Isu Literasi Bahasa [PDF]

  • Author / Uploaded
  • kyra
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN KBD 6024 Kurikulum Pendidikan Bermasalah Pendengaran



DISEDIAKAN OLEH SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680) SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PENSYARAH DR ABDUL RAHIM BIN RAZALLI



0 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



PENGENALAN___________________________ Kemahiran literasi merujuk kepada keupayaan murid membaca dan memahami dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan untuk menghayati teks yang dibaca. Kemahiran literasi membaca adalah kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh seseorang individu. Pemahaman bagi setiao murid adalah, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya, sumber kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaan menikmati hasil penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiran literasi membaca kepada kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca secara nyaring atau membaca secara mentalis. Bagi kanak-kanak masalah pendengaran pula, mereka memerlukan kaedah dan teknik mengajar yang lebih khusus sesuai keupayaan dan kebolehan mereka. Secara amnya, murid bermasalah pendengaran memperoleh literasi bahasa dengan cara yang agak berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Ini kerana perkembangan literasi bahasa memerlukan kompenen alat artikulasi, deria pendengaran dan deria penglihatan. Isu yang lebih rumit timbul apabila murid bermasalah pendengaran bergantung kepada keupayaan visual semata-mata dan menolak permerolehan bahasa melalui deria pendengaran dan alat artikulasi. Proses pemerolehan bahasa literasi murid terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan. i.



Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)



1 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



Deria atau pancaindera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah



pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara



diproses.



penglihatan dan



satu sama lain dalam proses



membaca. a)



Deria penglihatan



Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan b)



bermasalah



otak



untuk



penglihatan



deria sentuhan.



Deria pendengaran



Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca



dengan



baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej



yang



menghasilkan semula mesej itu dengan jelas



tepat. Keadaan ini tidak berlaku



dan



diterima supaya



ia dapat



kepada individu yang mengalami masalah pendengaran. ii.



Membaca sebagai proses pengamatan



Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca



indera



berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti: (1)



mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan,



(2)



“figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak,



(3)



ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar, dan



(4)



turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.



iii.



Membaca sebagai satu proses bahasa



Bacaan adalah sebahagian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca dapat membantu



2 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta. iv.



Membaca adalah satu proses kognitif



Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca. Setiap proses ini perlu dilalui oleh murid bagi menguasai sistem literasi bahasa yang sejajar dengan tahap kognitif mereka. Jika murid tidak mampu untuk menguasai proses tersebut, ia akan menimbulkan isu dalam pengusaaan bahasa dan ini sekaligus menjadikan murid bermasalah pendengaran agak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Artikel ini akan menjelaskan mengenai isu-isu dan masalah yang menjadi halangan kepada murid bermasalah pendengaran dalam menguasai literasi bahasa.



