Literasi Bahasa Melayu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LITERASI BAHASA MELAYU



1.1 PENDAHULUAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), literasi bermaksud kebolehan membaca dan menulis. Maksud literasi biasanya bermaksud keupayaan membaca dan menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar, dan bertutur. Penguasaan literasi bahasa berperanan sebagai pelengkap kepada kewajaran individu sebagai seorang anggota masyarakatnya kerana kecelikan literasi dapat digunakan bagi melibatkan diri dalam kehidupan bermasyarakat.



Keperluan



mendapatkan



maklumat



selain



menerusi



aktiviti



pendengaran, kita juga perlu membaca untuk mendapatkannya.



1.2 SEJARAH LITERASI BAHASA Literasi bahasa bermula secara tidak rasmi selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu. Kemudian orang-orang Melayu pada ketika itu diperkenalkan dengan asas membaca dan menulis menggunakan tulisan jawi. Penggunaan tulisan jawi sebagai satu sistem tulisan Melayu yang teratur dan lengkap merupakan antara sumbangan besar kedatangan Islam. Tun Abdul Razak telah memperkenalkan kelas pelajaran dewasa yang bertujuan membantu rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak mempunyai peluang untuk menimba ilmu. Kandungan silibus kelas pelajaran dewasa itu lebih sistematik dan menjurus kepada aktiviti literasi bahasa. Dalam tempoh sepuluh tahun program literasi ini dilaksanakan, telah berjaya mencelikkan lebih tiga juta orang dewasa di seluruh negara.



1.3 KONSEP LITERASI Literasi Bahasa Melayu bermaksud proses untuk melihat kemampuan minimum murid membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Mahzan Arshad (2008) mentakrifkan kemahiran literasi sebagai keupayaan seseorang itu membaca dan menulis. Perkataan „literasi‟ diambil daripada perkataan Inggeris, ‘literacy’ yang bermaksud kenal huruf. Manakala dalam bahasa Arab pula dikenali sebagai „taarub‟ yang bermaksud mengenal huruf. Pertubuhan pendidikan, Sains dan kebudayaan PBB (UNESCO), mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu penyataan yang pendek



dan mudah dalam kehidupan hariannya. Kegiatan literasi dalam sesuatu bahasa ialah proses membina makna. Makna dibina menerusi interaksi antara seseorang individu dengan teks serta konteks persekitaran yang dialaminya. Hal ini bermakna, literasi memberikan peluang kepada seseorang murid untuk menikmati dan menghargai keupayaan berinteraksi dengan teks, persekitaran dan orang lain.



Sejarah



 











Selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu Orang-orang Melayu diperkenalkan dengan asas membaca dan menulis menggunakan tulisan jawi Tun Abdul Razak telah memperkenalkan kelas pelajaran dewasa Program literasi ini telah berjaya mencelikkan lebih tiga juta orang dewasa di seluruh negara



Konsep Literasi Bahasa Melayu



















Literasi Bahasa Melayu bermaksud proses untuk melihat kemampuan minimum murid membaca dan menulis dalam bahasa Melayu Perkataan „literasi‟ diambil daripada perkataan Inggeris, „literacy‟ yang bermaksud kenal huruf (UNESCO), mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu penyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya literasi memberikan peluang kepada seseorang murid untuk menikmati dan menghargai keupayaan berinteraksi dengan teks, persekitaran dan orang lain.



2.0 PRABACAAN 2.1 DEFINISI PRABACAAN Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa, iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza di mana pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca untuk menguasai kemahiran membaca. Antaranya ialah kaedah fonetik, kaedah abjad, dan kaedah pandang dan sebut. 2.1.1 KAEDAH MEMBACA 2.1.1.1 KAEDAH FONETIK Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi supaya mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Setelah mereka mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Kemudian digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan seperti dadu, bola, kata, lalu, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini. Kelemahannya kaedah ini ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya dan biasanya masa yang agak panjang diambil untukmereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataanperkataan dan ayat-ayat yang bermakna.



