Penulisan Refleksi PBS  [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TUGASAN 3: PENULISAN REFLEKSI



1.0



PENGENALAN



Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang telah diperkenalkan bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia. Fokus utama program PBS ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dan peranan guru. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, prasarana dan pelaksanaan kurikulum di sekolah, melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk memberikan pendedahan awal pembelajaran murid sekolah, membuat refleksi



mengenai



tugas



dan



tanggungjawab



guru



dan



akhir



sekali,



mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan selanjutnya.



1



2.0



Bil



MAKLUMAT UMUM SEKOLAH



Perkara



Catatan/data



1



Nama dan Alamat Sekolah



S.K. Pekan Kota Belud, WDT 161, 89150 Kota Belud, Sabah.



2



No. Telefon Sekolah



088-976179



3



Alamat e-mail/Web Sekolah



[email protected]



4



Lokasi (Bandar/Luar Bandar)



Luar Bandar



5



Nama Guru Besar



En. Patong Bin Santis



6



Nama PK Pentadbiran



En. Roslan Shoi



7



Nama PK HEM



En. Roynie Madin



8



Nama PK Kokurikulum



En. Abdul Hadi Bin Sain



9



Nama PK Pendidikan Khas



Pn. Kamariah Datu Ugai



10



Gred Sekolah



A



11



Bilangan Guru



Lelaki: 26



72 12



Perempuan: 46



Kelayakan Profesional Guru



Siswazah: 57 Bukan Siswazah: 15



13



Bilangan Kelas



Perdana: 24 Pendidikan Khas: 10



38 14



Purata Saiz Kelas



15



Jumlah Murid



Pra Sekolah: 4 37 Melayu



Cina



India



Lainlain



Lelaki



1



2



345



Perempuan



2



3



397



750



16



Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini Kemudahan makmal sains dan makmal m makmal komputer komputer Kemudahan



klinik pergigian sekolah



Kemudahan bilik abad ke-21, bilik BBM, bilik muzik dan bilik seni visual Menggunakan pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah



2



3.0



PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK MUZIK



3.1



Pelan Bilik Muzik



Bahan PdP



Papan Putih



Bahan PdP



Pintu Utama



Organ



Pentas



CD Radio Players



Rak Buku Bahan PdP



Stor Alatan Muzik



3



3.2



Bagaimanakah Bahan dan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Dipamerkan di Bilik Muzik Digunakan Secara Berkesan?



Berdasarkan pemerhatian, bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dipamerkan di bilik muzik tersebut sangat menarik, teratur dan mudah untuk murid menggunakan. Bahan-bahan bercetak seperti carta, kad huruf dan nota-nota mata pelajaran muzik dilekatkan pada papan kenyataan dan sudut muzik sebagai bahan pengajaran bilik muzik dipamerkan untuk dijadikan bahan bacaan tambahan pada bila-bila masa sahaja di samping menjadi rangsangan murid untuk menjalankan aktiviti tambahan sama ada dengan atau tanpa pengawasan guru.



Kad imbasan pula disimpan kepada guru muzik dan digunakan pada sesi PdP di bawah kawalan guru. Selain itu, penggunaan Parking Lot dan classroom traffic light pula dipamerkan dan dilekatkan pada satu sudut pada papan kenyataan supaya tidak hilang dan hanya digunakan ketika proses PdP dijalankan.



Penggunaan Parking Lot sangat berguna pada masa-masa tertentu dan juga dalam keadaan-keadaan tertentu di mana murid berpeluang menyuarakan soalan secara langsung di dalam kelas, tidak kiralah atas alasan kekangan masa ataupun masalah kurang keyakinan diri. Murid boleh menyuarakan maklum balas mereka dengan menampal sebarang soalan, idea, masalah, kebimbangan, keperluan atau apa sahaja yang dirasakan perlu untuk memajukan diri mereka. Selain dapat memotivasikan murid dengan memberikan hak kepada mereka menyuarakan maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran, guru juga mendapat manfaat yang lebih besar dalam menyusun sesi pembelajaran yang seterusnya.



Penggunaan lampu isyarat (classroom traffic light) dalam bilik muzik merupakan salah satu cara penilaian formatif yang bersistematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di mana lampu isyarat merah (saya perlukan bantuan), kuning (saya mempunyai soalan) dan hijau (saya berjaya melakukannya!) digunakan untuk memastikan murid dapat belajar dan mencapai objektif pembelajaran secara maksima.



