Kepentingan Amalan Kitar Semula [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kepentingan / Kebaikan / Faedah Amalan Kitar Semula. Alam sekitar merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya .Dalam satu sidang media massa yang diadakan baru-baru ini , Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ada menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu berganding bahu melakukan amalan kitar semula sebelum nasi menjadi bubur. Di dada-dada akhbar tempatan pada terutamanya Berita Harian sering mengutarakan rencana amalan kitar semula memberikan nilai yang paradoks apabila rakyat Malaysia khususnya amat liat untuk mengamalkan kitar semula. Pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar sudah mula melakukan inisiatif dengan menggalakkan masyarakat mengamalkan amalan kitar semula kerana amalan ini dapat menjamin persekitaran alam yang sihat. Persoalannya, apakah kepentingan amalan kitar semula? Antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini amat signifikan kerana bahan-bahan buangan atau barangan terpakai tidak akan dibuang ke tempat yang sepatutnya. Sampah sarap dan bahan buangan yang tidak berada di tempat pelupusan sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang yang menetap berhampirannya. Hal ini demikian kerana longgokan sampah tersebut akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit dan berbahaya seperti nyamuk, tikus, ular dan lipas. Tamsilnya, bahan buangan domestik akan menarik perhatian tikus yang kelaparan dan pembuangan tayar terpakai akan mengakibatkan pembiakan nyamuk kerana terdapat takungan air hujan di dalamnya. Oleh yang demikian, masyarakat harus menyahut seruan kerajaan untuk melakukan kitar semula yang dapat dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti gotong-royong perdana. Kesannya, masalah pencemaran yang berlaku di negara Malaysia dapat diatasi dengan lebih efektif dan pragmatik. Sudah terang lagi bersuluh, pengurangan pencemaran alam sekitar merupakan salah satu kepentingan amalan kitar semula. Seandainya dipandang pada perspektif yang lain, amalan kitar semula dapat menjimatkan kos perbelanjaan pelupusan sampah .Perkara ini lebih menjimatkan berbanding usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah yang makin meningkat di negara ini. Oleh itu, caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan selain dapat meningkatkan ekonomi negara agar setaraf dengan negara maju yang lain. Melalui jumpaan carian di Internet, fakta ada menyatakan bahawa plastik mengambil masa 500 tahun untuk dilupuskan. Apabila aktiviti kitar semula dilaksanakan, pembuatan plastik yang menggunakan petroleum yang dijumpai melalui hasil cari gali di dasar lautan dapat dikurangkan sekali gus mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini kepada hidupan akuatik. Pusat pelupusan sampah yang tidak diurus akan menyebabkan pencemaran bau akibat pelepasan gas semasa pereputan semula jadi sampah berlaku. Rakyat Malaysia yang ingin hidup bebas daripada sampah perlulah berusaha membuang secara sistematik dan terus istiqamah melaksanakannya persis peribahasa Melayu, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Izharnya, salah satu kepentingan amalan kitar semula adalah menjimatkan kos pelupusan sampah. Pada perspektif yang lain, kepupusan sumber alam dapat dielakkan merupakan antara kepentingan amalan kitar semula. Hal ini demikian kerana sebanyak 17 pohon pokok yang matang terpaksa ditebang untuk menghasilkan satu tan kertas. Oleh yamg demikian, masyarakat perlulah mengguna semula barang terpakai atau barang-barang buangan selain dapat mengubah fungsinya dengan mereka cipta sesuatu yang baru dan boleh memberi manfaat. Hal ini persis peribahasa Melayu yang menyatakan, ingat sebelum kena jimat sebelum habis agar seseorang itu tidak akan menyesal di kemudian hari. Tambahan pula, bahan mentah yang dieksploitasi di negara ini dapat dikurangkan dan digunakan oleh generasi pada masa akan



