Kerjaya Sebagai Guru [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KERJAYA SEBAGAI GURU



1



• PENGENALAN • Sifat Keperibadian Guru yang Unggul • Tanggungjawab dan Profesional • Guru dan Masyarakat • Guru dan Tanggungjawab Terhadap Negara • Tanggungjawab Terhadap Diri Sendiri • Kelayakan dan Syarat Menjadi Guru • Bidang Tugas dan Tanggungjawab • Motivasi kepada Bakal Guru



2



PENGENALAN



Guru adalah pendidik bangsa. Ilmu yang dicurahkan menjadi azimat bagi kemajuan dan kegemilangan Negara pada masa hadapan. Selain sebagai penyampai ilmu ataupun maklumat kepada anak didiknya, guru juga adalah model kepada pelajar. Oleh itu, kelakuan, sikap dan peribadi guru tidak boleh dianggap perkara remeh. Guru sentiasa menjadi perhatian pelajar-pelajarnya dan masyarakat di sekelilingnya. Justeru, bakal guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai pekerti yang unggul bagi menjadikan diri mereka sebagai guru yang berwibawa.



3



SIFAT KEPERIBADIAN GURU YANG UNGGUL Baik Hati



Humor



Sabar



Bertanggungjawab



Yakin



Kepimpinan



Baik Hati Sikap baik hati bukan sahaja diperlukan dalam sesebuah keluarga namun di dalam kelas juga perlu dipraktikkan. Pelajar-pelajar menghargai sifat ini dan secara tidak langsung dapat merangsangkan suasana pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu menganggap diri mereka sebagai ibu atau ayah apabila bersama pelajarnya. Bantulah pelajar-pelajar anda tanpa ada perasaan pilih kasih antara mereka.



Humor



Kelas tidak akan ceria tanpa ada unsur-unsur kelakar. Namun,ia tidak perlu dilakukan sepanjang masa. Guru perlu mewujudkan suasana kelas yang ceria bagi menghalang perasaan tertekan pelajar. Biasanya guru yang mempunyai sifat ini akan mudah didekati pelajarnya. Apabila hubungan erat terjalin, maka ia



4



memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Secara tidak langsung juga dapat menarik minat pelajar bagi mengikuti pembelajaran. Sabar Sifat sabar sudah dibicarakan dalam bab etika seorang guru. Sabar merangkumi maksud yang tidak terbatas. Sabarmelakukan arahan majikan, sabar menghadapi karenah disiplinpelajar, sabar menjalankan tugas walaupun terpaksa mengenepikan keperluan peribadi dan keluargaga dan sebagainya. Sabar dalam konteks yang dibincangkan di sini adalah sabar dalam mengawal emosi. Bakal guru perlu mengetahui sifat panas baran dan mudang meradang perlu dikikis. Sifat ini akan merosakkan hubungan antara guru dan pelajar. Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.



Bertanggungjawab



Bakal guru perlu melihat tugas seorang guru adalah mulia. Di atas bahu merekalah harapan menggunung yang dipinta oleh ibu bapa dan pelajarnya supaya ilmu dapat dicurahkan dengan sebaikbaiknya. Guru tidak hanya tahu mengajar sahaja semasa berada di dalam kelas malah sebaliknya. Mereka perlu mengambil berat berkenaan kebajikan, keperluan, makan dan minum serta masalah-



5



masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Guru perlu menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah dan jujur. Bukan bersikap seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja. Yakin Kadangkala guru yang bersikap sambil lewa dan tidak mengendahkan masalah disiplin pelajarnya akan membawa kepada masalh-masalah disiplin yang teruk di sekolahnya. Guru sebaik-baiknya mengambil tindakan yang berani dan yakin pada masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Hukuman dan denda perlu dilaksanakan bagi menghindari pelajar-pelajar daripada terus melakukan kesalahan. Jika hal ini dapat diuruskan oleh semua guru di sekolah, bermakna sekolah itu berada dlaam keadaan selamat. Ini kerana, pelajar menghormati guru-guru mereka yang menunjukkan keyakinan yang tinggi. Kepimpinan Guru menjadi contoh teladan dan ikutan kepada pelajarpelajarnya. Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh guru akan dicontohi oleh pelajar-pelajarnya. Bakal guru perlu mempunyai bakat memimpin. Bakat ini dapat dipelajari dan dilatih supaya dapat diamalkan dalam bilik darjah . pelajar akan menghormati gurunya yang mempunyai daya kepimpinan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Masyarakat akan memandang tinggi kepada guru yang memiliki sifat itu.



6



TANGGUNGJAWAB TANGGUNGJAWAB DAN PROFESIONAL Sifat tanggungjawab dan professional dalam melaksanakan tugas menjadi sebahagian daripada darah daging guru. Seseorang guru yang dilatih sama ada di maktab perguruanatau pun di universiti adalah guru ang bertauliah dan bertaraf profesional. Ilmu yang memiliki menjadikan mereka akan menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab. Bagi memastikan aspirasi dan matlamat sebagai guru yang berkualiti dan berkesan dan bertanggunjawab. Bagi memastikan aspirasi dan matlamat sebagai guru yang berkualiti dan berkesan, guru perlu mempunyai ciri-ciri berikut: a) Belajar sepanjang hayat



Ilmu yang dipelajari di maktab ataupun di universiti tidak semestinya cukup diamalkan di dalam kelas. Guru perlu menyedari, ilmu yang dipelajari semalam tidak semestinya relevan pada hari ini. Dan apa yang dipelajari pada hari ini tidak semestinya releven pada masa akan datang . oleh itu, belajar adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Tambahan pula, zaman globalisasi yang semakin mencabar memerlukan guru supaya lebih peka kepada ilmu yang terkini.



7



b) Tidak puas dengan apa yang telah dimiliki



Guru perlu berpegang kepada konsep ‘sesuatu ilmu akan bertambah sekirany dicari’. Guru tidak hanya berbangga dengan segulung ijazah yang diperoleh, tetapi mereka perlu bersedia menambah segala kepakaran dan pengalaman dalam semua bidang. Ilmu yang diperoleh semasa menuntut di universiti adalah sedikit dan perlu terus berusaha melengkapkan diri bagi mencurahkan ilmu itu kepada anak didik.



c) Pengetahuan ikhtisas



Guru yang memperoleh pengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru yang dikatakan sudah bertauliah. Guru ini layak digelar sebagai guru dalam erti kata yang sebenarnya. Guru sebegini dilengkapi pelbagai ilmu penegtahuan seperti ilmu psikologi kanakkanak, ilmu kaedah mengajar, hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum, kokurikulum, pengkomputeran dan sebagainya. Guru ini layak diiktiraf sebagai guru yang berkualiti dalam konteks dunia pendidikan.



d) Tabiat suka membaca



8



Bagi melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu terkini, bakal guru memiliki tabiat suka membaca walau di mana mereka berada. Sama ada di kawasan bandar ataupun di luar bandar. Sekarang tidak ada alas an, mengapa mereka tiada masa untuk membaca kerana terdapat banyak kemudahan teknologi terkini seperti intener, SMS, dan sebagainya. Sikap suka membaca ini akan menajamkan minda guru di samping menambahkan keyakinan guru seamasa menyampaikan maklumat kepada pelajarnya.



e) Kemahiran berkomunikasi



Guru adalah manusia yang sentiasa berhadapan dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat, dan sesiapa sahaja di sekeliling mereka. Kemahiran berkomunikasi penting dan mereka perlu mempunyai kemahiran itu. Semasa di dalam kelas, guru perlu bertutur dengan jelas dan dapat difahami oleh pelajarnya. Di samping tidak mengabaikan penggunaan nahu dan struktur bahasanya, guru perlu bijak dalam memilih perkataan-perkataan yang sopan dan sedap didengari. Keberkesanan pertuturan seorang guru membolehkan pengajaran guru itu mudah difahami pelajar.



f) Daya ingatan



9



Guru perlu merancang dahulu sesuatu pengajaran sebelum disampaikan kepada pelajar. Perancangan yang baik tidak semestinya berlaku seperti yang dirancangkan. Namun, ia adalah satu proses yang biasa dilaksanakan oleh guru sebelum mengajar. Jadi, bagi memastikan isi-isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik dan sempurna, bakal guru perlu mempunyai daya ingatan yang baik. Ingatan yang baik ini bermaksud mereka dapat menyampaikan isi pengajaran sepenuhnya.



g) Sentiasa berubah



Setiap guru mempunayi teknik dan kaedah tersendiri dalam setiap pengajarannya. Mereka perlu memastikan setiap teknik ataupun kaedah pengajaran yang digunakan tidak membodankan pelajar. Guru yang profesional sentiasa mencari dan memikirkan bagaimana pendekatan yang terbaik pelajarnya. Guru sebaikbaiknya tidak berada di takuk lama dalam penyampaian setiap pengajaran semasa berada di dalam bilik darjah. Justeru, guru perlu sentiasa berubah dan mencari pendekatan yang terbaik untuk anak didiknya.



