Takrif Pusat Jagaan Warga Tua [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL Takrif Pusat Jagaan Warga Tua



AKTA PUSAT JAGAAN 1993 [AKTA 506]



Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran pemeriksaan ke atas pusat jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kebajikan, kesejahteraan, dan kesalamatan penghuni diutamakan.



DEFINISI PUSAT JAGAAN



Menurut Seksyen 2 Akta 506. “jagaan adalah termasuk perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan. Manakala “pusat jagaan” pula bermaksud pusat jagaan kediaman berkediaman dan pusat jagaan harian.



DEFINISI PUSAT JAGAAN BERDAFTAR



Pusat Jagaan Berdaftar merupakan satu pusat jagaan yang didaftarkan dibawah seksyen 6 akta 506. Di bawah Seksyen 5 (1), tiada seorang pun yang boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini. Seksyen 5 (2) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.



Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat



Page 1



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL Definisi warga tua. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat Warga tua dapatlah didefinisikan sebagai ahli atau anggota yang sudah lanjut usia. Kebiasaannya warga tua dapat dikesan melalui ciri-ciri fizikal seperti muka berkedut, badan lemah, penglihatan kabur dan sebagainya. Selain itu, warga tua juga dapat dilihat daripada biologinya . Sebagai contoh apabila wanita sampai ke tahap tua, mereka akan „menopause‟ manakala lelaki iaitu pula iaitu „andropaus‟. Pada usia ini mereka sentiasa mahukan perhatian dan kasih sayang kerana tahap perkembangan usia mereka akan menurun ke tahap seperti kanak-kanak. Individu yang terlibat dalam usia tua ini iaitu semua golongan lelaki dan perempuan. Keadaan umur bagi warga tua antara 66 tahun ke atas.



Pandangan barat, John Shaw (1974), „Model Putaran Hidup‟ yang dibina oleh beliau telah membahagikan putaran hidup manusia kepada beberapa peringkat. Bayi dan kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan umur 0 hingga 15 tahun adalah berada di dalam peringkat yang pertama. Bagi peringkat yang kedua pula, kategori remaja awal dan dewasa awal berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun manakala peringkat ketiga pula peringkat dewasa awal yang mana berusia dalam lingkungan 26 tahun hingga 40 tahun. Peringkat keempat ialah pertengahan umur (awal) dalam lingkungan umur 41 hingga 55 tahun. Peringkat kelima yang mana dari lingkungan 56 hingga 65 tahun mewakili pertengahan umur (akhir) dan peringkat akhir ialah mereka yang berusia dari 66 tahun hingga 70 tahun yakni mereka yang lanjut usia atau umur tua. Oleh sebab itu,



warga tua yang telah



ditakrifkan oleh John Shaw (1974) ialah mereka yang berumur dari 66 tahun dan seterusnya.



Kebiasaannya pada usia lanjut ini, warga tua sering dilanda dengan masalah yang berkaitan dengan kesihatan seperti nyanyuk, sakit sendi dan lemah anggota badan. Faktor- faktor inilah yang membawa kepada masalah dalam kalangan mereka untuk mencari kerja dan menyara hidup seharian sendiri. Rentetan itu, apabila warga tua ini tidak mendapat perhatian daripadaanak atau cucu mereka. Mereka akan mencari jalan sendiri untuk mencari duit untuk mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan mereka. Oleh itu, sebagai seorang anak kepada warga tua, mereka perlu menjaga ibu bapa mereka dengan baik dan bukan rumah jagaan warga tua menjadi pilihan untuk warga tua ini mendapat kasih sayang itu. Selain itu, dari segi pandangan masyarakat (mezzo) pula warga tua ini selalunya Page 2



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL dipinggirkan kerana apabila anak-anak mereka mendapat pekerjaan sendiri. Mereka akan meninggalkan keluarga untuk membina keluarga lain. Kadang kala, terdapat ibu bapa yang ditinggalkan tanpa berita oleh anak-anak. Perkara ini yang menimbulkan permasalahan kepada warga tua seperti merempat di tepi jalan, menjadi pengemis jalanan, kutu rayau dan lain-lain.Oleh itu, anak-anak perlu memainkan peranan mereka sebagai seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga ibu bapa mereka sendiri sebagaimana ibu bapa mereka menjaga mereka dahulu seperti „menatang minyak yang penuh‟.



