Kerja Kursus Perkembangan Bahasa Melayu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

HAMIZOL BIN SAPONG



1.0



Pengenalan



Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung. Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba. 1.1



Bahasa Melayu Kuno



Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab. Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera. Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. LamaHBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



1



HAMIZOL BIN SAPONG



kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno. Batu Bersurat Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat).Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah: (a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava . (b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang. (c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M. (d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M. Batu Bersurat Kedukan Bukit Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Daripada transliterasi ini jelas terlihat walaupun pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit sudah demikian meluas.



HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



2



HAMIZOL BIN SAPONG



Setelah dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu : “Selamat bahagia pada tahun saka 605 hari kesebelas dari bulan terang bulan waisaka daputa baginda naik perahu mencari rezeki pada hari ketujuh bulan terangbulan jyesta dapunta baginda berlepas dari muara Kampar membawa askar dua laksadua ratus orang di perahu yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya datang di matada dengan suka citapada hari kelima bulan terang bulan asadadengan lega datang membuat negeri Seriwijaya yang berjaya, yang bahagia, yang



makmur”.



Batu Bersurat Talang Tuwo Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slamet Muljana berkenaan dengan bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini: Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



3



HAMIZOL BIN SAPONG



sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi. Batu Bersurat Kota Kapur Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah:-i dan -an. Batu Bersurat Karang Brahi Bukti bertulis yang terdapat pada batu bersurat ini merupakan salah satu batu bersurat terpenting, namun tidak banyak maklumat yang diketahui dengan pasti tentang bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat ini.Di samping batu bersurat yang telah dinyatakan di atas sebenarnya ada lagi batu bersurat yang agak penting diketahui, iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M) di Sumatera Barat. Pada batu bersurat ini tertulis beberapa sajak Sanskrit dengan sedikit prosa Melayu Kuno dengan menggunakan huruf India dan satu lagi di Aceh yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India, menggunakan bahasa Melayu, Sanskrit, dan Arab.



HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



4



HAMIZOL BIN SAPONG



1.2



Bahasa Melayu Standard



Menurut .(Anwar Ibrahim, 1989:v) istilah bahasa melayu baku atau standard itu merujuk kepada padanannya dalam bahasaInggeris standard language ialah konsep yang tidak pernah ditolak dalam masyarakat yang tamadun tinggi. Bahasa Melayu baku (standard) menurut Abdullah Hassan (1983: 323) ialah ‘satu norma yang agak seragam atau satu dialek bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk berhubung’. Nik Safiah Karim (1978:17) pula telah memetik pendapat Garvin dan Mathiot dalam mendefinisikan bahasa baku. Menurut mereka, bahasa baku merupakan satu bentuk bahasa telah dikodifikasi, diterima, dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa. Abdullah Hassan (1974), E.M.F. Payne (1978), dan Nik Safiah Karim (1978) sependapat dengan pengertian bahasa baku yangdikemukakan oleh Asmah Hj. Omar. Menurut mereka:“ Bahasa Melayu baku ialah satu variasi dialek yang diajar disekolah-sekolah dan di institut pengajian tinggi, digunakan di radio dan televisyen Malaysia (RTM) juga termasuk bahasa yang digunakan oleh para cendekiawan”. Asmah Hj. Omar, (1978:112) pula mendefinisikan bahasa Melayu standard (baku) merupakan bahasa Melayu yang telah diterima oleh semua pemakai bahasa Melayu dan berbagai-bagai dialek dan tingkat masyarakat penggunaan bahasa Melayu baku lebih kepada situasi formalyang meliputi bidang sintaksis, leksikon, dan sebutan. Raja Mukhtarudin Raja Mohd. Dain, (1982:789) pula mengatakan bahawa sebutan bahasa Melayu standard (baku) merupakan sebutan yang digunakan dalam situasi atau upacara rasmi dalam majlis-majlis umum atau persidangan, di sekolah-sekolah, dan di institut pengajian tinggisebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu standard (baku) merupakan bahasa Melayu yang sudah mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan, ejaan, dan tatabahasa.Oleh itu sebutan bahasa Melayu baku harus didasarkan kepada sebutan fonemik. (Awang Sariyan, 1988:3). HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



5



HAMIZOL BIN SAPONG



2.0



Kaedah Pengumpulan Data



Untuk menyiapkan kajian ini kaedah yang digunakan adalah : 2.1



Kaedah Penyelidikan Perpustakaan



Saya telah membuat kunjungan ke perpustakaan awam dan sekolah. Saya cuba mencari bukubuku ilmiah yang berkaitan dengan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Standard. Saya telah membuat foto copy/ salinan pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan yang releven dengan 2.2



tugasan



saya



untuk



dibawa



balik



dan



membaca



isi



kandungannya.