10



GURU DAN MASYARAKAT Tugas guru tidak hanya terikat di dalam kelas sahaja. Sebenarnya guru dan rakan sejawatnya bekerjasama dalam usaha memajukan pelajaran pelajarnya. Guru juga sentiasa berhubung dengan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) dalam mencari dan menyelesaikan segala masalah yang timbul yang berkaiatan dengan pelajar di sekolah.



Kadangkala guru mengetuai persatuan ataupun rukun tetangga dimana kepakaran dan kepimpinan beliau diiperlukan oleh masyarakat setempat. Sebenarnya, di sinilah letaknya ciri-ciri guru yang berkualiti yang diharapkan oleh masyarakat. Selain itu, guru perlu mempunyai nila-nilai murni yang terpuji apabila berhadapan dengan masyarakat. Antaranya :



11



a) Berbudi bahasa



Berbudi bahasa yang diperkatakan sekarang sebenarnya dapat diamalkan oleh masyarakat. Namun, guru ataupun bakal guru perlu menonjolkan nilai ini terlebih dahulu kepada masyarakat di sekelilingnya. Amalan bersopan-santun, senang diajak berunding, dan sebagainya adalah sebahagian daripada nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru. Masyarakat akan menghormati guru yang memilikisifat yang baik ini. Apatah lagi apabila berhadapan dengan pelajar, guru perlu menanamkan nilai ini ke dalam jiwa mereka.



b) Ramah Mesra



Di mana sahaja guru berada, orang akan sentiasa memerhati tingkah lakunya . inilah keunikan seorang guru. Walaupun mereka bukan artis ataupun modle terkenal, namun masyarakat memandang tinggi pada mereka kerana ilmu dan jasa mereka dalam mendidik anak bangsa sehingga menjadi orang yang berguna kepada Negara. Bakal guru perlu menunjukkan sikap ramah mesra ini bukan sahaja di kawasan sekolah, malah juga di luar kawasan sekolah. Sikap yang terpuji ini akan mewujudkan tali persaudaraan yang kukuh antara gur dan masyarakat. Guru seperti ini akan disanjung oleh masyarakat di sekelilingnya kerana akhlak yang terpuji.



12



c) Merendah diri



Apabila masyarakat memberikan penghormatan dan sanjungan kepada guru, janganlah mudah lupa diri. Sikap sombong, bongkak, ego dan sebagainya perlu dielakkan. Jadilah manusia yang merendah diri. Merendah diri bukan bererti membiarkan diri kita dipijak oleh orang tetapi sifat ini menonjolkan lagi kualiti kita sebagai guru yang berwibawa dan disegani oleh masyarakat. Jangan mencampakkan diri anda ke dalam situasi dimana masyarakat mengkritik dan mencemuh anda kerana sikap yang mudah lupa daratan.



d) Semangat berbakti



Bakal guru perlu menyemai perasaan ingin sentiasa menyayangi dan menaburkan bakti kepada masyarakat. Guru yangterbilang sanggup menggadaikan masa, tenaga dan wang ringgitnya demi kebaktiannya kepada masyarakat. Mereka tidka menganggap kerjaya guru sebagai tempat mendapatkan gaji daripada kerajaan semata-semata. Namun, mereka sanggup berkorban apa sahaja bagi melihat masyarakat mereka maju dan terbela. Mereka tidak memikirkan soal ganjaran ataupun hasil yang diperoleh tetapi mereka mahu melihat anak bangsa Berjaya dan cemerlang. Oleh itu, bakal guru tidak sebaik-baiknya merungut jika ditempatkan di kawasan pedalaman.



13



e) Jujur dan amanah



Jujur dan amanah adalah dua perkara yang perlu disematkan dalam jiwa bakal guru. Jujur dalam menjalankan tugas adalah perkara utama apabila memegangjawatan sebagai pegawai kerajaan. Misalnya tidak mengabaikan waktu mengajar denan tugas peribadi dan tidak membazir masa ataupun melengahlengahkan masa ketika menjalankan tugas. Guru perlu amanah dengan apa yang diamanahkan kepada mereka. Amanah bermaksud menjalankan tugas seperti yang diarahkan, bekerja tanpa ada rasa kepentingan diri, sentiasa mendengar cakap majikan dan sebagainya. Guru yang jujur dan amanah akan melaksanakan tugasnya dengan gigih supaya hasil kerjanya mencapai tahap yang cemerlang dan dicontohi oleh rakan sejawatnya.



14



Guru dan Tanggungjawab kepada Negara 1. Guru akan menjalankan tugasnya berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara dengan jelasnya:



Falsafah Pendidikan Kebangsaan



Pendidikan ialah satu usaha berterusan ke arah lebih perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.



Rukun Negara



Kepercayaan kepada Tuhan Kesetian kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan



15



2. Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan memimbing mereka supaya menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab serta berguna. Ia berdasarkan kepada matlamat dan objektif am pendidikan. Matlamat Pendidikan



Matlamat pendidikan adalah bagi menyuburkan potensi pelajar dalam semua aspek prtumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepatu. Perkembangan ini meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.



Objektif am membolehkan pelajar:



a) Mempunyai semangat sayangkan Negara b) Mengamalkan nilai islam dalam kehidupan seharian (khususnya untuk pelajar beragama islam) c) Mengamalkan nilai murni d) Menghormati dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik sebagai bahasa kebangsaan dan memperkembangkan kemahiran menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. e) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebai bahasa kedua. f) Memperkembangkan keupayaan fizikal dan mempraktikan amalan kesihatan serta keselamatan yang betul.



16



Tugas Tanggungjawab kepada Diri Sendiri 1. Bakal guru perlu memastikan diri mereka sentiasa berada dalam keadan sihat. Kerja akan lebih sempurna jika badan sihat dan ceria. Amalkan pemakanan yang seimbang. Lakukan aktiviti senaman pada waktu petang. 2. Amalan merokok perlu dielakkan. Jauhi daripada minuman keras dan benda-benda yang membahayakan kesihatan. Amalkan cara hidup sihat. 3. Sentiasa mendekatkan diri kepada suruhan agama. Ini penting bagi memastikan emosi anda berada dalam keadaan stabil , tenang dan kedamaian. Jiwa yang tenang akan membuahkan pemikiran yang kreatif dan inovatif. 4. Pengurusan kewangan kendiri. Pastikan perbelanjaan seimbang dengan pendapatan. Kadangkala masalah kewangan juga memeningkan kepala dan emosi tertekan. 5. Gunakan masa terluang bagi membaca buku. Guru yang bijak adalah guru yang sentiasa mencari dan menimba ilmu walau dimana mereka berada. Sama ada di rumah, atau waktu cuti hujung minggu, pastikan anda menghabiskan waktu dengan membaca buku. 6. Selain membaca buku, ilmu juga boleh ditimba dengan melayari internet, mendengar radio, menonton televisyen, akhbar, majalah dan sebagainya. Anda perlu peka dengan perkembangan semasa. 7. Melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti pertubuhan belia,persatuan sukarelawan, rukun tetangga, dan sebagainya. Penglibatan anda membolehkan anda mempraktikkan ilmu yang ada bagi berbakti kepada masyarakat serta dipandang mulia oleh semua.



