Kerja Kursus Bahasa Melayu STPM 2018 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 PENGENALAN Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian. 1.1 Latar Belakang Penggunaan laras resepi telah wujud sejak berkurun-kurun lagi bermula dengan lisan dan kemudiannya digunakan dalam bidang penulisan. Laras resepi adalah salah satu cabang yang terdapat dalam bidang ilmu laras bahasa. Secara teorinya, laras resepi ini dapat dikenal pasti melalui ciri-ciri tertentu yang terdapat dalam binaan suatu ayat. Laras resepi lebih memberi perhatian terhadap hal-hal yang berkaitan dengan masakan dan pemakanan. Tujuan laras resepi diperkenalkan adalah bertujuan untuk menjalankan perniagaan atau perkongsian ilmu masakan dengan orang lain. Laras resepi dapat dilihat akan penggunaannya secara lisan melalui rancanganrancangan masakan, kursus masakan, pendidikan kulinari dan banyak lagi. Tambahan pula laras resepi dalam bidang penulisan dapat dilihat melalui buku-buku masakan, majalah resepi dan ruangan masakan dalam akhbar. Laras resepi yang wujud dalam sebuah penulisan dapat dinilai dari segi kosa kata yang digunakan, gaya bahasa dan jenis ayat yang digunakan. Pada era yang kian moden ini, terdapat pelbagai laras yang semakin meluas penggunaannya seperti laras ekonomi, laras sains, laras iklan dan laras undangundang. Namun begitu, pengkaji lebih berminat untuk mengkaji penggunaan laras resepi dalam buku 350 Resepi. Hal ini kerana pengkaji ingin mengetahui akan keunkan penggunaan laras resepi dalam sesebuah karya penulisan. Apabila penguasaan terhadap laras resepi bertambah baik, mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam penulisannya atau penutur melalui lisannya lebih mudah difahami.



1



Keseluruhannya, pengkaji berminat untuk mengkaji laras resepi dengan lebih mendalam kerana pemahaman laras resepi yang baik dapat membantu suatu-suatu mesej mengenai masakan dan pemakanan jelas untuk difahami. 1.2 Definisi Konsep 1.2.1 Laras Bahasa Menurut Asmah Haji Omar (1987), laras bahasa merupakan ciri khusus dalam penggunaan bahasa berdasarkan bidang penggunaannya. Selain itu, Halliday (1978) pula berpendapat bahawa laras bahasa merupakan variasi bahasa yang berbeza mengikut fungsi. Oleh itu, perkara ini menunjukkan laras bahasa sering berubah-ubah secara kontigensi ataupun mengikut keadaan. 1.2.2 Laras Resepi Menurut Nawi Ismail, laras resepi merupakan laras bahasa yang memperlihatkan ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan masakan. Laras ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan tunjuk cara tentang sesuatu masakan kepada khalayak.Laras resepi diperluas untuk tujuan perniagaan. Di samping itu, laras resepi juga digunakan oleh semua orang dalam perkongsian ilmu masakan dengan orang lain. Ringkasnya, laras bahasa resepi merupakan laras yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan dan pemasakan. Selain itu, laras resepi juga mengemukakan beberapa cirinya yang tersendiri untuk menyampaikan maklumat mengenai pemasakan dan makanan. Laras resepi yang dikaji mempunyai beberapa ciri-ciri yang istimewa dan khusus yang tidak terdapat pada laras bahasa yang lain.



2



2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut: a) Mengenal pasti ciri laras resepi yang terdapat dalam buku 350 Resepi. b) Menghuraikan ciri-ciri laras resepi yang terdapat dalam binaan ayat yang terkandung dalam buku 350 Resepi. 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian yang dijalankan ini adalah penting untuk : a) Memperlihatkan kelebihan penggunaan laras resepi berbanding laras bahasa yang lain dalam Bahasa Melayu. b) Menambah pengetahuan tentang penggunaan laras resepi dalam pembinaan ayat yang terdapat dalam buku 350 Resepi. c) Mengenal pasti keunikan yang terdapat dalam laras resepi dalam pembinaan ayat dalam Bahasa Melayu. 4.0 SKOP KAJIAN Fokus kajian ini adalah kepada penggunaan laras resepi dalam buku 350 Resepi. Aspek yang akan diberi tumpuan oleh pengkaji mengenai ciri-ciri laras resepi yang terkandung dalam buku ini. Ciri-ciri yang akan dikaji oleh pengkaji ialah : i.



Banyak menggunakan ayat perintah



ii.



Banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal



iii.