3 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



PENCAPAIAN BACAAN___________________ Kewujudan literasi bahasa dilihat muncul melalui perkembangan lisan bagi setiap kanak-kanak. Pendekatan linguistik dan perkembangan bahasa terbentuk kesan dari tanggapan bahawa kanak-kanak tidak perlu diajar untuk bercakap kerana perkembangan bahasa dan pragmatik diperolehi melalui perbualan harian yang didengar secara tidak langsung oleh kanak-kanak terbabit. Pemerolehan bahasa ekspresif akan membentuk asas penulisan dan pada masa yang sama membantu mempertingkatkan kemahiran murid dalam mentafsir bunyibunyi fonik dalam sistem bahasa. Bagi membantu murid dalam proses membaca, murid perlu menguasai dan mempunyai pengetahuan mengenai bahasa yang ingin dikuasai. Malangnya, keadaan ini agak berbeza terhadap murid bermasalah pendengaran kerana mereka mempunyai kelemahan untuk mendapat akses penuh dalam mengembangkan keupayaan sistem bunyi fonik yang dapat membantu mereka menguasai literasi bahasa dengan baik. Menurut National deaf children, 2014, majoriti kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak mampu mengembangkan pemahaman yang mencukupi dalam mana-mana bentuk literasi bahasa samada komunikasi lisan, kod bahasa tangan, atau kue speech/bacaan bibir bagi membantu murid bermasalah pendengaran membina proses kemahiran bahasa yang sewajarnya. Kanakkanak yang dilahirkan dengan mempunyai masalah pendengaran yang teruk (profound) berkemungkinan gagal untuk mengembangkan sistem komunikasi bahasa yang fasih dan pada masa yang sama gagal untuk membangunkan keupayaan penguasaan sistem fonik yang dipercayai mampu untuk membantu murid menjadi pembaca literasi yang mahir. Kyle dan Harris (2010) mendapati bahawa bahawa kanak-kanak dengan pendengaran normal dan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran yang sederhana teruk (severe) menggunakan strategi membaca yang berbeza dalam tempoh 2 tahun pertama persekolahan. Walaupun kedua-dua kumpulan kanak-kanak mempamerkan tahap kemajuan bacaan yang sama pada peringkat awal pembangunan membaca, trajektori bacaan mereka menyimpang selepas tahun kedua pengajaran membaca. Kelewatan dalam bacaan di tahap permulaan tidak terlalu terkesan kepada murid yang mempunyai masalah pendengaran sederhana (severe)



4 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



berbanding kanak-kanak bermasalah pendengaran profound. Namun begitu Kyle dan Harris (2010) juga berpendapat bahawa kelewatan bahasa akan bertambah sejajar dengan peningkatan umur kanak-kanak terbabit.



Selama hampir 50 tahun murid bermasalah pendengaran yang teruk memaparkan konsistensi yang lemah dalam kebolehan membaca. Secara purata murid bermasalah pendengaran tidak menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi kerana tahap penguasaan literasi bahasa mereka menyamai murid normal yang berada di tahun 2 atau 3. Oleh itu, penyelidik dan pendidik perlu mengambil kira apakah faktor yang menyumbang kepada kegagalan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang teruk untuk mengembangkan keupayaan literasi bahasa mereka ke tahap yang memberangsangkan. Melalui penelitian terhadap beberapa tinjaun literatur, banyak laporan bercanggah mengenai bagaimana perkembangan kemahiran literasi di antara kanak-kanak normal dan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan pendengaran normal mengkod perkataan melalui dua cara (Goff, Pratt & Ong, 2005). Kanak-kanak normal mengkod perkataan melalui hubungan yang ada di antara huruf dan bunyi yang sepadan dengan perkataan yang dipaparkan. Ini merupakan kemahiran asas sistem fonologi yang dirujuk sebagai membunyikan perkataan. Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak untuk membaca perkataan yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini. Pendekatan kedua, atau pendekatan leksikal, bergantung kepada pengeceman perkataan secara keseluruha (Goff, Pratt & Ong, 2005). Pendekatan jenis leksikal ini tidak mengikut peraturan fonologi tetapi memerlukan kanak-kanak untuk sentiasa didedahkan dengan pelbagai jenis dan bentuk perkataan dan ayat. Melalui pendapat yang diutarakan oleh Goff, Pratt & Ong, 2005, dapatlah disimpulkan bahawa kanak-kanak yang



mempunyai pendengaran normal menggunakan pendekatan



fonologi untuk perkatan yang sukar dan pendekatan leksikal untuk perkataan yang mudah untuk dilakukan pengecaman (Goff, Pratt & Ong, 2005). Asas piawaian yang jelas telah diwujudkan mengenai bagaimana kanak-kanak dengan pendengaran normal belajar membaca, oleh itu, sebarang kekurangan atau kelemahan murid boleh ditaksir, dinilai, dan dipulihkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.. Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang standard yang boleh digunapkai oleh kanak-kanak yang