Faktor-faktor menyumbang masalah warga tua Warga tua sering dikaitkan dengan pelbagai masalah seperti nyanyuk dan kutu rayau. Perkara ini pasti terdapat punca yang menyebabkan mereka menjadi seperti itu. Banyak faktor yang mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan masyarakat dan membiarkan ibu bapa mereka bersendirian di rumah jagaan itu. Mereka memberi alasan tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagimemastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian. Tidak kurang anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yangsakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak murni dan tidak boleh di ikuti. Antara punca warga tua diabaikan iaitu sifat individualisme dan mementingkan diri masyarakat



kita



di



Malaysia.



Tamadun



manusia



walau



apa



pun



agamanya,



meletakkankedudukan yang tinggi kepada orang yang lebih tua, terutamanya kedua ibubapa. Tamadun itusemakin hari semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah warga tua di Malaysiasemakin meruncingkan sehingga negara dijangka akan mengalami fenomena negara tua pada 2035. Selain itu, faktor penyumbang yang kedua iaitu identifikasi iaitu menempatkan diridalam keadaan orang lain. Hal ini berlaku apabila warga tua ini mengalami masalah kewangan dan mereka mencari jalan penyelesaian sendiri. Kebiasaannya mereka bersikap begini kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka susah menjaga mereka. Oleh itu, mereka mencari pekerjaan sendiri seperti mengutip tin-tin kosong untuk di jualkan dan tidur di tepi-tepi jalan. Apabila mereka di serbu Page 3



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL pihak berkuasa dan perlu ditempatkan di sesuatu kawasan. Mereka dikenali sebagai identifikasi dan mendiamkan diri di pusat jagaan tanpa diketahui oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat status sebenar mereka. Sesetengah daripada mereka yang masuk ke pusat penjagaan warga tua berasa selesa untuk berada di sana. Seterusnya, faktor masalah warga tua ini meningkat disebabkan oleh Pendekatan 'Constructionist'. Pendekatan ini ialah pembinaan sesebuah keluarga itu sendiri. Apabila seseorang itu mengabaikan ibu bapa mereka, maka pendekatan pembinaan ini tidak tercapai dan membolehkan manusia mengabaikan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, Masyarakat telah mengabaikan norma moral dalam penyelesai masalah sosial seperti menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan warga tua walaupun mereka mampu menjaganya. Memandangkan pelbagai masalah sosial yang timbul di negara barat, masyarakat harus mengekalkan nilai moral yangsedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakansuatu nilai luhur yang diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moralyang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar dan lain-lain. Faktor keempat iaitu oleh tindakan ibu bapa itu sendiri kesan latar belakang keluarga pada masa dahulu yang tidak praktikal dan baik seperti mendera anak-anak dan mementingkan materialistik semata-mata. Kesan daripada ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik dan berkesan. Anak-anak mereka mengikut cara ibu bapa mereka melayan mereka.Sesetengah warga tua di tempatkan di pusat warga tua kerana ibu bapa mereka dahulu tidak pernah menunjukkan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka malah ibu bapa mereka dahulu mendera mereka untuk mencari wang sendiri untuk hidup berdikari. Kesannya apabilamereka berjaya, mereka tidak merasakan ibu bapa mereka berkorban untuk mereka dahulu dan mereka membalasnya dengan menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan warga tua seperti Rumah kenangan di Taiping perak dan Rumah Sri kenangan di Tanjung Rambutan.



Kesimpulannya, banyak faktor yang menyumbang warga tua terlibat dalammasalah sosial dan menjadi penghuni tetap rumah penjagaan orang-orang tua. Walau bagaimanapun warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang banyak perkara kepada negaraseperti pengalaman yang mereka miliki. Masyarakat perlu mencontohi warga emas dapat menjalankan kehidupan mereka dengan kudrat yang lemah. Tambahan pula, apa yang berlaku apabila ia semakin tua?



