Karangan A - Kitar Semula [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Contoh A Program kitar semula diperkenalkan di dunia yang semakin kekurangan sumber semula jadi bagi menghasilkan bahan mentah akibat pertambahan penduduk. Pelbagai bahan yang boleh dikitar semula termasuklah kaca, kertas, tin dan plastik. Bahan-bahan seperti kaca, plastik dan tin akan mencemarkan alam sekitar jika dibuang tanpa dikitar semula. Hal ini disebabkan kandungan toksik dalam bahan-bahan tersebut sukar untuk diserap dan dilupus daripada alam sekitar. Apabila kita mengitar semula, masalah kesihatan akibat pencemaran daripada sampah yang tidak boleh lupus akan dapat dielakkan. Ruang di muka bumi untuk menampung sampah juga semakin berkurangan. Kos pengeluaran yang tinggi untuk menghasilkan barangan dapat dijimatkan. Selain itu, masalah kepupusan hutan akibat penebangan hutan juga dapat dikurangkan. Program kitar semula memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat agar kempen yang dilancarkan oleh kerajaan ini tidak hanya menjadi angan-angan kosong sematamata. Contoh B Definisi kitar semula adalah untuk mengumpul dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang seperti tin, plastik, kaca dan kertas untuk dijadikan barang baharu yang berguna. Antara faedah kitar semula adalah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kandungan toksik dalam bahan-bahan buangan terutamanya plastik sukar untuk diserap dan dilupuskan. Dengan mengitar semula bahan-bahan ini, ancaman pencemaran dapat dikurangkan dan persekitaran akan menjadi lebih bersih. Selain itu, kitar semula dapat menyelamatkan kepupusan hutan. Pokok-pokok ditebang untuk menghasilkan kertas. Kitar semula kertas-kertas yang telah diguna dapat mengelakkan masalah kepupusan hutan akibat penebangan di samping dapat memelihara hutan dan habitat haiwan. Bukan itu sahaja, kitar semula dapat mengurangkan tempat pelupusan sampah. Ruang muka bumi untuk menampung sampah dapat dikurangkan dan digunakan untuk tujuan pembangunan yang lain yang bermanfaat. Tambahan lagi, melalui kitar semula bahan-bahan terbuang, kita dapat menambah sumber pendapatan dengan menjualkan bahan-bahan ini kepada pihak tertentu seperti pusat kitar semula. Hal ini juga dapat menjana pendapatan keluarga. Kesimpulannya, kita haruslah menyahut seruan pihak kerajaan dengan mempraktikkan amalan 3R iaitu kurangkan penggunaan, guna semula dan kitar semula. Kesedaran masyarakat tentang amalan kitar semula adalah amat penting sebelum bumi kita tercemar dan musnah.