17



Kelayakan dan Syarat Menjadi Guru Tanggungjawab menggubal dasar dan garis panduan latihan perguruan, pemilihan calon pelatih serta kursus dan merancang serta menyelaras program kemajuan staf dilaksanakan oleh Bahagian Pengambilan Guru. Antara program dan kursus yang dijalankan ialah:



• Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) • Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Guru Bestari



Selaras dengan pelaksanaan sekolah bestari, buku Panduan Perlaksanaan Kurikulum KDP 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari dihasilkan. Pakej pembelajaran untuk sekolah bestari (Program Interim) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, sains dan matematik juga digubal. Kursus Peningkatan Profesionalisme Aplikasi Komputer dan Pengajaran Dana Pembelajaran Guru Sekolah Bestari juga turut dilaksanakan. Guru-guru juga digalakkan



18



memohon kursus-kursus Latihan dalam Perkhidmatan sebagai satu bentuk latihan bagi meningkatkan profesionalisme guru.



Profesion perguruam atau pengurusan dan kepimpinan pendidikan



Bagi membina dan meningkatkan kepakaran pengurusan pendidikan, Institut Aminuddin Baki pula bertanggungjawab penuh dalam mengenal pasti calon yang layak dipertimbangkan bagi jawatan guru besar atau pengetua dan berperanan mengurus dan mengendalikan program-program latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan.



Latihan dan Perkhidmatan Objektif:



• Membangunkan tahap profesionalisme seorang guru secara berterusan melalui latihan dan program pembangunan kendiri. • Penerapan nilai pembelajaran sepanjang hayat bagi menentukan hala tuju kerjaya sebagai guru. • Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ilmu keguruan dan meninggikan lagi kepakaran dalam pengkhususan masing-masing.



Kelayakan dan Syarat-syarat Permohonan



Kursus-kursus dalam perkhidmatan 14 minggu dibuka kepada: • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah sah dalam jawatan dan sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah.



19



• Mempunyai pengalaman mengajar, sekurang-kurangnya 3 tahun pada 1 Januari 2003 • Tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh menjejaskan kehadiran sepanjang kursus dijalankan • Berkaitan dengan bidang tugas dalam perkhidmatan semasa • Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib



Cara memohon



• Pemohonan dikemukakan dengan mengisi borang KPM(LDP)1/97 (PIDAAN) yang boleh didapati daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Urusetia Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sabah dan Sarawak, Maktab Perguruan dan Unit Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP), Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia • Borang permohonan boleh juga diperoleh daripada laman web Kementerian Pelajaran pada alamat http:www.moe.gov.my • Semua permohonan hendaklah dibuat melalui guru besar ataupun pengetua sekolah dan disokong oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri akan memanjangkan borang-borang permohonan yang sudah diproses ke Unit Kursus dalam Perkhidmatan, Bahagian Pendidikan Guru. • Mengemukakan salinan sijil-sijil, jadual waktu mengajar mutakhir dan laporan penilaian prestasi tahunan yang diperakukan oleh guru besar ataupun pengetua.



Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)



20



Syarat dan kelayakan asas



1. Warganegara Malaysia pada tarikh iklan disiarkan 2. Berumur tidak melebihi 30 tahun. Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sedang berkhidmat di sekolah bantuan penuh kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun 3. Pemohonan mestilah mempunyai kelayakan akademik sama ada: a. Memiliki kepujian bahasa Melayu dan lulus ujian lisan. b. Memiliki kepujian yang ditetapkan bagi mata pelajaran major. c. Memiliki kepujian yang ditetapkan bagi mata pelajaran elektif pertama d. Memiliki dua lagi kepujian bagi mata pelajaran lain. 4. Jika permohonan hanya lulus bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V)/SPVM, lulus pangkat principal dalam Bahasa Melayu di peringkat STPM/STP boleh menggantikan syarat kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) tetapi mesti lulus ujian lisan. 5. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM/SPM(V)/SPVM. 6. Permohonan boleh menggunakan kelayakan Sijil Am Pelajaran (SAP) hanya untuk mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil, matematik, bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 7. Permohonan yang memilih Pengajian Islam sebagai major atau elektif pertama perlu lulus Bahasa Arab di peringkat SPM ataupun Sijil Empat Thanawi atau Sijil Menengah Ugama (SMU) 8. Pemohon mestilah sihat tubuh badan. 9. Perincian syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi mata pelajaran major dan elektif pertama setiap pengkhususan terkandung di dalam buku Panduan Permohonan KDPM.



21



Bidang Kursus



KDPM menawarkan 11 bidang kursus berikut: 1. Pendidikan Khas 2. Pendidikan Melayu 3. Pengajian Islam 4. Pengajian Inggeris 5. Pengajian Cina 6. Pengajian Tamil 7. Pengajian Muzik 8. Pengajian Matematik 9. Pengajian Sains 10. Pengajian Pendidikan Jasmani 11. Pengajian Teknikal Peserta kursus dikehendaki memilih mata pelajaran major dan elektif pertama seperti mana dicatatkan dalam buku Panduan Permohonan KDPM. Bidang kursus yang ditawarkan bergantung pada keperluan semasa. Kandungan Kursus



• Sepanjang berkursus, peserta akan didedahkan dengan aspek-aspek berikut: • Asas dinamika guru • Pengetahuan dan keterampilan ikhtisas • Pengetahuan dan keterampilan perngkhususan • Gerak kerja kokurikulum • Praktikum Cara Memohon



Borong permohonan KDPM boleh dibuat secara online. Iklan akan dikeluarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.



22



Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Syarat dan Kelayakan Kelayakan Akademik



1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam(IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS) tempatan atau luar Negara yang diiktiraf kerajaan. 2. Memiliki kepujian bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) dan lulus ujian lisan atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti tempatan yang diiktiraf. Principal Bahasa Melayu peringkat STPM boleh menggantikan kepujian bahasa Melayu peringkat SPM atau SPM(V) dengan syarat lulus ujian lisan. 3. Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada jabatan perkhidmatan Awam(JPA) sekiranya memiliki ijazah dari institusi pengajian tinggi luar negara. Kelayakan Tambahan



1. Mempunyai ijazah yang sesuai dengan bidang pengajian yang dipohon seperti yang terkandung dalam e-panduan permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Ijazah yang tepat dalam bidang yang dipohon akan diberi keutamaan. 2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pengambilan.



Komponen dan Mata Pelajaran Komponen



• Asas Dinamika Guru



23



• • • •



Pengetahuan Dan Ketrampilan Ikhtisas Pengetahuan Dan Keterampilan Pengkhususan Gerak Kerja Kokurikulum Praktikum



Mata Pelajaran



• Bahasa Melayu Kini • Pengurusan Sumber (Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan) • Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral • Tamadun Islam • Pendidikan Negara Bangsa Malaysia • Pendidikan Alam Sekitar • Bina Insan Guru • Ilmu Pendidikan • Mata Pelajaran Major • Mata Pelajaran Minor • GERKO (Pengurusan GERKO dan Unit Beruniform dan Sukan) • Latihan Amali Cara Memohon



1. Permohonan KPLI boleh dibuat secara dalam talian sahaja yang akan dibuka kepada orang ramai mengikut tarikh yang ditetapkan. 2. Permohonan dalam talian ini hanya boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL http://www.emoe.gov.my 3. Permohonan digalakkan dan dinasihatkan membaca dahulu e-panduan permohonan KPLI dan memahami cara-cara membuat permohonan secara dalam talian supaya mudah dan betul semasa membuat permohonan sebenar dalam talian. 4. Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor PIN yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasionan



24



(BSN) dengan bayaran RM6.00. Nombor PIN ini perlu dirahsiakan. Sila semak iklan di akhbar-akhbar tempatan. 5. Sila guna nombor PIN yang sama bagi membuat pindaan atau perubahan kepada permohonan yang sudah dihantar. 6. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan dalam talian KPLI ini pada masa lain jika percubaan pertama gagal atau tidak Berjaya. Ini kerana kemungkinan berlaku kesulitan atau kesesakan laluan server. 7. Permohonan yang tidak lengkap ataupun maklumat yang mengelirukan boleh mengakibatkan permohonan ditolak.



Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Syarat dan Kelayakan



1. Warganegara Malaysia. 2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan siswazah (PPPBS/PPPLD) 3. Berumur tidak melebihi 43 tahun pada tarikh pengambilan 4. Telah disahkan dalam jawatan 5. Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa. 6. Memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM/MCE/SPMV/SPVM. 7. Mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/MCE/SPMV/SPVM dan lulus ujian lisan di peringkat SPM/MCE/SPMV atau setaraf dengannya. 8. Mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran yang berkaitan atau yang setaraf dengan bidang pengajian yang dipohon di peringkat SPM/MCE/SPMV/SPVM. 9. Memiliki Diploma Perguruan atau Sijil Guru. 10. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib. 11. Sihat tubuh badan, serta mempunyai kemampuan, keazaman, iltizam dan jati diri untuk mengikuti kursus sehingga tamat pengajian.



25



Bidang Pengajian Keutamaan



Calon-calon yang memenuhi criteria berikut akan diberi keutamaan: 1. Mempunyai pengalaman mengajar secara berterusan selama 5 tahun dalam mata pelajaran berkaitan dengan bidang yang dipohon. 2. Pernah menghadiri KSPK 1 tahun atau KDP 14 Minggu atau kursus0kursus profesionalisme lain yang sesuai dengan bidang yang dipohon. 3. Melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan bidan pengajian yang dipohon. 4. Telah menghasilkan bahan atau member sumbangan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang yang dipohon. 5. Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang atau baik dalam penilaian prestasi tahunan terkini. Cara mengemukakan borang permohonan



Borang yang lengkap diisi hendaklah dikemukan ke Bahagian Pendidikan Guru mengikut prosedur berikut: bagi guru sekolah menengah atau rendah, permohonan hendaklah dikemukakan melalui pengetua atau guru besar seterusnya kepada Pengarah Jabatab Pendidikan Negeri. Bagi guru sekolah menengah Vokasional dan sekolah menengah teknik, permohonan hendaklah dikemukakan melalui pengetua dan seterusnya Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Politeknik Jabatan Pendidikan Teknikal. Bagi pensyarah politeknik, permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pengarah Politeknik dan seterusnya kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik Jabatan Pendidikan Teknikal.



26



Bagi pensyarah Kolej Komuniti, permohonan hendaklah dikemukakan sendiri melalui Pengarah Kolej Komuniti dan seterusnya kepada Pengarah Bahagian Kolej Komuniti Jabatan Pendidikan Teknikal. Bagi Sekolah Pendidikan Khas permohonan hendaklah dikemukakan melalui guru besar atau pengetua dan seterusnya kepada Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Khas. Bagi Pensyarah Maktab Perguruan, permohonan hendaklah dikemukakan melalui pengetua atau seterusnya kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru. Bagi pegawai-pegawai yang sedang bekhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah,ataupun Bahagian Jabatan Pendidikan Negeri ataupun bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran permohonan hendaklah dikemukakan melalui ketua jabatan masing-masing. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazahyang berkhidmat dengan agensi luar daripada Kementerian Pelajaran, permohonan mestilah dikemukakn melalui ketua jabatan masingmasing. Bagi guru yang sedang mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan seperti Kursus 14minggu atau KSPK 1 tahun, permohonan hendaklah dikemukakn melalui guru besar ataupun pengetua sekolah masingmasing dan seterusnya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri. Program Khas Pendidikan Jarak Jauh – KPM dan OUM



Program Khas Pensiswazahan Guru secara pendidikan jarak jauh adalah satu lagi peluang yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk guru-guru memperoleh Sarjana Muda Pendidikan. Program kerjasama antara KPM dengan Open



27



University Malaysia (OUM) ini mula dilaksanakan pada tahun 2002. Sebanyak enam bidang ditawarkan : 1. 2. 3. 4. 5.



Bahasa Inggeris Matematik Kejuruteraan awam Kejuruteraan mekanikal Kejuruteraan mekanikal



Syarat dan kelayakan



Bagi semua kursus, pemohon akan diberi pertimbangan sekiranya: 1. Warganegara Malaysia 2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS/PPPLPD) 3. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh kemasukan. 4. Disahkan jawatan. 5. Memiliki sekurang-kurangnya SPM/MCE/SPMV. 6. Mempunyai kepujian dalam matapelajaran bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE/SPMV dan lulus ujian lisan di peringakat SPM/MCE/SPMV ataupun setaraf dengannya. 7. Memiliki Diploma Perguruan Malaysia/Sijil Perguruan Asas/ Sijil Guru Teknikal. 8. Tidak berdaftar dengan mana-mana university sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa. 9. Mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran yang berkaitan atau setaraf. 10. Tidak dikenakan ataupun dalam proses tindakan tatatertib. 11. Disokong oleg Guru Besar atau pengetua. 12. Disokong oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri ataupun ketua jabatan. 13. Cara memohon 14. Pengambilan program akan disiarkan di dalam akhbar tempatan pada Julai setiap tahun bagi kemasukan Bulan Januari tahun berikutnya.



28



15. Makluman berkenaan iklan itu juga akan disampaikan kepada semua Jabatan Pendidikan dan bahagian Kementerian. 16. Borang permohonan boleh diperoleh dengan memohon terus kepada pihak universiti ataupun lawati laman web http://www.oum.edu.my bagi maklumat lanjut.



Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia



Maklumat program pengajian



Bahagian Pendidikan Guru adalah agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program latihan perguruan praperkhidmatan dan dalam program perkhidmatan. Profesion perguruan adalah profesion yang dinamik dan penting yang sentiasa mengikut peredaran masa dalam pembinaan masyarakat dan Negara. Kurikulum latihan perguruan digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru bagi emlahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi. Visi



Sistem Pendidikan Guru yang bertaraf dunia daripada segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi Negara. Misi



Melaksanakan pnedidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru sentiasa berketerampilan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi



29



Bahagian Pendidikan Guru ini bertanggungjawab dalam pengurusan pendidikan keguruan praperkhidmatan meliputi aspek: 1. Menyediakan dasar. Perancangan, pendidikan keguruan dan unjuran pengambilan. 2. Mengurus pengambilan dan penempatan pelajar ke maktab perguruan. 3. Mengurus pendaftaran, kebajikan, disiplin, dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pelajar. 4. Merancang, mereka bentuk melaksanakan dan memantau pelaksanaan kurikulum. 5. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan praktikum. 6. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO). 7. Mengurus perancangan, penggubalan soalan, pentadbiran dan pemantauan perlaksanaan penilaian yang merangkumi kerja-kerja kursus peperiksaan. 8. Mengurus perancangan dan pelaksanaan program teknologi maklumat dan komunikasi. 9. Mengurus perancangan dan mengendali pengurusan , perjawatan, perkhidmatan dan kebajikan staf. 10. Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. 11. Merancang , mengurus, dan melaksana pemantauan keseluruhan program pendidikan keguruan secara berterusan. 12. Merancang dan melaksana aktiviti penyelidikan bagi tujuan pembangunan profesionalisme keguruan.



Program Pendidikan Guru untuk Lepasan SPM



BPG mengendalikan latihan perguruan praperkhidmatan untuk lepasan SPM adalah seperti berikut:



30



1. Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) berkembar dengan universiti luar dan dalam Negara: a. Kursus Persediaan selama empat semester di institusi atau maktab perguruan yang terpilih. b. Kursus Sarjana Muda Pendidikan (TESL) selama lapan semester dengan university yang dikembarkan dan tertakluk kepada mod latihan iaitu di maktab perguruan dan universiti. 2. Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, fizik, kimia dan biologi) dan diploma pendidikan untuk pelajar cemerlang ke universiti terkemuka luar Negara: a. Kursus A Level atau kursus persediaan selama tiga hingga empat semester di institusi pengajian tinggi ataupun kolej di dalam Negara yang terpilih. b. Kursus Sarjana Muda atau Ijazah Pertama di universiti-universiti luar Negara selama enam sehingga tujuh semester. c. Kursus Perguruan Lepasa Ijazah (KPLI) di maktab perguruan dalam Negara selama dua semester. Pembiayaan semasa pengajian



Calon yang terpilih untuk mengikuti program ini akan ditawarkan Biasiswa Perguruan Persekutuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.