Satu lagi teknik mengajar bunyi adalah menggunakan asosiasi, iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Contoh asosiasi bunyi untuk membunyikan „aa‟, guru boleh mengaitkan dengan peristiwa yang berlaku di persekitaran seperti „aaaa panasnya‟. Kemudian, contoh asosiasi gambar ialah dengan menggunakan kad imbasan seperti gambar ayam untuk bunyi aa, gambar emak untuk bunyi ee dan sebagainya. Melalui teknik ini, murid-murid dapat mengingat dan mnyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Seterusnya ialah membatang suku kata dan perkataan. Membatang suku kata dan perkataan bermaksud mengeja dan menyebut satu demi satu huruf yang membentuk suku kata. Salah satu cara bagi latihan ini ialah dengan menggunakan jadual huruf konsonan bertemu huruf vokal. Akhir sekali ialah latihan membaca frasa dan ayat. Membaca frasa bermaksud perbuatan menyebut antara dua dan tiga perkataan yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat. Manakala membaca ayat pula bermaksud menyebut satu kumpulan perkataan yang diucapkan dengan intonasi tertentu dan dalamnya terkandung satu idea atau kenyataan yang lengkap. Latihan ini merupakan lanjutan yang perlu dilalui murid setelah dapat meguasai kemahiran membatang suku kata. 2.1.1.2 KAEDAH ABJAD Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.



Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan “buku”, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata “bu”; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan “buku”. Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini.



Guru sekolah



rendah



dan



dapat



melaksanakan



kaedah



ini



berpandukan



buku



dengan



menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan.



2.1.1.3 KAEDAH PANDANG SEBUT Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak mengunakan kaedah mengeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya. Peringkat pertama, pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak –kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. Peringkat kedua pula ialah mempelajari ayat. kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang



pendek



diperbanyakkan.



dan



mudah



dengan.



Pengulangan



serta



latih



tubi



perlu



3.0 AKTIVITI PRABACAAN 3.1 AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN 3.1.1 DEFINISI PENGAMATAN Pengamatan



ialah



satu



kemahiran



yang



boleh



dikembang



dan



dipelajari.Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah atau tahap kecerdasan seseorangkanak-kanak, ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapatmembantu mereka dalam pembelajaran. Menurut Janet W.Learner (1971) „Children With Learning Disabilities´ , beliau berpendapat bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. 3.1.2 KESUKARAN PENGAMATAN Kesukaran pengamatan merupakan kepayahan mengenal pasti maklumat daripada tindak balas panca indera dengan bantuan kuasa intelek. Setelah ujian pengamatan dilaksanakan, ada 13 ciri kesukaran yang telah dikenal pasti, iaitu diskriminasi, ingat kembali, orientasi kedudukan, turutan menyudahkan dan melengkapkan, menyalin, rajah latar belakang, koordinasi tangan dan mata, pertalian



jarak,



gambar



bersiri,



pembalikan,



mencari



jalan



tersembunyi. 3.1.3 LANGKAH MENANGANI KESUKARAN PENGAMATAN 1) Penggunaan bahan maujud 2) mempelbagai kaedah pengajaran 3) memberikan banyak latihan pengamatan penglihatan



keluar,



benda



3.2 AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Terdapat enam komponen dalam pengamatan penglihatan iaitu diskriminasi pendengaran,



penerimaan



pendengaran,



perkaitan



pendengaran,



ingatan



pendengaran, melengkapkan pendengaran, dan percantuman bunyi. 3.3 AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Aktiviti pergerakan tangan dan mata penting dalam pengamatan. Aktiviti ini bertujuan membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakkan tangan secara kemas, berpandu dan sistematik. Terdapat empat kemahiran yang ditekankan dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan dan mata iaitu melakukan aktiviti pergerakan tangan, menguasai gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa, melakukan latihan pergerakan mata, dan melakukan latihan koordinasi tangan dan mata. Terdapat dua aktiviti yang telah dikenalpasti dan sesuai untuk tujuan ini, iaitu aktiviti menyambung titik dan aktiviti menyalin corak.



Prabacaan



Definisi



Tahap penyediaan murid-murid untuk membaca



Kaedah Membaca



Aktiviti Prabacaan



Kaedah Fonetik



Pengamatan Penglihatan



-Asosiasi - Membatang suku kata dan perkataan



Pengamatan Pendengaran



- Membaca frasa dan ayat Kaedah Abjad



-



-



Diskriminasi pendengaran, Penerimaan pendengaran Perkaitan pendengaran,i ngatan pendengaran Melengkapkan pendengaran, dan percantuman bunyi.



Kaedah Pandang dan Sebut



Pergerakan Tangan dan Mata