Page 4



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL Tujuan Penubuhan Rumah Warga Tua Warga emas ditakrifkan sebagai golongan yang berusia 60 tahun ke atas. Jumlah warga emas di negara ini semakin bertambah kerana jangka hayat yang kian meningkat. Golongan ini terus mendapat pembelaan daripada kerajaan dan penubuhan pusat penjagaan sama ada yang kekal atau pusat transit harian yang memberikan perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas. Penubuhan pusat berkenaan dapat memberikan khidmat kepada golongan tersebut menjalani hidup dengan sejahtera. Kewujudan pusat jagaan warga emas membuktikan bahawa masyarakat begitu prihatin terhadap nasib golongan ini. Namun begitu, kehadiran mereka ke pusat itu atas pelbagai sebab. Antaranya, termasuklah ibu bapa tinggal dengan anak yang tidak mempunyai pembantu rumah sedangkan ibu bapa sudah lanjut usia. Ada sesetengah ibu bapa pula uzur dan memerlukan penjagaan yang sempurna sepanjang ditinggalkan seharian ketika anak bekerja. Dalam keadaan inilah warga emas memerlukan rumah transit bagi memastikan kebajikan warga emas terjaga selain mengelakkan mereka berasa kesunyian. Golongan warga emas yang tinggal di pusat jagaan tidak akan berasa hidup sendirian dan tersisih. Dengan tinggal beramai-ramai mereka akan mempunyai kawan untuk berbual-bual atau ada tempat untuk meluahkan perasaan mereka dan dapat mengatasi masalah kemurungan yang menghantui kehidupan kebanyakan warga emas. Purata jangka hayat bagi warga emas lelaki mencecah 72.3 tahun manakala bagi wanita pula 76.9 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjangkakan menjelang 2020, usia lelaki mencecah 75.4 tahun, manakala wanita 80.4 tahun. Pada kadar jangka hayat itu, mereka memerlukan penjagaan dan perlindungan yang selesa dan sempurna. Walau bagaimanapun, kita masih berdepan dengan dilemma apabila warga emas ditempatkan di pusat jagaan kerana anak-anak dituduh mahu mengelak daripada menanggung beban menjaga ibu bapa mereka. Sebaliknya, tujuan sebenar warga emas ditempatkan di situ adalah untuk menjadikan mereka lebih produktif dan tidak pasif. Apabila berada di pusat jagaan tersebut, golongan tersebut dapat mengisi masa sepanjang hari dengan penuh berkualiti menerusi kegiatan yang disediakan selain berinteraksi dengan warga emas yang lain sebelum dijemput oleh anak selepas mereka pulang dari tempat kerja. Oleh sebab itu, kewajaran menjaga hak dan pembelaan golongan warga emas bukanlah satu perkara yang remeh kerana hal ini dapat menyokong agenda negara dalam usaha mewujudkan masyarakat prihatin dan penyayang.Sehubungan dengan itu, pusat jagaan itu seharusnya mempunyai pekerja yang terlatih, penyabar, dan mempunyai daya tahan yang tinggi untuk melayan kerenah golongan yang sudah meningkat usia itu.



Page 5



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL



Pengenalan Tentang Pusat Jagaan Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab dalam urusan berkaitan Pusat Jagaan dan Taska yang dilihat sangat sinonim dengan kemajuan negara. Menyedari keperluan itu, makaAkta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 508) diwujudkan agar perkhidmatan yang disediakan selaras dengan panduan berkaitan yang berfokus terhadap perkembangan, kebajikan dan kesejahteraan penghuninya.



Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada orang yang disayangi dalam keluarga yang memerlukan lebih perhatian dan sokongan daripada penderaan dan pengabaian. Dengan adanya Akta ini meningkatkan keyakinan bahawa perkhidmatan yang disediakan di pusatpusat jagaan memenuhi standard minima yang boleh diterima oleh Jabatan Kebajikan masyarakat dari segi kebajikan dan keselamatan penghuninya. (Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat). Tafsiran “Pusat Jagaan” ertinya pusat jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian mengikut pengertian Akta ini. (Seksyen 2 Akta Pusat Jagaan 1993) “Pusat Jagaan Berdaftar” ertinya sesuatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah Seksyen 6, Akta Pusat Jagaan 1993. “Pusat Jagaan Berkediaman” ertinya, tertakluk kepada seksyen 3, mana-mana premis di mana empat orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya; tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu bagi maksud takrif ini;



“Pusat Jagaan Harian” ertinya, tertakluk kepada seksyen 3, mana-mana premis di mana empat orang atau lebih diterima untuk jagaan selama suatu tempoh berterusan yang melebihi tiga jam sehari antara matahari terbit hingga matahari terbenam, dan selama sekurang-kurangnya tiga hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya; tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diurusakan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu bagi maksud takrif ini. Page 6



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL (Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat)



Latar Belakang Penubuhan Rumah Titian Ashraful Rohaniah



Page 7



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL



Rumah Titian Ashraful Rohaniah (RTAR) adalah sebuah rumah yang memberikan perlindungan kepada Warga Tua(Senior Citizen), warga terbiar(Neglected), Yatim (Orphans),warga istimewa ( Special/Mentally Challenged) dan warga kurang upaya (People with Disabilities). Rumah Titian Ashraful Rohaniah ini terletak berhampiran Hospital Teluk Intan , Perak. Rumah Titian Ashraful Rohaniah di uruskan oleh Puan Rohana Dan suami En Tamjis. RTAR merupakan badan pertubuhan bukan kerajaan dan menerima sebarang bantuan / sumbangan daripada orang perseorangan dan syarikat korporat.



Puan Rohana



Page 8



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL Rumah ini telah didirikan di atas tanah hak milik Puan Rohana sendiri. Beliau telah membuka rumah ini pada tahun 2006. Beliau membuka rumah ini selepas beliau berhenti kerja dengan Sime Darby Berhad. Beliau membuka rumah ini selepas beliau melihat dan terpanggil untuk mengusahakan rumah ini apabila kerap bercuti di luar negara. Di luar negara, beliau melihat golongan gelandangan, warga tua, kanak-kanak terbiar dan Orang Kurang Upaya ini diberikan perhatian dan bantuan yang sewajarnya. Oleh



sebab itu, beliau berazam untuk



mengusahakan rumah ini dengan bantuan Jabatan Masyarakat. Rumah ini mempunyai 70 orang penghuni yang berusia seawal umur 4 bulan hinggalah lebih 70 tahun. 10 orang pekerja telah diambil bagi membantu pengurusan dan perjalanan rumah ini. Perkhidmatan dan kemudahan Jagaan dan Perlindungan Rumah ini menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi penghuni seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi menjamin keselesaan hidup penghuni dalam suasana yang aman dan tenteram. Rawatan Perubatan Semua penghuni ini diberikan penjagaan yang bersesuaian dengan keadaan dan penyakit mereka. Pihak Hospital Teluk Intan memberikan kerjasama yang baik terhadap rumah ini. Bimbingan dan Kaunseling Bantuan



dari



Jabatan



Masyarakat



yang



menghantar



Penguasa



dan



Pembantu



Pembangunan Masyarakat ke rumh ini dengan mengadakan kaunseling individu dan kelompok serta perbincangan kes. Kemudahan Beribadat Kesemua penghuni di rumah ini adalah terdiri dariada mereka yang beragama islam. Oleh sebab itu bantuan dari orang perseorang banyak membantu dalam soal ini. Riadah Penghuni-penghuni digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat mereka.



Page 9



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL



Justifikasi penubuhan rumah Orang Tua dengan prinsip asas moral Teori moral terbahagi kepada 5 peringkat iaitu: i.



Penaakulan moral



ii.



Emosi moral



iii.



Tingkah laku moral



iv.



Justifikasi moral



v.



Dilema moral



Dalam konteks pendekatan Dasar Warga Emas dalam aspek moral, Kohlberg (1987 m.s. 10) menyatakan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral iaitu (i)



pertimbangan tentang nilai bukan fakta



(ii)



pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan



(iii)



pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.



