Kedudukan Dan Kepentingan Akhlak Tasawuf [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SUBJEK: AKHLAK DAN TASAWUF



KOD KURSUS: PPPY 1192



TAJUK: KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN AKHLAK TASAWUF



DISEDIAKAN OLEH: BIL. 1. 2. 3. 4.



NAMA MUHAMMAD FADHIL BIN ABU ZAKI KHAIRULANWAR BIN MOHD DAHLAN AJMAL FADHULLAH BIN SAHARUDIN KHAIRUL ANAS BIN NASRI



NAMA PENSYARAH:



JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



NO MATRIK A176646 A175360 A174640 A177366



PENGENALAN Agama Islam adalah satu agama yang syumul (menyeluruh).Islam itu datang melalui pengutusan Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT sebagai penyampai risalah tauhid serta syariat yang diredhai-Nya.Dalam Islam digariskan serta diperincikan tatacara kehidupan manusia yang disebut sebagai muamalah. Segala urus tadbir kehidupan manusia sama ada di peringkat individu, keluarga, masyarakat sehingga dalam hal ehwal tadbir negara juga telah diberikan panduan yang khusus baik dari segi muamalat, munakahat, jinayat dan lain-lain. Inilah



yang menjadikan



Islam



itu



tinggi



dan



tiada



yang



tinggi



selain



daripadanya.Salah satu perkara yang amat dititikberatkan Islam dalam kehidupan kita seharian ialah akhlak. Betapa pentingnya akhlak dalam kehidupan manusia dapat kita lihat bilamana kita meneliti dan mengkaji nas-nas al-Quran dan hadis yang banyak memberikan penekanan terhadap akhlak. Bahkan dalam peperangan sekalipun kaum muslimin tetap diperintahkan supaya menjaga akhlak. Pernah Saidatina Aisyah ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW ? Lalu jawabnya: “Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW itu adalah al-Quran. Hal ini memberitahu kita bahawa Rasulullah SAW adalah ‘jelmaan’ kepada perintah berakhlak yang terdapat dalam al-Quran itu sendiri. Kewujudan Nabi SAW di atas muka bumi ini sebagai rahmat kepada sekalian alam adalah untuk dijadikan suri teladan dalam kita menjalani kehidupan seharian. adalah untuk dijadikan suri teladan dalam kita menjalani kehidupan seharian. Dengan kata lain, penjelasan terhadap teks ayat-ayat al-Quran itu adaa pada dirinya Nabi SAW. Hal ini diakui oleh baginda sendiri dalam hadisnya yang mahsyur iaitu : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Penyempurnaan ini menggambarkan kepada kita bagaimana manusia sememangnya secara fitrahnya sudah dapat membanding bezakan antara akhlak yang mulia dan akhlak yang sebaliknya. Akan tetapi pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyempurnakannya dan menjadikannya selaras dengan acuan islam. Dalam Islam terdapat istilah akhlak dan tasawuf.Akhlak tasawuf ini memiliki bermacam pendapat dan hubungan yang saling melengkapi, ajaran mengenai tasawuf, sebetulnya bukanlah ajaran yang baku dalam islam dan disepakati dalam kalangan



ulama’.Terdapat berbagai pandangan dan pemikiran yang memberikan sumbangan kepada tasawuf. Di dalam Islam akhlak dan tasawuf banyak dibicarakan dan terkandung dalam AlQur’an dan Hadis, sumber tersebut merupakan batasan dalam tindakan kita sehari-hari, sehingga dalam jiwa ini benar-benar menggunakan akhlak dan tasawuf untuk mempermudahkan kita melakukan suatu ibadah. Akhlak dan tasawuf ini akan mengarahkan kita ke jalan yang benar iaitu jalan untuk menyucikan jiwa. Akhlak dan tasawuf itu juga dapat digunakan untuk mempermudahkan kita melakukan suatu ibadah. Isi kandungan akhlak Islam yang berbentuk amali adalah sebahagian daripada ilmu tasawuf, ini bermakna bahawa ilmu tasawuf adalah lebih luas skopnya berbanding ilmu akhlak. Hubungan yang kuat antara akhlak tasawuf telah menyebabkan ramai ahli sufi telah mendefinisikan tasawuf sebagai akhlak, bila mana ia nyata berpaksikan kepada unsur-unsur akhlak seperti pendidikan jiwa, pengendalian hawa nafsu dan pendisiplinan manusia dengan akhlak yang mulia. Tasawuf yang berasaskan akhlak Islam ini merupakan roh atau jiwa Isla kerana hukum-hakam Islam dikembalikan kepada asas akhlak.