Pinjaman Pelajaran



Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Biasiswa menguruskan bantuan kewangan, biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, politeknik dan universiti termasuk menguatkuasakan perjanjian biasiswa dan pinjaman. Penguatkuasaan kutipan bayaran balik pinjaman pelajaran dipertingkatkan secara berkomputer melalui SISKUTIP dan seterusnya memperkembangkan sistem pengkomputeran bagi semua aktiviti pemberian biasiswa melalui Sistem Maklumat



31



Bersepadu Biasiswa (SISPADU). Peminjam boleh membuat semakan status pinjaman dan baki bayaran melalui talian InfolineTelepinjaman, satu sistem semakan pinjaman melalui internet juga dilancarkan pada 13 April 2000. Pinjaman pengajian YTAR



Badan Berkanun Yayasan Tunku Abdul Rahman pula menyediakan pemberian pinjaman pengajian bagi mengikuti program ijazah pertama di IPTA ataupun IPTS di dalam dan di luar Negara. Skim pinjaman ini terbukan kepada semua warganegara Malaysia yang sudah mendapat tempat di IPTA ataupun IPTS dan keutamaan diberikan kepada pelajar tahun dua yang belum mendapat sebarang tajaan. Maklumat Lanjut



Setiausaha Bahagian, Bahagian Siswa, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 11-13, Blok E12, Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. Tel: 03-88847000 Yayasan Tunku Abdul Rahman, Paras 3, Blok K (Selatan), Pusat Bandar Damansara, 50604 KUALA LUMPUR. Tel: 03-2535895 & 2534898 Faks : 03-2534926



32



Bidang Tugas dan Tanggungjawab Mengikut Omardin Ashaari di dalam bukunya,Peranan,Tugas dan Tanggungjawab Guru di sekolah telah meletakkan beberapa peraturan kepada seseorang guru.Antaranya peraturan tetap guru yang telah tercatat di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/81 yang bertarikh 12 September,1981.Di bawah ini adalah sebahagian bidang tugas dan tanggungjawab rutin guru di sekolah. Tugas dan Tanggungjawab Guru Waktu bertugas



Guru diwajibkan berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula.Walaubagaimanapun,guru yang bertugas harian wajib hadir di sekolah 45 minit sebelum kelas bermula.Oleh itu,ketepatan masa bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,kaki-tangan sekolah dan pelajar perlu mematuhi peraturan masa menghadiri ke sekolah. Guru juga perlu mematuhi waktu bertugas di sekolah,masa rehat dan waktu pulang dari sekolah.Oleh itu,guru perlu menjalankan tugasnya berdasarkan jadual kerja yang telah diamanahkan kepadanya.Guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mereka mengajar kecuali mereka mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir. Begitu juga halnya dengan kegiatan atau upacara rasmi sekolah seperti Sambutan Hari Guru,Maulidur Rasul,Hari Kejohanan Sukan Tahunan,Hari Anugerah Cemerlang, dan sebagainya guru diwajibkan hadir ke sekolah bagi menyumbangkan tenaga dan menentukan program yang dijalankan berjalan lancar. Menandatangani Buku Kehadiran



Menandatangani buku kehadiran adalah sesuatu yang wajib apabila guru itu tiba di sekolah.Apa yang perlu mereka lakukan



33



adalah seperti menulis nama,waktu sampai dan menurunkan tandatangan.Selain itu,semua guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa keizinan daripada guru besar ataupun pengetua sekolah.jika keadaan tidak diingini berlaku seperti guru terlewat datang pada waktunya,beliau perlu berjumpa dengan guru besar ataupun pengetua bagi menjelaskan perkara yang sebenarnya.jika hal-hal kecemasan seperti sakit,kemalangan ,cuaca buruk dan sebagainya guru mesti menghubungi pihak pentadbir sekolah.Biasanye jika sakit mereka perlu mengemukakan surat cuti sakityang dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab.Surat ini mesti diserahkan apabila guru itu hadir semula bertugas. Guru Akademik Guru dianggap sebagai seorang ahli profesional.Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan segala sikap profesionalisme serta etika kerja yang cemerlang.Antara tugas-tugas yang biasa dilaksanakan oleh guru akademik itu adalah seperti:



Menulis buku persediaan mengajar harian Buku persediaan mengajar harian ini penting dan wajib ditulis sebelum guru melangkah kaki ke dalam kelas. Buku ini perlulah ditandatangani oleh pihak pentadbir biasanya pada setiap hari Isnin. Adalah menjadi kesalahan besar jika seseorang guru mengabaikan penulisan buku persediaan mengajar harian ini. Kementerian Pelajaran menetapkan peraturan berkenaan kaedah ataupun cara-cara pengisian buku ini. Biasanya buku persediaan mengajar harianmengandungi salinan jadula waktu persendirian termasuk analisisnya. Salinan Sukatan pelajaran tahunan , salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi kelas yang diajar. Buku rekod mengajar adalah hak milik sekolah dan ia perlu diserahkan ke pejabat apabila seseorang guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun. Memberi kerja rumah kepada pelajar



34



Biasanya guru menyediakan kerja rumah setiap kali di akhir pengajarannya di dalam kelas. Namun perlu diingatkan kerja rumah perlu juga mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh ketua jabatan ataupun guru kanan di sekolah masing-masing. Kerja rumah yang sudah disiapkan oleh murid perlulah disemak dengan teliti. Ketua jabatan ataupun guru kanan mata pelajaran diberi kuasa menyemak dan menentukan jenis buku kerja yang digunakan. Pemeriksaan buku tidak dibenarkan semasa waktu mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja murid di meja murid itu sendiri. Guru ganti Apabila guru tidak hadir ke sekolah kerana masalah tertentu, tugasnya akan diambil alih oleh rakan sejawatnya yang berperanan sebagai guru ganti. Guru ini perlu mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan kerana tugasnya dianggap tugas rasmi seperti biasa. Oleh itu, pengisian pengajaran kepada kelas yang diajar tidak boleh dianggap perkara remeh. Guru yang diamanahkan sebagai guru ganti ini perlu akur dengan arahan pentadibiran. Adalah menjadi kesalahan besar apbila guru ganti cuba menolak arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir. Pakaian dan kekemasan diri. Pakaian seorang guru perlu kemas dan segak. Bagi guru perempuan puka, mereka dilarang memakai pakaian yang mencolok mata. Adalah menjadi satu kesalahan jika guru memakai selipar atau memakai baju-T semasa di sekolah walaupun pada waktu petang. Sesuaikanlah pakai guru dengan keadaan dan majlis. Semasa mengajar Pendidikan Jasmani, guru perlu berpakaian sukan. Rambut perlu diurus dengan rapi supaya sentiasa kelihat kemas. Kebersihan



35



Guru juga bertanggungjawab menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau di sekolah seperti di bilik guru, bilik darjah, perpustakaan, padang, kantin, surau dan sebagainya.



Keselamatan dan perabot. Semua guru perlu memastikan dan menjaga keselamatan perabot supaya terus terpelihara dan selamat digunakan. Oleh itu, guru perlulah sentiasa memantau dan memerhatikan pelajar supaya tidak ada antara mereka yang merosakkan perabot sekolah. Ia juga perlu disusun supaya sentiasa nampak kemas dan tidak berselerak. Guru juga perlu melaporkan kepada guru yang bertugas harian dan pengetua sekiranya terdapat apa-apa kerosakan. Pelawat Guru seharusnya tidak membenarkan jurujual atau pelawat yang tidak dikenali masuk ke dalam kawasan sekolah mahupun berjumpa dengan pelajar di dalam kelas. Mereka dibenarkan masuk selepas keizinan daripada pihak pentadbir sekolah. Biasanya jurujua akan membuat jualan di kantin sekolah atau di mana-mana tempat yang dipersetujui oleh pihak pentadbiran. Papan kenyataan Semua notis atau maklumat akan ditampal di ruangan papa kenyataan yang berkaitan tentang aktiviti sekolah atau seumpanya perlu mendapat keizinan daripa pihak guru besar atau pengetua. Notis yang ditulis walaupun ditampal tanpa kebenaran daripada pihak sekolah adalah menjadi satu kesalahan dan pihak sekolah berhak menurunkannya. Membuat kenyataan akhbar. Guru dilarang membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak mewakili pihak pengetua ataupun atas nama sekolah. Guru perlu berbincang dengan pihak sekolah dahulu jika ini berbuat demikian.



