Kedai jahit  
 9833585876, 9789833585878 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PANDUAN PERNIAGAAN JAHITAN UNISEKS



HAKCIPTA TERPELIHARA © Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.



Penerbitan Oleh INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI



KANDUNGAN



BAHAGIAN A: MENGENALI INDUSTRI DAN DAYAMAJU PROJEK 1.0 SENARIO INDUSTRI DAN POTENSI.....................4 1.1 Pasaran Industri Fabrik Dan Pakaian............ 4 1.2 Kerjaya Dalam Industri Jahitan...................... 5 2.0 KONSEP PERNIAGAAN INSTITUT LATIHAN JAHITAN................................................. 6 2.1 Konsep Perniagaan....................................... 6 - Kursus Asas Jahitan....................................6 - Kursus khusus model pakaian.................... 7 - Kursus-kursus pelbagai jahitan................... 8 - Kombinasi pelbagai latihan jahitan..............8 2.2 Rangkaian Produk......................................... 9 2.3 Format Perniagaan Institut Latihan................9 Jahitan Uniseks 2.4 Bagaimana Memilih Konsep.......................... 11 Institut Latihan Jahitan Uniseks 3.0 MENENTUKAN DAYA MAJU PERNIAGAAN..........12 3.1 Pasaran Yang Menguntungkan......................12 3.2 Kurang Persaingan (mengikut konsep)..........12 3.3 Mempunyai Kemahiran dan Keupayaan Diri. 12 3.4 Tumpuan Perniagaan.................................... 13 3.5 Tahap Pendidikan Akademik..........................13 3.6 Kursus Yang Dihadiri..................................... 14 3.7 Bentuk Latihan Yang Diperlukan....................14 3.8 Kemahiran Mengurus.................................... 14 3.9 Modal Permulaan...........................................14 3.10 Mengenalpasti Lokasi Yang Strategik.............15 1



4.0 PEMBIAYAAN MODAL........................................... 16 4.1 Sumber kewangan utama.................................16 4.2 Pembiayaan daripada institusi kewangan swasta............................................. 16 4.3 Bantuan kewangan dari institusi awam............ 17 BAHAGIAN B: MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN STRATEGI DAYA SAING 5.0 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN.................20 5.1 Proses Penubuhan dan Pendaftaran Perniagaan dan Syarikat.................................. 22 5.2 Lesen dan Permit............................................. 25 6.0 STRATEGI PEMASARAN.......................................27 6.1 Strategi Produk Latihan Jahitan....................... 27 6.2 Strategi Meletak Harga dan Keuntungan......... 29 6.3 Strategi Edaran Produk Latihan....................... 30 6.4 Strategi Promosi............................................... 30 6.5 Belanjawan promosi..........................................31 7.0 PENGURUSAN PERNIAGAAN INSTITUT LATIHAN JAHITAN UNISEKS................................ 32 7.1 Pentadbiran Umum...........................................32 7.2 Keperluan Peralatan Mengurus........................32 7.3 Belanja Mengurus............................................ 33 8.0 ASPEK OPERASI PERNIAGAAN INSTITUT LATIHAN JAHITAN UNISEKS................................34 8.1 Bilangan Pekerja.............................................. 34 8.2 Kategori Pekerjaan........................................... 34



2



8.3 8.4 8.5 8.6 9.0



Jenis Kemahiran Yang Diperlukan Keluasan Tapak Premis Mesin Dan Peralatan Masa Operasi



KEPERLUAN DAN STRATEGI KEWANGAN 9.1 Kos Perlaksanaan Projek 9.2 Pendapatan 9.3 Analisis Pulangan Modal



10.0 FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN INSTITUT LATIHAN JAHITAN UNISEKS 10.1 Ciri- ciri Usahawan 10.2 Penerangan Ciri-Ciri Usahawan 10.3 Ciri-ciri Perniagaan 10.4 Penerangan Ciri Perniagaan



35 35 36 37 38 38 40 41



44 44 45 48 49



11.0 FORMAT KERTAS KERJA PERMOHONAN PINJAMAN



51



12.0 CONTOH FORMAT DAN KEPERLUAN MAKLUMAT KAJIAN PASARAN



55



13.0 PERSATUAN DALAM INDUSTRI



60



14.0 KURIKULUM LATIHAN JAHITAN



61



15.0 PERALATAN LATIHAN JAHITAN UNISEKS 15.1 Alatan Mengukur 15.2 Alat-alat Memotong 15.3 Alat-alat Menanda 15.4 Jenis jenis Jarum dan Benang 15.5 Mesin Jahit



64 64 65 68 70 71



3



BAHAGIAN A: MENGENALI INDUSTRI DAN DAYAMAJU 1.0 Senario Industri dan Potensi 1.1 Pasaran Industri Fabrik Dan Pakaian Perniagaan institut latihan jahitan adalah sangat berkaitan dengan industri fabrik dan pakaian serta industri fesyen negara. Oleh itu, sebarang perkembangan yang berlaku pada industri berkenaan akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan perniagaan institut latihan jahitan. Industri fabrik dan pakaian di Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan berganda dalam tempoh 1991 - 1998. Industri ini menjadi semakin penting kepada negara dari segi nilai pertukaran asing dan menyediakan peluang pekerja. Industri ini adalah antara industri utama negara yang berinsentifkan tenaga manusia. Eksport fabrik dan pakaian negara dalam tempoh 1991 hingga 1998 adalah RM1.461 billion dan RM4.21 billion pada tahun 1991, meningkat kepada RM4.28 billion dan RM9.01 billion pada tahun 1998. Peningkatan yang memberangsangkan ini menjadi insentif penting kepada peningkatan dalam industri latihan jahitan pakaian negara. Buat masa ini, Malaysia adalah di antara negara utama di dunia sebagai pengeluar kain selain Hong Kong, Taiwan, Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun. Manakala dalam bidang pengeluaran pakaian, Malaysia adalah pengeluar utama dunia bersama Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jerman, Jepun dan Perancis. Setakat ini industri fabrik dan pakaian di Malaysia merangkumi rangkaian aktiviti yang luas dari pempolimeran (polymerisation - production of manmade fiber), tenunan, rekabentuk (texturising) pintalan (weaving) kait (knitting), cetakan (printing), celup/ mewarna (dying) dan kemasan (finishing), pembuatan pakaian (garment-making) dan lain-lain bidang seperti 4



aksesori, pukat/jala, sarung tangan, beg, topi, Karpet, bekalan mesin dan peralatan jahitan. Perkembangan yang positif pada industri fesyen negara juga menjadi penyumbang penting kepada potensi industri institut latihan j ahitan. Terdapat beberapa majalah khusus yang melaporkan maklumat terkini dalam bidang fesyen dan jahitan. Di antara majalah tempatan utama adalah RIAS, NONA, KELUARGA, JELITA, FEMALE, MARIE CLAIRE, HERWORLD dll. Kemunculan pereka-pereka tempatan di peringkat antarabangsa seperti Zang Toi, Redzuan Radziwill, Annie Wong, Salikin, Bernard Chandran dan Eric Chong telah menyemarakkan lagi minat masyarakat untuk mendalami bidang jahitan dan fesyen. 1.2 Kerjaya dalam Industri Jahitan Bidang jahitan menawarkan berbagai kerjaya kepada sesiapa yang berminat dan menceburi diri dalam sektor ini secara langsung atau tidak langsung. Antara kerjaya tersebut adalah: • Pengusaha pusat latihan jahitan • Pengusaha kedai jahitan • Pengusaha kedai peralatan dan kelengkapan pengantin • Pengusaha kedai hiasan dan kelengkapan rumah • Pembekal hiasan dan kelengkapan rumah • Pembekal pakaian kepada butik/kedai/gedung contohnya pembekal pakaian sekolah, pakaian tentera, pakaian beruniform dan sebagainya • Tenaga pengajar/jurulatih jahitan • Tukang Jahit • Penasihat kepada agensi yang menawarkan kursus jahitan • Penasihat fesyen pakaian • Pakar sulaman 5



2.0 KONSEP PERNIAGAAN INSTITUT LATIHAN JAHITAN 2.1. Konsep Perniagaan Konsep perniagaan institut latihan jahitan yang wujud di Malaysia dinyatakan dalam jadual 2.1. Jadual 12.1: Kategori institut latihan jahitan



INDUSTRI LATIHAN JAHITAN PU 1 Kursus Asas Jahitan PU1 - Asas mengukur - Asas memotong - Asas menjahit



PU 2 Kursus



PU 3 Kursus Khusus



PU 4Kombinasi pelbagai



tentang model pakaian



jahitan



& PU2 & PU 3



PU: Produk Utama Dalam industri ini, perniagaan institut latihan jahitan biasanya berfokus kepada empat kategori produk utama. Kategori produk tersebut adalah: i) ii) iii) iv)



PU 1- Kursus asas jahitan PU 2 - Kursus khusus tentang model pakaian PU 3 - Kursus pelbagai jahitan Kombinasi PU1, PU2 dan PU3



Kursus Asas Jahitan (PU1) Program ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan clan kemahiran asas tentang jahitan. Modul utama program ini meliputi 3 aspek penting iaitu: 6



(i) Asas mengukur - modul ini memberi pengetahuan dan kemahiran tentang kaedah yang betul dan tepat dalam mengambil ukuran badan mengikut gaya dan potongan pakaian. (ii) Asas memotong - modul ini memberi pengetahuan dan kemahiran tentang kaedah yang betul dan tepat tentang cara-cara memotong pakaian. Pemotongan biasanya dibuat berasaskan kepada jenis kain dan model pakaian. (iii) Asas menjahit - modul ini memberi pengetahuan dan kemahiran tentang kaedah yang betul dan tepat menjahit pakaian. Proses menjahit pakaian melibatkan perkaraperkara berikut: • penghilangan gelembong • kelim • belah • penyudah tepi • lengan • kancing • kolar • kocek tampel • ikatan pinggang Kursus khusus model pakaian (PU2) Pada umumnya bentuk kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada kategori utama kumpulan sosial iaitu pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Setiap kumpulan sosial menggunakan bentuk pakaian yang berbeza. Keadaan ini mengilhamkan pembentukan modul kursus yang pelbagai bagi memenuhi keperluan tersebut. 1) Jahitan pakaian wanita Meliputi jahitan pakaian bercirikan tradisi dan moden, etnik, saiz dan penggunaan kain. Contohnya, pelbagai jenis baju kurung, kebaya, kemeja dan seluar, jubah, skirt, blaus, gaun dan sebagainya. 7



ii) Jahitan pakaian lelaki Meliputi jahitan pakaian bercirikan tradisi dan moden, etnik, saiz dan pengguna kain. Contohnya, baju melayu, kemeja, seluar, blazer, kot, jaket dan sebagainya. (iii) Jahitan pakaian kanak-kanak (lelaki/perempuan) Meliputi jahitan pakaian bercirikan tradisi dan moden, ethnik, saiz dan penggunaan kain. Kursus-kursus pelbagai jahitan (PU3) Jenis jenis kursus jahitan yang ditawarkan sering dikaitkan dengan keperluan harian atau bermusim di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di antara jenis kursus yang ditawarkan meliputi: (i) Jahitan langsir (ii) Jahitan kraftangan perkahwinan (iii) Jahitan kelengkapan bilik tidur (iv) Jahitan kusyen (v) Jahitan manik pakaian (vi) Jahitan tampal cantum (Patch work) (vii) Jahitan set tidur bayi Kombinasi pelbagai latihan jahitan (PU4) Kombinasi ini melibatkan penawaran latihan asas jahitan, kursus khusus model pakaian dan kursus pelbagai jahitan. Pada kebiasaannya, setiap institut latihan jahitan yang terlibat menentukan bentuk latihan berasaskan permintaan pelanggan. Pada amnya modul latihan yang dirangka meliputi bahagianbahagian tertentu latihan jahitan. Misalnya latihan asas jahitan disertakan dengan latihan khusus model pakaian.



