Falsafah Pendidikan Islam, Sidek Baba [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENDAHULUAN Sidek Baba 2006 ada menyatakan bahawa, ‘Pendidik dan pendidikan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Pendidik ialah orang yang mendidik, manakala pendidikan pula adalah satu proses untuk mendidik manusia. Falsafah Pendidikan Islam pula memberi penekanan kepada pembentukan iman yang teguh, pembinaan akhlak yang mulia di samping memberi penekanan kepada hubungan yang bersifat horizontal dan vertikal. Falsafah Pendidikan Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyampaian ilmu tetapi juga turut memberi penekanan kepada pembentukan insan yang seimbang dan sepadu.’



KONSEP DAN PRINSIP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Menurut Supyan Hussin 2014, Falsafah Pendidikan Islam



adalah ‘satu usaha



berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri, dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup islam berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah dengan meningkatkan potensi diri dari sudut spiritual,fizikal, intelek, emosi dan sosial agar menjadi manusia yang bertanggungjawab terhadap Allah, manusia, dan persekitaran alam kearah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.’ Pendidikan islam merupakan salah satu proses membina tamadun yang merupakan pembelajaran sepanjang hayat iaitu dari buaian hingga ke liang lahad. Hal ini demikian kerana pendidikan islam merupakan suatu pendidikan yang holistik yang merangkumi seluruh aspek dalam kehidupan. Oleh itu, salah satu perkara penting untuk merealisasikan aspirasi pembinaan tamadun yang cemerlang adalah melalui proses penyampaian pendidikan islam. Insan guru memainkan peranan utama dalam menyampaikan kurikulum pendidikan Islam. Asas pendidikan ini adalah berteraskan Al-quran dan As sunnah. Tugas utama guru ialah menyampaikan, membentuk, mengasuh, membina dan menjadi contoh kepada pelajar berdasarkan lima aspek teras iaitu spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial. Maka, keberhasilan kurikulum ini dapat dilihat langsung melalui hubungan dengan Allah, manusia dan alam sekitar. Secara tidak langsung, keberkesanan kurikulum pendidikan islam juga dapat melahirkan individu seimbang dunia dan akhirat.



1



Menurut Yusuff ( 2005 ), pendidikan yang kita bincangkan dewasa ini bukanlah sesuatu yang baru. Hal ini demikian kerana pendidikan telah diperbahaskan semenjak zaman Socrates dan Plato lagi. Sistem pendidikan Negara kita tersiri kepada Pendidikan Kebangsaan dan juga Pendidikan Islam. Pendidikan Islam ialah pendidikan yang diberikan kepada anak-anak atau murid-murid serta pelajar berteraskan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik mengikut pandangan dan acuan islam. Yusuf al-Qardawi ( 1980 ) mendifinisikan falsafah Pendidikan Islam adalah pendidikan manusia seutuhnya, akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan keterampilannya. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.



Ibnu Sina menerangkan bahawa konsep pendidikan islam adalah bertujuan untuk mengembangkan seluruh potensi yang dimiliki seseorang individu melalui perkembangan fizikal, intelektual dan budi pekerti. Selain itu, pendidikan juga bertujuan untuk mempersiapkan seseorang dalam menjalani hidup bermasyarakat sebagai contoh di alam pekerjaan. Individu akan melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan bakat yang ada, kecenderungan dan potensi yang dimiliki (Miftaku Rohman, 2013).



Konsep Falsafah Pendidikan Islam yang diketengahkan adalah bersifat pendidikan seumur hidup. Hal ini jelas menunjukkan bahawa islam adalah cara hidup yang perlu diamalkan bukan sekadar di sesetengah tempat dan keadaan sahaja. Tambahan pula, Falsafah Pendidikan Islam juga menitikberatkan pembangunan seluruh potensi roh, akal dan jasad secara holistik di samping menyampaikan fungsi sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi. Falsafah Pendidikan Islam juga berkonsepkan memakmurkan alam. Pada masa yang sama, kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal dapat dicapai. Akhirnya, konsep ini membuahkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Selain itu, wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dimulai dengan perintah yang mempunyai hubungkait yang amat rapat dengan pendidikan. Pendidikan dikira sebagai satu ibadah hingga taraf orang berilmu diangkat beberapa darjat oleh Allah berbanding yang lain. Konsep pendidikan yang luas dan bersepadu merupakan keistimewaan pendidikan dalam Islam. Konsep ini dibina daripada prinsip-prinsip asas dalam pendidikan Islam yang mengandungi prinsip mengenal tuhan, mengenal alam dan mengenal diri. Melalui pemahaman prinsip-prinsip ini, aktiviti pengajaran dan pendidikan dapat dijalankan secara bersepadu.