Oleh sebab itu, satu temuramah bersama penghuni rumah ini telahpun dijalankan. Encik Abdul Hamid bin Ahmad berusia 58 tahun, seorang bekas guru dilahirkan di Lumut, Perak tetapi dibesarkan di Johor Bahru. Beliau telah menerima pendidikan rendah dan menengah di Johor Bahru, kemudiannya mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 80-an. Tamatnya pengajian, beliau ditempatkan di Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi. Kemudian, beliau menyambung lagi pelajarannya di Institut Teknologi Mara yang kini dikenali sebagai UITM selama 4 tahun dalam bidang „Art n Design‟. Setelah menamatkan ijazah dalam bidang tersebut, beliau telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pulau Kerengga, Terengganu. Beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali tetapi beliau kurang bernasib baik dalam perkahwinannya. Isteri pertamanya meninggal selepas dua tahun usia perkahwinan mereka tetapi beliau dikurniakan anak perempuan kembar. Walaubagaimanapun pasangan kembar itu telah dijaga oleh ibu mertuanya sehingga kini. Kemudiaan beliau mendirikan rumahtangga buat kedua kalinya dan telah dikurniakan seorang anak lelaki. Namun begitu, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Begitulah nasib rumah tangga beliau yang mana tidak dapat bertahan lama. Kemudiaan beliau menghilangkan diri dan meninggalkan anak lelaki tunggalnya dibawah jagaan bekas isterinya.



Page 10



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL Apabila ditanya tentang sejarah hidup beliau, beliau menceritakan tentang kesilapan yang telah dilakukan sehingga memberikan kesan terhadap hidup dan kerjaya beliau. Kerjaya sebagai seorang guru ternyata tidak mampu mengubah cara hidupnya yang ketagihan dadah sejak melanjutkan pelajaran di maktab lagi. Perkara ini berlanjutan hingga mana ianya merosakkan kerjaya dan keluarga beliau. Beliau akhirnya telah diberhentikan kerja setelah menerima 4 surat amaran dan tindakan tatatertib semasa menjawat jawatan tersebut pada tahun 2002. Oleh sebab itu dan keazaman beliau untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik, maka beliau telah memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjadi penghuni Rumah Seri Kenangan. Tetapi beliau telah ditempatkan di rumah ini untuk sementara. Sehingga kini, beliau masih lagi menyisihkan diri daripada keluarganya kerana perasaan bersalah terhadap diri sendiri dan keluarganya. Soalan Temuramah



En Abdul Hamid b Ahmad 58 tahun Berasal dari Johor Bahru Page 11



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL Soalan temuramah : 1) Boleh pakcik ceritakan sedikit sejarah hidup pakcik? Jawapan : Nama pakcik Abdul Hamid bin Ahmad. Pakcik berumur 58 tahun. Berasal dari Lumut, Perak tetapi dibesarkan di Johor Bahru. 2) Pakcik sudah berkeluarga? Jawapan : Pakcik pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali. Isteri pertama pakcik meninggal selepas 2 tahun perkahwinan namun dikurniakan kembar perempuan. Tetapi pasangan kembar itu dijaga oleh keluarga isteri pertama pakcik hingga kini. Isteri kedua pakcik pula bersal dari Teluk Intan. Tetapi jodoh tidak panjang, dikurniakan seorang anak lelaki tetapi pakcik tidak menjaganya. Dia dijaga oleh bekas isteri pakcik. 3) Buat masa ini ada tidak anak pakcik datang melawat? Jawapan : Tidak. Pakcik tidak memberitahu sesiapa pun tentang dimana pakcik berada hingga sekarang. Pakcik tidak mahu sesiapa tahu yang pakcik berada disini. 4) Macam mana pakcik boleh sampai ke Rumah Titian Ahraful Rohaniah ini? Jawapan : Pada mulanya pakcik mohon ke Rumah Seri Kenangan tetapi pakcik dihantar ke sini. Hampir 4 tahun pakcik menjadi penghuni rumah ini. 5) Maaf pakcik, saya bertanya, kenapa pakcik hilangkan diri? Jawapan : Pakcik banyak buat salah dalam hidup. Pakcik dah banyak menyusahkan mereka. Jadi pakcik tak mahu untuk menyusahkan sesiapa lagi. 6) Berkaitan dengan pekerjaan pakcik dahulu, pakcik berpencen atau bagaimana? Jawapan : Pakcik diberhentikan pada tahun 2002 selepas tindakan 4 kali surat amaran dan tatatertib dikeluarkan. 7) Pakcik tidak mahu berjumpa dengan anak-anak pakcik ke? Jawapan : Biarlah buat masa ini pakcik rahsiakan dimana pakcik. 8) Adakah pakcik berhubung dengan anak-anak pakcik? Jawapan : Pakcik langsung tidak tahu dimana mereka berada kecuali sedikit tentang anak lelaki pakcik. Dia baru menamatkan pengajiannya di UITM. 9) Diharap pakcik damenjalani hidup yang baik disini dibawah jagaan Puan Rohana. Page 12



