Kepentingan Etika Dalam Penulisan Dan Plagiat [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

NAMA – NURUL AYUNIE BT IBRAHIM KELAS – J2.7 KEPENTINGAN ETIKA DALAM PENULISAN DAN PLAGIAT Antara kepentingan etika dalam penulisan dan plagiat ialah dalam penulisan ilmiah, penulis perlu jujur menyatakan rujukan terhadap bahan atau idea yang diambil daripada orang lain. Sebagai contoh, penulisan harus menyenaraikan rujukan mereka di bahagian belakang penulisan mengikut sistem APA atau sebagainya. Selain itu, penggunaan bahan atu idea daripada suatu sumber atau orang lain yang tidak disertakan dengan rujukan dapat dikategorikan dengan pencurian. Oleh itu, dalam penulisan akademik, pelajar haruslah menyatakan sumber yang diambil ketika membuat penulisan itu. Seterusnya, etika sangat penting dalam penulisan agar tidak berlaku lambakan penulisan yang tidak bermutu, tidak mengikut spesifikasi sebagai suatu penulisan yang baik atau ditulis mungkin untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Di samping itu, etika penulisan sangat penting untuk memastikan sumber disiarkan adalah benar, sahih, tepat dan adil. Akhir sekali, etika penting bagi mengelakkan diri daripada tindakan kecurangan yang biasa dilakukan oleh penulis yang tidak beretika iaitu plagiat.