8



2.2 Rangkaian Produk Pada umumnya strategi institut latihan jahitan tidak bersandarkan kepada satu-satu produk utama sahaja. Mereka juga menawarkan produk-produk latihan yang lain bergantung kepada permintaan pasaran. Dan segi kombinasi produk yang ditawarkan, kajian mendapati kebanyakan institut latihan jahitan menawarkan kombinasi modul latihan seperti berikut: • Kursus latihan asas jahitan • Kursus khusus model pakaian • Kursus pelbagai jahitan 2.3 Format Perniagaan Institut Latihan Jahitan Uniseks Secara am, format perniagaan latihan institut latihan jahitan uniseks boleh dibahagikan kepada 2 jenis berasaskan cara pusat ini dikendalikan. Format tersebut adalah: • Latihan jahitan berbentuk formal • Latihan jahitan berbentuk tidak formal 2.3.1 Latihan jahitan berbentuk formal Format perniagaan ini menawarkan pelbagai kursus jahitan sebagai produk utama mereka. Lain-lain produk seperti mengambil tempahan jahitan atau membekal bahan tidak menjadi keutamaan walaupun mempunyai kaitan langsung dengan produk latihan jahitan. Ciri-ciri pusat latihan jahitan uniseks yang dikendalikan secara formal ialah: • Menawarkan kursus jahitan mengikut peringkat seperti peringkat asas dan peringkat lanjutan • Menawarkan pelbagai kursus jahitan seperti jahitan pakaian, langsir, kelengkapan rumah, persiapan pengantin, rekabentuk fesyen, illustrasi fesyen dan sebagainya.



9



• Menawarkan kursus jahitan khusus seperti jahitan kot lelaki, kot wanita dan pakaian pengantin wanita • Menetapkan jadual waktu, masa dan hari berkursus • Latihan diadakan secara berkumpulan • Menggunakan kaedah tunjuk dan buat • Latihan adalah berpandukan projek jahitan dan jumlah jam • Tenaga pengajar yang terlatih • Pengusaha kebiasaannya pakar atau sumber rujuk dalam bidang jahitan • Majoriti peserta terdiri mereka yang ingin meningkatkan kemahiran menjahit • Yuran yang sederhana (di antara RM250 hingga RM2,000 bagi satu modul) • Mesin dan peralatan menjahit yang mencukupi Contoh institut latihan jahitan berbentuk formal adalah: • Sekolah Jahitan Mirado • K.L Fashion Academy • International Fashion Training Centre • Bak’s Creation And Services 2.3.2 Latihan jahitan berbentuk tidak formal Format perniagaan ini menj adikan penawaran kursus jahitan sebagai produk sampingan berbanding produk lain seperti tempahan runcit atau borong dan pembekalan bahan jahitan. Mereka tidak menjadikan produk latihan sebagai sandaran utama kepada pendapatan perniagaan Ciri-ciri pusat latihan jahitan uniseks yang dikendalikan secara tidak formal ialah: • Menawarkan kursus peringkat asas jahitan sahaja • Tidak menawarkan pelbagaian kursus jahitan



10



• Produk latihan adalah produk sampingan. Perniagaan utama ialah tempahan jahitan • Latihan jahitan diadakan secara sambil-sambilan oleh pengusaha dengan bantuan pekerjanya • Latihan diadakan di kedai jahit pengusaha • Kursus yang ditawarkan adalah sama dengan bidang perniagaan yang dijalankan, contohnya latihan jahitan pakaian uniseks ditawarkan oleh kedai jahit pakaian. Kedai jahit langsir tidak akan menawarkan kursus jahitan pakaian • Latihan adalah berasaskan projek • Latihan lebih berbentuk perhatian individu • Waktu dan hari latihan adalah fleksibel. Pelajar boleh datang pada bila-bila masa kedai beroperasi • Kaedah latihan adalah secara individu, bergantung kepada tahap dan kebolehan pelajar • Kawalan dibuat berasaskan jumlah jam • Pasaran sasaran adalah penduduk setempat • Majoriti peserta terdiri dari mereka yang belajar menjahit untuk menjahit pakaian sendiri dan keluarga • Yuran yang dikenakan lebih rendah dari pusat latihan jahitan berbentuk formal (di antara RM50 hingga RM250 sebulan) Contoh institut latihan jahitan berbentuk tidak formal adalah: • Zieza Fashion • Kemudi Gerak • Swrangkain Fesyen 2.4 Bagaimana Memilih Konsep Institut Latihan Jahitan Uniseks Pemilihan konsep perniagaan institut latihan jahitan adalah ditentukan kepada perkara-perkara yang berikut mengikut kepentingan dan urutan: -



Kemahiran dan Kepakaran Diri Kumpulan sasaran Permintaan semasa di pasaran Persaingan di Lokasi 11



3.0 MENENTUKAN DAYA MAJU PERNIAGAAN 3.1 Pasaran Yang Menguntungkan Adanya pasaran membolehkan apa juga jenis perniagaan untuk berdaya maju. Bagi kes perniagaan institut latihan jahitan, perkara-perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri pasaran seperti segmen pasaran dan kemampuan pelanggan perlu diberi perhatian serius. Segmen Pasaran Segmen pasaran dari segi bangsa bagi institut latihan jahitan tertumpu kepada pengguna berbangsa Melayu dan Cina. Kedua-dua kumpulan etnik ini mewakili 90% sasaran pasaran. Keturunan India dan lain-lain bangsa adalah kecil. Dari segi segmen pasaran mengikut kategori umur pula, kumpulan sasaran utama ialah mereka dalam kategori umur 25 - 35 tahun (melibatkan 45% sasaran pasaran) berbanding kategori umur yang lain (kategori umur 19 - 24 tahun dan 36 - 40 tahun masing-masing melibatkan 19% sasaran pasaran). 3.2 Kurang Persaingan (Mengikut Konsep) Untuk berdaya maju, sesuatu lokasi itu juga mestilah tidak mempunyai terlalu banyak persaingan dari sudut keempat-empat konsep perniagaan yang telah dinyatakan di atas. Keadaan persaingan juga harus dipadankan dengan jumlah penduduk mengikut kategori umur dan motif mendalami bidang jahitan . 3.3 Mempunyai Kemahiran Dan Keupayaan Diri Usahawan sebagai pemilik dan pengurus perniagaan hendaklah mengetahui tentang pelbagai aspek jahitan dan perkembangan semasa industri fesyen negara.



12



Di samping itu, mereka juga mesti mempunyai kemahiran tangan dalam pelbagai aspek jahitan dan fesyen. Kemahiran tangan dalam pelbagai aspek jahitan melibatkan kemahiran mengukur, memotong dan menjahit pelbagai model pakaian. Manakala kemahiran tangan berkaitan dengan fesyen melibatkan kemahiran merekacipta dan ilustrasi (melukis) fesyen pakaian mengikut perubahan pasaran. Perkara ini penting untuk mencerakinkan pelanggan tentang kredibiliti usahawan sebagai fasilitator dan mengelakkan usahawan daripada terlalu bergantung kepada pekerja (fasilitator sepenuh/ separuh masa) untuk memberi perkhidmatan. 3.4 Tumpuan Perniagaan Kajian menunjukkan bahawa majoriti usahawan melibatkan diri dalam perniagaan lain yang mempunyai perkaitan dengan perniagaan institut latihan jahitan. Perniagaan tersebut ialah kedai jahit, dimana usahawan berkenaan menerima tempahan jahitan secara runcit atau borong. Penglibatan dalam kedua-dua perniagaan yang saling berkaitan ini memberi kelebihan persaingan kepada usahawan berkenaan berbanding mereka yang terhad kepada satu jenis perniagaan yang khusus. Walau bagaimanapun usahawan institut latihan jahitan didapati tidak terlibat secara langsung dalam lain-lain aktiviti perniagaan yang tidak berkaitan dengan industri jahitan. Ini kerana dalam tahun pertama hingga tahun kelima usahawan berkenaan hendaklah menumpukan sepenuh perhatian kepada membina nama baik institut latihan jahitan untuk menjamin kejayaan. 3.5 Tahap Pendidikan Akademik Perniagaan ini tidak memerlukan tahap pendidikan akademik yang tinggi atau mempunyai kelulusan profesional. Bagaimana pun memiliki kelulusan yang tinggi dan kelulusan profesional dalam bidang jahitan atau fesyen dapat menjamin akreditasi di kalangan pelanggan. Di samping itu, setiap usahawan mestilah boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik dari segi pertuturan, menulis dan membaca. 13



3.6 Kursus Yang Dihadiri Kursus yang pernah dihadiri secara formal boleh membantu mereka untuk memula dan menguruskan perniagaan. Kursus-kursus tersebut meliputi kursus yang berkaitan dengan keusahawanan dan perniagaan. Selain dari itu mengikuti kursus-kursus profesional dalam bidang jahitan dan fesyen dapat membantu usahawan meningkatkan kemahiran, merangka modul latihan baru dan membentuk imej institut latihan jahitan yang disegani. 3.7 Bentuk Latihan Yang Diperlukan Bidang latihan yang dicadangkan berkaitan dengan aspek teknikal dan pengurusan. Dari segi latihan teknikal tertumpu kepada latihan dalam bidang jahitan pakaian, rekabentuk dan rekacorak pakaian dan ilustrasi fesyen. Manakala dalam bidang pengurusan, latihan yang diperlukan meliputi pengurusan strategik, kewangan dan pemasaran. 3.8 Kemahiran Mengurus Usahawan dalam bidang perniagaan institut latihan jahitan ini juga mesti mempunyai kemahiran mengurus entiti perniagaan. Perkara-perkara seperti pengurusan inventori, pengurusan personel, dan pengurusan kewangan harus diambil perhatian. Jika usahawan belum mempunyai kemahiran ini, adalah dicadangkan supaya mereka mengikuti kursus keusahawanan atau menimba pengalaman bagi memantapkan keupayaan mereka dalam mengurus perniagaan. 3.9 Modal Permulaan 3.9.1 Pelaburan permulaan Secara umumnya , kos terendah bagi memulakan perniagaan institut latihan jahitan ialah RM11,110. Manakala j umlah kos yang sederhana ialah RM27,500. Kos yang tertinggi ialah RM56,950 (lihat Jadual 3.1 ). Kos purata memulakan perniagaan ialah RM31,853. 14



Jadual 3.1



Perincian Kos Pelaksanaan Projek Rendah Sederhana (RM) (RM) Kos Aset Tetap 8,000 20,000 Modal Kerja (bulanan): Kos Pentadbiran 1,585 3,500 Kos Pemasaran 500 2,000 Kos Operasi 1,025 2,000 Jumlah Modal Kerja 2,810 7,500 Jumlah 11,110 27,500



Tinggi (RM) 32,000 8,450 11,500 5,000 24,950 56,950



Sila rujuk kepada perkara 9.0 (keperluan kewangan) untuk melihat semua kos yang terlibat secara terperinci. 3.10 MENGENALPASTI LOKASI YANG STRATEGIK Setelah semua kelayakan dan kajian pasaran menunjukkan dayamaju projek, usahawan perlu menentukan satu lokasi yang strategik. Antara ciri-ciri lokasi yang dimaksudkan ialah: • Dekat dengan pelanggan • Sebuah rumah kedai atau zon perdagangan • Berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam • Mempunyai kawasan letak kereta • Tidak terlalu dekat dengan pesaing • Ruang latihan yang selesa • Lot tepi adalah lebih baik