Buku latihan dan aktiviti murid digalakkan tinggal di dalam bilik muzik dalam rak buku bagi memudahkan guru untuk memeriksa dan mengelakkan berlaku murid lupa bawa buku.



4



Manakala, kedudukan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku rujukan dan modul pembelajaran daripada tahun 1,2,3,4,5 dan 6 disusun mengikut pembahagi rak bagi memudahkan murid mencari maklumat semasa proses PdP berlangsung.



Alatan muzik seperti organ dipamerkan pada sisi kiri kelas, manakala alat perkusi disimpan di dalam stor alatan muzik dan digunakan semasa sesi PdP berlangsung. CD radio players pula dipamerkan di hadapan kelas muzik di depan sebelah kiri pentas dan digunakan semasa sesi PdP dijalankan.



3.3



Bahan dan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran yang Mudah Digunakan oleh Murid



Dalam bilik muzik tersebut, terdapat pelbagai bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan. Antara bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid adalah buku-buku yang disediakan seperti buku teks, buku aktiviti dan buku rujukan. Bahan bercetak seperti carta, kad huruf dan nota juga mudah digunakan oleh murid pada bila-bila masa. Selain itu, bahan seperti Parking Lot dan lampu isyarat juga mudah digunakan oleh murid bagi mencapai pembelajaran secara maksima. Ruang aktiviti bebas dan pentas untuk menjalankan aktiviti serta membuat persembahan semasa proses PdP berlangsung juga digunakan. Di samping itu, alat perkusi seperti kerincing, tamborin, marakas, loceng dan kayu tik tok juga merupakan bahan dan sumber yang mudah untuk murid gunakan bagi mencapai objektif PdP. 3.4



Adakah Murid Diberi Peluang Menggunakan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran yang Berasaskan ICT?



Penggunaan ICT kepada murid amat digalakkan penggunaannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, ini kerana penggunaan ICT dapat menambah pengetahuan baru dan murid boleh mengakses maklumat tambahan berkaitan pelajaran tersebut. Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati ada sesetengah guru menggunakan kemudahan tersebut mengikut keperluan ketika sesi PdP tetapi penggunaannya mestilah dipantau oleh guru tersebut.



5



3.5



Penglibatan Murid Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik



Murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti bertanya, menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan menyuarakan pendapat atau idea mereka. Murid-murid juga diberi peluang untuk meneroka sendiri bahan dan sumber pengajaran yang terdapat dalam bilik muzik tersebut. Sebagai contoh, di dalam bilik muzik tersebut dibahagikan kepada beberapa ruang atau sudut seperti ruang membaca (buku muzik), ruang membuat persembahan (pentas), ruang membuat aktiviti dan pergerakan dan sudut mata pelajaran muzik serta sudut bahan PdP. Dengan ini, murid-murid berpeluang untuk menggunakan buku muzik yang disediakan di samping itu terdapat ruang alatan muzik di mana murid-murid juga diberi satu masa untuk menggunakan kemudahan alat muzik tersebut.



4.0



BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN



Berdasarkan hasil pemerhatian yang dijalankan di sekolah dan di dalam bilik muzik (kelas perdana) semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai bahan dan sumber pembelajaran yang disediakan di sekolah dan dipamerkan di dalam bilik darjah dan bilik muzik. Namun, bahan dan sumber pengajaran tersebut bukanlah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana, guru hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tema yang dipelajari sewaktu proses PdP berjalan ketika itu.



6



4.1



Bahan Bantu Mengajar di Dalam Bilik Muzik



Bil 1



Organ



2



Alatan Muzik



3



4



5



4.2



Alatan



Buku Rujukan, Buku Aktiviti dan Buku Tulis Skor Muzik



Lokasi



Penggunaan



Di Sisi Kelas



Semasa sesi PdP



Stor Alatan Muzik



Ketika pelajar Rak Buku



Rak Buku



Kelas



6



Kad Imbasan



7



Lampu Isyarat



8



Parking Lot



memahami sesi pembelajaran



Setiap Sudut



Carta



Semasa sesi PdP



Bersama Guru Pada Papan Kenyataan Pada Papan Kenyataan



Semasa sesi PdP Semasa dan selepas penerangan guru Ketika sesi penerangan Semasa sesi PdP



Selepas sesi PdP



Bahan Bantu Mengajar di Sekolah



Bil



Alatan



1



Buku Rujukan



2



Komputer



Lokasi Pusat Sumber Makmal Komputer



Penggunaan Semasa dan selepas sesi PdP Semasa sesi PdP



7



5.0



DOMAIN AFEKTIF



Pada 21 hingga 25 Ogos 2017, saya telah menjalani Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud (SKEP), Sabah.