Kosa kata berkaitan dengan pemakanan dan masakan



iv.



Bahasanya ringkas, tepat, dan jelas



v.



Kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa



vi.



Penjelasan mengikut turutan dan berkesinambungan 3



Berdasarkan ciri-ciri laras resepi tersebut, pengkaji hanya mengambil ciri (i) hingga (iv) untuk menyempurnakan kajian. 5.0 BATASAN KAJIAN Oleh sebab kekangan masa, pengkaji tidak berkemampuan untuk mengkaji secara lebih mendalam. Oleh itu, pengkaji akan membataskan kajian berdasarkan rujukan yang telah ditetapkan iaitu buku 350 Resepi yang diterbitkan oleh Grup Buk Karangkraf. Buku ini terdapat tujuh bahagian resepi yang berbeza iaitu Minuman, Pencuci Mulut dan Kuih-muih, Lauk-pauk dan Sayuran, Biskut, Kek, Makanan Tradisional, Hidangan Nasi, Mi, dan Pasta. Namun, pengkaji hanya mengambil satu bahagian sahaja untuk menjalankan kajian ini iaitu bahagian Pencuci Mulut dan Kuih-muih sahaja. 6.0 KAEDAH KAJIAN 6.1



Mendapatkan data Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut: 6.1.1



Kajian Kepustakaan Kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa. Malumat yang diperoleh daripada hasil bacaan, pihak yang tertentu, dan orang perseorangan



dikumpul



dilaksanakan. Selain



dan



diteliti



sebelum



itu, kajia kepustakaan



proses



menulis



dijalankan untuk



mendapatkan sumber tambahan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian kepustakaan ini juga melibatkan pencarian maklumat di laman sesawang yang berkaitan untuk mempercepat proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.



4



6.1.2



Kajian Teks Kajian ini ialah kajian teks yang menggunakan laras bahasa resepi dalam sebuah buku resepi, iaitu 350 resepi sebagai sumber rujukan.



6.2



Mengumpulkan Data Sumber data kajian ini ialah 350 resepi. Laras bahasa resepi yang dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaanya oleh pengkaji.



6.3



Menganalisis dan Mempersembahkan Data Analisis data dilakukan dengan menganalisis contoh dan penggunaan laras bahasa dalam bahasa Melayu.



7.0 DAPATAN KAJIAN Bahagian ini akan menjelaskan dan memperincikan segala dapatan kajian. Bahagian ini dihurai lebih mendalam bersesuaian dengan ketepatan objektif yang telah ditetapkan. Dapatan kajian telah disusun mengikut turutan berdasarkan ciri-ciri yang terkandung dalam laras resepi. 7. 1 Banyak Menggunakan Kata Kerja Bentuk Tunggal Menurut Tatabahasa Asas (2015:108), kata kerja tunggal ialah kata kerja yang tidak mengandungi imbuhan. Kata kerja tunggal dapat berdiri sendiri sebagai predikat dalam ayat. Secara perbandingan, laras resepi kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa. Data 1.



Ayat



Muka Surat



Simpan di dalam peti sejuk dan biarkan sehingga agar-agar



32



mengeras. 2.



Akhir sekali, potong agar-agar mengikut kesesuaian dan hidangkan.



33



3.



Masak agar-agar bersama air, gula pasir dan gula batu sehingga



34



5



larut. 4.



Letak sedikit pewarna merah.



34



5.



Setelah masak, ambil sesenduk adunan dan tuang nipis ke atas



34



tudung perluk atau pinggan nasi. 6.



Masak separuh serbuk agar-agar bersama 500ml air, 60 gram gula



34



dan nangka sehingga gula larut dan sebati. 7.



Kemudian bubuh koktel buah-buahan dan biar ia keras di dalam



35



peti sejuk. 8.



Setelah itu, tapis bancuhan ini ke dalam bekas lain dan sejukkan



36



seketika. 9.



Tepung: Jerang atas api perlahan semua bahan ini.



36



10.



Kacau tanpa henti dan jangan biarkan bancuhan bergental ataupun



36



berbiji-biji. 11.



Kemudian tuang susu sejat, air dan sedikit esen vanila. Kacau



37



sehingga sebati. 12.



Akhir sekali, letakkan sedikit mentega di atasnya. Kukus selama 15



37



minit. 13.



Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.



37



14.



Akhir sekali masukkan gelatin dan gaul sebati.



40



15.



Puding santan: Masak air bersam agar-agar dan gula sehingga larut



44



dan sebati. Tutup api. Jadual 1 Berdasarkan Jadual 1, perkataan yang telah ditulis serong ialah kata kerja dalam bentuk tunggal.



