Kemahiran Menulis (Ya) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

3.0 KEMAHIRAN MENULIS 3.0.1 PENDAHULUAN •



Menulis dan budaya intelek berkeadaan saling melengkapi.Bagi menjadikan seorang penulis yang baik,ia perlu dikukuhkan dengan penguasaan budaya ilmu.







Secara umumnya,definisi menulis adalah perlakuan menggunakan pen,pensil ataupun sebarang alat tulis bagi menulis ataupun menaip sebarang idea ataupun pernyataan.







Mengikut buku yang ditulis oleh Kamarudin Hj. Husin pula,menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.







Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang membentuk teks,nota,draf dan bahan-bahan bercetak.







Manakala,pendapat-pendapat terdahulu pula mengatakan bahawa menulis adalah satu bentuk lakaran yang boleh menyampaikan mesej,maklumat ataupun peringatan.



3.1.0 KONSEP MENULIS 1) Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) menyatakan menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Ayat-ayat yang disusun itu ada kalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak. 2) Konsep menulis secara khususnya dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu,idea ataupun maklumat secara bersistem. 3) Ia mengambil kira aspek tujuan menulis,penggunaan bahasa,audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan,alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. 4) Menulis adalah proses memberi respons o Menulis bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara,hal berkaitan seseorang dan sebagainya dengan menggunakan perantaraan bahasa. o Menulis menggambarkan tingkah laku sosial bagi memberikan respons pada orang lain ataupun memaparkan persekitaran dan pengalaman yang dilalui. o Penulis selalunya tidak menulis tanpa merujuk teks tertentu,contohnya bagi menggambarkan keindahan alam ataupun perwatakan manusia. 5) Menulis adalah proses komunikasi o Komunikasi memerlukan hubungan dua hala antara penulis dengan pembaca.Penulis akan menulis berita,memo,iklan atau kenyataan yang perlu dikongsi oleh pembaca.



o Penulis juga berharap supaya pembaca dapat memahami mesej yang disampaikan dan mesej yang disampaikan itu akan menimbulkan pelbagai reaksi. o Komunikasi sehala yang wujud dapat membantu melahirkan idea konstruktif di kalangan penulis.Keadaan ini menimbulkan suasana supaya saling memahami antara pembaca dan penulis. o Oleh itu,perlu wujud budaya saling memahami serta keutamaan menyatakan pandangan selepas proses membaca tulisan itu selesai. 6) Menulis adalah ekspresi kendiri o Dalam penulisan berbentuk naratif ataupun bukan naratif,penulis sebenarnya berpeluang menyatakan idea,harapan,falsafah hidup ataupun gambaran imaginasi dalaman yang dapat memberikan kepuasan kepada penulis. o Daripada segi pernyataan personaliti,penulisan yang dihasilkan oleh pelajar juga seringkali dapat ditafsirkan oleh guru bagi menggambarkan personaliti pelajarnya. 7) Menulis adalah bersifat sejagat o Sifat umum dapat dilihat melalui prosedur penulisan dan kesejagatan daripada segi bahan yang ditulis. o Sifat umum juga digambarkan daripada segi kepentingan menggunakan bahasa yang baik bagi memastikan pembaca memahami mesej yang disampaikan. o Penulisan berbentuk fiksyen juga selalunya pengolahan ceritanya mempunyai sifat yang sejagat sama ada penghuraian plot,perkembangan watak ataupun peleraian konflik.



8) Menulis ditadbir oleh peraturan o Peraturan yang diwujudkan dalam proses menulis dapat mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesejnya dengan lebih tepat dan menimbulkan makna kepada pembaca. o Dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh mengakibatkan salah faham pada maklumat atau mesej yang disalurkan melalui tulisan. o Keberkesanan peraturan dalam penulisan jelas terdapat dalam penulisan berformat



9) Menulis adalah proses pembelajaran o Kemahiran dalam penulisan memerlukan penulisnya menguasai kaedah yang begitu berkesan supaya penyampaian mesej dapat dibuat tanpa sebarang halangan. o Proses memberi kefahaman kepada pembaca menjadi lebih baik apabila penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang penulisan secara lebih sistematik.