5 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



pekak atau kurang pendengaran. Berbanding dengan masalah pembelajaran yang lain, para penyelidik dalam bidang pendidikan murid bermasalah pendengaran berhujah bahawa kekurangan penyelidikan bagi menangani kualiti dan peluang pendidikan khusus dalam meningkatkan pencapaian literasi bahasa (Luckner & Handley 2008). Kurangnya



penyelidikan dalam bidang ini, menjadikan amalan terbaik dan strategi pengajaran yang berkesan sukar untuk dilaksanakan. Tujuan kertas ini adalah untuk mengenal pasti masalah literasi membaca di kalangan murid (berumur 6-11 tahun) di mana populasinya menjurus kepada kanak-kanak yang pekak atau kurang pendengaran. Artikel ini adalah untuk menerokai aspek apakah yang menjadi cabaran paling besar bagi murid bermasalah pendengaran dalam menguasai literasi bahasa. Pada masa yang sama, artikel ini bertujuan untuk menentukan pola dan trend yang dilakukan oleh murid normal dan murid bermasalah pendengaran dengan meneliti aspek tahap kehilangan pendengaran, mengkaji hubungan kemahiran membaca dengan lain-lain faktorfaktor perkembangan (iaitu pemerolehan bahasa pertama, dan mod komunikasi yang utama.



6 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



FAKTOR



PERKEMBANGAN



LITERASI



BAHASA_________________________________ Banyak faktor yang menyumbang kepada perkembangan kemahiran asas literasi bahasa (Harris & Moreno 2004). Pemilihan bahasa dan mod komunikasi yang utama memberi kesan yang besar ke atas pencapaian dalam kefahaman bacaan bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Keupayaan dan kekuatan kemahiran asas literasi bahasa akan membantu murid bermasalah pendengaran sebagai satu bentuk penyediaan asas ke arah kemahiran bertulis yang cekap. Freel et al. (2011) menyatakan hipotesis mengenai hubungan positif yang signifikan di antara ukuran penguasaan ASL (American Sign Languange)



dengan ukuran kemahiran



membaca. Keputusan yang diperolehi membuktikan sokongan kepada idea bahawa ASL sebagai bahasa pertama yang lengkap dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (Freel, Clark, Anderson, Gilbert, Musyoka & Hauser, 2011). Dalam kajian ini, 23% daripada varians dalam kemahiran membaca telah dijelaskan oleh penguasaan ASL. Allen, Hwang, dan Stansky (2009) mendapati bahawa skor ASL individu menjelaskan 68% daripada varians dalam skor bacaan literasi. Di samping itu, terdapat data yang menunjukkan bahawa hasil literasi kanakkanak bermasalah pendengaran atau kurang pendengaran adalah sangat berkait rapat dengan kemahiran bahasa asas mereka (Lederberg, Schick, Spencer 2012). Terdapat kajian mengenai kanak-kanak bermasalah pendengaran dengan ibu bapa yang mempunyai masalah yang sama, umumnya mempunyai kebolehan literasi bahasa yang lebih baik berbanding kanak-kanak bermasalah pendengaran yang ibu bapanya mempunyai pendengaran yang normal. (Meadow, 1968; Kuat & Prinz, 1997). Selain itu, status pendengaran ibu bapa mempunyai kesan ke atas penguasaan kod tangan dan literasi bahasa,sekaligus membuktikan bahawa ibu bapa yang mempunyai masalah pendengaran lebih cenderung untuk membantu anak mereka dalam perkembangan literasi bahasa. Dalam satu