36



Surat pekeliling. Surat pekeliling daripada pihak atasan seperti surat daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang hendak diedarkan kepada semua guru perlu mendapat persetujuan daripada pihak sekolah. Surat persatuan atau kelab. Guru yang ingin mengirimkan surat persatuan kepada ibu bapa perlulah terlebih dahulu melalui pihak pentadbiran sekolah. Ia tidak boleh dikeluarkan dengan sesuka hati tandap ditandatangani oleh pihak pentadbir. Menganjur lawatan sambil belajar. Biasanya apabila cuti penggal sekolah, sekolah akan menganjurkan lawatan sambil belajar. Namun sebarang lawatan yang dirancang itu perlu dirujuk kepada pihak pentadbir sekolah. Pihak sekolah akan mendapatkan kelulusan daripada Jabatn Pendidikan Negeri melalui guru besar atau pengetua. Permohonan itu perlu dibuat sekurang-kurangnya lima minggu sebelum tarikh lawatan.



Jemputan penceramah Lazimnya sekolah akan membayar jemputan penceramah dari luar bagi majlis-majlis tertentu seperti Mesyuarat PIBG, Motivasi Peperiksaan dan sebagainya. Semua surat yang berkaitan perlu mendapatkan persetujuam oleh guru besar atau pengetua sekolah masing-masing. Kutipan wang Guru penasihat persatuan, kelab dan sebagainya perlu mengambil berat tentang hal ini. Guru itu perlu menentukan wang yang perlu dikutip , rekod keluar duit. Guru tidak boleh menyalahgunakan



37



wang itu bagi kepentingan peribadi. Akaun bank boleh dibuka jika nilainy besar. Mengajar di kelas. Guru sebagai pendidik perlu mempunyai hubungan yang akrab dengan pelajarnya. Guru perlu bersopan santun, berbudi bahasa dan mengeluarkan kata-kata yang sedap didengar. Guru juga perlu memahami masalah yang dihadapi pelajar. Tugas mendisiplinkan pelajar terletak di bahu semua guru. Dalam melaksanakan tugas, guru perlulah sentiasa berbincang dengan guru besar atau pengetua sekolah. Selain itu guru hendaklah menunjukkan perwatakan yang baik supaya disegani dan dipandang tinggi oleh murid-murid. Guru Panitia kurikulum Bagi menentukan keberkesanan pengajaran, sekolah akan melantik beberapa panitia kurikulum. Guru yang dilantik sebagai ketua panitia akan bertanggungjawab melaksanakannya. Tugasnya mengetuai kumpulan yang mengajar sesuatu mata pelajaran di sekolah. Justeru semua mensyuarat yang berkaitan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi menentukan perlaksanaan aktiviti berjalan dengan kemas dan berkesan. Tujuan objektif panitia ditubuhkan di sekolah ialah: 1. Membuat penyelarasan, menyusun dan merancang segala pengurusan skema dan bahan-bahan mata pelajaran yang lain. 2. Membaiki dan menaikkan mutu serta keberkesanan dalam mata pelajaran tertentu. 3. Mendapatkan strategi mengajar yang berksesan mengikut arus pendidikan semasa yang membolehkan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 4. Memastikan sasaran prestasi tahunan pelajar tercapai berasaskan kepada unjuran akademik sekolah. 5. Merapatkan kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan akademik di sekolah.



38



6. Mengkaji sukatan pelajaran baru dan membuat komen serta teguran terhadap kesesuaian kepada Majlis Kurikulum Negeri. 7. Menilai keberkesanan buku-buku teks dan buku-buku kerja yang digunakan oleh pelajar di sekolah. 8. Menentukan segala objektif yang dirancang tercapai. 9. Mengelola kursus latihan dalaman untuk semua guru di sekolah. 10. Menjemput penceramah dari luar untuk memberikan ceramah kepada semua guru. 11. Memperbanyakkan sumber bahan pendidikan di sekolah. 12. Mengetahui perkembangan semasa melalui media massa. 13. Membuat pantauan dan penilaian tahunan kepada guru-guru yang terlibat dalam subjek yang diajar. 14. Membantu guru-guru mata pelajaran yang menghadapi masalah dan kesulitan. Jawatan dan Tugas Am Guru di Sekolah Tugas Panitia kurikulum di sekolah Panitia pelajaran diwujudkan di sekolah bagi memastikan perjalanan pengajaran dapat dijalankan dengan baik. Setiap panitia mata pelajaran dilantik oleh ketua iaitu guru kanan mata pelajaran yang mempunyai pengalaman yang luas. Tugas panitia adalah merancanag program yang berkaitan dengan subjek diajar selama setahun. Oleh itu, mesyuarat diadakan bagi menyusun program dan menentukan pelaksanaan aktiviti supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna. Tujuan panitia mata pelajaran. Pengurusan panitia mata pelajaran di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan panitia



39



mata pelajaran : 1. Merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat,objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan. 2. Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi,fungsi dan tugas panitia mata pelajaran di sekolah. 3. Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru mata pelajaran untuk merancang,melaksanakan,menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan. 4. Menggembleng tenaga guru mata pelajaran dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti panitia. 5. Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah,kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi,sikap dan tabiat belajar pelajar. 6. Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data/maklumat berkaitan dengan mata pelajaran di sekolah. Jawatankuasa Panitia Pengerusi : Guru besar atau pengetua Naib Pengerusi : Guru penolong kanan pentadbiran Setiausaha : Setiausaha peperiksaan Ahli Jawatankuasa : Semua ketua panitia mata pelajaran



Tugas jawatankuasa panitia 1. Berkerjasama dengan ahli panitia mata pelajaran menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.



serta



2. Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala aktiviti untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran berkaitan termasuk pencerapan P&P.



40



3. Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran dengan semua pihak yang lain mengenai segala hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan mata pelajaran berkaitan. 4. Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi kelas-kelas yang berkenaan. 5. Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk mendapat tahu tentang kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang harus diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pencapaian. 6. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan sentiasa mengetahui perubahan yang berlaku. 7. Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran yang terbaru daripada Setiausaha peperiksaan/Pengetua. 8. Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua tahun serta memberi perhatian berat tentang rancangan kerja pelajar-pelajar. 9. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan. 10. Memeriksa/menyemak gerakerja pelajar-pelajar dalam mata pelajaran berkaitan. 11. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkaitan dan memikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari semasa ke semasa. 12. Membekalkan buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata pelajaran serta memungut kembali pada akhir sesi persekolahan.



41



13. Memberikan senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli untuk perpustakaan kepada guru perpustakaan/pusat sumber . 14. Mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku kerja/tambahan yang perlu digunakan oleh pelajar bagi tiaptiap tingkatan. 15. Mengkaji buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan menentukan pemilihan buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks. 16. Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalansoalan peperiksaan dalaman dan luar untuk dijilidkan dengan baik dan seterusnya menyerahkan kepada Guru Pusat Sumber sebagai bahan rujukan. 17. Menyelenggarakan dengan sempurna, lengkap kemaskini kenyataan khas mata pelajaran berkaitan.



dan



18. Mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali sepenggal atau lebih kerap lagi, jika perlu (atau mengikut takwim sekolah). 19. Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata pelajaran berkaitan melalui bacaan, menghadiri kursus/seminar atau mesyuarat yang berkaitan. Dalam perkataan lain, Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis dan inovatif sebagai teladan kepada semua ahli panitia. 20. Menjalankan semua arahan yang Pengetua/GPK dari semasa ke semasa.



diberikan



oleh



21. Merekod dan mengemas kini penilaian bulanan, semester dan tahunan di kalangan guru yang mengajar setiap mata pelajaran. Memantau latihan, tugasan dan rampaian yang diberikan kepada semua pelajar.