3.1.1 FUNGSI-FUNGSI KEMAHIRAN MENULIS •



Ann Raimes (1983) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya Techniquesin Teaching Writing iaitu : i.



Merangsang dan memahirkan tatabahasa,idea,perbendaharaan kata dan perasaan.



ii.



Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa.



iii.



Memperluas pengetahuan,melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan,akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.



3.1.2 TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS 3.1.2.1 Tujuan serta-merta: •



Mendirikan asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanakkanak menulis dengan baik,cekap dan pantas.







Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.







Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan membaca tulisantulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.







Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.







Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.







Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,perkembangan bahasa dan tulisan.







Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.



3.1.2.2 Tujuan lanjut : •



Meluaskan pengetahuan,pengalaman,perhubungan dan matlamat menerusi penulisan.







Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,pengalaman dan perasaan.







Menyediakan pelajar dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden,khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai umumnya.



2) Down Byrne (1979) telah memberi empat tujuan kemahiran menulis di ajar: •



Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar.Misalnya,dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa terdapat sesetengah pelajar yang lebih



cenderung kepada kemahiran membaca daripada kemahiran menulis atau sebaliknya. •



Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar,kemahiran dapat meningkatkan kemajuan penguasaan bahasa pelajar dan seterusnya memberi kepuasan kepada mereka melalui pencapaian yang diperoleh.







Dapat menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan secara tidak langsung mengelakkan rasa bosan pada pelajar jika guru hanya tertumpu pada satu kemahiran sahaja.







Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak.Misalnya ketika guru memberi penerangan,pelajar pula mencatat isi-isi penting.



3.2 CIRI-CIRI KEMAHIRAN MENULIS Bahasa tulisan yang bersesuaian dengan taraf dan keperluan semasa bahasa melayu adalah penting.Oleh itu itu adalah penting mengetahui ciri-ciri tulisan.Pengetahuan ini adalah penting untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 3.2.1 Terkawal 



Tulisan atau menulis adalah terkawal dan dapat disunting.







Penggunaan tulisan seperti dalam esei majalah dan jurnal,adalah menunjukkan penggunaan yang terkawal dengan ketat.



3.2.2 Rasmi 



Penggunaan ganti nama,seperti Tuan,Puan,Datuk dapat menentukan sikap dan bahasa yang rasmi.







Kerasmian dalam tulisan mudah berlaku.







Penulis lebih mudah menggunakan bahasa rasmi dalam kebanyakkan tulisan walaupun tidak dalam semua konteks.



3.2.3 Tatabahasa Sempurna 



Bahasa tulisan biasanya menuntut taraf pemakaian bahasa yang betul atau tatabahasa yang sempurna.







Dalam tulisan,tatabahasa adalah penting.penulis hanya mempunyai kertas dan huruf-huruf sahaja untuk menyampaikan maksud.







Oleh yang demikian,pemakaian kata-kata,bentuk ayat dan seluruh pengungkapan tersebut perlulah menggunakan semua strategi yang ada dalam bahasa tersebut.Ayat-ayat mestilah betul dan sempurna.



3.3 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENULIS Terdapat dua jenis kemahiran menulis yang perlu dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan iaitu kemahiran menulis secara mekanisme dan kemahiran menulis secara pelahiran mental. 3.3.1 Kemahiran menulis Secara Mekanisme  Kemahiran menulis secara mekanisme dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.  Peringkat mekanis merupakan peringkat penyediaan untuk pelajar belajar menulis.  Di peringkat ini,pelajar diperkenalkan dengan huruf,membentuk huruf,menggunakan tanda bacaan dan perenggan.  Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak ,menekap dan membentuk huruf adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan.  Ini dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis huruf,menulis suku kata,perkataan,rangkai kata dan ayat.  Pada peringkat awal pembelajaran menulis,murid menganggap bahawa aktiviti menulis sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan berbanding dengan anggapan orang-orang dewasa.  Kebolehan menulis di kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka hendak menyatakan sesuatu dengan perantaraan tulisan,tetapi sebelum mereka dapat berbuat demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain,mereka terpaksa menguasai mekanik tulisan itu.  Keinginan mereka untuk menyampaikan perkhabaran itu hendaklah digunakan sebagai penggerak bagi belajar menulis.



 Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan tangan.Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan tangan,iaitu satu penyelerasan yang penting bagi kebolehan menulis.  Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng-conteng dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka.  Contengan ini merupakan asas kebolehan menulis.Sambil kanakkanak mempelajari tentang lambang huruf(tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa),mereka dapat membezakan bentukbentuk huruf yang digunakan dalam bacaan.  Kebolehan yang mereka dapati daripada contengan lukisan itu digunakan untuk meniru huruf yang mereka lihat dalam bacaan mereka. 3.3.2 Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental  Kemahiran menulis untuk tujuan pelahiran mental biasanya dikuasai setelah kanak-kanak memperolehi kemahiran mekanis.  Kemahiran ini banyak melibatkan mental.  Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran ialah : i.



Latihan pernyataan fikiran atau pendapat



ii.



Latihan pernyataan perasaan



iii.



Latihan pernyataan kehendak



iv.



Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.



 Peringkat mengajar menulis mental W.M Rivers menyenaraikan lima peringkat : i.



Menyalin dan meniru



a. Bahan yang diberi untuk disalin atau ditiru oleh murid mestilah didahului oleh karangan-karangan lisan atau perbincangan dalam kelas dan akhirnya ditiru dalam buku masing-masing. b. Semasa meniru,murid mendapat kesan yang mendalam gaya penulisan yang ditiru oleh mereka. c. Seelok-eloknya bahan yang ditulis itu menarik minat murid dan bermakna kepada mereka. d. Contohnya menyalin seni kata lagu,resepi masakan,sajak,arahan bagi melakukan atau memainkan sesuatu permainan,dan kata-kata hikmah. ii.



Menghasilkan semula a. Latihan peringkat ini melibatkan murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan. b. Bahan itu boleh didapati dengan cara guru memberi kepada murid atau menyuruh murid menghafaznya atau memperdengarkan satu bahan mudah kepada murid.



iii.



Menggabungkan a. Latihan yang dibuat adalah bahan-bahan yang telah dipelajari b. Apabila menulisnya,murid melakukan ubah suai bila perlu,misalnya latihan menggantikan perkataan,frasa,perkataan dan frasa,latihan transformasi ayat,latihan menggabungkan ayat,menjawab soalan-soalan yang berbentuk perenggan penulisan dan latihan menulis semula cerita yang diperdergarkan dengan sedikit ubah suai.



iv.



Penulisan berpandu a. Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi dengan bahan dan isi yang terkawal. b. Contohnya menyudahkan cerita,diberikan perengganperenggan,ayat-ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu. c. Latihan di peringkat ini memerlukan murid bertindak balas secara individu



v.



Penulisan bebas a. Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri bagi melahirkan pendapat sendiri. b. Pada peringkat ini,hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks seperti kemahiran gaya daripada kemahiran mengorganisasi penulisan. c. Misalnya susunan mengikut kronologi(urutan masa),mengikut fakta perbandingan,susunan mengenai sebab-akibat,dan penerangan mengenai sesuatu.