7 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



kajian temu bual ibu bapa dan guru-guru, semua responden memberi tumpuan kepada kepentingan ASL sebagai jambatan kepada perkembangan literasi bertulis yang cekap (Freel, Clark, Anderson, Gilbert, Musyoka & Hauser, 2011). Statistik menyatakan bahawa 90% kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai masalah dalam menentukan kualiti perkembangan bahasa yang mereka terima. Mitchell dan Karchmer (2004) mengkaji statistik



ini untuk menganalisis ketepatan dan menentukan sama ada ibu bapa ini adalah penyumbang terbesar kepada perkembangan literasi bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran. Mitchell dan Karchmer (2004) cuba membuat hubungan di antara ibu bapa yang mempunyai masalah pendengaran berbanding ibu bapa yang memilik pendengaran normal dan mendapati bahawa 96% murid bermasalah pendengaran mempunyai ibu bapa yang memiliki pendengaran normal. Penemuan ini mungkin menjelaskan mengapa begitu ramai kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai kesukaran, bukan sahaja dalam perkembangan literasi bahasa, tetapi juga bahasa isyarat, dan seterusnya menunjukkan kepentingan pendedahan literasi bahasa sebagai satu bentuk intervensi awal dapat memudahkan kanak-kanak bermasalah pendengaran menguasai literasi bahasa dengan lebih baik.



MOD UTAMA KOMUNIKASI_____________________________________ Bagaimanakah ibu bapa membuat keputusan sama ada anak-anak mereka akan menggunakan bahasa isyarat atau bahasa lisan sebagai mod utama mereka dalam berkomunikasi? Lederberg, Schick & Spencer (2012) membuat kesimpulan bahawa sifat perkembangan bahasa bukan semata-mata berdasarkan kepada faktor tersebut. Kefasihan Ibu Bapa dalam kod tangan dan persekitaran yang menggunakan sistem komunikasi yang efisien berupaya membantu murid bermasalah pendengaran dan secara jelas mempengaruhi kadar dan corak pembelajaran mereka. Perbandingan strategi bacaan kanak-kanak yang dididik secara lisan menunjukkan bahawa mod komunikasi yang dipilih dapat memberi kesan yang mendalam kepada sejauh mana kanak-kanak bermasalah pendengaran mengaplikasi proses pengekodan fonologi dalam kemahiran membaca (Harris & Moreno, 2005). Easterbrooks et al. (2008) mendapati bahawa 95% daripada kanak-kanak bermasalah pendengaran yang mengikuti program lisan memperoleh kemahiran persepsi pertuturan yang baik, berbanding 60% kanak-kanak yang mengikuti program komunikasi serentak dan 40% dalam program dwibahasa.



8 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



Harris dan Beech (1998) membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran boleh menjadi pembaca yang berjaya dengan lebih daripada satu alternatif komunilasi. Mereka mendapati bahawa ucapan membaca (iaitu, isyarat visual disediakan di muka) dan penggunaan kod fonologi adalah kemahiran teras yang mempengaruhi perwakilan suku kata dan kesedaran ortografik. Di samping itu, ini adalah satu-satunya langkah yang memisahkan pembaca yang baik dan tegar. Daripada 9 kanak-kanak pembaca yang baik, 5



adalah menggunakan kod tangan bersama ibu bapa manakala yang lain 4 menerima implan koklea. Penemuan mereka mencadangkan satu kemahiran tambahan yang mungkin perlu ditangani untuk keupayaan bacaan yang lebih baik.



