untuk membuat analisis. Anda adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat. Autonomi  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) pula menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain dan struktur social yang memerlukan keakuran. Bersandar  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus anda tuju.  Skor sederhana (40-70%) menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan yang anda adalah individu yang suka berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak bergantung kepada orang lain.



Ujian Personaliti IPS



Ekstrovert  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang social. Anda suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua cirri social dan tidak social. Umumnya tahap social anda adalah sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang individu yang kurang atau tidak social. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada suasana kerja bersendirian atau satu sama satu. Intelektual  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri intelektual anda berada di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda merasa tidak selesa dengan perkara-perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, praktikal dan pragmatic. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran. Introvert  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang tidak social dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja bersendirian atau satu sama satu.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri social anda adalah di tahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang social. Kepelbagaian  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. anda adalah seorang yang adventure.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri kepelbagaian anda adalah di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih sukakan kepada situasi-situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi-situasi dan pengalamanpengalaman baru. Ketahanan  Skor tinggi (99-70%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri ketahanan anda adalah di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepatbosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai.



Ujian Personaliti IPS



Kritik-Diri  Skor 60-99% menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukannya atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang mendapat skor antara 60-70% dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling individu sementara individu yang mendapat skor lebih daripada 70% dikatakan sangat memerlukan kaunseling individu.  Skor 40-50% biasanya dikaitkan dengan individu yang stabil daripada segi emosi dan psikologinya. (asertif)  Individu yang mendapatskor rendah iaitu antara 1-30% biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain. Mengawal  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepimpinan seperti pengurus, pentadbir awam, pegawai tentera, peguam, ahli politik dan lain-lain.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri mengawal dan kepimpinan anda aalah di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerja utama yang berkaitan ialah setiausaha, pramugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain. Menolong  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan dan membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain. Individu lebih memfokus kepada diri sendiri. Sokongan  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait personality menolong menunjukkan anda adalah individu yang sangat mementingkan diri.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-iri sokongan anda berada di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain. Struktur  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkaraperkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri personality struktur anda berada di tahap sederhana.  Kor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang. Pencapaian  Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.  Skor sederhana (40-70%) menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana.  Skor rendah (1-40%) menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.



Ujian Personaliti IPS



Penipuan  Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke dalam alatukuran IPS pada tahun 1998.