3.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS  Biasanya ,penulisan boleh dilakukan mengikut beberapa peringkat.  Peringkat-peringkat tersebut pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama:  Latihan awal menulis di peringkat rendah perlu menekankan aktiviti-aktiviti berikut: 3.4.1 Peringkat menyediakan murid (pramenulis) a. melakukan latihan pergerakan tangan b. menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. c. Melakukan latihan pergerakan mata d. Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata. e. Aktiviti latihan menulis boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti berikut :



3.4.1.1 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRAMENULIS i. latihan membentuk corak.



ii. latihan mewarnakan bentuk



iii. latihan membentuk menyerong dan menegak



M Y iv. latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya



v. latihan membentuk atau melukis bentuk yang berkaitan dengan bulatan



f. Aktiviti di atas dapat dibentuk dalam pelbagai jenis,sama ada membesar atau mengecilkan saiz,dimensi dan susunan melalui aktiviti seperti: i. menekap huruf/bentuk ii. menyalin kembali huruf/bentuk iii. membentuk huruf/bentuk dengan menggunakan tanah liat,adunan tepung dan sebagainya untuk melatih kordinasi tangan dan mata.



iv. menggunting/membentuk huruf atau corak.



3.4.2 Peringkat mendirikan asas (mekanis) g. Peringkat ini dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.Murid diperkenalkan dengan lambanglambang huruf yang bersesuaian dengan gambar,seterusnya menulis ayat pendek. h. Semasa menulis,murid digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan itu. i. Buku tulisan pelajar pada peringkat ini seelokeloknya tidak mempunyai garisan(kertas Cina). j. Murid menulis dengan menggunakan krayon atau pensel warna. k. Apabila tulisan murid beransur baik mereka boleh menulis dalam buku latihan yang bergarisan ¾ inci. 3.4.2.1 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN MENDIRIKAN ASAS i- Berikut adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu.



a) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.



b) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua c) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu d) Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapatkan keseragaman cara mebulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca. e) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan f)



Menulis huruf mengikut urutan yang tetap



g)



Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.



h)



Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.



i)



Menyalin perkataan yang mudah



j)



Menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya



3.4.2.2 HURUF MANUSKRIP i- Huruf manuskrip merupakan bentuk awal dalam pembelajaran tulisan. ii- Dalam mengajar kemahiran menulis ini,pembelajaran tulisan meliputi beberapa peringkat seperti yang berikut : a) Guru mengajar tiga peringkat perkembangan menulis : •



Peringkat pramenulis yang membolehkan pelajarpelajar mengenali bentuk huruf.







Peringkat model yang membolehkan pelajar-pelajar berlatih menulis nama mereka sendiri dengan merujuk model-model yang tertentu.







Peringkat menghafal yang membolehkan pelajarpelajar menulis nama sendiri tanpa merujuk sebarang model.



b) Guru mengajar pelajar cara kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis. •



Duduk dengan selesa di kerusi,kaki diletakkan di lantai dan siku diletakkan di atas meja







Letakkan kertas di atas meja.







Pensel dipegang dengan keadaan ibu jari dan jari telunjuk seperti yang berikut



c) Guru mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf : •



Menyalin model huruf







Menulis kembali huruf di atas satu garis lurus,sama ada huruf itu dibina daripada garisan lurus atau bulat.







Semua huruf yang berbentuk lurus ditulis dari atas.







Semua huruf yang berbentuk bulatan ditulis mengikut pusingan lawan jam pada pukul 2







Semasa menulis,mulakan dari kiri ke kanan







Ruangan huruf yang lurus hendaklah dijauhkan







Ruangan antara perkataan hendaklah dijarakkan satu jari.







Menulis di atas garisan







Huruf besar dan huruf lurus perlu menggunakan dua ruang untuk membezakannya tetapi huruf kecil hanya memerlukan satu ruang sahaja.







Kumpulan nombor dan huruf yang serupa strukturnya.



d) Guru menolong pelajar-pelajar mengenalpasti kesalahan mereka semasa menulis. •



Kesalahan dari segi bentuk huruf yang tidak tepat dan tidak kemas.







Kesalahan dari segi ruang,iaitu sama ada sesuatu huruf itu perlu dijarakkan atau dirapatkan







Kesalahan dari segi iaitu pembentukkan saiz yang tidak konsisten.







