Karangan SPM - Warga Tua [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA



Warga   tua   merujuk   kepada   mereka   yang   berusia   lebih   daripada   60   tahun.   Mereka merupapan   ibu,   bapa,   datuk   atau   nenek,   bapa   saudara   atau   ibu   saudara   kita.   Mereka merupakan   golongan   yang   paling   berjasa   kepada   keluarga,   masyarakat   dan   negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak­anak. Namun,   pada   hari   ini,   warga   tua   sering   diabaikan   ibarat   peribahasa   melukut   di   tepi gantang   dan   jasa   mereka   dilupakan   oleh   masyarakat.   Ada   sesetengah   mereka   pula dianggap   seperti   Quran   buruk.   Bagaimanapun,   jasa   dan   sumbangan   warga   tua   perlu dihargai oleh semua pihak.               Ahli   keluarga   perlu   menyayangi   warga   tua.   Warga   tua   yang   terdiri   daripada   ibu melahirkan   zuriat  dan   berperanan   mengurus   rumah   tangga   serta   mendidik  anak­anak. Kaum   bapa   pula   membanting   tulang   empat   kerat   mencari   rezeki   untuk   keluarga. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik­baiknya. Sebagai anak, kita   perlu   menjaga   ibu   bapa   kita   ketika   mereka   tua   serta   uzur.   Anak­anak   tidak seharusnya menghantar mereka ke rumah orang tua­tua. Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit.              Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta   warga   tua.   Kita   perlu   memberikan   perhatian   dan   sering   mendampingi   mereka. Selain itu, anak­anak perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.   Ketika   bersalam,   anak­anak   hendaklah   mencium   tangan   mereka.   Hal   ini demikian kerana  kasih ibu membawa ke  syurga  dan kasih bapa  sanggupkah berpisah  berkorban nyawa. Sewajarnya anak­anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.             Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta hendaklah berganding bahu seperti aur dengan tebing. Kedua­dua pihak tersebut hendaklah menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh,  rumah penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan hendaklah disediakan untuk mereka. Di samping itu, warga tua juga hendaklah diberikan rawatan percuma   di   hospital   kerajaan.   Sekiranya   memerlukan   bayaran,   mereka   hendaklah



dikenakan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.               Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internat boleh menyiarkan cerita­cerita yang berkaitan  dengan pengorbanan dan penderitaan hidup warga tua. Sebagai contoh,  rancangan yang disiarkan   oleh   TV3,   iaitu   ’Bersamamu”,   menunjukkan   terdapat   pelbagai   pihak   yang sanggup   menghulurkan   bantuan   khususnya   kepada   warga   tua   yang   daif.   Hal   ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.                    Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa  dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing­masing kerana suatu hari nanti, kita juga pasti akan menjadi ’tua’ juga. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang telah berkorban   melahirkan,   membesarkan,   dan  mendidik  anak­anak   hingga   berjaya   dalam hidup 448



Cara-Cara Menghargai Jasa Warga Tua (Karangan Galus)



Warga tua telah banyak berjasa kepada keluarga dan negara. Namun, banyak jasa mereka telah dilupakan. Terdapat anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua.



Anak-anak perlu membalas jasa kedua-dua orang tua mereka. Hal ini kerana ibu bapa telah mendidik dan menyara kehidupan mereka. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak-anak janganlah menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Warga tua akan berasa sedih jika dihantar ke rumah orang tua-tua. Selain itu, ibu bapa mestilah menjadi contoh kepada anakanak. Mereka perlu menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa perlu mewujudkan hubungan mesra dalam keluarga. Anak-anak akan menghargai dan menghayati kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka. Anak-anak akan tetap menyayangi mereka, Di sekolah, guru boleh menasihati pelajar agar menghormati warga tua. Guru-guru perlu menasihati pelajar mereka supaya sayang dan hormati warga tua. Pelajar-pelajar perlu bercakap dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka. Guru-guru boleh menerapkan nilai ini melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral. Peranan guru penting untuk mendidik para pelajar. Kerajaan boleh menghargai warga tua. Kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua perlu diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun dikenakan kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta. Warga tua akan berasa gembira dan dihargai. Kerajaan perlu mengadakan hari mengingati warga tua. Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita.



CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA Warga tua merujuk ibu, bapa,datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu saudara yang sudah berumur. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Manakala bapa membanting tulang empat kerat mencari rezeki membesarkan anak-anak. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur.Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.



Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua.Kita perlu memberi perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa. Sewajarnya anakanak tidak mengabaikan warga tua tersebut. Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta berganding bahu seperti aur dengan tebing menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contohnya, pembinaan rumah penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan. Di samping itu, warga tua turut mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan dengan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua. Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti surat khabar dan televisyen serta internat boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Contohnya rancangan yang disiarkan oleh TV3 ’Bersamamu”, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua. Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita,jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, suatu hari nanti, kita juga pasti ’tua’.Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang sanggup berkorban melahirkan, membesarkan,dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup



KEPERLUAN WARGA TUA



Di malaysia, warga tua sering dibiarkan dan ditempatkan di rumah orangorang tua. Definisi warga tua ialah orang yang berusia 60 tahun ke atas. Mereka ini sering dibiarkan sendirian oleh anak-anak walaupun terang lagi bersuluh bahawa tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa ialah tanggungjawab seorang anak. Mereka yang mempunyai kerjaya sering menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan untuk melepaskan diri mereka daripada tanggungjawab. Adakah tindakan insan yang berjaya ini wajar? Mereka sepatutnya lebih peka terhadap keperluan ibu bapa mereka yang telah lanjut usia berbanding mengejar harta dunia yang tidak akan kekal lama. Oleh itu, terdapat pelbagai keperluan yang diperlukan oleh warga tua. Perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak merupakan salah satu keperluan warga tua. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua hidup bersendirian selepas salah satu pasangan meninggal. Mereka ini bersifat sensitif dan mudah terasa apabila di pinggirkan dan dibiarkan oleh anakanak tanpa bertanya khabar .Dengan kehadiran anak-anak dan cucu, kekosongan dalam hidup warga tua itu dapat diisi. Mereka tidak



menginginkan harta atau apa-apa kerana mereka hanya menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak dan cucu. Anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua atas alasan sibuk bekerja dan tiada masa untuk diluangkan bersama adalah anak-anak yang tidak mengenang jasa. Walaupun, di rumah orang-orang tua mereka terjaga dan terdapat kemudahan yang lengkap , namun jauh di sudut hati mereka inginkan layanan dan kasih sayang daripada anak-anak sendiri. Oleh itu, perhatian dan kasih sayang merupakan keperluan utama warga tua. Seterusnya, mereka memerlukan tempat tinggal yang selesa untuk didiami. Hal ini demikian kerana rumah yang sudah usang seperti dinding berlubang, atap bocor, lantai berlubang dan sebagainya mengundang pelbagai jenis binatang atau serangga berbisa. Keadaan rumah seperti ini tidak sepatutnya didiami oleh warga tua kerana boleh mengancam nyawa mereka. Sebagai warga komuniti yang perihatin, kita boleh membuat kerja amal untuk membersihkan rumah warga tua dengan bantuan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Bantuan yang di berikan dapat meringankan beban warga tua seperti, makanan, tilam, kerusi roda bagi yang tidak berkemampuan untuk berjalan dan sebagainya untuk meneruskan kelansungan hidup. Dengan itu, keselesaan warga tua amat penting untuk menjamin kehidup yang lebih bermakna bagi mereka. Seterusya, mereka juga memerlukan teman berkomunikasi untuk meluahkan perasaan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua tinggal bersendirian dan tiada teman untuk berbicara dan berkongsi rasa. Mereka juga seperti insan muda yang inginkan teman untuk berbual dan bercerita. mereka kadang kadang ingin meluahkan kekecewaan mereka terhadap anak-anak mereka kerana alpa dengan tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa ketika tua. Mereka tiada tempat untuk mengadu jika sakit, tiada suara untuk menenangkan mereka ketika menghadapi musibah dan tiada tangan untuk membantu mereka ketika susah. Mungkin mereka hanya mampu menangisi nasib mereka di dalam hati. Anak anak sewajarnya meluangkan masa bersama ibu bapa walaupun sekejap untuk bertanya khabar atau mendengar luahan hati daripada ibu bapa mereka. Jika mereka sabar dan sentiasa mendengar luahan dan rintihan kita sejak kecil lagi, mengapa kita tidak mampu untuk mendengar luahan serta rintihan ibu bapa kita apabila mereka sudah tua? Jadi , anak anak boleh berkomunikasi dengan ibu bapanya supaya ibu bapa tersebut dapat meluahkan perasaan mereka. Tuntasnya, semua pihak boleh membantu untuk menyedikan keperluan kepada warga tua. Namun, setiap anak wajib mengutamakan keperluan ibu bapa semasa tua jika mereka masih hidup kerana mereka amat memerlukannya. Warga tua sebenarnya tidak inginkan harta kekayaan