15



4.0PEMBIAYAAN MODAL 4.1 Sumber Kewangan Utama 4.1.1 Modal sendiri Sumber pembiayaan yang paling ideal ialah modal sendiri. Sumber ini termasuk sumbangan kewangan dari ahli keluarga dan rakan. Jumlah tunai yang ada perlu cukup untuk membiayai kos awal perniagaan (kelengkapan, deposit dan produk untuk perkhidmatan) dan mampu menampung kos operasi (sewa premis, bilbil utiliti dan belanja luar jangka) untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan. 4.1.2 Kredit daripada pembekal Maksud kredit oleh pembekal ialah kredit pembelian yang diberikan oleh pembekal kepada pengusaha. Ini bermakna usahawan boleh mendapatkan stok dari pembekal dan membuat pembayaran ke atasnya dalam tempoh masa yang diberikan. Walaupun perniagaan institut latihan jahitan tidak menggunakan banyak bahan, kemudahan pembiayaan oleh pembekal sangat mustahak dan membantu kepada aliran tunai perniagaan. 4.2 Pembiayaan daripada institusi kewangan swasta Bank-bank dan institusi kewangan tempatan tidak mempunyai skim pembiayaan khusus bagi perniagaan institut latihan jahitan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa bentuk kemudahan pinjaman yang boleh digunakan oleh pengusaha untuk membiayai pemiagaan mereka. Antara kemudahan yang disediakan adalah; I. overdraf ii. pinjaman persendirian iii. pinjaman berpenggal (pembiayaan pembelian harta dan modal pusingan) 16



iv. pinjaman untuk membeli premis perniagaan Kajian yang dijalankan mendapati bahawa sebahagian besar usahawan tidak bergantung kepada kemudahan kewangan dari bank untuk menjalankan perniagaan. Pertama, kerana modal permulaan adalah kecil. Kedua, urusan dijalankan secara tunai. Dan ketiga kerana kos perkhidmatan yang disediakan hanya melibatkan tenaga kepakaran usahawan dan bahan latihan yang pada umumnya adalah berkos rendah Pengusaha institut latihan jahitan tidak mempunyai sebarang kelebihan untuk mendapatkan kemudahan kewangan clan pembiayaan dari institusi kewangan. Untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tempatan mereka juga perlu memenuhi syarat-syarat yang sama yang dikenakan oleh bank ke atas mana-mana individu lain untuk pelbagai tujuan. Kebanyakannya adalah berbentuk pinjaman peribadi dan bercagar. Pihak bank komersil tidak mempunyai masalah untuk memberikan pinjaman kepada pengusaha institut latihan jahitan yang mempunyai akaun dengan mereka. Walau bagaimanapun pinjaman yang diberikan adalah berbentuk pinjaman bercagar dan kemudahan overdraf. 4.3 Bantuan Kewangan Dari Institusi Awam Kajian ini mendapati bahawa beberapa dana boleh digunakan oleh usahawan Bumiputera yang ingin mendapatkan bantuan kewangan dari agensi awam untuk tujuan memula atau membesarkan perniagaan institut latihan jahitan. Antara dana-dana yang berkaitan yang boleh dimanfaatkan adalah; 4.3.1 Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) MARA merupakan agensi Kerajaan yang memberikan bantuan kewangan kepada ramai pengusaha Bumiputera. Walaupun tiada skim khusus untuk pengusaha institut 17



latihan jahitan, agensi ini mempunyai tiga skim pembiayaan pelbagai perniagaan yang boleh dimanfaatkan oleh pengusaha. Pembiayaan yang disediakan adalah dalam bentuk modal pusingan, bayaran francais, jaminan bank dan peralatan. a) Skim Pembiayaan Am MARA Skim Pembiayaan Am MARA adalah skim pembiayaan untuk pelbagai projek perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan. Skim ini mempunyai had pembiayaan maksimum sebanyak RM 250,000. Usahawan Bumiputera yang ingin menjalankan perniagaan institut latihan jahitan boleh mengambil kesempatan daripada skim ini untuk membiayai perniagaan mereka. b) Skim Pembiayaan Pengwujudan Usahawan Skim ini menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peserta kursus latihan keusahawanan anjuran MARA atau lain-lain agensi yang telah berjaya menamatkan kursus/ latihan dan merancang untuk memulakan perniagaan atau perusahaan yang berkaitan dengan latihan yang telah diikuti. Had pembiayaan maksima skim ini juga sebanyak RM 250,000. Skim ini boleh dimanfaatkan oleh pengusahapengusaha yang telah menamatkan kursus latihan yang bersesuaian. c) Skim Pembiayaan Kecil Skim ini adalah skim pembiayaan khusus untuk perniaga-peniaga kecil dalam semua sektor sama ada perdagangan, perusahaan dan perkhidmatan. Jumlah maksima pembiayaan adalah RM 10,000. Berbanding dengan dua skim di atas, pinjaman di bawah skim ini tidak memerlukan cagaran. Memandangkan modal permulaan untuk membolehkan pengusaha menjalankan institut latihan jahitan adalah kecil, skim ini adalah sesuai untuk usahawan yang telah mempunyai modal sendiri.



18



4.3.2 Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia Tabung ini bertujuan untuk membantu belia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun menjalankan pemiagaan. Had pinjaman maksima adalah RM 50,000. Umumnya, jumlah ini adalah sesuai untuk perniagaan aksesori kereta dan boleh juga dimanfaatkan oleh pengusaha yang memerlukan tambahan modal untuk membesarkan perniagaan mereka. 4.3.3 Skim Pembiayaan Pusat Negeri (SPPN) SPPN ini boleh digunakan oleh usahawan yang telah menjalankan perniagaan yang memerlukan kemudahan pembiayaan tambahan bagi pembesaran perniagaan mereka. Skim ini juga boleh digunakan oleh usahawan yang ingin membuka perniagaan yang baru. 4.3.4 Skim Jaminan Kredit Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) ditubuhkan antara lainnya untuk membantu usahawan Bumiputera dalam pelbagai bidang perindustrian dan perkhidmatan. Badan ini juga menyediakan kemudahan jaminan kredit bank untuk peniaga yang menjalankan perniagaan perkhidmatan (termasuk institut latihan jahitan). Bagi pinjaman perniagaan yang kurang dari RM50,000, tiada cagaran diperlukan. Bagi pinjaman melebihi RM 50,000, cagaran atau jaminan adalah diperlukan. Skim yang dilaksanakan oleh CGC mempunyai keanjalan dan disesuaikan dengan keperluan pengusaha dan peniaga.



19



BAHAGIAN B: MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN STRATEGI DAYA SAING 5.0 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN Persediaan Usahawan Melakukan Kajian Pasaran Tiada Pasaran



Penetapan Premis/Lokasi (Sewa/Beli/Dirikan) Pendaftaran Perniagaan ROB/ROC Memohon Lesen Perniagaan (Kerajaan Tempatan) Tidak Lulus



Memohon kelulusan Dengan Jabatan Imigresen Tidak Lulus



Pelaksanaan Sebelum menceburi perniagaan ini, setiap bakal usahawan perlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan ciri-ciri perniagaan institut latihan jahitan. Dalam usaha merealisasikan hasrat untuk memulakan perniagaan institut latihan jahitan uniseks, terdapat empat (4) 20



langkah yang perlu diambil oleh bakal usahawan. Langkah pertama ialah melakukan kajian pasaran di kawasan sasaran yang telah ditentukan Kajian pasaran dilakukan dengan tujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat permintaan terhadap produk latihan jahitan di kawasan sasaran pasaran. Penerangan lanjut mengenai kajian pasaran dinyatakan dalam Bab 12. Kajian pasaran menerangkan tentang aspek-aspek penting yang perlu diambilkira semasa melakukan kajian pasaran. Jika kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wujudnya pasaran bagi perniagaan ini, langkah kedua memerlukan usahawan menetapkan premis atau lokasi perniagaan. Mereka boleh memilih samada untuk menyewa atau membeli tapak premis yang sesuai untuk didirikan bangunan yang menempatkan ruang pejabat dan ruang pameran dan operasi. Jika usahawan memilih untuk menyewa tapak tersebut, satu ikatan perjanjian sewaan perlu dibuat bagi menjamin hak penyewaan dalam tempoh yang dipersetujui bersama di antara penyewa dan pemilik tapak. Jika usahawan mengambil keputusan untuk membeli tapak berkaitan, mereka boleh samada menggunakan sumber kewangan sendiri atau mendapatkan pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan berkaitan. Sebaliknya jika kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada pasaran terhadap produk latihan jahitan, maka usahawan perlu melakukan kajian pasaran di kawasan yang lain. Beberapa siri kajian pasaran terpaksa dilakukan bagi kawasan yang berbeza sehingga hasil kajian memberi keputusan bahawa wujudnya pasaran bagi perniagaan ini. Langkah ketiga ialah mengemukakan permohonan pendaftaran perniagaan/syarikat kepada Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat. Jika usahawan memilih untuk menubuhkan sebuah entiti perniagaan perseorangan 21



kepada pendaftar perniagaan. Jika mereka memilih untuk menubuhkan sebuah syarikat Sendirian Berhad maka permohonan tersebut perlu dikemukakan kepada Pendaftar Syarikat. Maklumat Perkara 5.1 menerangkan tentang pendaftaran perniagaan dan syarikat. Langkah ke empat ialah memohon lesen perniagaan dengan pihak kerajaan tempatan. Lesen perniagaan diperlukan bagi membolehkan sesebuah perkhidmatan dapat dijalankan secara sah ditapak premis yang ditetapkan (lihat perkara 5.2). Jika perniagaan anda melibatkan penggunaan buruh asing, maka permohonan untuk mendapatkan permit kerja pada pihak Jabatan Imigresen perlu diperolehi. Apabila semua lesen dan surat kelulusan telah diperolehi, barulah sesebuah perniagaan institut latihan jahitan dapat dijalankan secara sah. Pengiktirafan sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah dari segi undang-undang mempunyai implikasi penting kepada usaha untuk mendapatkan sebarang pembiayaan dari institusi kewangan tempatan. Ini kerana pihak pembiaya hanya akan membiayai mana-mana operasi perniagaan yang sah dari segi undang-undang sahaja (lihat Bab 11 untuk format rancangan perniagaan bagi memohon pinjaman). Dalam aspek pelaksanaan operasi perniagaan institut latihan jahitan, setiap usahawan perlu mengamalkan kaedah pengurusan yang sesuai. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk perkara 6 hingga perkara 9 mengenai strategi operasi, pentadbiran, pemasaran dan kewangan. 5.1 Proses Penubuhan Dan Pendaftaran Perniagaan Dan Syarikat Terdapat tiga bentuk perniagaan yang boleh ditubuhkan bagi mengendalikan perniagaan aksesori kereta, iaitu perniagaan perseorangan (sole proprietorship), perkongsian (partnership) 22



dan syarikat sendirian berhad (private limited company). Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, semua bentuk perniagaan perseorangan dan perkongsian dikehendaki mendaftar dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (Registrar of Business - ROB) sebelum memulakan perniagaan. Kaedah pendaftaran bagi setiap bentuk perniagaan adalah seperti berikut: 5.1.1 Perniagaan Perseorangan Sebelum memulakan pendaftaran perniagaan, pengusaha dikehendaki mengisi borang carian nama yang boleh diperoleh daripada ROB bagi memastikan tiada pertindihan terhadap nama yang dipilih. Jika nama tersebut diluluskan, pengusaha boleh meneruskan langkah-langkah berikut: Lengkapkan Borang A Borang yang telah dipenuhi hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah Serahkan Borang A dengan Menyertakan Kad pengenalan Pendaftaran perniagaan hanya sah untuk satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika terdapat sebarang perubahan terhadap maklumat perniagaan seperti alamat, rakan kongsi baru, cawangan baru, dan sebagainya, pengusaha hendaklah mengisi Borang B. Jika pengusaha ingin menamatkan operasi perniagaan, pengusaha perlu memenuhi Borang C yang boleh diperolehi daripada ROB. Pengusaha juga dikehendaki memulangkan sijil pendaftaran asal (Borang D). 23



5.1.2 Perkongsian Lazimnya, kaedah pendaftaran perkongsian adalah serupa dengan pendaftaran perniagaan perseorangan. Bagaimanapun, setiap rakan kongsi dikehendaki mengisi borang butir-butir ahli kongsi (Borang P.N.A. - 1A) secara berasingan. 5.1.3 Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Sdn. Bhd. boleh ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Syarikat (Registrar of Company - ROC) berpandukan kepada langkah-langkah berikut: Pilih nama syarikat Dapatkan kelulusan ROC bagi nama yang dipilih



Penuhkan borang-borang yang berkaitan



Penuhkan lampiran A



5.1.4 Pemilihan Nama Syarikat Serahkan Borang 13A bagi mendapatkan kebenaran menggunakan nama yang dicadangkan. Penggunaan nama hendaklah seratus peratus dalam bahasa Melayu atau seratus peratus Bahasa Inggeris dan tidak melebihi 50 huruf termasuk perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.