IMPLAN KOKLEA____________________________________________ Terdapat faktor-faktor penyumbang lain yang mempengaruhi kedua-dua pemerolehan bahasa dan perkembangan celik huruf pada kanak-kanak bermasalah pendengaran atau kurang pendengaran. Proses penguatan adalah pilihan tradisional untuk individu yang menghadapi masalah pendengaran atau kurang pendengaran. Implan koklea menyediakan akses kepada ucapan dalam bentuk isyarat bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran yang teruk. Geers dan Hayes (2011) telah menjalankan kajian untuk untuk menyiasat kesan implan koklea ke atas murid. Kajian yang dijalankan adalah untuk menilai dan menentukan sama ada murid berupaya untuk menunjukkan kemahiran membaca yang sesuai dengan umur di sekolah rendah dan dapat bersaing dengan rakan-rakan di sekolah tinggi, pada masa yang sama dapat menentukan sejauh mana kemahiran pemprosesan fonologi dan ciri-ciri demografi memainkan peranan dalam pencapaian celik huruf di kalangan pelajar sekolah menengah yang menggunakan kaedah implan koklea. Antara 47% dan 66% daripada pelajar sekolah tinggi dengan implan koklea (CI) mampu memperoleh skor yang baik dalam beberapa peringkat ujian lisan. 36% peratus daripada murid di gred 9 mampu untuk memperoleh literasi bahasa dengan baik melalui Ujian Pencapaian Individu Peabody PIATR) manakala 17% murid tidak berupaya menguasai kemahiran literasi bahasa kerana tidak menerima implan koklea yang mempengaruhi perkembangan bahasa mereka. Pengakaji berpendapat bahawa pelajar yang mempunyai implan koklea mempamerkan prestasi yang lebih baik dalam kemahiran literasi manakala kaedah pemprosesan fonologi tidak begitu efektif bagi merea. Mereka menyimpulkan bahawa strategi lain dapat menyediakan jalan alternatif bagi membantu murid bermasalah pendengaran menguasai



9 | Page



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



kemahiran literasi bahasa mereka. Kajian awal (Geers, 2002) menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai implan koklea mempunyai tahap kesedaran fonologi lebih tinggi daripada rakan-rakan bermasalah pendengaran tanpa implan koklea, tetapi prestasi mereka kekal lebih rendah berbanding rakan-rakan yang mempunyai pendengaran normal. Geers (2002) membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan literasi bahasa adalah seperti pengetahuan am, pendidikan ibu bapa dan



pendapatan keluarga. Marschark, Rhoten dan Fabich (2007) mengingatkan bahawa walaupun implan koklea telah meningkatkan keupayaan bacaan individu bermasalah pendengaran, kemahiran mereka tidak setimpal dengan rakan-rakan yang berada di gred -11th 10 bagi memastikan mereka berupaya bersaing dengan baik selaras dengan kehendak kurikulum.



KAEDAH DWIBAHASA___________________________________________ Banyak kajian membuktikan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran menguasai kemahiran literasi bahasa dengan baik apabila mereka didedahkan dengan kaedah kod tangan bersama-sama dengan kaedah lisan.(Kushalnagar et al., 2010). Kushalnagar et al. (2010) mendapati bahawa intervensi awal yang melibatkan kanak-kanak bermasalah pendengaran mampu menjadi asas kukuh dalam perkembangan literasi bahasa yang baik. Kushalnagar (2010) cuba membuktikan bahawa gabungan dua kaedah kod tangan dan bahasa lisan mampu memberi peluang kepada murid bermasalah pendengaran memilih kaedah komunikasi yang memberi keselesaan kepada mereka. Saranan ini mampu untuk memastikan penguasaan literasi bahasa ke aras kognitif yang lebih tinggi dan memberi peluang kepada fleksibiliti mental (Kushalnagar et al., 2010). Program pendidikan Sign-bilingual di Amerika Syarikat adalah untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran bahasa isyarat, dengan itu menggalakkan pengetahuan bahasa umum, membawa kepada kemahiran membaca yang lebih baik daripada bahasa yang dituturkan. Malah, jika murid fasih dalam bahasa isyarat mampu berfungsi sebagai bahasa utama pengajaran dan digunakan untuk menyokong pembelajaran bahasa kedua (Lederberg, Schick & Spencer, 2012). Cadangan ini adalah kerana kemahiran kod tangan yang baik mampu menyediakan kanak-kanak dengan asas bahasa yang selamat.