5.1



Sebelum



Pada hari pertama berada di SKEP merupakan hari yang paling mendebarkan diri saya kerana ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki dan menjalani PBS2 di SKEP walaupun saya mempunyai pengalaman PBS pada kali pertama tetapi pengalaman ini agak berlainan dengan pengalaman dulu memandangkan suasana SKEP yang seakan-akan suasana sekolah bandar yang besar dan mempunyai pelbagai kemudahan.



Pada hari pertama ini juga, saya terpegun melihat scenario para pelajar dan persekitarannya di mana amat sukar bagi saya melihatnya di sekolah-sekolah lain. Para pelajar di sini begitu berdisiplin dan amat menghormati guru.



5.2



Semasa



Pertama kali saya masuk kelas, saya telah didatangi oleh beberapa murid untuk bersalam dan berkenalan. Saya begitu seronok melayan karenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam.



Semasa menjalani PBS juga, saya telah mula bersuai kenal dengan guru-guru yang rata-rata begitu ramah dan mudah untuk didekati. Guru-guru yang terdiri daripada pelbagai umur semuanya mesra dan ini memudahkan saya dalam berkomunikasi dengan mereka.



Pada hari seterusnya, saya rasa begitu bersemangat untuk datang ke sekolah dan meneruskan tugasan saya serta saya dikejutkan dengan begitu banyak perkara. Saya telah diberi tugas oleh guru pembimbing untuk menggantikan kelas serta tugas dari guru lain seperti membantu menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dan menggantikan kelas memandangkan guru-guru terlibat dengan mesyuarat dan guru



8



yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada program di luar sekolah. Saya begitu terkejut, berdebar dan seronok kerana diberi peluang untuk memasuki kelas dan memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan saya iaitu untuk melihat sendiri suasana murid belajar dalam kelas.



Saya begitu lega sekali kerana berjaya mengawal kelas dengan begitu baik sekali dan segala ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang sempat saya temui sebelum memasuki kelas telah saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Para pelajar juga begitu senang dan mudah untuk saya dekati dan mereka selesa untuk bersama saya dan ini memang memberikan saya satu tanggapan positif terhadap suasana belajar di sekolah ini.



5.3



Selepas



Pada hari terakhir saya melaksanakan PBS, perasaan sedih mula menyelubungi diri kerana ini bermakna tamatlah PBS saya di SKEP. Jamuan yang dianjurkan oleh guru-guru sebagai tanda perpisahan dengan guru pelatih yang melaksanakan PBS juga membuatkan saya lebih sedih dan sayang dengan warga sekolah serta sekolah tersebut. Saya sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana banyak membantu saya selama saya berada di SKEP dan telah banyak berkongsi pengalaman pahit manis mereka bersama saya. Saya juga berasa sedih untuk melangkah keluar dari SKEP setelah dapat mengenali ramai para murid yang baik-baik dan bercita-cita besar dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang murid.



Hari-hari berada di SKEP begitu bermakna dalam hidup saya kerana begitu banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Saya berharap, pada PBS yang seterusnya saya akan dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion keguruan ini bagi membuat persediaan menjadi seorang guru yang terbaik.



9



6.0



REFLEKSI



Menurut Dewey (1993), kemahiran membuat refleksi merupakan proses berfikir secara aktif, berterusan dan teliti. Ianya bertujuan menyelesaikan isu atau masalah dengan mengambil kira kepercayaan, pengetahuan dan dasar yang menyokongnya. Secara ringkasnya, tujuan refleksi dibuat adalah untuk mengenalpasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan. Dengan membuat refleksi juga kita boleh merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme.



6.1



Kekuatan



Sepanjang menjalankan PBS 2 di SKEP, terdapat banyak kekuatan ataupun kelebihan yang dapat saya perhatikan semasa membuat pemerhatian dalam bilik muzik serta tentang aktiviti-aktiviti muzik yang dijalankan di sekolah tersebut.