Data 1 sepatutnya memerlukan satu kata kerja aktif transitif, iaitu



menyimpankan sesuatu di dalam peti sejuk dan biarkan sehingga agar-agar mengeras. Namun demikian, kata kerja bentuk tunggal lazimnya digunakan. Data 8 sepatutnya 6



memerlukan satu kata kerja aktif transitif, iaitu menapiskan bancuhan ini ke dalam bekas lain dan sejukkan seketika. Selain itu, Data 10 sepatutnya memerlukan satu kata kerja aktif transitif, iaitu mengacaukan sesuatu tanpa henti. Di samping itu, data 14 sepatutnya memerlukan satu kata kerja aktif tak transitif, iaitu bergaul sebati. Tuntasnya, laras resepi banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal kerana mesej lebih mudah disampaikan kepada pembaca dan mudah difahami. Hal ini dikatakan demikian kerana bukan semua lapisan masyarakat berpendidikan tinggi. Tambahan pula, kos untuk pentafsiran bagi penggunaan kata kerja bentuk tunggal adalah lebih rendah berbanding dengan kata kerja terbitan. 7.2 Banyak Menggunakan Ayat Perintah Suruhan Salah satu ciri laras resepi ialah banyak menggunakan ayat perintah berbentuk suruhan. Menurut Ahmad Khair Mohamad Nor (2018), ayat perintah digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Menurutnya lagi, ayat suruhan ini digunakan untuk memberikan suruhan atau arahan dan suruhan itu terkandung pada kata kerja. Data



Banyak Menggunakan Ayat Perintah



Muka Surat



16.



Didihkan agar-agar bersama air.



32



17.



Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.



32



18.



Seterusnya masukkan hirisan buah oren.



33



19.



Bekukan di dalam peti sejuk sehingga agar-agar mengeras.



33



20.



Sejukkan agar-agar dan gulung.



34



21.



Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil dan biarkan seketika.



35



22.



Letakkan sedikit mentega di atasnya.



37



23.



Panaskan loyang yang telah dilenser dengan sedikit minyak



56



dalam periuk kukus dengan air mendidih secukupunya. 24.



Kepal-kepalkan inti sebesar bola ping-pong kemudian leperkan.



57



25.



Sudukan adunan sagu tadi ke dalam kelonsong daun pisang.



60



7



26.



Dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum, gula pasir,



62



garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan adunan ibu roti tadi. 27.



Hidangkan kuih bersama gula.



63



28.



Campurkan tepung beras dengan tiga cawan air dan tepung



64



sagu. 29.



Satukan santan dan garam pada bahagian 1/3.



65



30



Aturkan dalam pinggan dan jika suka tambah sos cili dan



66



taburkan bawang goreng di atasnya. Jadual 2 Berdasarkan jadual 2, pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 15 contoh ayat yang menepati ciri-ciri laras resepi seperti yang telah dinyatakan, iaitu banyak menggunakan ayat perintah suruhan. Pengkaji mendapati ayat-ayat tersebut dimulakan dengan kata kerja berbentuk suruhan. Setiap kata kerja yang terdapat pada permulaan ayat kesemuanya menggunakan imbuhan -kan untuk sebagai perintah yang menunjukkan suruhan. Pengkaji mendapati bahawa penulis buku 350 Resepi menggunakan ciri-ciri ini agar penyampaian sesuatu perintah yang berbentuk suruhan dalam penggunaan ayatnya dapat mudah difahami dengan jelas oleh pembaca. Selain itu, jika diperhatikan semula data yang terdapat dalam jadual 2, setiap kata kerja yang digunakan berbeza sama sekali namun konsepnya menepati ciri laras resepi berkenaan, iaitu perkataannya menunjukkan suruhan kepada pembaca. Sebagai contoh, perkataan didihkan daripada data 16 dalam jadual 2, penulis memberikan gambaran kepada pengkaji bahawa penulis memberi perintah dengan menyuruh pembaca untuk mendidih agaragar bersama air. Oleh itu, pembaca akan mengetahui bahawa mereka perlu bertindak untuk



8



mendidih agar-agar berkenaan bersama air pada masa yang sama. Penerangan yang hampir sama akan disampaikan oleh pengkaji bagi menghuraikan contoh-contoh yang seterusnya. 7.3 Kosa Kata Berkaitan Dengan Pemakanan Dan Masakan Kosa kata merupakan keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa.Setiap laras mempunyai kosa kata yang akan mengaitkannya denga pengunaan laras tesebut.Untuk laras resepi, sesetengah perkataan boleh membawa maksud khusus ataupun maksud umum.Maksud khusus di sini bermaksud, sesebuah perkataan tersebut mempunyai makna yang terbatas untuk sesuatu bidang sahaja manakala maksud umum bermakna penggunaan sesuatu perkataan digunakan secara meluas.Terdapat beberapa kata khusus yang digunakan dalam laras ini dan antaranya ialah: Data Kosa kata berkaitan dengan



Maksud Kosa Kata



pemakanan dan masakan. 31.



Muka surat



Bancuh ¾ gelas air suam dengan 1



Mencampur serta mengaduk



sudu kecil susu tepung penuh krim



benda-benda yang berlainan jenis



dan ibu roti.



dalam satu bekas supaya menjadi



62



satu. 32.



33.



Gaul adunan ini sambil dituangkan



Tepung dan sebagainya yang



air sedikit demi sedikit.



telah diadun.



Setelah kembang 2 kali ganda dari



Meramas atau menggaul tepung



saiz asal, uli lagi sehingga lembut.



dengan air dan lain-lain sehingga



62



62



lembut. 34.



Sambil itu, panaskan kukusan dan



Bekas atau alat untuk mengukus.



64



Memasak sesuatu dengan hanya



63



acuan. 35.



Tuskan pulut dan tanak dengan air



9



36.



37.



38.



39.



secukupnya dan sedikit garam.



merebus sahaja.



Kacang hijau direbus sehingga



Memasak sesuatu dalam air yang



kembang di dalam periuk.



mendidih.



Jerang gula melaka dan air



Meletakkan periuk dan lain-lain



sehingga mendidih.



di atas api.



Panaskan minyak untuk menumis



Memasak dengan menggunakan



bahan tumbuk sehingga naik bau.



minyak atau lemak.



Atur kulit popia dan letak inti di



Isi yang terdapat dalam kuih.



66



Kacau bancuhan ini sehingga



Benda-benda yang telah



68



menjadi kental dan tidak begitu



dibancuh.



72



73



66



tengahnya. 40.



lembik. 41.



42.



43.



Isi durian disiat-siat menjadi kecil



Membuat sesuatu supaya menjadi



mengikut kesukaan anda.



carik.



Setelah cukup panas, tuang adunan



Memasak atau memanaskan



tadi dan kukuslah hingga kuih



sesuatu dengan menggunakan



masak.



wap air mendidih.



Kacau dan isikan sedikit adunan ke



Menyelerakkan sesuatu yang



dalam acuan roti jala dan terus



tersusun.



71



64



70



kiraikan roti ke atas kuali. Biarkan roti masak. 44.



Aturkan dalam pinggan dan jika



Membuang ke serata tempat



suka tambah sos cili dan taburkan



supaya berterabur.



66



bawang goreng di atasnya. 45.



Kemudian tapis adunan ini dengan



Membersihkan benda-benda cair 10



70



penapis halus ke dalam bekas lain.



dengan melakukannya pada alat yang berlubang kecil-kecil.



Jadual 3 Berdasarkan jadual 3, kosa kata diserong merupakan kata yang digunakan yang hanya digunakan dalam laras resepi. Perkataan bancuh dalam data 31 menunjukkan perbuatan mencampur serta mengaduk benda-benda yang berlainan jenis dalam satu bekas supaya menjadi satu. Kebiasaannya, perkataan bancuh digunakan dengan perkara yang berkaitan dengan air dan dalam laras resepi perkataan bancuh boleh merangkumi perkara selain air. Selain itu, data 33 iaitu perkataan uli yang membawa maksud meramas atau menggaul tepung dengan air dan lain-lain sehingga lembut. Perkara ini merujuk kepada doh yang diuli menggunakan tangan dan dibiarkan rehat sebentar supaya mengembang dua kali ganda dari saiz asal. Hal ini dikatakan demikian kerana doh yang mengembang dengan baik akan menghasilkan donut yang elok ketika dimasak nanti. Di samping itu, dalam data 45 pula, perkataan tapis telah digunakan untuk menerangkan perbuatan membersihkan benda-benda cair dengan melakukannya pada alat yang berlubang kecil-kecil. Berdasarkan konteks kajian ini, perbuatan tapis merujuk kepada si pelaku yang menapis bahan ketika proses menghasilkan roti jala. Dengan ini, jelaslah bahawa kosa kata yang digunakan dalam dlaras resepi adalah berkaitan dengan pemakanan dan masakan. 7.4 Bahasanya ringkas, tepat dan jelas Ciri laras resepi yang seterusnya adalah dengan menggunakan bahasa yang ringkas, tepat dan jelas. Menurut Nawi Ismail, bahasanya ringkas, tepat dan jelas terus kepada maklumat yang ingin disampaikan. Bahasa ditulis dalam bentuk ayat yang ringkas, iaitu tidak terdapatnya subjek ayat.



