Persamaan & Perbezaan Falsasafah Pendidikan Negara Dengan Falsafah Pendidikan Islam [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ISI KANDUNGAN



MUKA SURAT



1 PENGHARGAAN



2



2 PENGENALAN



3



3 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM



4



4 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM



4



5 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT AL- QURAN DAN AS-SUNNAH



4



6 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



6



7 PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



7



8 RASIONAL NILAI-NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



8



9 PERSAMAAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



9



10 PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



10



11 RUMUSAN



11



12 BIBLIOGRAFI



12



PENGHARGAAN



Alhamdulillah,kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan taufik dan hidayahNya kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Azmi b. Khamis selaku pensyarah bagi matapelajaran Pendidikan Islam kerana memberi sokongan,panduan dan tunjuk ajar yang amat berguna.Terima kasih juga ditujukan kepada setiap ahli kumpulan yang telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga segala usaha ini akan meningkatkan penguasaan ilmu dan penghayatan Allah S.W.T.



PENGENALAN



serta mendapat keberkatan dari



Pendidikan ialah proses mengadabkan insan. Pada tanggapan barat pendidikan dikaitkan dengan proses pemindahan maklumat, keterampilan dan pengalaman dari guru kepada murid atau dari pensyarah kepada pelajar. Tradisi Islam dalam pendidikan pula sering menghubungkan pendidikan dengan pembangunan potensi insan. Manusia tidak hanya memiliki kekuatan akal atau minda tetapi Allah mengurniakan manusia dengan potensi rohaniah dan jasmaniah. Ketiga-tiga potensi memerlukan penyuburan yang seimbang. Memberikan fokus kepada pengupayaan akal saja tidak melengkapi sifat pembangunan diri yang menyeluruh. Membangunkan rohani dan jasmani tanpa memberikan fokus kepada akal tidak juga menepati proses pembangunan insan. Menyuburkan kualiti rohaniah, akliah dan jasmaniah secara seimbang adalah pendekatan yang amat serasi dengan proses pembangunan insan. Bagi yang memiliki keteguhan beragama, nilai agama menjadi landasan mengurus diri dan sistem. Bagi yang berpedomankan nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai semasa



pula, aspek etika adalah amat penting. Ianya amat releven dalam



masyarakat yang berbilang kaum kerana kecenderungan berinteraksi antara kaum adalah aktif. Tanpa adanya asas nilai dan etika yang memberikan pedoman dan batasan, dinamika sosial tidak akan wujud secara positif Manusia sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, untuk mencapai kebahagiaan hidup, manusia amat memerlukan pendidikan kerana ia merupakan satu aset yang amat penting dalam kehidupan. Tanpa pendidikan segala-galanya akan menemui kegagalan. Pendidikan merupakan suatu proses yang membentuk peribadi manusia daripada keadaan yang tidak sempurna kepada keadaan yang lebih sempurna. Dua falsafah yang sering dibicarakan dalam pendidikan ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.



FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM



Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba



Allah



yang



mempunyai



tanggungjawab



untuk



membangun



diri,



masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Matlamat Falsafah Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal salih dan berakhlak mulia berdasarkan alQuran dan as-Sunnah ke arah menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa. Matlamat ini menjurus kepada matlamat hidup manusia itu sendiri yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:        dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( Az-Zariyat: 56) Oleh itu, segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah di muka bumi dianggap pendidikan menurut pandangan islam. Kelayakan manusia sehingga dilantik menjadi khalifah adalah kerana mempunyai beberapa ciri istemewa iaitu fitrah semula jadi manusia yang baik, bersih daripada dosa, unsur roh yang membezakannya dengan makhluk lain dan akal yang dapat membuat pilihan betul atau salah. KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT ALQURAN & AS-SUNNAH Untuk memahami konsep Falsafah Pendidikan Islam, kita hendaklah meneliti isi kandungan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w: Firman Allah:                         



Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. ( Al-Alaq : 1- 6) Wahyu yang pertama itu mengandungi perintah-perintah supaya manusia belajar mengenali Allah, memahami fenomena alam dan memahami sifat dirinya sendiri agar mereka dapat merialisasikan dalam kehidupan seharian. Al-Quran di samping menjadi pertunjuk tentang aqidah, keimanan, ibadah, muamalah, hukum, dan sebagainya juga mengandungi aspek-aspek pendidikan. Nilai-nilai pendidikan di dalam Al-Quran mempunyai peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan umat islam yang menyangkut soal-soal ekonomi, sosial, undang-undang, falsafah dan lain-lain sebagai identiti Islam yang syumul. Al-Quran menghargai akal manusia di mana dengan akal itu, pengetahuan pendidikan dapat menolong manusia menyelesaikan segala persoalan hidup dalam pelbagai situasi dan kondisi. Al-Quran menghormati dan menghargai orang-orang yang berilmu pengetahuan, sehingga mereka memperolehi darjat yang tinggi dan mulia serta dapat membanggunkan ummah. Berpandukan Al-Quran, manusia dapat dididik dalam mengembangkan kewajjipan serta tanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Sesuatu perancangan yang dibuat pastinya mempunyai matlamat yang hendak disasarkan. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal salih dan berakhlak mulia berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah ke arah menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa. Berdasarkan matlamat yang berasaskan keujudan Allah, lahir pula matlamat-matlamat lain antaranya; 1. Memperkenalkan sifat-sifat diri manusia 2. Memperkenalkan tugas dan tanggungjawab manusia 3. Menyusun struktur masyarakat. 4. Membentuk akhlak yang mulia 5. Menjaga kepentingan agama dan kehidupan. 6. Memberi pendidikan jasmani dan rohani. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:"Pendidikan



di



Malaysia



adalah



satu



usaha



berterusan



kearah



perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu



pengetahuan,



berketerampilan,



bertanggungjawab



dan



berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri: a. Percaya dan patuh kepada tuhan b. Berilmu pengetahuan c. Berakhlak mulia d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara. f.



Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.



Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilainilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan. Sebagai khalifah Allah di mukabumi ini, manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir, membentuk dan melaksanakan hasrat falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berakhlak mulia. Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain



putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri. Rasulullah S.A.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu pada peringkat keluarga lagi. Sabda baginda yang bermaksud: " Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Hanya ibubapanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanakkanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi merupakan asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni. Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat dalam silibus tertentu sahaja, sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap matapelajaran. Dan adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak formal seperti komunikasi yang baik antara guru dan murid, yang akan mempengaruhi penanaman nilai dalam jiwa pelajar. PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan



di



Malaysia



adalah



suatu



usaha



memerkembangkan potensi individu secara menyeluruh



berterusan



kearah



lebih



dan bersepadu untuk



melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari ssegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengatahuan, berketermapilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesajahaan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.



RASIONAL NILAI-NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



Matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu,



berdisiplin,



berpengetahuan,



bertanggungjawab,



berkebolehan



berwawasan dan terlatih. Untuk melihat output dan produk yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka agar selaras dengan penyataan FPN ini. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah, mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan. Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana: " Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."



PERSAMAAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM & FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA



Peranan guru dalam merealisasikan ke arah Falsafah pendidikan adalah satu tugas yang besar untuk memajukan aspek – aspek pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayan ,sosial ekonomi dan politik .Matlamat pendidikan juga merupakan cita-cita dan hasrat murni yang ingin dicapai . Ia berjalan selari dengan matlamat negara ,malahan dalam banyak hal ,pendidikan merupakan saluran utama dan alat yang paling berkesan untuk menjayakan cita – cita negara . Berdasarkan falsafah pendidikan negara matlamat pendidikan ini jelas melahirkan insan yang baik .Berdasarkan falsafah pendidikan negara Kementerian pendidkan Malaysia bertanggungjawab



dalam



mendidik



rakyat



agar



menjadi



warganegara



yang



berpengatahuan ,bertanggungjawab ,berdisiplin bersatu padu dan sesuai dengan kehendak Dasar Ekonomi Baru. Falsafah pendidikan islam juga bertujuan untuk menyebarkan pengalaman dan kebudayaan manusia daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain Falsafah pendidikan islam juga seimbang dengan falsafah pendidikan negara kerana matlamat pendidikan islam juga ialah untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang didalam individu dengan nilai – nilai islam.Keadaan keseimbangan ini dapat diwujudkan dengan akal fikiran .Pemaduan seperti ini dapat menghasilkan seorang individu yang beriman berpengetahuan berakhlak tinggi dan beramal salih. Ini seterusnya akan menghasil suatu masyarakat yang hidup dengan harmoni ,menghormati dan berkejasama antara satu sam lain.



PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DENGAN PENDIDIKAN NEGARA



Falsafah pendidikan negara lebih menekankan kepada nilai – nilai murni yang terkandung didalam pelbagai agama yang diamalkan dinegara kita ini.Dimana nilai – nilai tersebut boleh diajar kepada semua pelajar tidak mengira bangsa untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif ,efektif psikomotor dan akhlak . Nilai – nilai ini didokong oleh semua agama dan bersifat sarwajagat. Nilai-nilai tersebut ialah : 1 Baik Hati



12 Kerjasama



2 Berdikari



13 kesedaran



3 Hemah Tinggi



14 Kesyukuran



4 Hormat menghormati



15 Rasional



5 Kasih Sayang



16 Semangat Masyarakat



6 Keadilan 7 Kebebasan 8 Keberanian 9 Kebersihan fizikal dan metal 10 Kejujuran 11 Kerajinan Matlamat penerapan nilai – nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta akhlak mulia .Antara objektif lain ialah 1 Menanam kesedaran ,kefahaman keyakinan dan juga kesyukuran 2 Menanam semangat cintakan nilai – nilai suci 3 Menghormati kebaikan dan membenci keburukan 4 Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama bangsa dan juga sewaktu menjalankan tugas serta tanggungjawab . Jika nilai – nilai ini dapat dilaksanakan melalui pendidikan .objektif dan matlamat yang ingin dicapai akan dapat dijayakan Falsafah



pendidikan



Islam



lebih



menekan



kepada



pengetahuan



yang



bersumberkan al – quran dan sunnah Justeru itu falsafah pendidikan islam juga



10



menjuruskan kepada membentuk dan memperkembangkan semua potensi insan kearah menjadikan murid berilmu. Tumpuan utama pendidikan islam lebih kepada aspek pengukuhan akidah islamiah ,pemahaman kepada sifat –sifat cara hidup islam serta asuhan terhadap budi perketi dan akhlak yang mulia .Menyedari akan hakikat bahawa islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup harian seorang muslim,maka pendidikan islam menekankan aspek amalan dan penghayatan . Penghayatan Fardhu Ain yang dipupuk pada peringkat sekolah rendah diperkukuhkan lagi di sekolah menengah .Para pelajar akan mengamalkan kewajipan ini sebagai tuntutan asasi dan menggunakannya dalam kehidupan harian. Bagi memastikan keberkesanan



apa yang termaktub dalam falsafah pendidikan islam



maka,orentasi pengajaran hendaklah sentiasa dikaitkan dengan aspek – aspek amalan dalam kehidupan harian .Nilai – nilai dari mata pelajaran lain seperti sains ,geografi ,sejarah dan matematik juga perlu digabungjalinkan supaya wujud kesepaduan di antara ilmu – ilmu yang diperolehi .



RUMUSAN Falsafah pendidikan negara dan juga falsafah pendidikan islam adalah untuk mewujudkan keseimbangan dalam diri individu dengan nilai –nilai yang harmonis dan juga nilai – nilai keislaman seperti mana yang dituntut .Falsafah pendidikan juga bertujuan untuk membentuk insan salih yang tunduk dan patuh kepada tuhan . Penghayatan dikalangan para pelajar perlu mendapat pupukan yang sewajarnya .Guru-guru harus melipatgandakan usaha – usaha ke arah untuk meningkatkan lagi penghayatan dan pengukuhan para pelajar.



BIBLIOGRAFI



11



1 Sufean Hussin Pendidikan DI Malaysia sejarah,sistem dan Falsafah edisi 2 Dewan Bahasa dan Pustaka 2004 2 Abdul Rahim Md Ali Pendidikan Di Malaysia dan Psikologi Pendidikan Utusan Punlications sdn .bhd 2001 3 Abdul Rahman Aroff,Zakaria Kasa , Falsafah pendidikan dan konsep pendidikan edesi ke 2 ,Penerbit Fajar Bakti sdn bhd.



12