Antaranya ialah, PBS pada kali ini mengajar saya banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran baru. Semasa menjalankan PBS, sekolah SKEP telah menjalankan aktiviti muzik berkaitan dengan pertandingan nyanyian. Aktiviti muzik ini mampu menarik minat murid dalam menceburi bidang muzik selain mengasah bakat yang ada pada diri murid. Aktiviti ini juga dijalankan dengan sangat lancar dan teratur. Secara tidak langsung, aktiviti ini telah mengajar saya cara mengendalikan sesuatu program yang melibatkan orang luar, murid dan guru dengan lebih berkesan. Ilmu yang diperoleh ini akan dapat digunakan di sekolah kelak sekiranya saya perlu mengendalikan apa-apa akitviti atau program yang melibatkan perhubungan luar.



Selain itu, saya juga dapat mempelajari kemahiran mengawal kelas untuk mengendalikan kanak-kanak. Pada pandangan saya, kemahiran mengendalikan kanak-kanak terutamanya dalam lingkungan umur 7 hinggan 12 amat perlu dipelajari kerana sebagai bakal guru sekolah rendah, saya perlu bijak menyesuaikan perkataan yang dituturkan dan tingkah laku dengan tahap umur kanak-kanak.



10



Tambahan pula, saya juga dapat mempelajari cara untuk menarik perhatian murid agar tidak mereka tidak jemu dengan aktiviti yang dijalankan semasa sesi PdP.



Di samping itu, pengendalian aktiviti muzik di sekolah pada kali ini telah memberikan saya peluang untuk sama-sama merancang aktiviti yang sesuai untuk murid sekolah rendah.



6.2



Kelemahan



Dalam setiap aktiviti muzik yang dijalankan, sudah pasti ada juga kelemahan dan kekurangan yang masih boleh diperbaiki. Antara kelemahan yang dapat saya kesan ialah aktiviti muzik ini memerlukan kawasan yang luas lebih-lebih lagi dengan purata saiz kelas sebanyak 37 orang. Kesemua aktiviti yang dijalankan memerlukan kawasan yang cukup luas agar murid-murid tidak diganggu oleh murid-murid dari kumpulan lain sepanjang melaksanakan aktiviti. Oleh sebab kawasan membuat aktiviti adalah terhad, kami perlu mengawasi pergerakan murid-murid agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.



Selain masalah berkaitan kawasan, kelemahan aktiviti muzik di sekolah juga ialah kekurangan alatan seperti LCD. Keadaan ini menyukarkan guru untuk memaparkan sebarang tayangan seperti video dan skor muzik di hadapan kelas. Namun begitu, keadaan ini tidak terlalu menjejaskan aktiviti di sekolah kerana papan putih masih boleh digunakan oleh guru untuk menulis skor muzik.



6.3



Cadangan Penambahbaikan



Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang telah dikenalpasti, terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi kelemahan dalam aktiviti muzik di sekolah. Antaranya ialah, guru perlu menggunakan kawasan lain selain bilik muzik yang lebih luas seperti gelanggang futsal. Dengan ini, aktiviti muzik yang dijalankan di sekolah dapat berjalan dengan lancar di samping murid-murid bebas melakukan aktiviti-aktiviti dengan aktif.



11



Selain itu, guru juga perlu mencari alternatif lain dalam mencari peralatan untuk menayangkan video. Guru boleh menyediakan LCD buatan sendiri dengan menggunakan kotak dan kanta seperti dalam kraf tangan DIY, atau meminjam peralatan LCD daripada mana-mana guru yang ada.



Secara keseluruhannya, kelemahan dalam aktiviti muzik yang telah dikenalpasti ini bukanlah sesuatu yang dominan, malah masih boleh diperbaiki dengan cadangan-cadangan penambahbaikan.



7.0



PENUTUP



Kesimpulannya, semua pengetahuan dan kemahiran yang baru saya perolehi ini akan menjadi sesuatu yang sangat berguna untuk masa depan saya. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu bekerja keras memantapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai sebagai seorang guru agar urusan pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar dan lebih efisien.



12



RUJUKAN



Abeles, et al. (1995). Foundations of music education. New York: Schirmer Books.



Elliot, D.J. (1995). Music matters: a new philosophy of music education. New York: Oxford University Press. Johami Abdullah. (2010). Pendidikan muzik kontemporari (2nd ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka



Mok Soon Sang. (2013). Nota intisari ilmu pendidikan pedagogi untuk pengajaranpembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia.



Mok Soon Sang. (2013). Siri pengajian profesional pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia



13



LAMPIRAN



Lampiran 1: Bilik Muzik



Lampiran 2: Stor Alatan Muzik



Lampiran 3: Bahan Bantu Mengajar (Lampu Isyarat)



14



Lampiran 4: Bersama Guru Pembimbing



15