(Goldin-Meadow & Mayberry, 2001). Penyokong bilingualisme menggalakkan



penggunaan dwibahasa dan nilai yang sama dalam ASL dan Bahasa Inggeris. Banyak kajian menyokong bahawa kod tangan berasal dari ASL mempunyai kebolehan dwibahasa jauh lebih tinggi dan mempunyai kawalan ke atas ASL sebagai bahasa ibunda boleh berfungsi sebagai



10 | P a g e



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



jambatan kepada kebolehan literasi bahasa yang lebih baik. Oleh itu, kanak-kanak bermasalah pendengaran yang dibesarkan dalam persekitaran ASL dan membangunkan ASL sebagai bahasa ibunda didapati mempunyai kemahiran literasi bahasa yang lebih baik berbanding kanak-kanak bermasalah pendengaran yang mempunyai ibu bapa normal dan tidak membangunkan ASL sebagai bahasa ibunda dalam pertuturan seharian mereka. (Freel, Clark, Anderson, Gilbert, Musyoka & Hauser, 2011).



KESIMPULAN____________________________ Artikel ini membincangkan dan menerokai aspek literasi bahasa yang paling mencabar bagi murid bermasalah pendengaran. Selain itu, artikel ini membuat pembandingan mengenai proses perkembangan literasi membaca di antara mrid normal dengan murid bermasalah pendengaran. Ramai penyelidik membuat kesimpulan bahawa faktor yang mempengaruhi perkembangan literasi bahasa adalah kesedaran fonologi, keupayaan kognitif, dan mod komunikasi serta tahap kerumitan (Goff, Pratt & Ong, 2005). Adalah penting untuk memberi perhatian bahawa kemahiran fonologi tidak menghalang pencapaian literasi bahasa secara keseluruhan kerana ia mampu dipengaruhi oleh proses kognitif yang lain. Penyelidik banyak membentangkan bukti bahawa murid bermasalah pendengaran bergantung kepada kesedaran fonologi, sementara yang lain menggunakan kaedah alternatif (Koo, Crain, LaSasso dan Eden, 2008). Penemuan lain menunjukkan bahawa keupayaan kanak-kanak untuk melaksanakan tugas-tugas pemprosesan ortografik diperoleh melalui pengalaman membaca sekaligus membantu mereka membina dan mengembangkan kemahiran asas literasi bahasa (Deacon, Benere, & Castles, 2012) Sama ada menggunakan cara fonologi atau ortografik, pemprosesan literasi bahasa dipercayai disokong oleh sejarah pendidikan, kaedah instruksi pengajaran yang berkesan dan bahasa yang dipilih oleh murid bermasalah pendengaran sebagai bahasa utama mereka. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mencadangkan agar proses keterbukaan dalam menerima didikan dan intervebsi awal terhadap murid bermasalah pendengaran. Asas yang paling kukuh bagi membina literasi bahasa yang baik adalah dengan mengaplikasikan beberapa strategi sebagai laluan alternatif bagi membantu murid bermasalah pendengaran untuk bergerak maju. Tenaga pengajar perlu memahami bahawa trajektori pembangunan literasi bagi murid bermasalah pendengaran adalah hasil dari pengubahsuaian kurikulum yang



11 | P a g e



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



diajar kepada murid normal akan dapat membantu proses peralihan sistem komunikasi bagi murid bermasalah pendenagran. Para penyelidik mencadangkan bahawa proses kognitif yang kukuh disokong bersama sistem bahasa aras tinggi akan dapat menguatkan lagi literasi bahasa kepada murid normal mahupun murid bermasalah pendengaran. Kajian masa depan yang perlu dijalankan bagi membantu murid bermasalah pendengaran adalah dengan menyediakan satu pelan pengajaran intervensi dan alternatif baru dalam sistem komunikasi murid pekak. Di



samping itu, banyak pihak perlu membangunkan mod utama komunikasi yang fasih, sama ada menggunakan kod tangan atau pun lisan, dapat menjadi jambatan penyambung kepada proses perkembangan pra tulisan. Dengan mengenalpasti pengaruh kognitif murid bermasalah pendengaran, ia berpotensi untuk menyediakan strategi bagi mentafsirkan kod dari pelbagai aspek bahasa bertulis.