Kaedah Melayari Internet



Saya telah menggunakan kemudahan internet di sekolah dan di rumah untuk melayari laman web yang memaparkan artikel berkenaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Standard. Saya berjaya mendapatkan alamat laman web berkenaan daripada laman web carian Google dan Yahoo. Terdapat banyak maklumat yang ditemui dan saya telah memuat turun bahan-bahannya untuk dijadikan rujukan. 3.0



Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno



Daripada empat buah batu bersurat yang dijumpai pada abad ke-7 itu, beberapa aspek bahasa yang berkaitan dengan bahasa Melayu kuno telah dikaji. Daripada kajian yang dilakukan, para pengkaji dapat mengenal pasti beberapa ciri bahasa Melayu kuno. Ciri-ciri tersebut dapat ditinjau daripada beberapa sudut iaitu system tulisan dan kosa kata. Dari segi sistem tulisan, keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai menggunakan tulisan Palava, khususnya Palava Kemudian. Tulisan Palava adalah sejenis tulisan India Selatan purba yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu. Tulisan Palava Kemudian ini mempunyai



HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



6



HAMIZOL BIN SAPONG



prinsip tulisan yang sama tinggi. Selain tulisan Palava, tulisan lain yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno ialah tulisan Kawi dan Nagari. Perkayaan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair. Pada peringkat awal, tulisan ini ditulis pada daun lontar dan kemudiannya diubah suai dan diukir pada batu. Tulisan Nagiri pula digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli dan berasal dari utara India. Ciri bahasa Melayu kuno dari segi kosa kata pula dapat dikenal pasti daripada 50 baris teks bahasa Melayu yang tertera pada batu-batu bersurat abad ke-7. Salah satu aspek yang paling ketara ialah bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit bukan sahaja memperkaya kosa kata bahasa Melayu, malah melalui pengaruhnya, bahasa Melayu mengalami perubahan ke arah bahasa sarjana (bahasa ilmu). Bahasa Melayu kuno mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana adanya pengaruh Hindu-Buddha, bahasa Sanskrit merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi dan kekurangan kosa kata Melayu. Berdasarkan bentuk-bentuk kosa kata, beberapa ciri yang jelas dalam bahasa Melayu kuno dapat dikesan. Ciri-ciri ini dapat diselidiki daripada sudut fonologi, morfologi dan makna perkataan tersebut. Ditinjau dari segi fonologi, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara fonem yang wujud dalam bahasa Melayu kuno denagn fonem yang asda dalam bahasa Melayu Moden. Antaranya, penggunaan bunyi separuh vokal dua bibir /w/ untuk letupan dua bibir bersuara /b/. Tidak ada bunyi e pepet atau vokal tengah dalam bahasa Melayu kuno. Huruf ini biasanya digantikan dengan vokal depan luas /a/ atau digugurkan. Perubahan fonem yang tidak konsisten. Dari segi morfologi, bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu kuno hampir sama dengan bahasa Melayu moden. Bunyi n dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ny. Bunyi h yang terdapat dalam bahasa Melayu kuno telah dilenyapkan dalam bahasa Melayu moden. Terdapat konsonan yang dieja dengan aspirasi bh, ph, dh, kh dan th akibat daripada pengaruh bahasa Sanskrit. Terdapat juga perkataan dalam bahasa Melayukuno yang tidak digunakan dan kekal sehingga hari ini. Sesetengah bahasa Melayu kuno telah berubah maknanya dalam bahasa Melayu moden.



HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



7



HAMIZOL BIN SAPONG



3.2



Ciri-ciri Bahasa Melayu Standard



Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan”. Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membeabitkan aspek tatabahasa ,sebutan, ejaan , pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut. Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku. Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai variasi bahasanya ang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri.Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek. Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi.Maksud kodifikasi ialah hasil pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan. Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak bersistem dan berperaturan. Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi mmepunyai kepelbagaian sistem yang mungkin berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dalam



HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



8



HAMIZOL BIN SAPONG



komuniti bahasa tersebut. Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya sendiri, begitu juga orang Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sistem bahasa baku (standard) lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku (standard) adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya. Menurut Profesor Nik Safiah Karim : “Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri”. Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa Bahasa Melayu Baku (standard) ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah.



HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



9



HAMIZOL BIN SAPONG



4.0



Analisis : Bunyi , Bentuk kata, dan Makna



4.1



Bahasa Melayu Kuno



i)



Bentuk kata



Dalam Bahasa Melayu Kuno aspek tatabahasa dan struktur ayat tidak dapat dikaji dengan jelas kerana batu bersurat itu merupakan catatan pendek dan ringkas, bukan ayat-ayat penuh. Ini disebabkan ada di antara batu-batu bersurat itu yang telah terpecah bahagian-bahagiannya. Perkataan –perkataan yang yang digunakan bercampur aduk dengan perkataan Sanskrit. Juga terdapat keselarasan vokal pada perkataan-perkataan bahasa Melayu, seperti a - a, u - udan i - u, misalnya,bala,marga,laksa,mudik,tuwi,niminumnya. Terdapat beberapa kata yang tidak wujud lagi dan tidak ditemui langsung dalam bahasa Melayu klasik seperti tuvi - dengan, inan - itu, tamwal - sirih, talu - rosak/siksa, tlu - tiga, wela - batas, sarak-pisah. ii)



Bunyi



Kesejajaran bunyi-bunyi yang terdapat dalam kata-kata bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu sekarang, iaitu /w/ ( bunyi separuh vokal bibir) dengan /b/ (bunyi plosif/letupan dua bibir ) contohnya wunuh - bunuh, tuwa - tuba, wuat - buat, wuah - buah,wuluh - buluh. iii)



Makna



Sesetengah kata dalam bahasa Melayu kuno telah mengalami perubahan makna sekarang contohnya, kita - kamu ( pengertian singular ), kamu - kamu ( pengertian jamak) tmu/temu mendapat,sapuluhdua-duabelas.



HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



10



HAMIZOL BIN SAPONG



Awalan ni yang digunakan sebagai kata kerja pasif dalam BMK, contohnya niwunuh -dibunuh, nikenai -dikenai. Awalan



kata



kerja ma, mem atau mang dalam



BMK



dihubungkan



dengan



meN,



contohnya,mamava - membawa, mangujari - menghubungi, manghidupi - menghidupkan. Awalam mar dalam Bahasa Melayu Kuno membawa maksud ber , misalnya marvuat - berbuat, marlapas-berlepas,marsarak-berpisah. Bahasa Melayu kuno mempunyai empat vokal iaitu vokal depan sempit /i/, vokal belakang sempit / u/ , vokal depan separuh sempit / e / dan vokal depan luas / a /. Tidak kedapatan vokal tengah corak pendek. Vokal ini digugurkan atau digantikan dengan vokal /a /, contohnya lapas lepas, sapuloh-sepuluh, ngan/dangan dengan. Dalam Bahasa Melayu Kuno terdapat rangkap gugus konsonan atau dipanggil juga gugusan konsonan contohnya, mw samwua - semua, ti tlu tiga, dng dngan - dengan.Banyak terdapat konsonan yang diaspirasikan dalam bahasa Melayu kuno disebabkan pengaruh daripada bahasa Sanskrit, contohnya dh - siddhayatra, kh sukhatshitta, sh -shuklapaksa, th - jyestha, gh –laghu. Dalam bahasa Melayu kuno terdapat katakata pasif dan aktif, kata aktif ditandai oleh awalan ma, mang dan mem sedangkan kata-kata pasif ditandai dengan awalan ni. 4.2



Bahasa Melayu Standard



i)



Bunyi



Pertuturan bahasa melibatkan „bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya. Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