42



Pendaftaran pelajar baru Guru Kelas Guru kelas yang dipertanggungjawabkan akan mencatatkan segala maklumat dan butiran peribadi pelajar baru. Maklumat ini akan dimasukkan ke dalam buku pendaftran pelajar. Penyemakan perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat atau butiran yang tercatat dikemas kini. Guru itu perlu menyerahkan Buku Pendaftaran Pelajar kepada guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM). Guru kelas ini juga perlu memastikan segala maklumat sulit murid atau pelajar tidak didedahkan. Bidang Tugas: 1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah. 2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar. 3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah. 4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah. 5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu. 6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, erhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar. 7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan



43



permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran. 8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah. 9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain. 10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan. 11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis. 12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar. 13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik. 14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain. 15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar. 16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja. 17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet. 18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.



44



20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa. 21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. 22. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru. Guru penyelaras kokurikulum



Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah



a. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek). b. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. c. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. e. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh. f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan. g. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum. h. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain. i. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. j. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. k. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. l. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. m. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar. Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum



45



a. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai. b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah. c. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum d. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan. e. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum. f. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum. g. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar. h. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum. i. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit. j. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.



Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum



a. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. b. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guruguru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. c. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan. d. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.



46



e. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. f. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi. g. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka. Tanggungjawab Setiausaha Sukan



a. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah. b. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM. c. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan. d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan. e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah. h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan. i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. l. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah. m. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform



a. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.



47



b. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. c. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. d. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. f. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. g. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum - mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. - Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum. h. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti: - Borang penyertaan persatuan - Borang senarai AJK dan ahli - Buku laporan aktiviti i. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod. j. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin



a. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. b. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. c. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. d. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. e. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. f. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. g. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan. h. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.



48



i. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan. j. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan. k. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. l. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan. m. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. n. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. o. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. p. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. q. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. r. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. s. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. t. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan



a. Membentuk jawatankuasa. b. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan. c. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. d. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. e. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. f. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.



49



g. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. h. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. i. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. j. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. k. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar. l. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. m. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan. n. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkahlangkah untuk mempertingkatkan. o. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara) p. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, kebudayaan & Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan. q. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.



Tugas Guru Akademik/mata pelajaran



1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu inggi. 2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti. 3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti. 4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja



50



pelajar itu sendiri. 5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar. 6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir. 7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar. 8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajarpelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktivitiaktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah. Buku Ringkasan Mengajar: 1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. 2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu. 3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia berbuat demikian. Perhubungan Guru Dengan Pelajar:



51



1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar. 2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar.Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru disiplin. 3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan. 4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau Guru Besar. 5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya. 6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar. 7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera. Guru bertugas mingguan 1. Menghadirkan diri 30 minit awal sebelum loceng sekolah berbunyi. 2. Pulang lewat 30 minit selepas laoceng sekolah dibunyikan.



52



3. Mengambil berat dan bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan kepadanya. 4. Bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar semasa bertugas. 5. Memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan ceria. 6. Menandatangani bagi pihak pengetua bagi kes-kes: 7. Permohonan keluar awal daripada waktu biasa. 8. Kebenaran untuk pelajar ke hospital bagi menerima rawatan. 9. Mengadakan perhimpunan harian jika diarahkan oleh guru besar/pengetua. 10. Mencata laporan bertugas mingguan dan diserahkan kepada pentadbiran sebelum pulang dari sekolah. 11. Memastikan bendera sentiasa dinaikkan pada hari persekolahan. Bendera lama perlu digantikan dengan yang baru dan jika ada sebarang kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak pentadbir. 12. Mengawasi pengurusan di kantin supaya teratur semasa waktu rehat. Jika perlu arahkan pengawas mengawasi disiplin pelajar pada masa rehat agar sentiasa terkawal. 13. Jika pelajar mengalamai kecederaan atau sakit, guru perlu membawanya ke hospital atau menghantar ke rumah. Guru Pusat Sumber 1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan membaca termasuk Program NILAM. 3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan literasi teknologi pendidikan. 4. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah 5. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah. 6. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.



53



7. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan melalui penggunaan carian maklumat secara berkomputer. 8. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti, mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar Pusat Sumber Sekolah. 9. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 10. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah. 11. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan pelbagai kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 12. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan penyampaian maklumat serta penghasilan media. 13. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam merancang, mengajar, menilai pengajaran dan pembelajaran berkaitan kemahiran mengakses, mengguna dan mempersembahkan maklumat. 14. Bekerjasama dengan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT dalam memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media. 15. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat warga sekolah. 16. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah. 17. Menilai keberkesanan pelaksanaan program, perkhidmatan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.



54



18. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan Pusat Sumber Sekolah. 19. Menjalankan kajian / inovasi berkaitan peningkatan perkhidmatan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 20. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan Pusat Sumber Sekolah. 21. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah. 22. Melaporkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah kepada Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Guru Biasiswa atau Kebajikan 1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik. 2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002. 3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat. 4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar. 5. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada. 6. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah. 7. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.



Guru Disiplin



55



Bidang Tugas: 1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya. 2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan. 3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. 4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar. 5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain. 6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah. 7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan. 8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai. 9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah. 10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah. 11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah. 12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya. 13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar. 14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari



56



perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. 15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiaptiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor. Guru bimbingan dan kaunseling 1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. 2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya. 4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan. 5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.



Guru Buku Teks (SPBT) 1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks. 2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya. 3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks. 4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.



AJK PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berperanan dalam merangka segala aktiviti bagi membantu sekolah dalam hal-hal yang melibatkan kebajikan pelajar. Ahli jawatankuasa dalam kalangan



57



guru dilantik oleh guru besar atau pengetua melalui undi guru-guru. Berikut adalah jawatan-jawatan yang dilantik dalam organisasi PIBG dalam kalangan guru: Carta Organisasi Jawatankuasa 1. Pengerusi. 2. Naib Pengerusi. 3. Setiausaha. 4. Penolong Setiausaha. 5. Bendahari. 6. Penolong Bendahari. 7. Ahli Jawatankuasa (5 – 7 orang). 8. Pemilihan dua orang juru audit. Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa



-



Pengerusi



a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. b. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. -



Naib Pengerusi



a. Membantu pengerusi dalam tanggung jawab yang diberi.



menjalankan



tugas



dan



b. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. -



Setiausaha



58



a. Menguruskan hal-hal surat menyurat. b. Mencatat dan menandatangani mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.



minit



c. Mencatat kehadiran ahli d. Menyimpan persatuan.



dokumen



yang



berkaitan



dengan



e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. -



Penolong Setiausaha



a. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. b. Menjalankan Setiausaha.



tugas



Setiausaha



sewaktu



ketiadaan



c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. -



Bendahari



a. Bertanggungjawab Persatuan



berkenaan



semua



hal



kewangan



b. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. c. Menyediakan Penyata Kira-Kira serta menandatanganinya.



bulanan



dan tahunan



d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.



59



di



d. Menyediakan Laporan Kewangan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.



di



audit



dan



e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. -



Penolong Bendahari



a. Menjalankan tugas-tugas Bendahari Bendahari.



sewaktu ketiadaan



b. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. -



Ahli Jawatankuasa



a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. b. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa -



Pemeriksa Kira-Kira



a. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya. b. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.



Peranan Guru 1. Pengajar- menyampaikan ilmu 2 Pendidik – merangsang pembentukan sahsiah yang positif 3 Pemimpin – 4 Penjaga dan pengawas tingkah laku sebagai pengganti ibu bapa



60



5 Penasihat ataupun kaunselor 6 Perawat – fizikal dan emosi 7 Pendisiplin 8 Kawan 9 Penyelesai masalah 10 Penghubung sumber – khususnya maklumat kerjaya 11 Pengikut 12 Perangsang perkembangan minda pelajar 13 Pendorong dan penggerak 14 Model ikutan 15 Doa-mendoakan



61



Motivasi kepada Bakal Guru Bagi menjadi guru yang berjaya, kita perlu: • Tenang • Seronok • Bersemangat • Lapang dada • Niat hendak membaiki diri setiap masa • Melibatkan diri sepenuhnya • Banyak bertanya dan berbincang. Tiga kategori manusia: 1. Berjaya- Hari ini lebih baik daripada semalam 2. Terpedaya – Hari ini sama seperti semalam. 3. Celaka – Hari ini lebih teruk daripada semalam. “ Seseorang yang mempunyai dua hari yang berbeza (daripada segi pencapaian) pasti menemui kegagalan.” (Al-Dailami) “ Sebaik-baik manusia adalah mereka yang apabila melakukan pekerjaannya, mereka akan melakukan dengan cara yang paling baik.” (Kata Nabi Muhammad) “ Sesungguhnya kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.” (Surah Al-Tin) Dua Perkara yang Perlu Ada jika Hendak Berjaya 1. Ada keyakinan yang mendalam dalam diri. 2. Komitmen hendak melaksanakan program pembangunan diri setiap hari. Kenapa manusia tidak cemerlang? • Tidak kenal kehebatan diri. • Tiada matlamat yang jelas.



