Kepentingan Penulisan Refleksi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Penulisan refleksi adalah satu komponen penting dalam penyediaan RPH. Pentingnya refleksi adalah kerana: - Guru memberi pendapat dan ulasan tentang PdPc yang telah dijalankan - Membina intervensi - Mengenalpasti langkah seterusnya untuk PdPc akan datang - Memahami prestasi murid - Mempelbagaikan pendekatan dalam PdPc - Membuat penilaian PdPc yang lebih jelas Tiada format tetap tentang penulisan refleksi. Yang ada hanyalah pembudayaan. Berikut adalah serba sedikit panduan untuk penulisan refleksi yang berkesan.



1. Apakah pencapaian murid? - Berapakah bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran? - Berapakah bilangan murid yang belum mencapai objektif pembelajaran? (dalam bentuk nombor atau pecahan jika perlu) 2. Apakah aspek/ bahagian / kriteria kejayaan yang masih belum dicapai? - Aktiviti yang mana, kemahiran apa, dan sebagainya. 3. Apakah kekuatan dalam PdPc saya (berdasarkan pemerhatian? - Apakah aktiviti -yang paling murid enjoy? - Apakah sesuatu dalam PdPc yang pertama kali / pendekatan baru kita cuba dan membuahkan hasil? 4. Apakah intervensi yang akan saya lakukan? - Apa aktiviti yang saya boleh lakukan untuk membantu murid yang masih belum mencapai objektif pembelajaran (nama aktiviti atau intervensi perlu spesifik). Contoh (intervensi) penambahbaikan: - menyediakan bahan sumber pembelajaran maujud dan bukannya visual semata-mata - mengolah soalan agar murid memahami soalan - menyediakan aktiviti mengikut pelbagai aras - mengunakan isyarat tangan untuk mengawal murid - menggunakan sistem penolakan ganjaran jika murid tidak mendengar arahan - memberi lebih 'wait time' untuk murid respon - menghadkan masa untuk aktiviti 'running dictation'( arahan, suruhan) dan sebagainya.



Apa itu refleksi ? Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru.   



refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa ( passion ) refleksi kendiri adalah analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat. refleksi kendiri menitik beratkan penerokaan doman affective ( emosional mind ) spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari.



Mengapa perlu refleksi ? Refleksi membantu guru : 



Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran.







Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.







Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.







Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.







Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.



Bila perlu refleksi ? Sebaik sahaja selesai pengajaran dan catatan mesti dibuat pada ruang refleksi dalam buku persediaan mengajar. Contoh REFLEKSI 



Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ........







Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ........







Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.







Murid berjaya menguasai konsep ........







Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan







Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.







Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.







Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.







Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.







Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.







Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.







Periksa sama ada murid membawa ......... ke dalam kelas.







Cari lebih banyak contoh ......... untuk membantu murid lebih memahami .........







Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.







Tidak cukup peluang untuk murid melakukan ........ semasa pengajaran.







Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .







Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.







Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.







Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.







Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .......







Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran sedang berlangsung.







Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir XXX (murid) kurang bersedia dan tidak dapat menumpukan perhatian.







Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran tercapai.







Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.



PENULISAN IMPAK Penulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut: "35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat 4 digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif." "30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan bimbingan guru."



Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif. Penggunaan peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi tidak logik jika ditukar kepada kuantiti. Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuai jika diubah ke kuantiti daripada 37 murid. Ini kerana 40 % x 37 murid = 14.8 murid. Bilangan murid hendaklah genap.