Pendekatan Kemahiran Menulis [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENDEKATAN PROSES Menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya.



Penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Perlu menguasai kemahiran bahasa yang baik.



Prinsip – prinsip Pendekatan Proses : 1. Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea. 2. Proses penulisan disusun secara hierarki. Bermula dengan prapenulisan dan berakhir dengan penulisan semula. 3. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.



PENDEKATAN LEA (PENGALAMAN BAHASA) Pendekatan pengalaman bahasa yang memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid ketika membaca.



Berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.



Pendekatan LEA akan lebih berkesan jika guru mengambil tindakan seperti berikut ; 1. Memberi sebanyak mungkin pengalaman untuk membantu murid memahami bahan yang dibaca. Pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. 2. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid mestilah bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada mereka. 3. Sediakan bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid menguasai konsep. 4. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. 5. Guru perlu mempelbagaikan bentuk dan laras bahan bacaan dalam pengajaran



dan pembelajaran membaca.



Langkah-langkah penting ketika menggunakan Pendekatan LEA1.. Murid-murid digalakkan memberikan sumbangan idea untuk membina cerita 2. Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru. 3. Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan. 4. Setelah selesai, guru membimbing murid memberikan tajuk cerita.



5. Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis. 6. Setelah cerita selesai guru membaca secara nyaring dan murid mendengar.



7. Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru. 8. Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu. 9. Guru meminta murid –murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi.