Kertas Cadangan Projek Praktikum [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KERTAS CADANGAN PROJEK PRAKTIKUM SEKOLAH KEBANGSAAN STUNGGANG MELAYU, D/A PPD LUNDU, KUCHING, SARAWAK PROJEK MENCERIAKAN KELAS PEMULIHAN / LINUS ANJURAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG TARIKH: 02 – 13 SEPTEMBER 2013 NAMA: SITI NORSAEDAH BINTI CHE MANSOR MONALISA ANGELICA MODING PROGRAM: PRAKTIKUM PISMP AMBILAN JANUARI 2011 (PRAKTIKUM 2)



1. PENDAHULUAN Program ini dirangka untuk menjayakan projek semasa praktikum. Program ini juga dirangka bagi membuat penambahbaikan dan keceriaan di dalam bilik pemulihan dengan mengaplikasikan konsep 5S iaitu sisih, susun, sapu,seragam dan sentiasa amal (rujuk lampiran 1). Fokus aktiviti adalah untuk membuat hiasan dan mewujudkan kiosk-kiosk di sudut kelas pemulihan. 2. RASIONAL Kelas pemulihan di sekolah merupakan satu kelas yang perlu di ambil perhatian oleh pihak sekolah.Ia tidak boleh di pandang remeh oleh pihak sekolah kerana kelas ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid yang terpilih. Oleh itu, kelas ini perlu di buat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu selaras dengan kehendak keperluan semasa. Rasional projek ini dibuat adalah untuk mengemaskini peralatan dan kiosk yang ada di dalam kelas pemulihan. Kiosk-kiosk yang bakal diwujudkan memberi informasi dan membantu murid memahami pelajaran dengan lebih efektif. 3. OBJEKTIF PROJEK Objektif projek ini dijalankan ialah: a) Meningkatkan keceriaan dan keselesaan di dalam kelas pemulihan dengan hiasan dinding. b) Menyusun atur alatan serta bahan bantu mengajar dengan cara yang betul dan sistematik. c) Memperbanyakkan bahan bantu mengajar di dalam kelas pemulihan. d) Mempraktikkan amalan 5S dalam kelas Pemulihan Khas. 4. TARIKH PROJEK Tarikh yang dicadangkan untuk melaksanakan projek ini ialah: 02 hingga 13 September 2013



5. TEMPAT PROJEK



Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu. 6. ORGANISASI PROJEK JAWATANKUASA INDUK PROJEK MEMBUAT MURAL DAN MEMBUAT KIOSK DI BILIK PEMULIHAN 2013 PENYELARAS : Mohamad Zen B. Masli (Guru Besar ) PENASIHAT : Jamadil Bin Eri (PK 1) Zamri B.Awang ( Pk HEM ) Kamarudin B. Muhe (Pk Kokurikulum ) PENGERUSI : Monalisa Angelica Moding NAIB PENGERUSI : Siti Norsaedah binti Che Mansor SETIAUSAHA : Siti Norsaedah binti Che Mansor BENDAHARI : Monalisa Angelica Moding



AHLI JAWATANKUASA : 



Monalisa Angelica Moding







Siti Norsaedah binti Che Mansor



7. SUMBER KEWANGAN



Semua kos penyelenggaraan di tanggung oleh guru pelatih



RM71.00



8. ANGGARAN PERBELANJAAN



BIL



PERKARA



KUANTITI



JUMLAH



1.



Kad manila



5 keping



5 x RM 1.00



2.



Kertas warna



20 keping



20 x RM 0.60



3.



Kertas A4



1 rim



RM 10.00



4.



Kertas A4 berwarna



1 rim



RM 10.00



5.



Gam



1 botol



RM 5.00



6.



Double tape



1 set



RM 3.00



7.



Plastik laminate



20 keping



RM 5.00



8.



Mounting board



2 keping



2 x RM10.50 JUMLAH RM 71.00



9. PENUTUP Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-murid. Ia sekaligus dapat meningkatkan lagi keselesaan penggunaan dan sedikit sebanyak dapat



membantu



murid



pemulihan



memperoleh



kemahiran



dan



ilmu



pengetahuan dengan efektif sekali gus menarik minat murid pemulihan untuk belajar di dalam kelas pemulihan. Diharapkan semoga projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan.



Disediakan oleh :



Disemak oleh :



(SITI NORSAEDAH BINTI CHE MANSOR)



(MONALISA ANGELICA MODING)



Setiausaha,



Pengerusi,



Projek Praktikum 1,



Projek Praktikum 1,



IPG Kampus Batu Lintang



IPG Kampus Batu Lintang



Diluluskan oleh :



(MOHAMAD ZEN B. MASLI) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Encik Buyong.