PENGERTIAN AKHLAK DAN TASAWUF DEFINISI AKHLAK Akhlak dari segi pengertiannya secara etimologi dapat diertikan sebagai budi pekerti, watak dan tabiat seseorang manusia. Perkataan akhlak berasal daripada bahasa arab iaitu jamak daripada perkataan khuluqun (‫)خلق‬. Khuluqun bermaksud budi pekerti, perangai, tabiat dan tingkah laku.Manakala, akhlak dari segi istilahnya adalah daya kekuatan jiwa yang mendorong perbuatan dengan mudah dan tanpa dipikir dan direnungkan lagi kerana ianya secara spontan.Perkataan akhlak ataupun khuluqun ini banyak yang dapat dijumpai di dalam Al-Quran mahupun Hadith. Sebagai beberapa contoh yang akan dikongsikan adalah seperti berikut: 1. Berdasarkan firman Allah di dalam ayat Al-Quran surah Al-Qalam ayat yang ke-4:



‫َّك لَ َعلَ ٰى ُخلُ ٍق َع ِظيم‬ َ ‫َوإِن‬



Maksudnya: “dan sesungguhnya kamu benar-benar budi pekerti yang agung”.



2. Berdasarkan firman Allah di dalam ayat Al-Quran surah Al-Syua’ra ayat yang ke 137:



ِ ۡ ‫نی‬ َ ‫إِ ۡن َهـٰ َذاۤ إِاَّل ُخلُ ُق ٱ لأ ََّول‬ Maksudnya: “segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orangorang dahulu-kala”. 3. Berdasarkan Hadith dari riwayat At-Tirmidzi:



‫أكمل املؤمنني إميانا أحسنهم خلقا‬ Maksudnya: “orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang sempurna budi pekertinya”



4. Berdasarkan Hadith dari riwayat Ahmad:



‫إمنا بعثت ألمتم مكارم األخالق‬ Maksudnya: “bahawasanya aku diutus Allah untuk menyempurnakan keluhuran budi pekerti”. Kata-kata Imam Al-Ghazali ada mengatakan definisi akhlak menurutnya: “Bahawa akhlak adalah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatanperbuatan dengan mudah dengan tidak memerlukan fikiran terlebih dahulu”.Menurut Imam Al-Ghazali juga bahawa akhlak bukanlah pengetahuan (makrifah) tentang baik atau buruk, mahupun kemampuan (kudrah) untuk berbuat baik atau buruk, bukan pula perbuatan (feil) baik atau buruk, namun akhlak boleh terjadi daripada kesemua ini dengan mempunyai jiwa yang mantap. Akhlak dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu akhlak baik dan akhlak buruk.Jadi, akhlak baik dipanggil sifat mahmudah di dalam bahasa Arab.Ia adalah himpunan nilai dan sifat yang baik dan terpuji mengikut pandangan Islam yang ada pada diri seseorang



manusia. Sifat-sifat inilah yang menjadi asas perhubungan manusia dan menjamin keselamatan, keamanan dan kebahagiaan hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Antara akhlak mahmudah ialah jujur, amanah, pemurah, sabar dan akhlak-akhlak terpuji yang lain. Manakala, akhlak buruk dipanggil di dalam bahasa Arab ialah sifat mazmumah.Ianya bermaksud sifat-sifat yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith.Sebarang sifat dan akhlak yang buruk amatlah dibenci dan dikeji di dalam pandangan Islam.Antara akhlak atau sifat mazmumah ialah menyekutukan Allah, takbur, dengki, bakhil, khianat, marah dan sebagainya. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa definisi akhlak dapat diistilahkan sebagai daya kekuatan jiwa yang mendorong perbuatan seseorang manusia yang digelar insan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu kerana ianya datang di dalam diri secara spontan.Tidak dilupa juga bahawa akhlak dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu akhlak baik yang dinamakan sifat mahmudah dan akhlak yang buruk dinamakan sifat mazmumah. DEFINISI TASAWUF Tasawuf dari segi pengertiannya secara etimologi berasal daripada perkataan shuf ( ‫ )صوف‬yang bermaksud bulu domba. Pengertian ini tercetus dan muncul disebabkan ahli sufi sering menggunakan pakaian yang berasal dari bulu domba yang kasar. Hal ini melambangkan bahawa mereka mempunyai kerendahan hati serta menghindari dari sikap menyombongkan diri.Ianya juga sebagai simbol bagi usaha mereka untuk meninggalkan urusan-urusan yang bersifat duniawi.Mereka yang menggunakan pakaian domba ini dipanggil dengan istilah Mutashawwif dan perilakunya disebuat Tasawuf. Secara istilahnya, tasawuf diertikan sebagai mengelola nafsu diri secara beransuransur untuk menjadi diri yang sebenar. Erti kata lain adalah suatu usaha untuk menempuh jalan rohani dengan mendekatkan diri kepada Allah sehingga merasa benar-benar dekat denganNya. Untuk itu, tasawuf sudah tentu berkaitan dengan pembinaan akhlak, pembangunan rohani, sikap sederhana dalam hidup dan menjauhi hal-hal dunia yang dapat melalaikan.Oleh itu, dengan tasawuf ini mampu membantu manusia dalam mencapai tujuannya di dalam hidup.Jelaslah bahawa dengan mempraktikkan tasawuf ini dalam diri seseorang mampu untuk membangunkan akhlak yang baik dalam dirinya, sikap terpuji, kesucian jiwa dan kembalinya kepada Allah dalam keadaan yang suci.