mereka hanya kasih sayang dan perhatian daripada anak anak. Kadang kala sikap mereka ibarat bayi kecil yang baru dilahirkan. Inginkan dirinya disayangi, dibelai dan ditemani. Sikap mereka yaNg mudah kecil hati akan terubat dengan keikhlasan kita menjaganya. Jadi, kita harus menghargai mereka sementara mereka masih ada.jangan tunggu hingga mereka tiada baru hendak tercari cari..



CARA MENGHARGAI WARGA TUA “...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (Surah An-Nisa’ : 36)



Begitulah ayat al-Quran yang menyeru umat Islam supaya berbuat baik kepada manusia. Warga tua juga tidak terkecuali daripada ayat ini. Maksudnya,kita hendaklah berbuat baik kepada warga tua. Hal ini adalah demikian kerana mereka lebih banyak menabur bakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Mereka juga lebih banyak memakan asam dan garam berbanding kita. Oleh sebab itu, kita semua perlulah mengemukakan beberapa tindakan untuk menghargai warga istimewa ini. Sudah terang lagikan bersuluh, duit merupakan suatu aset yang wajib dimiliki oleh semua orang. Oleh sebab itu, sebagai menghargai warga tua, pihak kerajaan bolehlah memberi bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan kepada mereka. Hal ini adalah demikian kerana tidak semestinya semua golongan emas ini mampu menyara keluarga dengan duit pencen mereka. Jadi mereka memerlukan sokongan kewangan daripada luar. Contoh bantuan kerajaan kepada warga tua dalam bentuk kewangan ialah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sebanyak RM 300 sebulan kepada warga tua yang tidak berkemampuan dari sudut kewangan. Selain itu, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 ada ditawarkan khas untuk warga tua. Secara tidak langsung, sokongan kewangan ini dapat meringankan beban mereka disamping sebagai suatu penghargaan kepada mereka. Selain itu, kita juga boleh menghargai warga tua dengan cara meraikan mereka. Jika kita melihat kegembiraan seseorang itu menyambut hari lahirnya, begitulah juga apabila kita meraikan warga tua. Contoh sambutan warga tua yang umum kita ketahui ialah Sambutan Hari Warga Tua (SAHAWAT). Sambutan ini telah diperuntukkan dalam perlembagaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusi No. 45/100 yang telah menetapkan tarikh 1 Oktober sebagai hari sambutan ini. SAHAWAT telah disambut oleh negara Malaysia sejak tahun 1992 sebagai satu tanda apresiasi kepada warga emas ini. Melalui sambutan-sambutan sebegini, mereka sudah tentu berasa gembira dan dihargai oleh masyarakat. Secara tidak langsung, sambutan ini menjadi satu cara untuk menghargai warga tua. Media juga berperanan untuk menghargai warga tua, sama ada media cetak mahupun media elektronik. Media massa sentiasa memainkan peranan sebagai alat untuk menyampaikan propaganda yang efektif sama ada yang baik ataupun yang buruk. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan kelebihan yang ada pada media massa untuk menyampaikan mesej menghargai warga tua. Drama-drama dan filem-filem yang ditayangkan hendaklah memasukkan unsur menghormati orang tua ke dalamnya. Contohnya, dalam filem KL Gangster, walaupun wataknya utamanya,Malik (lakonan Aaron Aziz) ialah seorang ahli gangster, dia tetap sayang akan ibunya dan sentiasa berusaha membantunya. Secara tidak langsung, para penonton yang menonton filem ini dapat belajar untuk menghormati orang tua walau sesiapapun mereka. Para penonton juga secara tidak langsung akan menghargai warga tua ini. Cara lain untuk kita menghormati warga tua adalah dengan membentangkan dan melaksanakan dasar-dasar yang bermanfaat buat warga tua. Dasar-dasar yang digubal untuk warga tua hendaklah mempunyai peruntukan yang memberikan manfaat bukan untuk warga tua semata-mata tetapi untuk semua lapisan masyarakat. Contoh dasar