12 | P a g e



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



BIBLIOGRAFI____________________________ Allen, T E. (1986). Patterns of academic achievement among hearing impaired students:19741983. Deaf children in America, 161-206. Andrews, J.F., & Mason, J. M. (1986). How do deaf children learn about pre-reading? American Annals of the Deaf, 131(3), 210–217. Apel, K. (2011). What is orthographic knowledge? Language, Speech, and Hearing Services in Schools, 42, 592-603. Briscoe, J., Bishop, D., & Norbury, C. (2001). Phonological processing, language, and literacy: A comparison of children with mild-to-moderate sensorineural hearing loss and those with specific language impairment. Journal of Child Psychology and Psychiatry, 42(3), 329340. Brown, P.M., & Brewer, L.C. (1996).Cognitive processess of deaf and hearing skilled and less skilled readers. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 1, 263-270. Convertino, C. M., Marschark, M., Sapere, P., Sarchet, T., & Zupan, M., (2009).Predicting academic success among deaf college students. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 14, 324-343. Deacon, S. H., Benere, J., & Castles, A. (2012). Chicken or egg? Untangling the relationship between orthographic processing skill and reading accuracy. Cognition, 122, 110-117. Easterbroooks, S. R., Lederberg, A. R., Miller, E. M., Bergeron, J. P., & Conner, C. M. (2008). Emergent literacy skills during early childhood in children with hearing loss: Strengths and weaknesses. The Volta Review, 108(2), 91-114. Ewoldt, C (1981). A psycholinguistic description of selected deaf children reading in sign language.Reading Research Quarterly, 17, 58-89.



13 | P a g e



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



Freel, B. L., Clark, M. D., Anderson, M. L., Gilbert, G. L., Musyoka, M. M., & Hauser, P. C. (2011). Deaf individuals’ bilingual abilities: American sign language proficiency, reading skills, and family characteristics. Journal of Psychology, 2(1), 18-23. Geers A. (2002).Factors affecting the development of speech, language and literacy in childrenwith early cochlear implantation. Language, Speech and Hearing Services in Schools, 33, 172–183. Geers, A. E., & Hayes, H. (2011). Reading, writing, and phonological processing skills of adolescents with 10 or more years of cochlear implant experience. Ear Hear, 32(1). Goff, D. A., Pratt, C., & Ong, B. (2005). The relations between children's reading comprehension, working memory, language skills, and components of reading decoding in a normal sample. Reading and Writing,18, 583-616 Goldin-Meadow, S., & Mayberry, R. I. (2001). How do profoundly deaf children learn to read? Learning Disabilities Research & Practice, 16(4), 222-229. Halliday , L. F., & Bishop, D. V. M. (2005). Frequency discrimination and literacy skills in children with mild to moderate sensorineural hearing loss. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, 48, 1187-1203. Harris, M., Beech, J.R. (1998).Implicit phonological awareness and early reading development in prelingually deaf children. Journal of Deaf Studies and Deaf Education,. 3, 205-216. Harris, M., & Moreno, C. (2005). Speech reading and learning to read: A comparison of 8yearold profoundly deaf children with good and poor reading ability. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 11(2), 189-201. Kirsch, I. S., Jungeblut, A., Jenkins, L., & Kolstad, A. (2002). Adult literacy in America. (3 rd ed.). Washington, DC: Education Information Branch Office of Educational Research and Improvement



U.S.



Department



of



Education.



Retrieved



from



https://nces.ed.gov/pubs93/93275.pdf Koo, D., Crain, K., LaSasso, C., & Eden, G. F. (2008).Phonological awareness and short-term memory in hearing and deaf individuals of different communication backgrounds. Annals of the New York Academy of Sciences, 1145, 83-99. Kushalnagar, P., Mathur, G., Moreland, C. J., Napoli, D. J., Osterling, W., Padden, C., & Rathmann, C. (2010). Infants and children with hearing loss need early language access. National Institute of Health,21(2), 143-154.