Setelah mengemukakan kedua-dua pengertian iaitu pengertian akhlak dan pengertian tasawuf, ternyata kedua-dua ini mempunyai hubungannya yang tersendiri untuk mencapai sebuah peribadi yang mulia disisi Allah. Dikatakan sebegini kerana proses pendekatan diri kepada Allah, seseorang itu harus menyucikan diri secuci-cucinya. Kesucian hati seseorang akan tercermin daripada akhlak yang mulia. Dalam bidang tasawuf, proses penyucian diri ini meliputi 3 tahap iaitu takhalli, tahalli dan tajalli.Pertama, yang dimaksudkan takhalli ialah mengosongkan diri dari sikap ketergantungan terhadap kemewahan dunia dan pengosongan dari segala penyaki hati dengan melakukan taubat, wara’ (berhati-hati terhadap yang haram), zuhud (mengambil dunia secukupnya) dan faqr (merasa tidak memiliki apa-apa).Kedua adalah tahalli yang bermaksud menghiasi diri dengan sifat dan perbuatan mulia yang tersimpul dari sikap sabar, redha dan syukur.Ketiga, tajalli yang bermaksud penghayatan yang menanamkan kesedaran yang tinggi dan kecintaan yang mendalam terhadap Allah S.W.T. Oleh yang demikian, akhlak dan tasawuf mempunyai kaitan yang rapat.Akhlak dalam perlaksanaannya mengatur hubungan antara sesama manusia sedangkan tasawuf mengatur komunikasi antara manusia dengan Tuhannya.Akhlak menjadi dasar dari perlaksanaan tasawuf, sehingga dalam praktiknya tasawuf mementingkan pada kesempurnaan dan kemuliaan akhlak untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T yang Maha Suci.Tasawuf menyedarkan kita bahawa intipati dari Al-Quran dan Hadith adalah akhlak.Begitu juga ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji dan sebagainya mempunyai dimensi akhlak. Hal ini kerana Al-Quran dan Hadith menekankan nilai-nilai kejujuran, kesetiakawan, persaudaraan, rasa kesosialan, rasa keadilan, tolong-menolong, murah hati, suka memberi maaf, sabar, baik sangka, pemurah, keramahan, bersih hati, berani, kesucian, hemat, menepati janji, disiplin, mencintai ilmu dan berfikir lurus. KEDUDUKAN AKHLAK ISLAM Dalam agama Islam, akhlak atau moral mempunyai kedudukan yang tinggi. Nabi Muhammad saw bersabda dalam hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi yang bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya”. Justeru itu kita dapat lihat bahawa Nabi Muhammad saw, menjadikannya akhlak seseorang mukmin itu menjadi penanda aras akan tahap keimanannya. Oleh itu akhlak mempunyai tempat yang tertinggi di dalam agama Islam. Nabi Muhammad saw juga sering mengaitkan keimanan kepada Allah dan hari akhir dengan akhlak.



