Jurnal Reflektif 3 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MINGGU 3



15April 19, 2013



JURNAL REFLEKTIF Minggu ini merupakan minggu ketiga saya dan rakan saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat. Begitu banyak pengalaman dan ujian yang telah saya perolehi sepanjang bergelar sebagai guru praktikum di sini. Seperti biasa, pada hari Isnin kami telah menghadiri perhimpunan pagi. Pelbagai perkara telah dibincangkan pada waktu perhimpunan pada kali ini termasuklah tentang Karnival Bahasa yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat sendiri yang bertindak sebagai tuan rumah pada kali ini. Perhimpunan ini bermula pada jam 7.40 pagi sehingga jam 8.40 pagi. Untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kelas 3 Ilmu pada hari ini, saya telah merancang untuk melakukan aktiviti renjisan dan percikan iaitu bidang membuat corak dan rekaan. Di awal kelas, saya telah mengaplikasikan penggunaan video lagu kanak-kanak sebagai set induksi P&P. Semua murid memberi perhatian terhadap tayangan video yang disediakan namun terdapat murid yang terlalu aktif bertindak untuk menyentuh barang-barang multimedia seperti laptop, LCD dan speaker yang digunakan oleh saya. Saya telah menghadapi masalah pada penyediaan bahan. Saya dapati masa untuk menyediakan warna cat air mengambil masa yang begitu lama. Hal yang demikian kerana saya telah menggunakan warna cat air di dalam bekas. Begitu juga keadaan kelas yang menjadi semakin tidak terkawal. Ada murid yang keluar masuk dari bilik untuk mengambil air dan membasuh tangan yang sudah kotor dengan warna air. Oleh itu, pada kelas akan datang, saya akan cuba untuk menggunakan cat air yang berbentuk tiub supaya menyenangkan lagi kerja dan menjimatkan masa. Pada hari Selasa pula, saya telah melakukan aktiviti membuat mobail lingkaran ular untuk kelas 3 Usaha. Pada awalnya kelas ini sangat bising dan masing-masing rasa tidak sabar untuk memulakan aktiviti pada hari tersebut. Namun disebabkan sikap mereka di dalam kelas yang sangat nakal dan degil pada minggu-minggu sebelum ini, jadi pada kali ini, saya mendapati sebilangan murid menumpukan perhatian semasa membuat kerja. Oleh itu, saya telah mengambil tindakan untuk melakukan melakukan



MINGGU 3



15April 19, 2013



peneguhan kepada setiap murid yang telah melakukan kerja dengan baik. Hasilnya, murid-murid tersebut fokus pada kerja dan kurang bersikap nakal di dalam kelas. Pada hari Rabu, saya telah melakukan aktiviti membuat gurisan untuk kelas 2 Maju. Saya telah menghadapi kesukaran di mana krayon berwarna hitam kurang dan tiada di dalam kotak krayon. Hal yang demikian, aktiviti gurisan memerlukan krayon berwarna hitam. Murid-murid mengadu tentang masalah kekurangan dan ketiadaan krayon yang berwarna hitam. Namun, saya telah mengatasi masalah tersebut dengan menyuruh murid-murid menggantikan warna hitam dengan warna yang lebih gelap. Pada hari Khamis, untuk P&P darjah 5 Maju, saya telah melakukan aktiviti membuat topeng. Keadaan kelas terkawal kerana sikap mereka yang mendengar kata. Terdapat



sebilangan



murid



yang



dapat



menyiapkan



topeng



tersebut.



Walaubagaimanapun aktiviti ini akan disambung pada minggu hadapan. Secara keseluruhannya, telah banyak pengetahuan dan pengajaran baru yang telah dapat saya pelajari dari semasa ke semasa sepanjang saya berada di sekolah ini. Saya berharap saya akan dapat melakukan penambahbaikan untuk praktikum pada masa akan datang.