datang dan menjamin kelangsungan ekonomi negara, Masyarakat Malaysia terutamanya perlu memelihara hutan hujan tropika yang terdapat di bumi bertuah ini kerana pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan melalui proses fotosintesis yang memerlukan cahaya matahari dan karbon dioksida . Kesan daripada kepupusan sumber alam akan menyebabkan bumi menjadi gondol dan bencana alam akan berlaku dengan kerap seperti banjir kilat dan tanah runtuh. Tuntasnya, salah satu kepentingan amalan kitar semula adalah dapat mengelakkan kepupusan sumber alam yang indah ini. Seterusnya, kepentingan amalan kitar semula adalah menambahkan pendapatan masyarakat. Hal ini diutarakan demikian kerana sesetengah masyarakat beroleh pendapatan tetap atau sampingan melalui amalan jual beli bahan terbuang dan terpakai sekali gus dapat menurunkan peratus pengangguran di Malaysia. Perkara ini dapat meningkatkan ekonomi individu dan sesebuah organisasi keluarga terutama yang mempunyai banyak tanggungan. Tamsilnya, masyarakat terutama pihak ibu bapa bokeh menjual majalah dan surat khabar lama ke kilang atau kedai membeli kertas untuk dikitar semula selain dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tin-tin minuman yang sering digunakan juga dapat dijual dengan harga yang tinggi mengikut beratnya. Sering kali kita dipaparkan dengan panorama yang tidak enak dilihat di kawasan rekreasi iaitu bekas-bekas tin ditinggalkan apabila isinya sudah selamat masuk ke perut manusia. Tin-tin tersebut lebih baik dihantar ke kilang untuk diproses menjadi bahan baru berbanding menjadi hiasan di taman rekreasi yang akan mengundang pelbagai kesan negatif. Jelaslah bahawa pendapatan masyarakat dapat ditambah merupakan kepentingan amalan kitar semula. Akhir sekali, persekitaran alam yang ceria merupakan kepentingan amalan kitar semula. Perkara ini dapat dilaksanakan melalui kaedah guna semula barangan terpakai. Barangan terpakai tersebut dapat dimanfaatkan untuk menceriakan persekitaran berbanding hanya berada di pusat pelupusan sampah. Sebagai contohnya, botol-botol plastik terpakai dapat digubah dan dijadikan sebagai sebuah pasu mini selain dapat menghiasi pagar rumah dengan terdapat pokok bunga bervariasi warna di dalamnya. Kesannya, jiran tetangga akan mengikuti kaedah yang ditunjukkan kerana penggunaan botol plastik untuk menghasilkan pasu mini lebih menjimatkan kos daripada membeli pasu sebenar di kedai yang jauh lebih tinggi harganya. Tambahan pula, melalui Sambutan Hari Bumi yang disambut pada setiap tahun, masyarakat dapat mengubah fungsi pelbagai barang terpakai dan mendapat impak yang baik daripadanya. Tegasnya, antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat menceriakan alam sekitar melalui penghasilan produk baru. Deduksinya, untuk mendapatkan faedah atau kepentingan alam sekitar, semua pihak haruslah seia sekata untuk istiqamah dalam mengamalkan amalan kitar semula. Masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara ini supaya alam ini selamat untuk didiami oleh generasi sekarang dan akan datang agar keindahan alam akan terus dapat dinikmati. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa rakyat yang sihat bergantung kepada persekitaran alam yang bersih dan indah. Masyarakat harus mengamalkan amalan kitar semula kini kerana alah bisa tegal biasa. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia diseru untuk terus mengamalkan amalan kitar semula dan berupaya meluaskan horizon pemikiran masyarakat untuk melahirkan generasi yang cinta akan alam sekitar.



Persekitaran Lebih Sihat Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. Kurang Pencemaran Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah,lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara. Jimat Kos Kitar semula untuk menjimatkan kos. Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebihmenjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akanmemanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusansampah akan dikurangkan. Jimatkan Sumber Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita. Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain. Selamatkan Sumber Hutan Kitar semula untuk menyelamatkan hutan. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.