Selain itu, Nabi Muhammad saw menegaskan bahawa baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak umat Islam. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan disahihkan dalam Silsilah ash-Shahibah no.45, baginda nabi bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Nabi Muhammad saw juga bersabda bahawa pada hari akhirat, tiada sesuatu yang lebih berat pada seorang hamba itu berbanding akhlak yang baik pada timbangan amal (mizan). Hal ini dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Tirmizi dan Ahmad. Rasulullah bersabda: Mafhumnya: “Tidak ada sesuatu yang diletakkan di mizan yang lebih berat daripada akhlak yang baik”. Asbab untuk seseorang mukmin itu memasuki syurga Allah swt juga daripada akhlaknya yang baik, bahkan akhlak menjadi penyebab utama untuk seseorang itu memasuki syurga. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw dalam hadith baginda: Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi ini membawa maksud mafhumnya: “Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda bersabda, Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Dari Abu Umamah radhiyallahu anhu berkata bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasalam bersabda: Mafhumnya: “Aku menjamin sebuah rumah di tepian syurga bagi siapa yang meninggalkan debat kusir meskipun ia benar, aku menjamin sebuah rumah (istana) di tengah-tengah syurga bagi siapa yang meninggalkan dusta meskipun ia bercanda dan aku menjamin sebuah rumah (istana) di syurga yang paling tinggi bagi siapa yang memperindahkan akhlaknya”. Di sini kita dapat lihat bahawa Nabi Muhammad menjamin sebuah ganjaran yang besar bagi orang yang memperindahkan akhlaknya. Selain itu Nabi Muhammad juga pernah bersabda bahawa seorang hamba yang baik akhlaknya, walaupun sedikit ibadahnya, akan dapat mencapai darjat orang yang ahli solat dan puasa. Hal ini dikhabarkan melalui hadith Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi, sabda Nabi:



Mafhumnya: “Sesungguhnya pemilik akhlak yang baik benar-benar mencapai darjat orang yang ahli puasa dan solat”.



Seorang hamba yang mempunyai akhlak yang baik pasti akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt seperti sabda-sabda Nabi Muhammad saw. Oleh itu hamba yang mempunyai akhlak yang buruk juga pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt. Nabi Muhammad saw bersabda seburuk-buruk manusia adalah siapa yang dijauhi oleh manusia kerana keburukan akhlaknya. Hal ini disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, sabda Nabi: Mafhumnya: “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah adalah siapa yang ditinggalkan oleh orang-orang kerana takut akan kekasarannya”. Selain itu orang yang banyak solat dan puasanya juga akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah Taala daripada perlakuannya akhlaknya yang buruk, bahkan dia akan mendapat kemurkaan Allah Taala dan dijauhkan dari syurga Allah. Hal ini disebut dalam hadith Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Nabi: Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Fulanah itu sering disebut-sebut tentang banyaknya shalat, puasa dan sedekahnya, hanya saja ia menyakiti para tetangganyadengan lisannya. Maka beliau bersabda, “Dia di neraka.” Kemudian orang itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Fulanah itu sering disebut-sebut tentang sedikit-nya puasa, sedekah dan shalatnya,ia bersedekah hanya dengan beberapa potong keju saja. Akan tetapi ia tidak menyakiti para tetangganya dengan lisannya.”Maka beliau bersabda, “Dia di surga.”



Kesimpulan yang dapat saya berikan ialah, akhlak mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam Islam, bahkan ia menjadi penyebab utama bagi seseorang umat Islam itu untuk memasuki syurga Allah Taala. Meskipun kita orang yang kuat beribadah dan berpuasa tapi kerana akhlak yang buruk, kita tak akan dapat untuk menghampiri syurga Allah bahkan kita semakin mendekati neraka jahanam. Oleh itu sebagai hamba Allah swt dan umat Nabi muhammad saw kita haruslah sentiasa perbaiki akhlak kita menjadi lebih baik dan kita mestilah mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad saw yang semulia mulia akhlak. Pasti kita akan mengecapi bahagia di dunia dan di akhirat in sha Allah.



KEPENTINGAN AKHLAK ISLAM



Mempunyai akhlak yang baik dalam diri seorang Muslim itu amatlah penting.Ini kerana akhlak mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam agama.Menurut agama Islam itu sendiri, akhlak adalah ciri yang membezakan manusia daripada haiwan. Manusia tanpa akhlak yang baik akan hilang taraf kemanusiaannya. Oleh itu, ada yang menyebut seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi.



