Kepentingan Pengurusan Bilik Darjah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Bilik darjah merupakan kawasan atau tempat yang digunakan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran. Mengapa pentingnya pengurusan bilik darjah dalam memastikan PdPc berjalan lancar dan menjamin matlamat dan objektif pengajaran berjaya dicapai ialah jika adanya pengurusan bilik darjah yang baik, ini dapat membantu menggalakkan atau menjadikan tingkah laku murid yang sesuai di dalam bilik darjah. Dengan tingkah laku murid yang sesuai di dalam bilik darjah seperti patuh dengan arahan guru, memberi perhatian sepenuhnya semasa Pdp, tidak membuat bising dan sebagainya, ini akan dapat membantu guru dalam menjalankan pdp dengan lancar dan matlamat pengajaran juga terjamin. Selain itu, pentingnya pengurusan yang baik dalam bilik darjah kerana akan dapat membentuk suasana pembelajaran yang positif iaitu pelajar dapat memberi perhatian sepenuhnya dalam Pdpc, dapat menerima atau memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pdp, dan pelajar juga tidak merasa bosan atau mengantuk ketika guru mengajar. Dengan ini, objektif setiap pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru sudah pastinya mampu dicapai. Seterusnya, menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Jika pengurusan dalam bilik darjah adalah yang terbaik, ia mampu mewujudkan hubangan baik antara guru dengan murid-murid. Dengan ini, guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan setiap murid. Guru dan murid juga dapat berinteraksi dengan baik sama ada dalam atau luar bilik darjah. Ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Justeru itu, matlamat pembelajaran akan mampu tercapai. Pentingnya pengurusan bilik darjah juga kerana jika adanya pengurusan yang baik dan terancang, guru mendapat faedahnya iaitu dapat menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum. Guru yang mempunyai sistem pengurusan yang baik mampu memberi pengajaran yang terbaik semasa dalam kelas. Contohnya, jika guru mengurus pengajarannya dengan menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), sudah pasti masa yang diperuntukan untuk mengajar dapat digunakan sebaik-baiknya di dalam kelas. Secara langsung, guru dapat mengajar dengan objektif yang tercapai. Selain itu juga, penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan adanya pengurusan bilik darjah yang baik, ia dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Buktinya, jika seorang guru itu mengurus dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan merancang aktiviti yang melibatkan murid dalam pembelajaran, contohnya, murid diminta untuk mencari isi penting dalam topik pembelajaran dan kemudian memberi tahu kepada rakan murid yang lain seterusnya guru membuat ulasan dan penambahbaikan tentang apa yang murid pelajari. Ini secara langsung memberi impak yang positif kepada pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih faham tentang apa yang telah dipelajari jika mereka dilibatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, matlamat dan objektif PDP akan tercapai jika pengurusan dalam bilik darjah yang dapat meningkatkan penglibatan murid dan aktiviti Pdp. Oleh itu, pengurusan bilik darjah penting dalam memastikan proses Pdpc berjalan lancar dan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai bukan sahaja untuk menjadikan murid itu dapat mempelajari dan memahami apa yang diajar tapi untuk keselesaan dan keseronokan dalam bilik darjah.