Kedudukan, Kepentingan, Dan Keperluan Ilmu Mantik [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1



KEDUDUKAN, KEPENTINGAN, DAN KEPERLUAN ILMU MANTIK Oleh: Asma Fatimah Binti Fajar (GB02370) Universiti Kebangsaan Malaysia



Manusia dikurniakan oleh Allah SWT dengan akal yang sempurna untuk berfikir. Akal merupakan keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia untuk membezakannya dengan makhluk yang lain dan mengangkat martabat manusia sebagai insan mulia. Salah satu fungsi akal adalah untuk memandu manusia memilih perkara yang bermanfaat dan meninggalkan perkara yang memudaratkan. Islam menjunjung tinggi kemampuan akal yang dianugerahkan kepada manusia. Salah satu cabang Ilmu Falsafah adalah menggunakan logik untuk mencari jalan keluar bagi permasalahan yang berlaku. Ia diistilahkan sebagai Ilmu Mantik (Andre Wicaksono 2013).



Ulama berbeza pendapat dalam mentafsir Ilmu Mantik. Secara umumnya, pengertian Ilmu Mantik ada dua bahagian. Pertama dari sudut bahasa, perkataan mantik itu sendiri diambil daripada perkataan Yunani iaitu logos (Dhyine Naruto LC 2014) yang bermaksud kata atau fikiran yang benar. Manakala, dalam Bahasa Arab Ilmu Mantik diambil dari kata dasar nataqo yang bermaksud berkata atau bercakap (Athirah Azli 2017). Kedua adalah dari sudut istilah, ulama berbeza pendapat berkenaan takrif Ilmu Mantik dari sudut Istilah. Sebagaimana yang diberikan oleh Ibnu Sina, Ilmu Mantik ialah suatu ilmu yang mengawal fikiran manusia daripada tersalah dan terpesong semasa berfikir. Imam Ghazali pula mentakrifkan Ilmu Mantik sebagai satu ilmu yang dapat membezakan diantara ilmu yang membawa kebenaran dan kesamaran. Ilmu Mantik juga dikatakan sebagai neraca segala ilmu atau Mizan al-Ilm. Merujuk kepada takrif yang diberikan, jelaslah bahawa bahagian yang terpenting dalam mempelajari Ilmu Mantik adalah percakapan dan berfikir (Athirah Azli 2017).



Sebagaimana ilmu-ilmu yang lain, Ilmu Mantik juga penting untuk dipelajari iaitu membantu akal manusia untuk berfikir kepada suatu perkara atau gambaran yang kurang jelas. Ilmu Mantik juga dapat membantu seseorang memelihara, melatih, mengajar, dan mendidik



2



seseorang untuk mengembangkan fungsi akal sebagai alat untuk berfikir dengan menggunakan kaedah berfikir yang tepat (Sobar Al-Ghzal 2011). Contohnya, untuk memahami dan mempelajari sesuatu ilmu perlulah memahami definisi ilmu tersebut terlebih dahulu. Peranan Ilmu Mantik disini adalah menyediakan kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip untuk membina definisi Ilmu dengan tepat (Ahmad Faiz 2016). Selain dari itu, Ilmu Mantik dapat membina hujah dan persoalan bagi mempersoal sesuatu kenyataan yang diberikan dan mengesan hujah-hujah yang lemah atau tidak jelas dengan menggunakan beberapa kaedah yang tedapat dalam Ilmu Mantik. Terdapat dua bentuk kaedah penghujahan dalam Ilmu Mantik, iaitu yang pertama disebut sebagai induksi ‫القياس‬ dan yang kedua adalah deduksi ‫( اإلستقراء‬Redo Kurnia 2017)



Mempelajari Ilmu Mantik telah menjadi satu keperluan bagi umat Islam untuk mendepani fahaman songsang yang semakin berkembang pada zaman ini, seperti wujudnya aliran pemikiran Liberalisme dan Sekularisme. Selain itu, umat Islam juga perlu menangkis aliran pemikiran Syiah yang semakin mengganas menyerang kelompok Ahli Sunnah Waljamaah. Ilmu Mantik sangat diperlukan bagi menghalang golongan-golongan ini daripada terus menyerang umat Islam yang berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah (Admin 2017).



Secara asasnya, kewujudan Ilmu Mantik ada dalam setiap ilmu di dunia ini. Bagi memahami sesuatu ilmu perlu kepada pemahaman konsep pendefinisian. Maka untuk mendapatkan definisi yang tepat hendaklah menggunakan kaedah tasawwur yang diajarkan dalam Ilmu Mantik. Contohnya, dalam Ilmu Political Science ataupun Sains Politik, demokrasi memerlukan satu pendefinisian yang tepat kerana istilah demokrasi bukanlah sesuatu yang boleh difahami menggunakan pancaindera tetapi hanya dapat diketahui dengan kaedah pendefinisian. Dalam sistem aliran pemikiran juga turut memerlukan kepada pengaplikasian Ilmu Mantik atau logik yang tepat. Salah faham dalam memahami sesuatu perkara boleh mengundang kepada kesalahan berfikir dan seterusnya membawa kepada kesalahan dalam berhujah.