ِ ِ ِ ‫ولََق ْد َذرأْنَا جِل هن‬ ِ ‫س ۖ هَل م ُقلُوب اَل ي ْف َقهو َن هِب ا وهَل م أ َْع ٌ اَل يب‬ ‫صُرو َن هِبَا َوهَلُ ْم آ َذا ٌن اَل‬ ُْ ‫َّم َكث ًريا م َن اجْل ِّن َواإْلِ نْ ِ ُ ْ ٌ َ ُ َ َ ُ ْ نُي‬ َ َ ََ َ ‫ك ُه ُم الْغَافِلُو َن‬ َ ِ‫َض ُّل ۚ أُو ٰلَئ‬ َ ِ‫يَ ْس َمعُو َن هِبَا ۚ أُو ٰلَئ‬ َ ‫ك َكاأْل َْن َع ِام بَ ْل ُه ْم أ‬ Mafhumnya: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-Araaf: 179) Disebabkan itu, Islam amat menitik beratkan persoalan mengenai akhlak.Sebagai manifestasi kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia, Islam sendiri telah menyusun dengan begitu sistematik sistem dan kaedah akhlaknya. Perutusan Rasulullah saw sendiri merupakan simbol kepada kepentingan akhlak dalam Islam. Rasulullah saw telah menggariskan matlamat kenabian baginda dan metodologi dakwah baginda adalah bagi menyempurnakan akhlak manusia seperti mana sabda baginda saw:



‫إمنا بعثت ألمتم مكارم األخالق‬ Maksudnya: Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak (Hadis Riwayat Imam Malik) Jadi dapat kita lihat bahawa tugas nabi Muhammad yang telah digariskan dalam sejarah hidupnya cukup menarik perhatian manusia bagi mengikuti dan melaksanakan ajaran yang tealh disampaikan oleh baginda melalui keluhuran akhlaknya yang sempurna.Agama sendiri telah menggariskan tentang ibadah yang juga telah menetapkan bahawa ibadah itu merupakan asas iman bukannya upacara agama yang bersifat abstrak.



Agama Islam juga tidak menyuruh manusia melakukan perbuatan jahat atau mungkar yang tidak mempunyai nilai akhlak yang jujur, tetapi sebaliknya Islam mengajar umat manusia agar hidup dengan akhlak yang mulia dalam apa jua situasi baik ketika senang ataupun ketika dalam kesusahan. Ini sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran bahawa Allah swt memerintahkan solat sekaligus menerangkan hikmah solat tersebut:



ۗ ۡ ِ ِۡ ۡ ِ ۡ ۡ ۡ ِ ِ ِ َ‫ك ِمن ٱ ۡل ِك ٰت‬ َّ ‫ٱلصلَ ٰو ۖةَ إِ َّن‬ َّ ‫ب َوأَقِ ِم‬ ُ‫ٱلصلَ ٰوةَ تَ نَه ٰى َع ِن ٱ لَف ۡح َشٓاء َوٱ ل ُمن َك ۗ ِر َولَذ كُر ٱللَّه أَ كَب ُر َوٱللَّه‬ َ َ ‫ٱ ت ُل َمٓا أُوح َي إلَ ۡي‬ َۡ‫َما ت‬ ٤٥ ‫ن‬ َ ‫صَنعُو‬



‫يَ ۡع لَ ُم‬



Mafhumnya:  bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan. (Surah al-ankaabut: 45) Disini ia menjelaskan bahawa hakikat solat yang sebenar adalah bagi membersihkan jiwa dari perbuatan keji yang akan membawa kepada kehinaan dan mensucikan diri daripada perkataan buruk. Hal inilah yang diterangkan oleh Allah swt tentang hakikat solat yang sebenar. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain seperti zakat yang bertujuan bagi membersihkan jiwa dan megangkat darjat manusia, manusia yang disyariatkan juga bukan hanya untuk menahan diri daripada makan dan minum tetapi lebih kepada melatih diri daripada melakukan perbuatan keji yang dilarang. Oleh itu, mereka yang tidak mengambil kebaikan daripada ibadah yang dilakukannya bagi mensucikan jiwanya, hatinya, lisannya dan fikirannya dalam memperluaskan hubungannya



kepada



Allah



swt



dan



kepada



sesama



manusia



maka



rugilah



kehidupannya.Oleh yang demikian, akhlak mempunyai kepentingan yang amat tinggi dalam ajaran Islam. Antara kepentingan akhlak adalah melahirkan umat manusia yang bertamadun dan dihormati oleh masyarakat. Dengan adanya akhlak dalam diri seseorang itu, mampu mewujudkan sebuah tamadun yang bertahan lama, sebagai contoh, akhlak yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw sendiri yang sehingga baginda mampu menarik hati masyarakat zaman dahulu untuk memeluk Islam. Jadi sekiranya seseorang itu menjaga akhlaknya sudah pasti akan menarik hati orang sekelilingnya untuk menghormatinya dan



