Jenis Dan Intervensi Masalah Tingkah Laku [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PKP 3063 : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN NAMA : Brenda Bestian Soalan : a) Bincangkan secara terperinci 3 jenis masalah tingkah laku (beri contoh). b) Rancang intervensi yang sesuai mengatasi ketiga-tiga jenis masalah tingkah laku tersebut.



Masalah tingkah laku yang boleh didapati dalam kalangan murid di sekolah adalah pertama, murid tidak beratur dan sering memotong barisan. Masalah ini sering berlaku dalam kalangan murid terutamanya semasa di kantin, sebelum memasuki kelas, makmal atau perpustakaan dan semasa balik. Murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini akan memotong barisan rakan-rakannya walaupun sering ditegur oleh rakan dan guruguru mereka. Sebagai contoh, Gibid dan Abu sedang bermain di taman permainan dan menunggu giliran untuk bermain buaian. Namun, Gibid telah merebut giliran Abu dengan memotong barisan lalu timbulnya pergaduhan antara mereka. Melalui situasi tersebut, dapat dilihat bahawa Gibid merupakan seorang murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Intervensi yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah tingkah laku ini adalah dengan menggunakan strategi over to action. Cara pelaksanaan kepada strategi ini ialah guru akan menyuruh murid yang memotong barisan itu baris semula di barisan yang paling belakang dan tindakan akan diteruskan sehinggalah masalah tingkah laku tersebut diatasi. Masalah tingkah laku yang kedua ialah sering mengganggu murid yang lain semasa guru sedang mengajar. Perkara ini sering berlaku dalam kalangan sesetengah murid di mana mereka tidak fokus kepada pengajaran guru pada masa tersebut. Mereka akan mencari cara untuk mengganggu rakan-rakan mereka yang lain bagi menghilangkan rasa bosan mereka. Contohnya, Melvin tidak fokus dan berasa bosan semasa guru sedang mengajar. Oleh itu, Melvin akan mengganggu rakan-rakan di sekelilingnya dengan membaling kertas, bercerita, sengaja membuat bising dan sebagainya. Berdasarkan kepada situasi tersebut, intervensi yang boleh dilakukan adalah melalui strategi time-out. Strategi ini boleh dilaksanakan di dalam kelas. Sebagai contoh, apabila guru mendapati Melvin mengganggu rakan-rakan yang lain semasa guru



mengajar, guru boleh mengenakan time-out kepada Melvin dengan menyuruhnya berdiri di sudut kelas selama 5 minit. Setelah 5 minit berlalu, Melvin akan disuruh kembali ke tempat duduknya. Intervensi ini akan dilaksanakan setiap kali Melvin mengganggu rakannya. Ketiga, masalah tingkah laku dalam kalangan murid ialah murid sering mengambil sesuatu benda tanpa kebenaran guru. Contoh, guru memberikan setiap orang murid sekeping kertas untuk melukiskan lukisan mereka. Namun Shanti sering mengambil kertas di atas meja guru tanpa mendapatkan kebenaran walaupun kertasnya itu masih terdapat ruang untuk melukis. Maka, intervensi yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut adalah menggunakan strategi kejemuan. Dengan menggunakan strategi ini, guru akan memberikan kertas kepada Shanti untuk melukis atau menulis. Kemudian, guru akan memberikan lagi kertas kepada Shanti pada 4 minit yang seterusnya. Guru akan teruskan memberikan kertas sehinggalah Shanti memberitahu dia tidak memerlukan kertas lagi.