warga tua yang sedia ada di negara kita ialah Dasar Warga Tua Negara (DAWARTUN). Dasar-dasar yang ada di dalam DAWARTUN ialah mewujudkan negara tua yang sejahtera, bermaruah, dan bermartabat diri yang tinggi; mengoptimumkan potensi diri; memastikan mereka menikmati semua peluang dan; mendapat penjagaan serta perlindungan ahli keluarga, masyarakat dan negara. Penggubalan dasar-dasar seperti ini adalah perlu. Hal ini adalah demikian kerana dasar-dasar ini menunjukkan bahawa warga tua sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat. Penggubalan dasar untuk warga tua juga secara tidak langsung menunjukkan warga tua dihargai. Konklusinya, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menghargai warga tua. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengerah keringat dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghargai warga tua. Hal ini adalah demikian kerana warga tua telah banyak berjasa kepada generasi yang lebih muda seperti kita. Walaupun pelaksanaannya tidak semudah bicara, kita tidak boleh berputus asa kerana artis terkenal iaitu Maher Zain ada menyatakan melalui lagunya, Insya-Allah : “Janganlah berputus asa, Kerana Allah bersamamu, Insya-Allah, insya-Allah, Insya-Allah ada jalannya.”



Tajuk 9 Sekolah anda akan menganjurkan kempen masyarakat penyayang. Sempena kempen tersebut, anda sebagai wakil pelajar diminta untuk menyampaikan satu ceramah tentang cara-cara menghargai orang tua. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Alam Impian, yang dihormati guru-guru dan ibu bapa yang hadir, serta rakan seperjuangan yang saya kasihi. Kempen masyarakat penyayang merupakan inisiatif pihak sekolah sebagai menyahut seruan kerajaan yang mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni di seluruh negara setiap tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen ini bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada kita tentang budi bahasa budaya kita, tetapi juga menanamkan nilai-nilai murni dalam sanubari kita. Oleh hal yang demikian, kita haruslah memiliki budi pekerti yang mulia dan mengamalkan nilai murni sepanjang kehidupan kita. Tanpa membuang masa, saya akan menyampaikan ceramah tentang cara-cara menghargai warga tua. Hadirin yang saya hormati, Setiap manusia yang lahir di bumi ini akan melalui proses lahir, tua, sakit dan mati mengikut peribahasa Cina yang popular. Hal ini membuktikan bahawa jika nyawa kita dipanjangkan Tuhan, kita akan melalui kehidupan sebagai warga tua selepas berusia lebih 55 tahun. Di Malaysia, golongan warga tua ini mencatatkan 20 peratus daripada bancian penduduk kita. Pada kebiasaannya, golongan ini tidak bekerja lagi dan tinggal di rumah untuk menunggu ketibaan ajal. Walau bagaimanapun, tanpa mereka kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang selesa pada zaman pascakemerdekaan ini. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit. Oleh hal yang demikian, jasa dan pengorbanan mereka harus kita hargai.