62



• Imej Diri- label diri yang negatif. • Dipengaruhi persekitaran )berkawan dengan orang yang negatif ) • Tidak tahu cara hendak mendorong diri. • Dikuasai pemikiran negatif • Mempunyai sentiment yang salah pada kerja • Tidak seronok dengan dengan tugas. • Tidak berdoa Potensi manusia 1. Orang yang berfikir, paling minimum mempunyai 10 000 000 000 sel otak. 2. Orang yang rajin berfikir mempunyai lebih kurang 1000 000 000 000 sel otak. 3. Kapasiti sel otak seperti satu computer besar (main frame). 4. Otak kita mampu menampung paling minimum 120 kemahiran. Sentiasa muhasabah diri 1. Kita perlu bertanya pada diri sendiri: a. Siapa diri saya? b. Apakah kekuatan saya? c. Apakah kelemahan saya? d. Setakat mana kecemerlangan saya?



2. Apakah usaha yang sudah dan akan saya jalankan bagi memajukan diri saya? 3. Bagaimana orang lain melihat diri saya? a. Peramah? b. Pendiam? c. Sombong? d. Suka membantu? e. Dedikasi? f. Boleh dipercayai?



63



4. Adakah orang lain rasa selesa apabila berdamping dengan saya? 5. Apakah yang saya perlu lakukan bagi membuat mereka berasa selesa? 6. Adakah saya berfikiran terbuka dan sentiasa mencari kebaikan orang lain? 7. Adakah perlakuan saya selaras dengan apa yang dimaksudkan? 8. Apakah matlamat jangka pendek saya? 9. Apakh matlamat jangka panjang saya? 10. Dari manakah saya datang dan ke manakah pula saya akan pergi? Penerimaan Kendiri dan Prestasi



1. Bagaimana kita menilai diri sendiri? 2. Apakah yang sepatutnya kita berikan kepada diri kita? 3. Label yang kita berikan pada diri akan mempengaruhi perlakuan dan prestasi kita. 4. Label diri susah hendak dipadamkan. 5. Selagi kita tidak dapat mengubah gambaran mental pada diri, selagi itulah kita akan bertindak mengikut cara lama. 6. Jika anda mahu menjadi manusia cemerlang, jangan sekalikali memikirkan kegagalan. 7. Jangan beri peluang kegagalan bertapak dalam fikiran anda. 8. Jangan masukkan sampah sarap ke dalam otak. “Kalau kita sangka kita malas maka malaslah kita. Kalau kita sangka lembap maka lembaplah kita. Kalau kita fikir kita mangkuk maka mangkuklah kita. Tetapi, kalau kita fikir kecemerlangan itu mudah, maka mudahlah kecemerlangan. Teknik Mendorong diri untuk menjadi guru yang cemerlang. 1. Sentiasa berpegang pada ,” Belakang parang jika diasah lagikan tajam”



64



2. Apa yang kita buat sekarang tidak semestinya tepat. Oleh itu, sentiasa perbaiki diri. 3. Pekerjaan= Gaji+ Pahala+ Rahmat Tuhan 4. Bersikap positif 5. Kemesraan 6. Rebut segala peluang yang ada. Ciri-ciri Guru yang Bermotivasi 1. Sentiasa awal dan mendahului 2. Sentiasa bersemangat 3. Sentiasa tekun dan rajin 4. Sentiasa positif dan optimis 5. Sentiasa cekal dan tabah. 6. Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan. 7. Sentiasa menghasilkan kerja yang cemerlang. 8. Sentiasa sabar dan bersyukur. 9. Sentiasa solat dan berdoa. Ciri-ciri guru yang dianggap Profesional 1. Tidak perlu arahan atau penyeliaan rapi. 2. Tidak menganggap dirinya penolong bos 3. Tidak bekerja terlalu mengikut masa yang ditetapkan 4. Membuat keputusan sendiri. 5. Sentiasa perbaiki diri. 6. Sentiasa member sumbangan idea. 7. Menghormati sesuatu yang peribadi. 8. Kerja kuat dan Smart 9. Bertanggungjawab dan setia kepada organisasi. 10. Mengikut peraturan (tiada jalan pintas) 11. Sensitif kepada persekitaran. 12. Bangga dan seronok dengan tugas. 13. Menerima teguran dengan hati terbuka. 14. Bersedia untuk berubah kea rah yang positif. 15. Sentiasa bersyukur.



65



“ Sesiapa sahaja letih pada waktu pagi akibat bekerja terlalu kuat, semua dosanya akan diampunkan pada petang itu.” (Nabi Muhammad) Lihat kebaikan-kebaikan organisasi sekolah. 1. Suasana kerja 2. Ganjaran 3. Peluang-peluang pembangunan diri. 4. Peluang-peluang pembangunan kerjaya. 5. Kepimpinan dalam organisasi 6. Kebaikan berbanding organisasi lain. 7. Lain-lain kebaikan. Persekitaran Kondusif 1. Mengubah kedudukan kerusi dan menja supaya tidak membelakangkan kiblat. 2. Menampla gambar-gambar yang dapat menenangkan fikiran dan diharuskan oleh syariat. 3. Menampal poster mengandungi slogan atau kata-kata hikmat yang merangsang minat bekerja. 4. Mengemas keadaan sekeliling supaya tersusun. 5. Memastikan cahaya lampu cukup bagi bekerja dengan selesa. 6. Suasana tiada gangguan dan kebisingan. Faktor-faktor mempengaruhi imej guru yang menawan. 1. Solat 2. Bersangka baik 3. Senyum ikhlas 4. Sedekah 5. Sabar 6. Seronok 7. Sayang-menyayangi 8. Sahsiah yang positif 9. Sunah



66



10. 11. 12. 13. 14. 15.



Sakaratul maut Syukur Stail Sistematik Maaf-memaafkan Doa



Petua mengikis kesombongan yang perlu diamalkan oleh seorang guru 1. Berdoa 2. Memberi salam 3. Member khidmat secara berterusan 4. Amalkan sunah harian 5. Kerap ziarah menziarahi 6. Selalu ingat mati 7. Sentiasa bermaaf-maafan 8. Memakai pakaian lama 9. Muhasabah dan murakabah 10. Bergaul dengan orang miskin ataupun orang istimewa. 11. Istighfar apabila dipuji dan bersyukur apabila dikritik. 12. Banyakkan bersedekah ataupun beri makan. 13. Kutip makanan yang jatuh. 14. Kurangkan makan *Ingat, segala kehebatan adalah ihsan dari Allah Taala.



Kita tidak boleh mengharapkan nasib dalam memilih kerjaya dalam hidup. Apabila anda mengetahui dengan jelas berkenaan sesuatu kerjaya, maka buatlah keputusan dengan bijak. Lihatlah setiap kerjaya yang diceburi dalam aspek berikut: • Kelayakan akademik • Minat • Kemampuan diri sendiri • Gaji dan pencen yang ditawarkan. • Peluang kenaikan pangkat masa depan.



67



Andalah yang menentukan kejayaan anda. Pilihan anda adalah kehidupan anda di masa hadapan. Anda menentukan pencapaian dan hala tuju sendiri. Buku kerjaya ini hanya menceritakan berkenaan perkara asas yang perlu diketahui oleh semua masyarakat tetapi sejuah manakah anda meletakkan kejayaan diri anda, semuanya terpulang pada anda sendiri. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak boleh? Percayalah pada kebolehan dan kemampuan diri anda. Jadikan buku ini sebagai panduan perjalanan dalam menentukan masa depan anda. Mulakan langkah menuju ke arah kerjaya anda sekarang. Sekian, Wassalam.



68