24



5.1.5 Borang-borang yang perlu dikemukakan Borang-borang berikut perlu dikemukakan semasa menubuhkan syarikat: • • • •



Borang 6: Surat akuan berkanun mengenai pematuhan segala peraturan Borang 48A: Akuan berkanun sebelum perlantikan menjadi pengasas atau pengarah Memorandum dan Artikel Persatuan Salinan surat kelulusan



Jika pihak ROC berpuas hati dengan permohonan yang telah dikemukakan, sijil perbadanan akan dikeluarkan dan syarikat boleh memulakan beroperasi menggunakan nama yang didaftarkan. Lampiran A Lampiran ini hendaklah diisi dalam tiga salinan dan dikembalikan kepada ROC bersama dokumen-dokumen syarikat. Lampiran A memuatkan nama syarikat, objek pertama, modal dibenarkan, alamat pejabat yang didaftarkan dan butir-butir pengarah. 5.2 Lesen Dan Permit Dari segi keperluan lesen dan permit perniagaan, pernigaan institut latihan jahitan tidak melibatkan pematuhan banyak peraturan. Institut latihan jahitan atau sekolah jahitan tidak perlu mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran untuk beroperasi kecuali jika menawarkan kursus jahitan diperingkat diploma atau lebih tinggi. Lesen dan permit perniagan yang perlu diperolehi adalah seperti berikut: 5.2.1 Lesen Perniagaan Lesen perniagaan ini hendaklah diperolehi daripada kerajaan tempatan di mana perniagaan beroperasi. 25



Contohnya, sekiranya sebuah perniagaan itu beroperasi di Shah Alam, Lesen Perniagaan hendaklah diperolehi daripada Majlis Perbandaran Shah Alam. Usahawan hendaklah mengisikan borang untuk memohon lesen ini, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Antara syarat-syarat tersebut adalah: a) Tapak lokasi dibenarkan b) Rangkaian produk yang dibenarkan c) Mendapat kelulusan Jabatan Bomba 5.2.2 Permit Buruh Asing Sekiranya usahawan menggunakan khidmat tenaga kerja warga asing sebagai pekerja, maka kelulusan dan pihak Jabatan Imigresen diperlukan. Permohonan untuk mendapatkan khidmat pekerja asing mestilah dibuat melalui agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia.



26



6.0 STRATEGI PEMASARAN 6.1 Strategi Produk Latihan Jahitan Setiap produk latihan yang ditawarkan mestilah menepati tahap kualiti dan ekspektasi yang diharapkan oleh pelanggan. Pelanggan mempunyai motif tertentu untuk mengikuti kursus jahitan yang ditawarkan. Setiap usahawan institut latihan jahitan hendaklah memahami situasi ini. Pelanggan yang menjadi pasaran sasaran institut latihan jahitan uniseks terbahagi kepada empat (4) kumpulan iaitu: • Mereka yang belaj ar menj ahit untuk menj ahit pakaian sendiri dan pakaian ahli keluarga. • Mereka yang ingin meningkatkan kemahiran asas jahitan (mengukur, memotong dan menjahit). • Mereka yang ingin memperkembangkan kemahiran jahitan dalam bidang jahitan yang khusus, contohnya pakaian pengantin, jaket dan kot, pakaian kanakkanak, pakaian untuk kegunaan industri lakonan & nyanyian dsb. • Mereka yang ingin mempelajari tentang merekabentuk pakaian dan illustrusi fesyen. Produk latihan jahitan dapat dipecahkan kepada 3 kumpulan utama iaitu: A



Produk Kursus Asas Jahitan



B



Produk Kursus Model Pakaian



C



Produk Kursus Pelbagai Jahitan



Berdasarkan kepada kumpulan produk latihan di atas, usahawan institut jahitan boleh memilih campuran produk latihan seperti berikut: 27



Pilihan 1 2 3 4 5 6 7



Campuran Produk A B C A&B A&C A, B & C B&C



Dalam menentukan pilihan campuran produk, setiap usahawan institut latihan jahitan perlu mempertimbangkan perkara berikut: • • •



Kumpulan sasaran pasaran Ciri-ciri pasaran Keperluan kos (meliputi penyediaan ruang dan peralatan latihan, dan keperluan tenaga kepakaran



Berasaskan kepada kombinasi di atas, strategi produk yang terbaik adalah perkara 6 iaitu menawarkan ketiga-tiga kumpulan produk di pasaran. Strategi ini membolehkan institut latihan jahitan tersebut mempunyai rangkaian pelbagai produk dan kelebihan bersiang di pasaran berbanding institut latihan lain.



28



6.2 Strategi Meletak Harga Dan Keuntungan Strategi melariskan jualan Bentuk strategi yang digunakan ialah seperti tawaran pakej harga, jaminan produk (peserta dijamin akan menguasai kemahiran minima dalam bidang jahitan), fleksibiliti masa latihan dan kaedah pembayaran yang mudah (menerima pembayaran secara cek atau tertangguh) Kadar harga produk (yuran) Kadar harga yang dikenakan kepada pelanggan institut latihan jahitan adalah bergantung kepada faktor-faktor yang berikut: i.



Modul latihan - aspek ini meliputi kandungan dan peringkat latihan (asas atau lanjutan)



ii. Jangka masa latihan - samada produk latihan yang ditawarkan melibatkan jangka masa yang panjang, sederhana atau pendek. Jangka masa yang panjang melibatkan tempoh masa di antara 175 - 250 jam pengajaran. Jangka masa sederhana adalah di antara 100 - 175 jam pengajaran. Jangka masa pendek di antara 25 - 100 jam pengaj aran. iii. Harga yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing lain bagi kategori barangan yang sama. iv. Akreditasi di pasaran - aspek ini melibatkan gabungan tempoh masa dalam perniagaan, kepakaran tenaga pengajar dan imej pemiagaan. Umumnya kadar yuran yang tetapkan bagi setiap modul produk latihan jahitan adalah seperti berikut:



29



Bentuk Kursus Kursus asas jahitan Kursus khusus tentang model pakaian Kursus pelbagai jahitan



Peringkat Asas Lanjutan Asas Lanjutan



Jangka masa 25 -100 jam 25 -100 jam 45 - 250 jam 45 - 250 jam



Kadar(RM) RM5 - 10/jam RM5 - 10/jam RM15- 20/jam R15-20jam



Asas



25 - 100 jam



RM5 - 10/jam



6.3 Strategi Edaran Produk Latihan (Keluasan kawasan sasaran) Edaran produk melibatkan keluasan kawasan sasaran pasaran. Keluasan sasaran pasaran merujuk kepada kumpulan sasaran dari sudut geografi atau sempadan kawasan. Keluasan sasaran produk jahitan adalah bergantung kepada format institut latihan jahitan. Jika format perniagaan adalah formal, keluasan sasaran produk meliputi seluruh negara. Sebaliknya jika format perniagaan adalah tidak formal, didapati keluasan pasaran adalah di antara 10 - 30 KM. 6.4 STRATEGI PROMOSI Media promosi Secara umumnya media promosi yang kerap digunakan di kalangan pengusaha institut latihan jahitan dalam usaha mempromosikan mengikut urutan adalah seperti berikut: • Tanda nama perniagaan • Edaran kad perniagaan • Word-of-mouth • Brosur/Risalaht/Flier • Iklan di majalah seperti majalah NONA, Minggu Wanita • Hebahan bertulis/tidak bertulis kepada agensi/ persatuan/sekolah seperti Persatuan Ibu Tunggal, MARA, FELDA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pembangunan Luar 30







Bandar dan sekolah menengah di sekitar premis perniagaan Agen diberi komisyen apabila berjaya mendapatkan peserta untuk kursus latihan jahitan



Institut latihan jahitan yang beroperasi secara tidak formal menggemari kaedah promosi menggunakan tanda nama perniagaan dan kad perniagaan. Mereka lebih bergantung kepada word-of-mouth. Manakala bagi institut latihan jahitan yang berbentuk formal menggunakan kaedah promosi yang lebih agresif seperti brosur, iklan di majalah berkaitan dengan jahitan dan fesyen seperti RIAS, NONA dan WANITA. Selain dari itu mereka juga mengadakan jaringan perniagaan dengan pihak persatuan, agensi kerajaan, kementerian dan sekolah. Kumpulan sasaran ini berkemungkinan memerlukan khidmat latihan jahitan untuk ahli atau kumpulan bimbingan mereka. 6.5 Belanjawan Promosi Pembiayaan untuk kerja-kerja promosi bergantung kepada kaedah promosi yang digunakan dan dikira sebagai perbelanjaan kepada perniagaan. Peruntukan tahunan untuk membiayai aktiviti promosi adalah di antara RM2,000 - RM5,000. Bagi Institut latihan jahitan yang telah mengenalpasti penduduk sekeliling kawasan perniagaan sebagai pasaran sasaran, peruntukan untuk promosi adalah lebih rendah iaitu tidak melebihi RM500.00 setahun. Media yang digunakan tertumpu kepada tanda nama perniagaan, kad perniagaan dan risalah.



31



7.0 PENGURUSAN PERNIAGAAN INSTITUT LATIHAN JAHITAN UNISEKS 7.1 Pentadbirtan Umum Lazimnya perniagaan ini dimiliki oleh seorang usahawan sebagai ‘owner-manager’. Oleh yang demikian, semua bentuk pengurusan dan tanggung jawab mengurus adalah dipikul’oleh usahawan berkenaan. Antara perkara perkara kritikal yang perlu diurus dengan rapi ialah: a) Merangka Korikulum Latihan Kemahiran dalam aspek ini dapat membantu usahawan merangka kursus mengikut keperluan dan permintaan kumpulan sasaran. b) Mengurus Kewangan Syarikat Aspek ini perlu diberi perhatian serius kerana sebahagian besar urusniaga adalah dalam berbentuk tunai. Satu sistem simpan rekod kewangan yang kemas perlu diwujudkan bagi membantu pengurusan kewangan yang berkesan. Usahawan perlu menyemak senarai pelanggan serta tunggakan bayaran bagi menjamin kedudukan aliran tunai yang positif. c) Menangani Rungutan Pelanggan Kadang-kadang terdapat pelanggan yang agak cerewet dalam berurusniaga. Sekiranya pekerja tidak dapat melayani kerenah pelanggan dengan balk, usahawan hendaklah mengambil tanggungjawab ini. Usahawan tidak boleh menyerahkan tanggungjawab terhadap pekerja sahaja kerana ini akan mendedahkan usahawan tersebut kepada sabotaj dan penyelewangan. 7.2 Keperluan Peralatan Mengurus Menguruskan sebuah perniagaan institut latihan jahitan secara fizikalnya tidaklah rumit. Antara peralatan yang perlu adalalah: 32



(a)Sebuah meja (b)Sebuah kerusi (c) Sebuah komputer dan pencetak (d)Kertas dan dokumen niaga yang “standard” (e)Beberapa peralatan kecil yang lain seperti pen, pensil, mesin kira dan lain-lain 7.3 BELANJA MENGURUS Antara belanja bulanan bagi menguruskan perniagaan institut latihan jahitan adalah seperti yang berikut: (a)Sewa (sekiranya premis disewa) (b)Bayaran ansuran (sekiranya premis dibeli) (c) Bil letrik (d)Bil air (e)Gaji pekerja (f) Alatulis (g)Petrol Jumlah perbelanjaan sebenar pada perkara di atas adalah bergantung kepada perjanjian atau penggunaan harian. Kos mengurus bulanan terendah adalah RM9,500; sederhana adalah RM19,500 dan tertinggi adalah RM25,000.