memandang tinggi kepadanya. Apabila dia gagal menjaga akhlaknya maka tidak hairanlah orang sekelilingnya akan melarikan diri sedikit demi sedikit darinya. Kedua, melahirkan masyarakat yang mempunyai produktiviti professional. Sekiranya seseorang itu menjaga akhlaknya maka mereka akan memegang kepada prinsip Islam yang sentiasa menekankan soal kejujuran, tanggungjawab, dan saling hormat menghormati dan sebagainya. Dengan itu, ia mampu untuk melahirkan masyarakat dan pemimpin yang berintegreti tinggi dan nilai professional yang tinggi sekaligus menaikkan martabat Islam. Jadi masalah rasuah akan berkurangan dalam kalangan orang Islam sekiranya ramai yang mempunyai akhlak yang baik. Ketiga, akhlak merupakan faktor yang penting dalam membina dan menegakkan kehidupan keluarga yang sejahtera dan bahagia zahir dan batin. Secara umumnya, kenakalan seorang remaja adalah berpunca daripada akhlak yang buruk.Namun sekiranya seorang remaja yang berprestasi mempunyai sikap sopan dan santun dan berhasil mencapai cita-cita mereka adalah kerana manfaat dari akhlak yang mulia dan luhur budi pekertinya.Jadi akhlak yang baik hendaklak dipupuk sejak daripada kecil lagi, bak kata pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Seterusnya, akhlak yang baik adalah penting untuk umat Islam kerana menjadi instrument dakwah yang berkesan bagi menyebarluaskan keindahan Islam kepada masyarakat.Dengan



akhlak



yang



baik



mampu



menarik



perhatian



orang



yang



melihat.Terutamanya mampu menarik orang bukan Islam untuk mendekati agama Islam dengan mudah. Ini telah ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw dengan mempamerkan akhlak yang indah, membuatkan ramai yang terpukau dengan keperibadiannya. Akhirnya ramai yang memeluk Islam dan mengenali Islam dengan lebih mendalam. Selain itu, akhlak adalah nilai yang menjamin keselamatan kita dari seksaan api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dineraka. Seperti seseorang itu yang melakukan maksiat, derhaka kepada kedua ibu bapa mereka, melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka untuk dijadikan sebagai ahli syurga atau penghuni syurga. Jadi akhlak yang terpuji dan baik adalah antara jaminan bagi seseorang itu untuk menjadi ahli syurga. Kesimpulannya, akhlak merupakan warisan maknawi yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah saw kepada umat Islam. Ia sangat berperanan terhadap seseorang dalam



melahirkan seorang insan yang cemerlang sama ada di dunia atau di akhirat. Seseorang yang berubah ke arah kebaikan jika ia menghayati nilai moral dalam kehidupannya kerana akhlak yang mulia dapat memberikan kesan yang penting serta positif terhadap kehidupan manusia. Kehidupan ini akan bertambah tenang, mempunyai kerukunan dan ketenteraman, malah mendapat kemuliaan daripada Allah swt. Dengan ini kita hendaklah mengutamakan akhlak mulia dalam segala perbuatan di dunia ini. KESIMPULAN Dalam mencapai usaha untuk mencapai kemuliaan akhlak, para sufi memahami bahawa ia perlu kepada kewujudan semangat di dalam diri manusia untuk berjihad melawan hawa nafsunya, membersihkannya dengan segala sifat yang tercela dan menghiasinya dengan segala sifat yang terpuji. Akhlak adalah sebagai wasilah iaitu jalan menyampaikan seseorang salik kembali kepada Allah SWT. Tanpa akhlak, seseorang salik itu tidak akan dapat bergerak maju dalam perjalanan kerohaniannya. Dan ini bermakna, aklak tasawuf adalah sama kerana membincangkan hal yang sama iaitu



sifat terpuji dan sifat keji.



Walaubagaimanapun, pada satu peringkat yang lebih tinggi, tasawuf berada pada kedudukannya yang tersendiri.



RUJUKAN Al Quran Al Karim Isa, Abdul Qadir. 2005. Hakekat Tasawuf. Jakarta: Qisthi Press



Muhammad Zaki Ibrahim. 2004. Tasawuf Hitam Putih. Indonesia: Penerbit Tiga Serangkai. Nino Indrianto. 2020. Pendidikan Agama Islam Interdisipliner Untuk Perguruan Tinggi. Indonesia: Penerbit Deepublish.