Kesalahan dari segi susunan iaitu terdapat susunan huruf yan sesetengahnya ditulis menarik dan sesetengahnya ditulis menurun.



e) Guru perlu menyediakan pelbagai alat untuk memperkembangkan kemahiran menulis di kalangan pelajar. •



Buku latihan menulis







Buku contoh bentuk tulisan.







Carta, rajah dan model bentuk tulisan.







Tranparensi dan overhead projector.







Fail untuk menyimpan contoh-contoh tulisan setiap murid.







Kapur, kertas bergaris dan tidak bergaris dll.



3.4.3 Peringkat untuk pelahiran l. Pada peringkat ini,murid menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dengan kapur atau pada kad bacaan atau ke dalam buku latihan. m. Bahasa tulisan haruslah sama dengan bacaan yang diajar kepada murid. n. Pelajaran tulisan ini dijalankan dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara perkataan dalam ayat,menulis dengan bersih dan kemas,serta dengan kepantasan yang sesuai. 3.4.3.1 AKTIVITI-AKTIVITI PERINGKAT PELAHIRAN a) Mengisi silang kata b) Mengisi tempat kosong dalam ayat c) Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai d) Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi e) Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai



f) Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita g) Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan h) Menulis jawapan-jawapan kefahaman i) Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan j) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya (rujuk sukatan pelajaran BM sekolah rendah)



3.4.3.2 EJAAN 1) Kemahiran mengeja (ejaan) merupakan kemahiran yang mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti menulis. 2) Aktiviti ini dapat membantu pelajar-pelajar mengingat,menghafaz bunyi perkataan dan seterusnya melatih pelajar-pelajar melakukan aktiviti menulis dengan lancar dan tepat. 3) Teknik-teknik atau cara mengajar ejaan adalah seperti yang berikut : •



Guru haruslah memilih perkataan-perkataan yang sesuai berdasarkan kemampuan berbahasa para pelajar.







Perkataan-perkataan itu boleh dipilih dan diambil daripada bahan-bahan perkataan



itu



bacaan harus



pelajar-pelajar.Pemilihan berlandaskan



perkataan-



perbendaharaan



kata



mereka. •



Sebaik-baiknya,biarlah



perkataan-perkataan



itu



pernah



didengar oleh pelajar-pelajar. •



Bahan-bahan yang dugunakan hendaklah dipertingkatkan,iaitu bermula daripada yang mudah kepada yang sukar.







Jumlah perkataan yang hendak dieja itu seharusnya tidak terlalu banyak.







Guru boleh menjalankan aktiviti mengeja selepas pelajaran bacaan kerana ia meupakan satu urutan yang baik.







Aktiviti ini harus dilakukan secara lisan terlebih dahulu dan kemudiannya dilakukan secara bertulis.







Guru



sebaik-baiknya



mendedahkan



dahulu



perkataan-



perkataan itu kepada pelajar-pelajar. •



Guru menyebut perkataan itu dua kali dan kemudian meminta pelajar-pelajar mengejanya pula.







Perkataan yang dieja oleh pelajar itu boleh diperiksa oleh guru atau diperiksa oleh pelajar dengan bantuan guru.



3.5 KESALAHAN-KESALAHAN BAHASA DALAM TULISAN •



Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya







Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya, tegak dan condongnya.







Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam .







Kesalahan-kesalahan ini boleh diatasi dengan cara ; a) Beri latihan dengan secukupnya dalam peringkat permulaan dan peringkat mendirikan asas b) Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan sesuai supaya dapat diikuti oleh murid atau sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul. c) Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul. d) Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan sempurna. e) Jangan galakkan mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap kerana boleh mengotorkan tulisan.



f) Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan. g) Dari segi kedudukannya dan cara menulis: i. Tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan betul. ii. Kedudukan bangku, meja, kerusi, dan sebagainya biarlah memberi keselesaan iii. Pada masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja, dan tangan kiri menyokong badan. iv. Jarak mata dengan buku ialah lebih kurang di antara 8 hingga 10 inci. v. Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat. vi. Pen atau pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu. 3.5.1 RANSANGAN MENULIS • Motivasi – memberi kesedaran kepada murid-murid tentang tujuan pelajaran tulisan semasa sesi pembelajaran diadakan. • Persediaan – memastikan semua murid sudah bersedia untuk menulis. Kedudukan kerusi dan meja bersesuaian dengan murid agar murid dapat belajar dengan selesa. • Persembahan – guru menunjukkan peringkat atau langkah menulis di papan hitam. Guru perlu mendapatkan perhatian murid dan perlu menekankan mana-mana bahagian yang penting. • Pelaksanaan – guru hendaklah melihat tulisan murid-murid dan bagaimana mereka membuatnya. Guru perlu memastikan murid-murid mengikut semua peraturan dengan baik dan tulisan dibuat dengan betul dan sempurna. • Penilaian – guru boleh memilih hasil kerja yang terbaik dan menunjukkan hasil kerja itu kepada murid lain untuk menggalakkan mereka menulis dengan baik seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.



3.6 JENIS-JENIS PENULISAN 3.6.1 Karangan Terkawal •



Karangan peringkat terkawal merupakan karangan peringkat asas pertama, yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan.







Karangan terkawal adalah segala isi dan bahasanya sedia dikawal oleh guru (Salleh Akib, 1975:135).







Susunannya dikawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah karangan bebas.







Tujuan karangan terkawal ini untuk mengurangkan kesilapan berlaku di kalangan murid-murid.







Apa yang dititikberatkan dalam karangan terkawal ini ialah kelancaran dalam penggunaan bahasa yang membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa.







Karangan jenis ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis: a) Seratus peratus terkawal atau kawalan sepenuhnya. Ia hampir menyerupai peringkat menyalin semula. b) Separuh terkawal,iaitu peringkat menghasilkan semula. c) Hampir terkawal,iaitu peringkat menggabungkan semula ayat-ayat.



3.6.2 Kawalan Sepenuhnya •



Pada peringkat ini latihan penulisan yang diberikan disusun sedemikian rupa supaya murid-murid tidak melakukan kesalahan.







Pengawalan dibuat terhadap murid-murid yang seratus peratus baru sahaja mula belajar mengarang didapati lemah dalam mengarang.







Biasanya, dalam pengawalan seratus peratus ini, murid-murid menyalin sahaja apa yang ditulis oleh guru di papan hitam.







Latihan-latihan haruslah terdiri daripada perenggan yang pendek-pendek.







Tujuannya untuk latihan mekanikal semata-mata.







Walaupun gerak kerja yang diberi adalah seratus peratus terkawal, tetapi guru masih boleh memasukkan variasi dan perhidangan dalam latihan yang diberi pada peringkat tersebut, iaitu peringkat menyalin dan menghasilkan semula.







Murid-murid misalnya, boleh diberi latihan menyalin ayat-ayat daripada rajah tukar ganti yang mudah.







Sungguhpun latihannya masih menyalin, murid-murid diarahkan memilih satu item yang mereka suka daripada rajah tukar ganti itu.







Pada peringkat ini, item yang mereka pilih itu adalah yang berhubung dengan leksikal, sedangkan struktur ayatnya tepat dan sama.



3.6.3 Separuh Terkawal •



Pada peringkat ini, murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya.







Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru.







Misalnya, guru akan membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan hitam dan kemudian murid-murid diminta menggantikan



beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-perkataan lain yang disediakan. •



Latihan ini mungkin menimbulkan sedikit kesukaran dan murid-murid boleh melakukan kesalahan.



3.6.4 Hampir Terkawal •



Pada peringkat ini, murid-murid menerima kawalan sedikit sahaja, seolaholah mereka dipandu dalam membuat karangan tersebut.







Pada peringkat ini juga, kemungkinan murid-murid akan melakukan kesalahan-kesalahan yang lebih besar.