33



8.0 ASPEK OPERASI PERNIAGAAN INSTITUT LATIHAN JAHITAN UNISEKS 8.1 Bilangan Pekerja Kebanyakan perniagaan institut latihan jahitan adalah berintensifkan manusia atau buruh. Penggunaan mesin adalah sangat terhad berbanding manusia. Mesin hanya digunakan sebagai sokongan kepada kerja manusia. Keperluan tenaga kerja bagi perniagaan institut latihan jahitan bersaiz sederhana dan kecil adalah satu (1) orang sepuluh (10) orang. Bilangan sebenar bergantung kepada produk latihan yang ditawarkan, kekerapan latihan dan jangka masa latihan dijalankan. Bagaimana pun purata bilangan pekerja sektor ini ialah lima (5) orang. Kebanyakan perniagaan institut latihan jahitan cenderung menggunakan pekerja sepenuh masa berbanding separuh masa. Penggunaan pekerja sepenuh masa adalah di antara satu (1) hingga sepuluh (10) orang. Manakala penggunaan pekerja separuh masa adalah di antara seorang hingga enam (6) orang. Purata keperluan tenaga kerja seperiuh masa ialah tiga (3) orang dan separuh masa adalah dua (2) orang sahaja. Bagi pekerja sepenuh masa mereka berkerja selama antara 8 hingga 10 jam sehari. Manakala bagi pekerja separuh masa, masa berkerja adalah fleksibel. Walau pun masa berkerja adalah berbeza bagi keduadua kumpulan pekerja, kebanyakan pekerja di sektor ini menerima gaji bulanan. Kadar gaji di bayar bergantung kepada kepakaran dan bentuk kerja yang dilakukan. 8.2 Kategori Pekerjaan Dari segi kategori pekerjaan, institut latihan jahitan menggunakan tiga (3) kategori jawatan utama iaitu perkeranian, fasilitator dan pekerja am. Oleh kerana 34



perniagaan institut latihan jahitan di tentukan oleh produk latihan yang ditawarkan, maka bilangan pekerja industri ini tertumpu kepada kategori fasilitator berbanding perkeranian atau pekerja am. Purata kombinasi kategori pekerjaan adalah tiga (3) orang bagi pekerjaan sebagai fasilitator, dan seorang (1) bagi setiap kategori perkeranian dan pekerja am. Pekerja perkeranian bertanggungjawab mengurus perkaraperkara yang berkaitan dengan aspek pengurusan pejabat seperti rekod kewangan, merekod tempahan kursus, membuat tempahan bahan latihan dan menyediakan gaji pekerja. Fasilitator adalah terdiri dari mereka yang terlibat secara langsung dalam memberi latihan dan bimbingan kepada pelanggan. Mereka terlibat dalam kerja-kerja seperti merangka modul, memberi syarahan dan bimbingan kepada peserta kursus. 8.3 Jenis Kemahiran Yang Diperlukan Secara umumnya di antara bentuk kemahiran yang diperlukan bagi perniagaan institut latihan jahitan adalah seperti berikut: • Bidang kemahiran umum pelbagai aspek tentang jahitan dan fesyen (dikuasai oleh sebahagian besar usahawan) • Kemahiran mengajar dan bimbingan 8.4 Keluasan Tapak Premis Keluasan tapak perniagaan akan menentukan keupayaan perniagaan menawarkan produk latihan. Ruang perniagaan yang mencukupi dapat menyumbang kepada keselesaan pengguna semasa menerima perkhidmatan. Bagi institut latihan jahitan yang menawarkan produk latihan di premis sedia ada (disewa/dimiliki), isu keluasan ruang latihan dan pejabat adalah kritikal. Sebaliknya bagi institut latihan jahitan yang mengendalikan latihan di luar premis sedia ada, mereka mempunyai pilihan sama ada 35



premis sedia ada, mereka mempunyai pilihan sama ada menyewa dewan latihan atau menggunakan dewan latihan yang di sediakan oleh pelanggan. Secara umumnya keluasan minima tapak premis perniagaan institut latihan jahitan adalah 500 kaki persegi dan keluasan tertinggi adalah 2,500 kaki persegi. Purata keluasan bagi premis institut latihan jahitan adalah sekitar 1,500 kaki persegi atau berukuran 30’x 50'. Pada dasarnya tapak premis pemiagaan institut latihan jahitan dapat dipecahkan kepada dua (2) ruang atau bahagian utama iaitu: - ruang pameran dan pejabat - ruang/dewan latihan Ruang pameran dan pejabat melibatkan kawasan di mana hasilan produk latihan dipamirkan dan ruang pentadbiran. Keluasan ruang ini mampu menempatkan sebuah meja kerani, rak fail pejabat dan peralatan serta rak pameran. Di sini semua kerja-kerja berkaitan dengan perkeranian dilakukan. Manakala ruang latihan pula menempatkan peralatan dan meja latihan jahitan. Keluasan ruang pameran dan pejabat di antara 150 kaki persegi hingga 600 kaki persegi. Manakala ruang latihan menempatkan meja, mesin dan peralatan latihan jahitan seperti mesin jahit, meja memotong dan meja merangka iliterasi pakaian. Keluasan ruang latihan 300 kaki persegi hingga 1,120 kaki persegi. 8.5 Mesin Dan Peralatan Pada dasarnya kebanyakan perkhidmatan yang ditawarkan adalah menggunakan kemahiran manusia. Bagaimana pun terdapat pelbagai mesin dan peralatan yang digunakan bagi membantu perkhidmatan yang ditawarkan. Setiap mesin dan peralatan yang digunakan mempunyai kegunaan-kegunaan yang khusus dan berfungsi bagi kerja-kerja yang berbeza. 36



Di antara mesin dan peralatan perniagaan institut latihan jahitan yang digunakan dipecahkan kepada kategori berikut: i



Alatan mengukur - Pita ukur - Kayu siku-siku - Kayu meter - Tolok noch



ii



Alatan memotong - Meja memotong - Gunting Drill - Fabriks - Penetas - Penyepik fabrik



iii Alatan menanda - Kapur tukang jahit - Lilin tukang jahit - Kertas carbon - Pensil penanda - Roda surih iv



Alatan Menjahit - Mesin jahitan - Jarum - Benang



Lihat Bab 15 untuk perincian peralatan latihan jahitan uniseks 8.6 MASA OPERASI Kebanyakan perniagaan institut latihan jahitan menawarkan perkhidmatan di antara pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam.



37



9.0 KEPERLUAN DAN STRATEGI KEWANGAN 9.1 KOS PERLAKSANAAN PROJEK Kos perlaksanaan projek adalah segala kos yang diperlukan untuk memulakan sebuah perniagaan institusi latihan jahitan uniseks. Kos ini meliputi kos pelaburan aset tetap, pelaburan modal pusingan dan kos operasi. Jumlah kos yang terlibat bergantung kepada lokasi perniagaan, keluasan tapak perniagaan, jenis jenis latihan yang akan dikendalikan dan juga bilangan peserta yang akan mengikuti program-program yang ditawarkan. Secara umum, jumlah kos terendah untuk memulakan perniagaan ialah RM11,110. Manakala jumlah kos yang sederhana ialah RM27,500. Kos tertinggi ialah RM54,350. Kos purata untuk memulakan perniagaan ini ialah RM31,853. Jadual 9.1 Perincian Kos Pelaksanaan Projek Rendah Sederhana Tinggi (RM) (RM) (RM) Kos Aset Tetap Modal Kerja (bulanan): Kos Pentadbiran Kos Pemasaran Kos Operasi Jumlah Modal Kerja Jumlah



8,000



20,000



32,000



1,585 500 1,025 2,810



3,500 2,000 2,000 7,500



8,450 11,500 5,000 24,950



11,110



27,500



56,950



*Purata kos perlaksanaan projek ialah sebanyak RM 31,853 Kos Aset Tetap Aset tetap adalah aset-aset yang dimiliki oleh perniagaan. Aset-aset tetap yang kebiasaannya diperlukan untuk menjalankan perniagaan institut latihan jahitan uniseks adalah seperti berikut; 38



1. Mesin- mesin jahitan (jenis mesin yang digunakan bergantung kepada bentuk latihan yang ditawarkan 2. Perabut dan kelengkapan ( termasuk meja dan peralatan jahitan) 3. Ubahsuai pelaburan terhadap asset tetap tertinggi adalah RM32,000 dan untuk kos yang sederhana ialah RM20,000. Manakala yang terendah ialah RM8,000. Modal Pusingan Modal pusingan adalah jumlah modal yang diperuntukan untuk membiayai perbelanjaan bulanan. Ianya dipecahkan kepada belanja pentadbiran, belanja pemasaran dan belanja operasi. Kos pentadbiran Kos ini merangkumi pembayaran gaji, sewa, utility dan sebagainya. Secara umumnya kos pentadbiran terendah adalah RM1,585, kos yang sederhana RM3,500 dan tertinggi berjumlah RM8,450. Kos Pemasaran Kos ini meliputi aktiviti-aktiviti promosi, pengiklanan, keraian dan sebagainya. Kos pemasaran terendah adalah RM500, sederhana RM2,000 dan yang tertinggi RM11,500. Kos Operasi Kos ini merangkumi pembayaran untuk bahan-bahan latihan, sewa dewan latihan, gaji pensyarah sambilan dan sebagainya. Bagi perniagaan institut latihan jahitan uniseks, kos operasi yang terendah adalah RM1,025, sederhana RM2,000 dan yang tertinggi RM5,000. Pada keseluruhannya, jumlah modal kerja terendah adalah RM11,110, sederhana RM27,500 dan tertinggi berjumlah RM24,950. 39



9.2 PENDAPATAN Pendapatan tahunan terendah adalah RM40,000, sederhana RM150,000 dan tertinggi berjumlah RM400,000 Jadual 9.2 Anggaran Untung Rugi Tahunan (Purata) Rendah (RM)



Sederhana (RM)



40,000



150,000



400,000



19,020



42,000



101,400



6,000



24,000



28,000



12,300



24,000



60,000



1,600



4,000



6,400



38,920



94,000



195,800



Untung Bersih



1,080



56,000



204,200



Margin Keuntungan



2.7%



37.3%



51.1%



Jualan Tahunan



Tinggi (RM)



Tolak: Perbelanjaan Belanja Pentadbiran (12 bulan) Belanja Pemasaran (12 bulan) Belanja Operasi (12 bulan) Susutnilai Aset Tetap (10% setahun) Jumlah Perbelanjaan



Anggaran keuntungan bagi perniagaan latihan jahitan uniseks terendah adalah RM1,080, sederhana RM 56,000 dan yang tertinggi berjumlah RM204,200.