3



Konsep yang terkandung dalam Ilmu Mantik mempunyai persamaan dengan Ilmu Matematik. Topik-topik yang dibincangkan dalam Ilmu Mantik sangat berkait rapat dengan topik yang diajarkan dalam subjek Matematik



iaitu banyak mengandungi kaedah dan prinsip Ilmu



Mantik kerana Ilmu Matematik banyak menggunakan logik dan tidak pernah bercanggah dengan prinsip akal. Kedudukan Ilmu Mantik merujuk kepada kedudukan ilmu tersebut dalam ilmu-ilmu lain (Basiq Djalil 2005). Sebagai contoh, kedudukan Ilmu Mantik dalam Ilmu Syariah seperti kedudukan Ilmu Matematik dalam Ilmu Sains. Oleh itu, sebahagian ulama berpendapat bahawa Ilmu Mantik adalah asas kepada semua ilmu dari sudut teori, kerana setiap ilmu perlu kepada penggunaan akal untuk memahami formulanya dengan jelas. Dengan itu, sebuah kesimpulan dari sesuatu ilmu dapat dicipta dengan tepat.



Namun demikian, ulama berbeza pendapat berkenaan hukum mempelajari Ilmu Mantik. Imam Ibnu Solah dan Imam Nawawi meletakkan hukum mempelajari Ilmu Mantik adalah haram. Manakala Imam Al-Ghazali membolehkan mempelajari Ilmu Mantik sekiranya tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang boleh mendatangkan keraguan disebabkan pengaruh luar seperti pengaruh dari pemikiran falsafah barat kerana dikhuatiri boleh merosakkan akidah umat Islam (Admin 2017). Ilmu Mantik boleh dipelajari sekiranya diambil dari kaedah yang betul sebagaimana yang digunakan oleh sarjana Islam terdahulu. Bahkan hukumnya boleh jatuh kepada fardu kifayah sekiranya digunakan untuk menentang golongan-golongan yang ingin merosakkan Islam (Hidayatullah 2015).



Kesimpulannya, kedudukan Ilmu Mantik dalam ilmu-ilmu lain adalah sebagai Ilmu Alat untuk membantu manusia memahami teks-teks syarak supaya dapat dikeluarkan daripadanya dalildalil dan makna-makna yang berkaitan dengan apa yang terkandung dalam agama Islam (Faiz AlAzhari). Mempelajari Ilmu Kalam telah menjadi satu kefarduan bagi umat Islam pada era ini. Dunia Islam telah dicemari dengan pemikiran-pemikiran barat yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Justeru itu, pmempelajari Ilmu Mantik sangat diperlukan untuk menentang golongan yang menolak Al-Quran dan Sunnah. Golongan ini menolak berhujah menggunakan dalil tetapi



4



banyak menggunakan hujah akal. Oleh itu, bagi melawan mereka perlu dengan hujah akal juga. Dalam Ilmu Mantik terdapat pelbagai kaedah penghujahan yang oleh digunakan seperti ‫ القياس‬dan



‫العكس‬. Maka kaedah-kaedah ini akan membantu umat Islam untuk membina proses penghujahan yang tepat dan jelas.



5



RUJUKAN Andre Wicaksono. 2013 Pengertian, Pembahagian, Sejarah, dan Manfaat Ilmu Mantik. https://generasisalaf.wordpress.com/2015/05/18/mempelajari-ilmu-mantiq/.



Admin. 2017. Kedudukan Ilmu Mantik Dalam Islam. http://inpasonline.com/kedudukan-ilmumantiq-dalam-islam/.sd.



Athirah Azli. 2017. Kepentingan Ilmu Mantik dalam Menghadapi Cabaran Pemikiran Masa Kini. https://id.linkedin.com/pulse/kepentingan-ilmu-mantik-dalam-menghadapi-cabaranpemikiran-azli.



Ahmad Faiz. 2016. Mabadi Asyara fi Muqaddimah Ilm Mantiq. https://tintanakmuda.wordpress.com/2016/01/06/mabadi-asyara-fi-muqaddimah-ilmmantiq/.



Basiq Djalil. 2005. Logika Ilmu Mantiq. Kencana prenada media group. Jakarta.



Dhyine Naruto LC 2014 Pengertian, Sejarah, Pembahagian, dan https://prezi.com/y5bac80sw9ah/pengertian-sejarah-pembagian-dan-manfaat/.



Hidayatullah. 2015. Mempelajari Ilmu https://generasisalaf.wordpress.com/2015/05/18/mempelajari-ilmu-mantiq/.



Manfaat.



Mantik.



Hussein Al-Kaff. 2011. Pelajaran Ilmu Mantiq untuk Pemula. https://sipencariilmu.wordpress.com/2011/02/12/pelajaran-ilmu-manthiq-logika-untukpemula/.



Mohd Faiz bin Hamat. 2002. Kedudukan Mantik Sebagai Mukaddimah Ilmu: Satu Analisis Pandangan Imam Al-Ghazali. Afkar Bil 3/2002 [33-56], file:///C:/Users/asma/Downloads/6017-109-13218-1-10-20170905.pdf.



6



Redo Kurnia. 2017. Pentingnya Ilmu Mantiq Dan Logika Dalam Kehidupan Sehari – Hari. http://myredokurnia.blogspot.my/.



Sobar al-Ghazal. 2011. Tujuan dan Kegunaan Mempelajari Ilmu Mantik. http://darulmanthiq.blogspot.my/2011/10/tujuan-dan-kegunaan-mempelajari-ilmu.html.



Shahir Akram Hassan. 2017. Reasoning Methods Based on The Science of Mantiq For Islamic Research Methodology. 2017, Vol. 7, No. 3. ISSN: 2222-6990. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. DOI: 10.6007/IJARBSS/v7-i3/2848 URL:http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v7-i3/2848.