11



Data Ayat



Muka Surat



46.



20gm agar-agar



81



47.



875gm air



81



48.



2 sudu teh serbuk santan



81



49.



125ml susu cair



81



50.



Tuangkan susu cair dan kacau rata.



81



51.



Masukkan pula serbuk santan.



81



52.



6 keping roti – dicarik-carik



83



53.



Sedikit pewarna hijau



83



54.



Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Kisar lagi.



83



55.



Garam secukup rasa.



89



56.



Masak sagu bersama air atas api sederhana sehingga sagu 91 nampak jernih.



57.



Satukan tepung gandum, santan, telur, air dan sedikit garam.



93



58.



Lenyek atau kisar semua pisang.



95



59.



Satukan tepung gandum bersama air daun pandan sedikit demi 99 sedikit.



60.



Letak gula melaka ke dalamnya sebagai inti.



101



Jadual 4 Berdasarkan jadual 4, pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 15 ayat yang mempunyai ciri laras resepi dengan penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan jelas daripada resepi yang dikaji. Ciri bahasa ini terus kepada maklumat yang ingin disampaikan dan ditulis dalam bentuk ayat yang ringkas, iaitu tidak terdapatnya subjek ayat. Buktinya, data 56 “Masak sagu bersama air atas api sederhana sehingga sagu nampak jernih.” Ayat ini tidak mempunyai subjek dan mula dengan predikat. Sepatutnya, subjek, iaitu pelaku perlu dimasukkan untuk 12



membentuk ayat yang gramatik. Misalnya, kamu masak sagu bersama air atas api sederhana sehingga sagu nampak jernih. Seterusnya, bahasa yang tepat juga digunakan. Buktinya, data 46 “20gm agar-agar” yang disenaraikan dalam bahan-bahan. Bahan ini disebut dengan tepat tentang bilangan, iaitu 20gm yang ditetapkan. Selain itu, data 52 “6 keping roti – dicarikcarik” menunjukkan pengangguran bahasa yang jelas kerana penghasil wacana menyatakan bilangan roti yang dikehendaki, iaitu 6 keping dengan jelasnya. 8.0 RUMUSAN Sebagai rumusan, dapat dibuktikan bahawa terdapat penggunaan laras bahasa resepi dalam buku yang dikaji, iaitu Buku 350 Resepi. Pengkaji telah membuktikan terdapat pengunaan laras resepi melalui data yang didapati daripada buku tersebut. Selain itu, pengkaji juga mengetahui tentang ciri-ciri laras resepi melalui data yang didapati. Kajian mendapati bahawa laras resepi terdiri daripada beberapa ciri yang tersendiri. Penggunaan ayat perintah suruhan adalah ciri yang paling ketara kerana penulis ingin menunjukkan cara atau langkah untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Selain itu, menerusi kajian ini, para pengkaji mendapati bahawa ciri-ciri khusus laras resepi inilah yang membuatkan laras resepi berbeza dan unik daripada laras bahasa yang lain. Walaupun laras resepi menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami tetapi kadangkala laras ini juga mampu mengelirukan pembaca dari segi singkatan perkataan yang digunakan. Namun begitu, secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. 9.0 PENUTUP Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa laras resepi adalah bukan laras ilmiah. Hal ini dikatakan demikian kerana laras ini lebih banyak mengemukakan istilah umum jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain seperti laras sains dan laras ekonomi. Selain itu, laras resepi juga tidak memerlukan pembaca yang berpendidikan tinggi kerana laras ini 13



adalah mudah difahami oleh semua orang tanpa mengira umur, taraf pendidikan, agama dan sebagainya. Di samping itu, menerusi kajian ini juga para pengkaji dapat menyimpulkan bahawa laras resepi merupakan laras yang moden. Hal ini dikatakan demikian kerana laras ini telah lama diamalkan dalam kalangan masyarakat tanpa disedari tetapi dalam bentuk lisan. Menerusi buku-buku resepi, penggunaan laras resepi banyak digunakan dalam buku-buku tersebut dan membuatkan laras ini mula menonjol di mata masyarakat kerana dalam bentuk tulisan.



14