40



Dari segi peratusan, perniagaan yang membuat pelaburan yang terendah memperolehi marjin keuntungan sebanyak 2.7 %, sederhana 37.33 %. Manakala marjin keuntungan tertinggi adalah 51.1 %. 9.3 ANALISIS PULANGAN MODAL Objektif utama analisis pulangan modal ialah untuk mengenal pasti jumlah jualan yang diperlukan bagi mendapatkan pulangan dengan mengkaji hubungan diantara struktur kos, jumlah keluaran dan pendapatan. Jumlah jualan yang dapat menampung jumlah kos dikenali sebagai titik pulangan modal. Pendapatan dan Kos Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi untung, iaitu jumlah jualan (sama ada dalam bentuk bilangan unit atau ringgit) dan jumlah kos (kos tetap dan kos berubah). Pengiraan mudah bagi menentukan untung ialah: Jualan - Jumlah Kos = Untung atau Jualan - [Kos Tetap + Kos Berubah]= Untung Kos perniagaan boleh diklasifikasikan kepada kos tetap dan kos berubah. Kos tetap merupakan belanja perniagaan yang tidak berubah walaupun bilangan perkhidmatan yang ditawarkan berubah, manakala kos berubah pula merupakan belanja yang berubah secara langsung dengan kadar yang sama dengan perubahan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Bagi tujuan analisis, kos bagi perniagaan aksesori kereta boleh diklasifikasikan seperti berikut:



41



Kos Tetap:



susutnilai aset tetap kos pentadbiran kos pemasaran Kos Berubah : kos operasi Titik Pulangan Modal Bagi memudahkan pengiraan titik pulangan modal, maklumat berikut perlu diketahui: (i) jumlah kos berubah (ii) jumlah kos tetap dan (iii) margin (atau nisbah) sumbangan. Nisbah sumbangan merupakan bahagian jualan yang tinggal selepas ditolak kos berubah bagi membiayai kos tetap. Jadual 9.3 menunjukkan pengiraan titik pulangan modal bagi perniagaan institut latihan jahitan. Berdasarkan pada Jadual 9.3,titik pulangan modal dalam bentuk ringgit terendah adalah RM38,440 setahun atau RM3,203 sebulan. Titik pulangan modal sederhana adalah RM83,333 setahun atau RM6,944 sebulan dan yang tertinggi berjumlah RM159,764 atau RM13,314 sebulan. Mengikut bilangan pelajar pula, titik pulangan modal bergantung kepada yuran yang akan dikenakan bagi kursuskursus yang ditawarkan. Misalnya jikalau yuran kursus yang dikenakan sebanyak RM100, bilangan pelajar yang diperlukan bagi titik pulangan modal adalah seramai 32 orang untuk perniagaan yang mempunyai kos perlaksanaan terendah, seramai 69 orang untuk sederhana dan seramai 133 orang yang tertinggi. Bilangan peserta ini diperolehi dengan membahagikan jualan sebulan pada titik pulangan modal dengan yuran kursus.



42



Jadual 9.3 Analisis Pulangan Modal



Jualan Tahunan Kos Tetap Belanja Pentadbiran Belanja Pemasaran Susutnilai Aset Tetap (10% setahun) Jumlah Kos Tetap Kos Berubah Belanja Operasi Jumlah Kos Berubah Margin Sumbangan (Jualan - Kos Berubah) Nisbah Margin Sumbangan (Margin Sumbangan/Jualan) Jualan Pada Titik Pulangan Modal (Kos Tetap/Nisbah Sumbangan)



Rendah (RM)



Sederhana (RM)



Tinggi (RM)



40,000



150,000



400,000



19,020 6,000 1,600



42,000 24,000 4,000



101,400 28,000 6,400



26,620



70,000



135,800



12,300 12,000



24,000 24,000



60,000 60,000



27,700



126,000



340,000



0.6925



0.84



0.85



38,436 setahun 3,203 sebulan



83,333 159,764 setahun setahun 6,944 13,314 sebulan sebulan



32 orang



69 orang 133 orang



Bilangan pelajar untuk titik Pulangan modal : Jika Yuran RM100



43



10.0 FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN INSTITUT LATIHAN JAHITAN UNISEKS Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai penyebab untuk menyumbang kepada kelansungan (Continuity) dan keuntungan (Profitability) sesebuah perniagaan. Faktorfaktor kejayaan telah dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri. 10.1 Ciri-Ciri Usahawan Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa mengurus sesebuah perniagaan. Ciri-ciri usahawan memainkan peranan penting sama ada sebagai menyumbang atau merosakkan urusniaga sesebuah perniagaan. Kajian mendapati terdapat dua (2) kumpulan ciri dominan menyumbang kepada kejayaan perniagaan ini, iaitu ciri asas, dan ciri tambahan. Ciri-ciri asas adalah ciri-ciri yang mesti ada di kalangan pengusaha institut latihan jahitan yang berjaya. Ciri-ciri tersebut meliputi ciri seperti : • • • • • • • •



Inisiatif Berminat Berpengetahuan Kecekalan Bermotivasi Tinggi Kemahiran Mengajar (Teaching Skill) Berbudi Bahasa Keyakinan Diri



Ciri-ciri tambahan pula melibatkan ciri-ciri lain yang perlu ada bagi memastikan peningkatan dalam kejayaan dan kejayaan berpanjangan. Ciri -ciri yang dikesan meliputi: 44



• • • •



Penampilan Diri Jalinan Hubungan Keluwesan Berwawasan



10.2 PENERANGAN CIRI USAHAWAN • Inisiatif Ciri ini dikaitkan dengan sikap usahawan yang suka melakukan sesuatu tugasan sebelum terpaksa melakukannya atau dipaksa oleh keadaan atau diarak melakukannya. Ini bermakna mereka sering mempamerkan sikap suka berusaha dan rajin berkerja dalam usaha meningkatkan diri atau syarikat. Mereka yang berinisiatif tinggi bersikap giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidangbidang baru, menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang baru. • Berminat Ciri ini dikaitkan dengan sikap usahawan terhadap sesuatu tugasan atau kerja yang dilakukan. Mereka yang terlibat dengan kerjaya jahitan bukan disebabkan ketiadaan kerja lain yang sesuai atau berpendapatan tinggi tetapi didorong oleh perasaan kecintaan dan keseronokan dalam lapangan yang diminati. • Berpengetahuan Berpengetahuan dalam bidang dikaitkan dengan isu kepandaian atau kebijaksanaan usahawan tentang disiplin atau ilmu jahitan. Mereka mempunyai maklumat yang luas dalam pelbagai aspek tentang industri jahitan, rekacorak, rekabentuk, fesyen dan jenis kain. Mereka juga berpengetahuan dalam mencari pelanggan baru, mengekalkan pelanggan sedia ada, dan mengenalpasti peluang perniagaan baru. 45







Kecekalan Ciri kecekalan dikaitkan dengan sikap tidak putus asa atau mengalah dengan keadaan yang dihadapi. Usahawan yang cekal sering mengulang usaha atau mencari jalan lain sekiranya cara biasa tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi.







Bermotivasi Tinggi Ciri ini di kaitkan dengan dorongan diri dalam mencapai sesuatu kejayaan. Usahawan yang berjaya sering didorong oleh keinginan untuk mencapai kecemerlangan diri berbanding dengan sokongan atau bantuan pihak luaran. Kecemerlangan di sini dirujuk kepada pencapaian semasa yang melebihi pencapaian orang lain/pesaing atau pencapaian diri yang lalu atau sebelumnya.







Kemahiran Mengajar Ciri ini dikaitkan dengan keupayaan menyampaikan ilmu tentang sesuatu bidang kepada pelajar. Kemahiran ini membolehkan pelajar cepat memahami dan menguasai ilmu yang disampaikan. Setiap usahawan yang terlibat dalam perniagaan institut latihan jahitan mesti memiliki kemahiran ini kerana mereka sering menjadi rujukan kepada pelajar atau tenaga pengajar syarikat.







Berbudi Bahasa Ciri ini dikaitkan dengan sikap dan perilaku yang beretika, berperihatinan dan beradap sopan dalam berurusan dengan insan lain.



46







Keyakinan Diri Ciri ini dikaitkan dengan kelakuan usahawan yang sering melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan, kekesanan dan pendirian diri sendiri di dalam menyelesaikan sesuatu tugas atau menyahut sesuatu cabaran. Mereka yang mempunyai keyakinan diri bertabiat banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di luar pengkhususannya. Mereka ini juga sangat berani melakukan sesatu yang baru dan tidak takut kepada kegagalan.







Penampilan Diri Aspek ini dikaitkan dengan penampilan diri usahawan semasa mengurus perniagaan dan berurusan dengan pelanggan. Mereka yang mempunyai personaliti cemerlang sering mempamirkan perwatakan yang kemas, mesra dan berpengetahuan. Aspek ini mampu meyakinkan pelanggan tentang kebolehan usahawan memberi perkhidmatan yang dikehendaki oleh mereka.







Jalinan Hubungan Ciri ini dikaitkan dengan kemahiran usahawan dalam aspek kemahiran interpersonal dan hubungan awam (public relation). Ciri ini penting kerana setiap perniagaan yang berjaya perlu berurusan dengan pelanggan atau pihak-pihak luar yang berkepentingan. Kemahiran berkomunikasi dan jalinan hubungan yang berkesan memastikan kelancaran operasi harian perniagaan.







Keluwesan Ciri ini dikaitkan dengan sikap dan pemikiran usahawan yang bersifat ketelusan, keterbukaan dan mudah lentur dalam aspek komunikasi dengan pelanggan dan pekerja, hebahan ilmu, modul latihan dan pengurusan perniagaan.



47







Berwawasan Ciri ini mencerminkan seseorang itu sebagai seorang yang mempunyai cita-cita atau matlamat yang jelas, tinggi dan mencabar keupayaan diri dan syarikat. Aktiviti harian mereka dipengaruhi oleh keinginan untuk mencapai kecemerlangan kerja. Mereka yang berwawasan sering berusaha dengan yakin dan bersungguhan untuk mencapai matlamat kecemerlangan diri. Mereka sangat dinamik dan berkemampuan mengenalpasti halangan-halangan dalaman dan luar diri atau syarikat serta mencadangkan langkah-langkah penyelesaian masalah.



10.3 CIRI PERNIAGAAN Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlu mengesan ciri-ciri yang penting yang perlu ada pada sesebuah perniagaan institut latihan jahitan yang berjaya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan institut latihan jahitan yang berjaya meliputi : • • • • • • • • •



Lokasi Strategik Faktor Harga Program Latihan Dikenali Ramai Tenaga Pengajar/Fasilitator Pekerja Sokongan Jalinan Perniagaan dengan Agensi Kerajaan Promosi Ruang Perniagaan/Latihan



48



10.4 PENERANGAN CIRI PERNIAGAAN •



Lokasi Strategik Aspek ini merujuk kepada kedudukan premis perniagaan yang mempunyai kemudahan-kemudahan infrastruktur yang mencukupi, menjadi laluan utama kenderaan, mudah dihubungi, dan terdapat kemudahan parking serta berhampiran dengan pengangkutan awam. Ciri ini memberi keselesaan kepada pelanggan semasa mencari dan menerima perkhidmatan.







Faktor Harga Faktor harga di kaitkan dengan penetapan harga yang berpatutan dengan khidmat yang ditawarkan. Harga yang dikemukakan adalah secara relatifnya lebih murah dari pesaing yang lain. Aspek ini juga melibatkan kaedah pembayaran yang mudah.







Program Latihan Aspek ini dikaitkan dengan kandungan modul latihan, jangka masa latihan dan kemahiran minima yang dij anj ikan. Modul latihan yang ditawarkan mestilah lengkap dan terkini. Jangka masa latihan pula perlu disesuaikan dengan keperluan dan kehendak pelanggan serta ada ruang fleksibiliti. Manakala kemahiran minima yang dijanjikan adalah tarikan utama kepada kesediaan pelanggan mengikuti latihan yang ditawarkan.







Dikenali Ramai Aspek ini melibatkan nama baik perniagaan di kalangan pelanggan terdahulu serta perakuan oleh mereka kepada pelanggan baru. Usia dalam perniagaan turut memainkan peranan penting bagi dikenali ramai. Dan menawarkan produk latihan yang mendapat akreditasi di kalangan pengamal fesyen dan industri jahitan



49







Pekerja Sokongan Aspek ini melibatkan kumpulan pekerja sokongan yang cekap dan mesra pelanggan (keramahan atau kemesraan hubungan pekerja - pelanggan) dalam berurusan dengan pelanggan atau pihak luar syarikat.