Pihak kerajaan haruslah mengiktiraf warga tua dalam usaha menyemai nilai menghormati mereka. Hal ini demikian kerana warga emas ini lebih banyak makan garam daripada kita dan mempunyai lebih banyak pengalaman hidup. Sebagai contoh, pihak kerajaan haruslah memberikan subsidi bantuan penuh kepada warga tua yang menaiki pengangkutan awam dan menggunakan perkhidmatan awam seperti hospital kerajaan. Dengan cara ini, golongan yang sudah tidak bekerja lagi akan berasa dihargai dan disanjung dalam masyarakat. Saya percaya bahawa mereka akan melalui sisa-sisa kehidupan dengan penuh bermakna. Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah memperuntukkan belanjawan untuk membina rumah kebajikan untuk warga tua yang teraniaya dan terabai oleh keluarga mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ada golongan muda yang bertopengkan muka manusia tetapi berhati binatang ini mengabaikan kebajikan warga tua demi kepentingan diri. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan haruslah menyediakan tempat berlindung kepada golongan yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga ini supaya nyawa mereka tidak diancam bahaya. Dengan usaha ini, warga tua yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara ini akan berasa dihargai dan diapresiasi. Usaha ini juga secara langsung dapat membuka minda dan membeliakkan mata rakyat tentang keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan warga tua di negara kita supaya dapat dijadikan suri teladan kepada negara maju yang lain. Para hadirin yang budiman, Di samping itu, perlindungan yang sewajarnya harus diberikan kepada warga tua. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak laporan akhbar yang melaporkan kejadian anak-anak muda yang melupakan ibu bapa mereka yang sudah tua apabila mendapat wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa mereka. Golongan yang berperwatakan ketidakberperikmanusiaan ini berpura-pura menjaga ibu bapa mereka sehingga warga tua ini mencapai usia 55 tahun. Apabila berjaya mengeluarkan wang KWSP, anak-anak muda ini akan melupakan ibu bapa dan hidup mewah dengan wang titik peluh ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah memperketat peraturan pengeluaran wang KWSP agar kebajikan dan masa depan warga tua dapat dilindungi. Apabila Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni dijalankan di seluruh pelosok negara, Kementerian Kebajikan Masyarakat turut menyahut seruan kerajaan dengan menampalkan poster “hormati yang tua, utamakan yang memerlukan” di dalam pengangkutan awam. Hal ini dikatakan amat penting kerana kita haruslah memberikan tempat duduk kepada golongan tua. Golongan yang tua dan lemah ini tidak berdaya untuk berdiri dalam keadaan bas atau tren yang sesak dengan penumpang bagai ikan dalam belat. Oleh sebab itu, kita sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara haruslah memberikan tempat duduk kepada mereka demi menjaga keselamatan mereka apabila menggunakan pengangkutan awam. Dengan usaha ini, kita dapat menunjukkan penghormatan dan keprihatinan kita kepada golongan yang tua. Sebelum saya mengundurkan diri, Saya berharap agar warga tua mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kini. Hal ini dikatakan demikian kerana warga tua merupakan golongan yang banyak membanting tulang empat kerat untuk membina bangsa dan negara yang merdeka. Kejayaan golongan yang



terdahulu menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada kita pada masa ini. Wahai orang muda, janganlah kita menjadi seperti ulat lupakan daun selepas menikmati keselesaan hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan penuh ketenangan jiwa. Sebelum saya menyimpul bicara pada hari ini, dengarkanlah pantun berikut: Bulan purnama ke pekan Kuah, Tengah hari membeli ragi; Dirimu umpama nyiur bertuah, Padat sari harun mewangi. Curah serbat di atas lantai, Basah tikar lupa disidai; Dikau ibarat karang di pantai, Tak pernah gentar dipukul badai. Pohon sena tepi perigi, Tepi paya si pohon jambu; Hadirmu laksana suria pagi, Menyinar maya tidak pernah jemu. Anak dara ke Tanjung Batu, Kamu rasa dari tenggara; Tidak ternilai jasa baktimu, Kepada bangsa juga negara. Tidak goyah pancang seribu, Tika masih badai menderu; Engkau ayah, engkaulah ibu, Menumpang kasih mengubat rindu. Betik muda dibuat halwa, Kelapa muda santan dirasa; Biar muda di dalam jiwa, Dari tua sebelum masa. Sekian, terima kasih 839 Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula. Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik. Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini.



Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini? Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini. Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak membosankan. Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas. Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna. Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.