JIMAT CERMAT: Faedah Berjimat [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

JIMAT CERMAT: Faedah Berjimat Jimat adalah istilah yang sering kali kita dengar. Setiap hari, pihak media massa menyarankan kita supaya mengamalkan sifat berjimat cermat lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini. Terdapat banyak maslahat yang akan kita peroleh sekiranya kita mengamalkan sifat ini.



Amalan berjimat cermat menguntungkan diri dan keluarga kita. Dengan berjimat dalam perbelanjaan umpamanya, kita sentiasa mempunyai wang simpanan yang cukup untuk digunakan pada waktu kecemasan, membeli keperluan sekolah anak-anak atau menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka.



Selain itu, berjimat dapat mengelakkan kita daripada terikat dengan beban hutang yang berpanjangan. Kita akan selalu berhati-hati membelanjakan wang dan membeli sesuatu barangan itu mengikut kemampuan yang ada. Sekiranya hutang tersebut tidak dapat dielakkan, pastikan hutang tersebut tidak menjejaskan perbelanjaan bulanan keluarga untuk membeli makanan, pakaian serta menjelaskan bil-bil yang berkenaan.



Bagi seorang pelajar pula, sifat ini dapat mendidik pelajar tersebut supaya tidak menghabiskan wang sakunya dengan sewenang-wenangnya tetapi menabungkan baki wang itu untuk kegunaan masa hadapan. Kos pendidikan untuk institusi pengajian tinggi (IPT) telah meningkat seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Dalam pada itu, pelajar yang berjimat akan mempunyai wang untuk membiayai pengajiannya pada masa akan datang di samping bergantung kepada skim Pinjaman Pendidikan Insani.



Konklusinya, sebagai seorang ibu atau bapa, kita seharusnya mendidik anak-anak kita supaya berjimat sejak kecil lagi kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, kita mesti sentiasa mengingatkan diri kita bahawa berjimat akan memberikan kita pulangan yang maksimum sama ada dari segi wang, masa dan tenaga.



Kosa Kata 1)



maslahat: sesuatu yang berfaedah, berguna, usaha dsb yang mendatangkan faedah.



2) Sewenang-wenang: dengan sekehendak hati sahaja, dengan semahu-mahunya, melakukan sesuatu tidak dengan teliti, sembarangan sahaja.



Isi-isi Penting •



Amalan berjimat menguntungkan diri+keluarga – utk kegunaan kecemasan, membeli barangan keperluan harian







Dapat mengelakkan diri daripada berhutang







Dapat membantu membiayai kos untuk menuntut di IPT