Jalinan Perniagaan dengan Agensi Kerajaan Aspek ini melibatkan pendaftaran dengan kementerian kewangan, Majlis Pembangunan Sumber Manusia, dan lainlain agensi kerajaan seperti MARA, KEMAS, Baitulmal, Keakraban jalinan dengan pihak berkenaan mencetuskan peluang menawarkan pakej latihan jahitan dan bantuanbantuan kewangan, mesin dan peralatan dan ruang perniagaan.







Ruang Perniagaan/Latihan Aspek ini melibatkan keadaan dan suasana di sekeliling ruang perniagaan/latihan yang kemas, teratur serta bersih. Aspek ini dapat menarik minat pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan lama.







Ruang Perniagaan/LatihaTenaga Pengajar/Fasilitator Kumpulan pengajar/fasilitator yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang latihan jahitan.







Ruang Perniagaan/LatihaPromosi Aspek ini dikaitkan dengan usaha mewarkan perniagaan di pasaran. Mempamirkan rekod bekas pelajar dan kejayaan mereka serta pengiklanan di majalah-majalah kursus (Fesyen dan Jahitan) adalah antara strategi berkesan dalam aspek promosi.



50



11.0 RANCANGAN PERNIAGAAN Format Kertas Kerja Permohonan Pinjaman Kertas kerja ini perlu dikemukakan semasa memohon pinjaman daripada bank atau agensi yang menyediakan kemudahan kewangan. Bagaimanapun, format yang disediakan ini hanya sebagai panduan, dan perlu diubahsuai mengikut keperluan bank atau agensi yang berkaitan. 11.1. Pengenalan • Ruang Perniagaan/LatihaNama Perniagaan/ Syarikat • Ruang Perniagaan/LatihaJenis Perniagaan yang diceburi • Jenis perkhidmatan yang ditawarkan • Lokasi premis • Tarikh perniagaan dimulakan • Latar belakang industri dan trend pasaran • Senario masa hadapan 11.2. Tujuan Penyediaan Kertas Kerja • Nyatakan jenis dan jumlah pinjaman yang diperlukan.



·



11.3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat • Nama perniagaan • Alamat, No. Telefon • Bentuk perniagaan • Kegiatan utama • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan • No. Pendaftaran Perniagaan • Modal permulaan, modal dibenar • Nama dan alamat pemegang saham • Nama bank (jika ada) • No. Akaun Perniagaan (jika ada)



51



11.4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham • Nama, alamat, telefon • Kelulusan akademik • Pengalaman/kemahiran 11.5. Rancangan Organisasi/Pengurusan • • • •







Matlamat dan strategi syarikat Struktur/carta syarikat Senarai kakitangan pengurusan Senarai perjawatan - tanggungjawab setiap jawatan - imbuhan/gaji bagi setiap jawatan Kos yang terlibat termasuk untuk pembelian peralatan pejabat



11.6. Rancangan Pemasaran •



Analisis Pasaran - untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan perkhidmatan. - mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan. - mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun). - Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya. Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut. - Persaingan bagi perkhidmatan tersebut.



52







Ramalan Jualan - syer pasaran bagi perkhidmatan.







Strategi Pemasaran - Strategi pemasaran secara keseluruhan bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya.







Strategi Perkhidmatan - faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan.







Strategi harga - penentuan harga - tawaran harga dan sebagainya.







Strategi Pengedaran - cara pengedaran dibuat - kos-kos yang terlibat - rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut







Strategi promosi - teknik-teknik promosi yang akan dijalankan







Belanjawan pemasaran



11.7. Rancangan Operasi • • • • •



Perkhidmatan yang ditawarkan. Proses operasi Keupayaan operasi Senarai bahan mentah (jika ada) Senarai pekerja terlibat dalam perkhidmatan 53



11.8. Rancangan Kewangan Bahagian ini bertujuan untuk memastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek clan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Bahagian ini merangkumi: • •



Kos pelaksanaan projek Sumber pembiayaan modal sendiri pinjaman bank sewa beli lain-lain







Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun) Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun) Analisis Titik Pulangan Modal



• •



11.9. Jadual Pelaksanaan Projek Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu proj ek. 11.10. Rumusan/Justifikasi Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang daya maju projek/perniagaan tersebut.



54



12.0 CONTOH FORMAT DAN KEPERLUAN MAKLUMAT KAJIAN PASARAN 12.1 Pengenalan Sebelum usahawan menceburi pemiagaan institut latihan jahitan uniseks, satu kajian tentang kewujudan pasaran perlu dibuat terlebih dahulu. Kajian ini akan dapat memberi gambaran menyeluruh mengenai pasaran di lokasi yang telah dipilih. Di samping itu, usahawan juga dapat membuat keputusan sama ada perniagaan ini boleh dijalankan di lokasi berkenaan . 12.2 Methodologi Kajian 12.2.1 Fasa Pertama : Data Asas Dalam fasa pertama ini, usahawan meneliti beberapa faktor asas yang kritikal bagi menjamin kedudukan perniagaan pada jangka masa panjang. Sumber data yang dikaji boleh diperolehi melalui data sekunder (secondary data) yang disimpan di jabatan statistik, pejabat perbandaran, dan majlis daerah. Sekiranya data tidak dapat diperolehi, usahawan mestilah mengadakan kajian sendiri di lokasi yang dipilih. Contoh format keperluan data dilampirkan. Perkara-perkara yang mesti dikaji dalam fasa pertama ialah: •



Profil pasaran dalam lingkungan sasaran pasaran Antara data yang mesti diperolehi ialah bilangan kampung atau seksyen serta jumlah famili, pecahan mengikut bangsa, dan data penduduk mengikut kategori penginapan.



55







Profil Persaingan. Dalam aspek profil persaingan, maklumat yang perlu dikumpul ialah berkaitan dengan kewujudan perniagaan aksesori kereta sedia ada di kawasan yang dicadangkan. Data yang perlu dikaji semuanya mengikut alamat, kelebihan dan kekurangan mereka dari segi konsep, produk latihan, harga produk, lokasi perniagaan, strategi promosi dan lain-lain perkhidmatan tambahan sama ada secara percuma atau dikenakan bayaran. Kaedah pemerhatian dan menemuduga pelanggan pelanggan boleh digunakan bagi mendapat maklumat yang diperlukan.



12.2.2 Fasa kedua: Perincian Profil Pasaran. Sekiranya kajian fasa pertama mendapati bahawa usahawan boleh membuka satu lagi perniagaan institut latihan jahitan uniseks di lokasi berkenaan, maka kajian lebih terperinci hendaklah dibuat tentang profil pasaran yang ingin dimasuki. Kajian ini seharusnya memberi maklumat kepada usahawan untuk membuat keputusan tentang strategi perniagaan yang akan dijalankan. Sebagai contoh, pendapatan isi rumah atau ketua keluarga akan memberi input kepada usahawan tentang harga produk yang ditawarkan. Contoh format dan soalan bagi kajian profil pasaran fasa kedua dilampirkan. Bagi mendapatkan maklumat tentang profil pasaran, usahawan mesti mengkaji sendiri data yang diperlukan di lokasi yang telah dipilih, kerana data yang berkenaan amat sukar diperolehi melalui data sekunder. Sekiranya mampu, mereka boleh melantik syarikat perunding untuk menjalankan kajian berkenaan.



56



FORMAT KAJIAN PASARAN FASA 1 A. PROFIL PASARAN 1. Jumlah Kampung/Seksyen disasaran Pasaran Bil



Nama kampung / seksyen



Jumlah isi rumah



1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jumlah 2.



Bil 1.



Data Penduduk Mengikut Bangsa, Pekerjaan dan Pendapatan Bangsa



Pekerjaan



1 2. 3. 4. 5



57



Pendapatan sebulan



3.



Data Penduduk Mengikut Kategori Penginapan Kategori Rumah



Bilangan



1 Rumah Banglo 2. Rumah Terus 2 tingkat 3. Rumah Terus 1 tingkat 4. Rumah kampong 5. Rumah Pangsa 6. Apartment 7. Kondominium 8. Rumah Kedai 4. Data Persaingan Nama dan Alamat Pesaing



Konsep



Kelebihan



1 2. 3. 4. 5.



FORMAT KAJIAN PASARAN FASA 2 1. Pendapatan isi rumah Kurang RM 1,000 RM 1,001 - RM 1,500 RM 1,501 - RM 2,500 RM 2,501 - RM 5,000 Melebihi RM 5,000



58



Kekurangan



2.



Adakah anda suami-isteri bekerja? Ya . Tidak



3.



Sektor pekerjaan ketua keluarga Kerajaan Swasta Berniaga



4.



Adakah anda pemah mengikuti sebarang latihan jahitan? Ya Tidak



5.



Nyatakan jenis latihan j ahitan yang akan disertai



59



13.0 PERSATUAN DALAM INDUSTRI Adalah dinasihatkan kepada semua pengusaha yang terlibat dalam perniagaan ini untuk menjadi ahli dalam persatuan-persatuan yang berikut untuk mengetahui segala maklumat-maklumat terkini untuk kebaikan syarikat: - Malaysia Textile Manufacturers Association (MTMA) Box # 42, 9 th Floor,West block, Wisma Selangor Dredging, 142 C, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Tel : 03-2621454 Fax : 03-2623953 - Malaysia Knitting Manufacturers Association Tel: 03-91321816



60



14.0 KURIKULUM LATIHAN JAHITAN 14.1 Kursus Khusus Model Pakaian Jahitan Pakaian Wanita Baju Kurung • Baju kurung Johor/Kedah/pesak/moden/Pahang • Kain susun Johor • Kain belah depan • Kain belah selisih belakang • Kain kipas belakang Baju Kebaya • Kebaya Kota Bharu • Kebaya/Kebaya moden Kemeja/Seluar • Kemeja dan seluar • Jubah • Skirt labuh • Blaus dan daun Jahitan Pakaian Lelaki • Kemeja • Baju Melayu • Seluar • Bush jaket/Blazer Jahitan Pakaian Kanak-Kanak Gaun, Blaus, Skirt, Pinaform, pakaian seragam/uniform sekolah dan seni jahit smocking. 14.2



Kursus pelbagai jahitan Jahitan Langsir i) Langsir lurus (basic body) ii) Langsir dapur (valance) iii) Victorian rosset iv) Box pleat curtain v) Festoon blind vi) Royal scallop 61



vii) viii) ix) x)



Single scallop Tie scallop Free scallop Tie back, Jabet, Tail & Cascade



Scallop - pelbagai henis (Royal/Single/tie/free/sweet/ loose/swag & tail) Jahitan Kraftangan Perkahwinan i) Bunga telor ii) Pot Pouri Gelas iii) Sabun hiasan iv) Bakul hiasan v) Gubahan hantaran (tuala/kain elaltelekong/sejadah/ risih junjung/gula-gula) Jahitan Kelengkapan Bilik Tidur i) Comforter ii) Cadar ropol biasalfitted/box pleat iii) Sarung bantar iv) Kusyen v) Bunga rosset/reben Jahitan Kusyen i) Kusyen bulat berrosset ii) Kusyen bunga cengkeh iii) Boolster iv) Kusyen empat segi berrosset v) Kusyen bentuk cengkering Jahitan Manik Pakaian i) Jahitan edging tepi (leher kurung/kebaya) ii) Jahitan manik bercorak iii) Jahitan manik berbunga iv) Bunga lace v) Bunga kuntum 62



Jahitan Tampat Cantum (Patch Work) i) Teknik multi square Hiasan cadar ii) Teknik segi tigaselimut, iii) Four patch kusyen iv) Square triangle dan hiasan v) Rail fence meja makan vi) Log. Cabin vii) Courthouse steps viii) Puff ix) Hourglass x) Sparkler blocks Jahitan Set Tidur Bayi i) ii)



Sarung bantal/tilam/comforter/katil bayi (bedding) Aksesori buaian seperti kelambu, tilam, kusyen kereta sorong bayi (Pram cyshion)