2



APLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI GURU Abdullah Nasih Ulwan (1993 ) menekankan terhadap pendekatan tahzib yang sangat berkait



rapat



dengan



pembentukan



akhlak



seseorang



insan



perlu



seiring



dengan



perkembangan ilmu pengetahuan, ini dapat digunakan dalam menghadapi sbarang cabaran yang mendatang dengan penuh kebahagiaan. Manakala pendekatan tarbiyah pula membawa erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Istilah ini lebih terarah kepada didikan sahaja bukannya untuk menjadikan pelajar lebih beradab. Namun begitu, Rohizan Ya et, al (2013) lebih cenderung kepada penggunaan istilah taadib. Istilah ini sangat sesuai dengan akhlak, budi pekerti, keperibadian dan sebagainya. Pembentukan elemen-elemen tersebut umpama pelengkap kepada sistem pengajaran dan pembelajaran yang ada di negara kita yang mana pelajar telah disematkan dalam minda mereka kepada sistem berteraskan peperiksaan. Sehingga mengabaikan aspek adab dan nilainilai murni yang sepatutnya dijadikan keperluan dalam diri setiap pelajar untuk menghasilkan modal insan yang berkerampilan bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat tempat tinggal yang kekal abadi. Azizah Lebai Nordin (1999) menekankan bahawa, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seharusnya bertitik tolak daripada seorang guru yang mengetahui segala aspek yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Beliau bukan sahaja harus meneliti pelbagai tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran, malah perlu mengetahui dan memahami falsafah dan objektif Pendidikan Islam. Guru akan berhasil membawa anak didiknya ke arah matlamat asal Pendidikan Islam jika guru tersebut terlebih dahulu memahami falsafah dan matlamat sukatan pelajaran.



Selain itu, para guru juga hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai pedagogi. Pedagogi dapat mendedahkan para guru kepada cara membuat perancangan yang berkesan yang



merangkumi



aspek



persediaan



pengajaran,



penyampaian



pengajaran,



strategi



pengajaran, penilaian pengajaran dan hubungan guru dengan murid. Dua perkara ini perlu seiring. Seorang guru yang menguasai isi kandungan mata pelajaran yang hendak diajar, tetapi tidak dapat menguasai strategi dan kaedah pengajaran, tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Sebagai contoh, jika seorang guru hendak mengajar ibadah yang berkaitan amali tetapi menggunakan kaedah syarahan sahaja tanpa menunjukkan kepada



3



pelajar, sudah tentu pengajarannya tidak berkesan. Maka, jelaslah pentingnya pedagogi dalam menyampaikan kurikulum. Seharusnya, penerapan falsafah pendidikan Islam ini perlu didedahkan dengan penghayatan pelajaran tersebut dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar. Maka tidak hairanlah berlaku pelbagai gejala sosial yang lahir dalam masyarakat masa kini akibat tiadanya nilai kemantapan akhlak dalam jiwa mereka sehingga terdorong melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya (Ahmad Redzuwan 2003)



PENUTUP Falsafah adalah satu pendekatan yang menyeluruh terhadap kehidupan dunia ini dan merupakan satu kajian mencari kebenaran dalam nilai dan hidup. Falsafah pendidikan islam adalah berasaskan pengajaran islam yang bersumberkan al-quran dan as-sunnah Nabi S.A.W. Pendidikan dilihat sebagai usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan amalan berasaskan al-quran dan sunnah. Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu yang lengkap untuk mengenali diri, peranan dan tanggungjawab sebagai hamba Tuhan dan menjadi khalifah yang baik. Falsafah pendidikan guru bertujuan sebagai panduan untuk membina program pendidikan guru dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan ini, dapat melahirkan seorang guru yang bermoral tinggi seimbang, bersepadu secara harmoni dalam aspek sikap, amalan dan kecekapan.



4