14 | P a g e



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



Kyle, F. E., & Harris, M. (2006).Concurrent correlates and predictors of reading and spelling achievement in deaf and hearing school children. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 11(3), 273-288. Kyle, F. E., & Harris, M. (2010).Longitudinal patterns of emerging literacy in beginning deaf and hearing readers. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 16(3), 289-304. Kyle, F. E., & Harris, M. (2010). Predictors of reading development in deaf children: A 3-year longitudinal study. Journal of Experimental Child Psychology, 107, 229-243.



Lederberg, A. R., Schick, B., & Spencer, P. E. (2012). Language and literacy development of deaf and hard of hearing children: Successes and challenges. Developmental Psychology, 49(1), 15-30. Luckner, J. L., & Handley, C. M. (2008). A summary of the reading comprehension research undertaken with students who are deaf or hard of hearing. American Annals of the Deaf, 153, 6–36. Marschark M, Rhoten C, Fabich M. (2007) Effects of cochlear implants on children’s reading and academic achievement. Journal of Deaf Studies and Deaf Education. 12, 269–282. Marschark, M., &Wauters, L. (2008). Language comprehension and learning by deaf students. In M. Marschark& P.C. Hauser (Eds.), Deaf cognition: Foundations and outcomes (pp. 309350). New York: Oxford University Press. Mayberry, R. I., delGiudice, A. A., & Lieberman, A. M. (2011). Reading achievement in relation to phonological coding and awareness in deaf readers: A meta-analysis. Journal of Deaf Studies and Deaf Education,16, 164–188. doi:10.1093/deafed/enq049. Meadow, K. (1968).Early manual communication in relation to the deaf child’s intellectual, social, and communicative functioning. American Annals of the Deaf, 113, 29-41. Miller, P. (2002). Communication mode and processing of printed words: Evidence from readers with prelingually acquired deafness. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 7, 312– 327. Miller, P. (2006). What the processing of real words and pseudohomophones can tell us about the development of orthographic knowledge in prelingually deafened individuals. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 11(1), 21-38.



15 | P a g e



ISU DAN MASALAH LITERASI BAHASA MURID BERMASALAH PENDENGARAN



Mitchell, R. E., &Karchmer, M. A. (2004). Chasing the mythical ten percent: Parental hearing status of deaf and hard of hearing students in the united states. Sign Language Studies, 4(2), 138-163. Harris, M., & Moreno, C. (2004). Deaf children’s use of phonological coding: Evidence from reading, spelling, and working memory. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 9(3), 253-268. doi: 10.1093 Most, T., Aram, D., & Andorn, T. (2006). Early literacy in children with hearing loss: a comparison between two educational systems. The Volta Review, 106(1), 5-28. Musselmen, C. (2000). How do children who can’t hear learn to read an alphabetic script? A review of the literature on reading and deafness. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 5(1), 9-31. Paul, P.V., & Quigley, S.P. (1990).Education and deafness. New York: Longman. Powers, S. (2003). Influences of student and family factors on academic outcomes of mainstream secondary school students. Journals of Deaf Studies and Deaf Education, 8, 5778. Quigley, S. P., and Paul, P. V. (1994).Language and deafness.SecondEdition. San Diego, CA: Singular Publishing Group, Inc. Strong, M., & Prinz, P. (1997).A study of the relationship between American Sign Language and English literacy.Journal of Deaf Stu-dies and Deaf Education, 2, 37-46. Tymms, P., Brien, D., Merrell, C., Collins, J., & Jones, P., (2003). Young deaf children and the prediction of reading and mathematics. Journal of Early Childhood Research, 1, 197- 212. Weinrich, B., & Fay, E. (2007). Phonological awareness/literacy predictors of spelling abilities for first-grade children. Contemporary Issues in Communication Science and Disorders, 34, 94-100. doi: 1092-5171/07/3402-0094



16 | P a g e