63



15.0



PERALATAN LATIHAN JAHITAN UNISEKS



15.1 ALATAN MENGUKUR Pita Ukur (Tape Measure) Pita ukur merupakan alat yang paling mustahak apabila mengambil ukuran ukuran di badan. Panjang pita ukur biasanya 150 cm. Diperbuat daripada plastik lembut atau kaca fibrika (kaca gentian) ataupun kain minyak. Kayu Siku-siku (L-Square) Alat yang mempunyai sudut 90° ini diperbuat daripada kayu atau plastik. Tanda angka-angka boleh didapati di kedua-dua belah alat ini. Satu daripada tangannya berukuran 55 cm panjang. Gunanya alat ini ialah bagi mendapatkan sudut yang tepat sewaktu membuat rajah-rajah dan pola. Alat ini boleh membuat pecahan-pecahan ukuran yang tertentu seperti mendapatkan garisan lubang lengan dan leher untuk baju dan garisan cawat untuk seluar. Kayu Pembentuk (Curver) Alat bengkok yang diperbuat daripada kayu atau plastik ini panjangnya 60 cm. Bentuknya yang bengkok ini menolong anda membuat bentuk-bentuk pola seperti rusuk baju atau skirt semasa menyedia pola. 64



Kayu Meter (Meter Rule) Kayu meter digunakan untuk membuat garisan tegak yang panjang. Kayu meter ini mestilah licin serta rata di tepi-tepinya supaya fabrik tidak tersangkut kepadanya. Kayu Pembaris Kayu pembaris digunakan untuk mengukur bentuk-bentuk yang sederhana (slight curves) dan boleh disesuaikan pada permukaan memotong yang tidak rata. Biasanya kayu pembaris diperbuat daripada plastik jarang bagi memudahkan penguna melihat tanda-tanda pola seperti tanda-tanda lubang butang, kedudukan kocek dan lain-lain. Pilihlah pembaris yang berukuran 20, 30 dan 50 cm untuk kegunaan pengukuran di atas. Tolok Noch (Gange) Ia diperbuat daripada kadbod tebal dengan noch-noch yang dibuat pada sudut tepat. Noch-noch ini ialah untuk menunjukkan ukuran-ukuran yang diperlukan. Tolok noch ini digunakan untuk mengukur lebarnya kelepet atau basi lipatan serta lisu perhiasan semasa membuatnya. Penggunaan tolok noch ini akan menghasilkan kelepet atau lisu perhiasan yang sama lebar keseluruhannya. 65



15.2 ALAT-ALAT MEMOTONG Meja Memotong Meja memotong yang sederhana besarnya adalah sangat sesuai. Meja memotong yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai permukaan licin adalah paling elok. Jika permukaannya kasar dan berduri, fabrik akan tersangkut. Adakan laci supaya senang anda menyimpan alat-alat jahitan apabila alat-alat tidak digunakan. Gunting Gunting ada pelbagai jenis dan ukuran. Untuk jahitan, apabila memotong fabrik, gunakan gunting berukuran 20-25cm panjang. Gunting yang elok diperbuat daripada keluli berkilat (stainless stell). Hujungnya mestilah tajam. Sebelah matanya bulat dihujung dan sebelah lagi runcing. Gunting ini khas untuk menggunting fabrik sahaja. Gunting Lubang Butang Gunting lubang butang direka untuk menebuk lubang butang dengan tepat mengikut ukuran yang dikehendaki. Panjang lubang dikawal oleh skru yang terdapat pada gunting ini. Biasanya gunting jenis ini panjangnya 6-8 cm. Gunting Bergerigi Gunting bergerigi (Pinking shears) mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung. la digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan mengelakkannya daripada berjerumbai. Panjangnya gunting ini di antara 14-25 cm. 66



Mata



Sendi Pemegang



Skru Mata



Gunting Memotong Kelim dan Benang (Machinist's Shears)



Gunting ini digunakan untuk menggunting kelim, menoreh basi lipatan dan memotong benang. Panjangnya yang sesuai ialah 15 cm. Apabila membeli gunting, pilihlah yang baik kualitinya serta tidak boleh berkarat. Eloklah diuji dahulu matanya dengan menggunting sepotong fabrik yang dilapis dua. Gunakanlah sepanjang-panjang matanya. Jika ada benangbenang fabrik yang tidak terpotong, ini bermakna bahawa gunting itu tiak bagus. Hujung gunting mestilah tajam. Drill Fabrik Alat yang menggunakan kuasa elektrik ini juga digunakan di kilang kilang pakaian. la digunakan untuk menebuk tanda-tanda imbangan pada fabrik yang banyak lapisannya. Penetas (Ripper) Penetas terdapat dalam berbagaibagai saiz. la berukuran di antara 8 hingga 16cm. Pemegangnya selalunya diperbuat daripada plastik. Mata penetas seelokeloknya dibuat daripada keluli. Pisaunya terletak di antara cokengcokengan yang mana satu daripadanya tajam di hujung dan 67



-



Membuka mata-mata j ahitan Menebuk lubang butang setelah dijahit mesin.



Jika tidak digunakan lagi, penetas hendaklah ditutup dengan menggunakan sarungnya. Penyepit Fabrik Alat ini digunakan untuk menyamakan tepi-tepi dan lipatan lipatan fabrik apabila membuat persediaan sebelum memotong terutamanya sekali apabila fabrik itu banyak lapisannya. 15.3 ALAT-ALAT MENANDA Kapur Tukang Jahit (Tailor’s Chalk) Kapur digunakan untuk memindahkan tanda-tanda cabangcabang dan lain-lain garisan pola daripada kertas kepada fabrik jahitan. Tandatanda ini boleh dipadam dengan mudah jika tidak diperlukan lagi. Kapur tukang jahit boleh didapati di dalam warna-warna putih, hitam, merah, biru dan kuning. la berukuran 6 cm serta berbentuk 3 atau 4 persegi. Seseorang tukang jahit itu haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 keping kapur dan warna-warna yang mustahak ialah merah, biru dan kuning. 68



Lilin Tukang Jahit (Tailor’s Wax) Lilin untuk tukang jahit berukuran 6 cm dan berbentuk 4 persegi. la boleh menggantikan kapur untuk menanda garisan pola pada fabrik daripada gentian buku biri-biri kerana tanda Min ini tidak mudah hilang sepertimana tanda kapur. Tetapi, ingatlah, jangan terlalu tekankan sangat Min itu kerana tandanya nanti akan susah hilang. Lilin juga boleh digunakan untuk mengukuhkan bengan jika dilurut pada benang yang reput. Benang yang telah dilurut dengan Min itu hendaklah digosok dengan seterika supaya Min melekat dengan kukuhnya pada benang itu. Lilin juga mengelakkan benang jahit daripada kusut. Apabila menjahit lubang butang, Min hendaklah dilurut pada benang dan ini adalah suatu perkara yang perlu diingatkan. Kertas karbon (Dressmaker’s Carbon Papers) Kertas karbon digunakan untuk menanda pola pakaian pada fabrik. Kertas karbon boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, merah, biru dan hijau. Tanda-tanda di fabrik yang menggunakan kertas karbon akan hilang apabila dibasuh atau dicuci. Pensil Penanda (Tailor’s marking Pencil) Pensil penanda boleh digunakan sebagai ganti kapur tukang jahit atau kertas karbon. Pensil penanda boleh didapati di dalam warna-warna putih, merah j ambu (samar) dan biru muda. 69



Roda Surih (Tracing Wheels) Roda surih boleh didapati di dalam tiga bentuk. Roda surih yang matanya seperti duri digunakan untuk fabrikfabrik yang tebal, yang bergerigi untuk fabrik-fabrik nipis dan sederhana tebal, Manakala yang licin boleh digunakan untuk semua jenis fabrik. Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisan-garisan pola pada selapisan fabrik atau lebih. Roda surih diperbuat daripada keluli. 15.4 JENIS-JENIS JARUM DAN BENANG Jarum Jarum boleh didapati di dalam berbagai-bagai ukuran panjang, kasar dan bentuk matanya. Jarum yang kasar (nombor 4, 5, 6) digunakan untuk menjahit fabrik-fabrik yang tebal dan juga bila menggunakan benang yang kasar. Manakala untuk jahitan am, jarum yang lebih halus digunakan seperti jarum bernombor 7, 8 dan 9.



Benang Jahit Seperti fabrik juga, benang jahit dibuat daripada sutera, kapas, nilon dan lain-lain. Benang juga boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran kasarnya. Pilihlah yang paling sesuai dengan fabrik yang dijahit. Pilihlah benang yang paling baik kualitinya kerana kekuatan dan tahannya sesuatu benang itu menentukan lamanya kain itu 70



boleh tahan. Benang jahit dijual berbuku dan ditanda dengan nombor. Benang yang kasar mempunyai nombor yang kecil. Benang nombor 50 digunakan untuk kebanyakan jahitan. Untuk fabrik-fabrik yang halus, gunakan benang yang halus. Benang jahit didapati dalam berbagai-bagai warna. Pilihlah warna yang paling dekat sekali dengan fabrik yang dijahit, apabila menjahit fabrik yang berwarna.



15.5 MESIN JAHIT Mesin jahit merupakan alat yang paling penting bagi institut latihan jahitan. la boleh diperolehi dalam berbagai buatan dan jenama. Kegunaannya yang asas adalah untuk menjahit fabrik pakaian. Jenis Mesin Jahitan i. Mesin Jahit Kaki



71



ii. Motor Elektrik Tempat Buku Benang Roda Imbangan Tuan Pemegang Benang



Tangkai Penekan Jahitan



Tayar Loceng sekuci



Spring Pemegang Benang



Skru Pemberhentian Jahitan



Lubang Benang



Pemusing Gelendong



Pemegang Jarum



Sekuci



Pelaras Jahitan



Penekan Jahitan dan Skru Tapak gigi Penolak



iii. Mesin Jahit Automatik Tuan Pemegang Benang Tiang buku benang Penekan Jahitan



Roda Imbang Tuas angkat



Tapak Penekan Jahitan Throat Plate



Ceper pemegang atau pengawal kendur benang jarum Slide plate gigi pendek



Gigi Penolak



72



Pemusing Gelendong



Pelaras Jahitan



Bil.



Nama



1



Azizah bt Khamis No. 12, 24/B, Jalan Petola Seksyen 24 Shah Alam 2 Bakiah bte Mohd Tahir No. 32, Jalan Bunga Melor 15, Taman Mawar Cheras 46100 Kuala Lumpur 3 Zariah bt Abd Rahim No. 19, Jalan 10C/6, Taman Setapak Indah 53100 Kuala Lumpur 4 Azizan Yunus Tingkat Satu, Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Bharu 5 Siti Azizah S. Musa 70, Jalan AU 5C/6, Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur 6 Nor Ani bt Salim G2-1-4, Desa Pandan 55100 Kuala Lumpur 7 Arbaatul Adawiah bt. Ghazali No. 142, Jalan SS 5A/2, Kelanan Jaya 47301 Petaling Jaya 8 Khatijah Abu Lot 214 & 224, Tingkat 2, Campbell Complex Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur 9 Rina Ong 31-D, 4th Floor, Jalan Silang 50050 Kuala Lumpur 10 Sekolah Jahitan Mirado No. 34B, Tingkat 2, Jalan Silang 50050 Kuala Lumpur 11 Zieza Fashion No. 221, Tingkat 1, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur 12 K.L. Fashion Academy 3rd Floor, Bangunan Ehsan No. 28-32, Jalan Hang Lekiu 50100 Kuala Lumpur 73



Telefon 5431594 H/P:017-3833675 42919132



40244363 H/P:017-3963008 09-7470057



03-41064340 H/P:01 2-3267518 03-9822628 016-2950075 03-78765152 H/P:0193277065 03-26983224 H/P:016-2741651 03-2304550 H/P:016-2737885 03-2322628



03-2986616 H/P:012-3267518



03-2025998