11



HAMIZOL BIN SAPONG



penelitian mengikut bidang kajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi "p" yang secara lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut dengan menutup keduadua bibir dan melepaskannya sehingga udara keluar dengan "menghasilkan suatu bunyi letupan". Penghasilan bunyi "p" tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja. Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan tertentu, ia dikatakan berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Ini bermakna dua bunyi tersebut dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika bunyi-bunyi tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, di dalam bahasa Melayu, bunyi "p" dan "t" berbeza dari segi fungsional atau secara fonologi. Ia disebut sebagai pasangan minimum kerana kata-kata yang dihasilkan oleh kedua-dua bunyi tersebut berbeza dari segi kata-kata yang dihasilkan, seperti dalam contoh kata "padi" dan "tadi". "Padi" merujuk kepada sejenis tanaman, manakala "tadi" merujuk kepada kata keterangan masa. Jelas, perbezaan pasangan minimum tersebut memperlihatkan wujudnya tafsiran makna yang berlainan bagi kedua-dua kata tersebut. Perbezaan makna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan bidang kajian ilmu fonologi. ii)



Bentuk Kata



Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai "bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata", manakala Arbak Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat. Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di dalam sesuatu bahasa dan juga melalui proses-proses tertentu. Kata yang dilahirkan melalui kata tertentu; sebagai contoh di dalam bahasa Melayu merupakan kata yang dihasilkan di dalam bahasa Melayu itu sendiri. HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



12



HAMIZOL BIN SAPONG



Manakala, kata yang melalui proses tertentu pula ialah melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Melalui proses pengimbuhan kata dasar, kata yang dihasilkan ialah kata terbitan. Melalui proses penggandaan, kata yang dihasilkan merupakan kata ganda dan melalui proses pemajmukan pula, kata yang dihasilkan merupakan kata majmuk. Di dalam bahasa Melayu, terdapat bentuk kata utama; yakni kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh kata nama ialah "sabun", "cangkul', dan "penyapu". Contoh kata kerja pula ialah kata "gerak", "kumpul" dan "letup" manakala contoh kata adjektif ialah kata "baik", "gemuk" dan "panjang". Selain kata utama, terdapat juga kata tugas yang mempunyai tugas tertentu, sama ada di dalam perkataan atau binaan ayat. iii)



Makna (Semantik)



Semantik adalah istilah untuk kajian linguistik yang menganalisis makna, baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan perasaan. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Dalam ilmu linguistik semantik merupakan keadaan apabila penutur mengujar dan terdapat gerak balas pendengar seperti yang dijangkakan. Dengan demikian makna ujaran atau ayat bukan sahaja ditentukan oleh makna kata-kata, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti intonasi, cara pengucapan, tujuan, konteks dan penuturnya. Sperber dan Wilson (1980) memperkenalkan Semantik Sistem Penuh berpendapat pada hakikatnya konsep semantik tidak dapat menerbitkan makna sebenar sesuatu ujaran kerana ia mengabaikan konteks dan kontekstualiti. Sebaliknya yang diutamakan ialah bentuk logik yang membentuk sebahagian daripada nahu sesuatu bahasa. Hal ini bermakna semantik mengkaji makna dari segi pemahaman pada peringkat linguistik tulen. Kajian semantik khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu logik sahaja. Stalnaker (1972:383) menyatakan bahawa sintaksis mengkaji ayat, manakala semantik mengkaji preposisi. Beliau menjelaskan bahawa semantik memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan. Dalam banyak hal, peraturan tersebut sebenarnya tidak dapat penyesuaian ayat HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



13



HAMIZOL BIN SAPONG



secara terus dengan presposisi. Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan dengan konteks ayat tersebut digunakan.Harimurti Kridalaksana (1983) - sebagai sebahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Erti Luas: Sintaksis (kajian ayat), Semantik (kajian proposisi), Prakmatik (kajian pelakuan linguistik)Erti Sempit: Teori Referensi - satu makna (denotasi - ekstensi), Teori Makna - pelbagai makna (konotasi - intensi) Akmajian et al. (1995:222) menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungan. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dimulakan pada aras kata atau pada aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa. 5.0



Kesimpulan



Sebagai kesimpulan, Bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang pada akhir abad ketujuh hingga abad ke-13, seiring dengan tempoh kegemilangan kerajaan Sriwijaya di Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada masa inilah bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang bercampur aduk dengan perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat dalam lingkungan 50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ketujuh dan abad kesembilan. Manakala Bahasa Melayu Standard ialah Bahasa Melayu standard (baku) merupakan bahasa Melayu yang sudah mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan, ejaan, dan tatabahasa.



HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



14



HAMIZOL BIN SAPONG



HBML4103 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



15