Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku [PDF]

  • Author / Uploaded
  • wara
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SOALAN 1 – APAKAH YANG DIMAKSUDKAN TERAPI BERMAIN. JELASKAN CARA PELAKSANAAN TERAPI INI. SETERUSNYA BINCANGKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN TERAPI INI.  Penggunaan secara sistematik model teoritikal untuk membentuk proses interpersonal  Terapi bermain terlatih menggunakan kuasa terapeutik bermain,untuk menolong klien mencegah atau menyelesaikan masalah psikososial dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan optimum.  Terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.  Cara pelaksanaanya ialah pertama, guru perlu kenalpasti kanak-kanak yang boleh dapat manfaat daripada terapi ini. kedua, guru hendaklah buat keputusan untuk sesi berasingan atau duduk berasingan dengan kanak-kanak lain kemudian pilih dan dapatkan bahan yang sesuai dan berfaedah kepada perkembangan kanak-kanak. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang paling penting ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan kanak-kanak. Terdapat beberapa cara untuk bermain seperti bermain air, meneroka alam dan bermain pasir. Ketiga, perkenalkan tempat bermain serta maklum tempoh masa dan benarkan pelajar memilih bahan yang mereka ingini. Keempat, gunakan teknik refleksi apabila pelajar bertanya serta maklumkan tempoh yang tinggal. Akhir sekali, maklum masa tamat dan minta pelajar berkumpul untuk maklum sesi seterusnya.



 Dalam masa yang sama, terapi ini juga hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan.  Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan menyatakan perasaan sendiri.  Kelemahannya ialah kos kewangan yang tinggi, kesukaran mendapatkan alatan, kos peralatan yang mahal, tempat yang besar dan luas, penyelenggaraan alatan yang berjadual, kepakaran yang terhad, pematuhan kepada jadual dan rutin aktiviti terapi serta memerlukan kerjasama ibubapa , guru dan murid.



SOALAN 2 – JELASKAN MAKSUD TERAPI BERCERITA. JELASKAN KELEBIHAN TERAPI BERCERITA DALAM MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH



 Terapi bercerita merupakan suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dalam cerita dengan perkataan, imej dan suara.  Terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah kerana terapi ini menggambarkan emosi dalaman.  Antara elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilainilai murni.  Kelebihannya ialah terapi ini membantu pelajar menggambarkan emosi dalaman. Pendengar dapat menolong kanak - kanak memahami perasaan serta merangkumi pengalaman emosi mereka. Pendengar juga perlu membantu dengan memberi perkataan untuk menggambarkan emosi mereka. Selain itu, bercerita juga menyediakan pengalaman. Kanak - kanak dapat mengadaptasi cara menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Cerita juga secara tidak langsung membantu pendengar menghayati langkah untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Melalui jalan cerita juga, pelajar turut dapat mentafsir atau mempelajari kesan dan akibat daripada peristiwa yang didengar. Hal ini menunjukkan tindakan dan akibat daripada sesuatu tindakan.



SOALAN 3 – JELASKAN MAKSUD DAN TUJUAN TERAPI MUZIK. BINCANGKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN TERAPI MUZIK.  Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.  Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.  Tujuan terapi muzik adalah untuk mengurus tekanan, memulihkan kesihatan, mengekspres perasaan,



meningkatkan ingatan, menambahbaikan komunikasi, dan menggalakkan pemulihan fizikal.  Bagi kelebihannya, terapi ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi sama ada dalam bentuk verbal dan bukan verbal. Selain itu, terapi ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkaitan yang melibatkan psikomotor, bersosial dan emosi termasuk membantu meningkatkan kawalan tingkahlaku dan penumpuan, hal ini dapat meningkatkan daya penglihatan dan pendengaran.pelajar semasa belajar disamping menyokong pendidikan muzik.  Namun begitu, terapi ini memerlukan masa yang banyak untuk melaksanakan sesi. Setiap terapi muzik memerlukan masa yang lama untuk rawatan. Selain itu, kaedah yang digunakan juga perlu berbeza kerana setiap orang berbeza. Di samping itu, terapi ini juga tidak dapat membantu sepenuhnya semasa rawatan terutamanya untuk hilangkan tekanan. Jaminan terapi ini hanyalah membantu mengurangkan sahaja sekiranya kanak-kanak itu focus dan bergantung pada masalah yang dialami berat atau tidak.