Tetapi ada kekecualian bagi mereka yang telah menerima latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara tersebut pada peringkat karangan terkawal dan separuh terkawal.







Sebagai contoh, guru membaca sebuah karangan yang sudah disediakan.







Kemudian murid-murid diminta menuliskan semula perenggan-perenggan tersebut berdasarkan garis panduan atau arahan yang diberi oleh guru.







Pada peringkat ini guru masih memberi bimbingan kepada murid-murid.



3.6.5 Tujuan Karangan Terkawal •



Karangan terkawal dilakukan kerana cara ini akan dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak.







Karangan terkawal ini juga menjadi asas kepada karangan bebas. Kanakkanak dilatih dan dipimpin sedikit demi sedikit ke arah karangan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa.







Untuk membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan fikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitankesulitan berbahasa.



3.6.6 Bentuk-bentuk Karangan Terkawal







Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu berhubung dengan tajuk.







Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan.







Menulis surat. Isi surat itu ditetapkan oleh guru. Ini akan menyenangkan murid-murid menulisnya.







Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang telah disediakan.







Menulis isi perbualan atau perbincangan yang berhubung dengan sesuatu tajuk, kejadian, peristiwa atau sebagainya.







Menulis ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan.







Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataanperkataan yang diberi.



3.6.7 Karangan berpandu •



Pada waktu ini, murid-murid akan diberikan sedikit kawalan oleh guru dan mereka akan dipandu untuk mengarang karangan tersebut.







Pelajar-pelajar ini mungkin dipandu dari segi cara untuk mencari isi atau diberikan urutan gambar dan diminta untuk menghasilkan karangan berdasarkan ransangan-ransangan yang telah diberikan itu. a) Isi kandungan telah diberikan oleh guru. b) Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkaian perkataan yang telah diberikan oleh guru. c) Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid d) Murid-murid ditugaskan mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri untuk melengkapkan perenggan.



e) Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru. f) Pada ketika ini, kesalahan minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid g) Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dulu kepada murid-murid. Murid-murid yang pandai diberikan latihan yang lebih mencabar berbanding murid-murid yang lain h) Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap. 3.6.8 Karangan Bebas •



Karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik.







Pada peringkat ini, murid-murid diberi tajuk umum dan mereka diminta terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.







Oleh sebab murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang mencukupi, guru hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan.







Perlu diingatkan bahawa mengajar karangan bentuk bebas seperti ini seharusnya dilewatkan oleh guru supaya murid-murid terlebih dahulu dapat menguasai perkara-perkara asas seperti penguasaan perbendaharaan kata (pemilihan perkataan) dan struktur ayat bahasa itu.







Untuk sekolah menengah pada peringkat kelas-kelas yang lebih tinggi, jenis-jenis karangan ini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk dan bentuk-bentuk ini dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu karangan bentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif dan argumentatif.







Karangan bentuk naratif meliputi jenis-jenis cerita, berita, laporan, rencana dan ulasan.







Karangan jenis deskreptif pula merangkumi gambaran suasana, peristiwa, benda dan perwatakan.







Karangan jenis imaginatif berkait rapat dengan pengalaman sementara yang berbentuk argumentatif pula terlibat dengan perbincangan, kritik dan perbahasan.







Bagi karangan yang berbentuk kreatif, ia meliputi puisi, cerpen, drama dan sebagainya.







Ia merupakan ekspresi dan perasaan dan pengalaman seseorang melalui tulisan atau perkataan.







Secara gambarajah ia dapat diperlihatkan seperti yang berikut;



 Naratif



 Argumentatif



a) cerita



a) perbahasan



b) berita



b) perbincangan



c) laporan



c) kritik



 Deskriptif a) gambaran



 Kreatif a) puisi



suasana



b) cerpen



b) peristiwa



c) drama



d) rencana



c) benda



e) ulasan



d) perwatakan



 Imaginatif a) pengalaman