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL Keadaan Rumah Titian Ashraful Rohaniah



Pejabat



Pejabat



Page 13



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL



Bersama salah seorang penghuni rumah ini, Ariana 4 tahun



Page 14



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL



Antara sukarelawan dan pihak yang membantu



Ruang tamu yang kurang selesa bagi penghuni rumah ini



Page 15



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL



Antara penghuni rumah ini



Page 16



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL



Keadaan rumah yang uzur



Page 17



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL Refleksi: Melalui kerja khusus ini telah banyak membuka mata saya dalam perkara yang dipandang sepi oleh segelintir golongan masyarakat. Penghuni rumah ini memerlukan banyak sokongan dan bantuan. Melalui pengamatan saya, apa yang dapat saya katakan adalah mereka memerlukan sokongan moral yang amat-amat tinggi dalam menjalani kehidupan mereka. Pentingnya perlindungan, penjagaan yang rapi dan sokongan moral dari segenap aspek benar-benar diperlukan. Hubungan yang terjalin diantara penghuni rumah ini mengukuhkan bahawa dengan nilainilai moral yang diterapkan kepada mereka adalah amat berkesan. Kesepaduan walaupun berbeza latar



belakang keluarga dan permasalahan tidak menggugat



hubungan



kekeluargaan yang telah terjalin diantara mereka. Alangkah indahnya jika kita sebagai seorang guru dapat menerapkan nilai yg sama dan menjalani kehidupan sebegitu kepada anak murid kita. Nyata mereka akan lebih bersatu padu dan bekerjasama dengan baik sekali. Budaya bangsa Malaysia juga perlulah disemaikan dengan nilai-nilai yang mana kita perlu membantu satu sama lain tak kira apa pun halangan, apa pun jenis bangsa dan agama kerana nilai noral yang tinggi sebenarnya memang telah wujud di dalam diri kita. Dasar Hak Warga Emas perlulah diwar-warkan kepada semua. Tidak kira kecil atau tua. Dengan itu, mereka akan mempunyai rasa tanggungjawab sejak kecil lagi terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik. Hasilan kerja khusus ini, bersama temuramah yang saya jalankan bersama dengan Puan Suzanawati benar-benar menginsafkan diri sendiri agar berhati-hati dalam kehidupan kita ini. Saya beranggapan jika kita boleh mengadakan lawatan kerja amal dari sekolah masingmasing sudah tentunya dapat memberi pengalaman berharga kepada anak murid kita dengan lebih jelas. Dengan cara ini kita dapat melathi mereka adak mementingkan diri agar tidak mementingkan diri sendiri.



Page 18



PRINSIP ASAS NILAI DAN MORAL BIBLIOGRAFI Chang Lee Hoon (2002). Perkembangan domain moral dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial. Kertas yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya pada 19 Januari, 2002. Shaw, W. H. (1999). Business ethics. (3rd ed.). Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company. www.jkm.gov.my http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/Dasar_Warga_Tua_Kebangsaan.pdf



Page 19