Keutuhan Leksikal [PDF]

  • Author / Uploaded
  • rahim
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Keutuhan Leksikal ini merangkumi pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dimana



dalam



sesebuah



wacana



ia



melibatkan



unsur



pengulangan perkataan. Keutuhan leksikal merujuk kepada hubungan antara bahagian wacana, iaitu antara perkataan (leksikal) dalam wacana tersebut. Hubungan leksikel dalam wacana tercapai apabila penggunaan kosa kata yang sesuai dan serasi. Terdapat enam jenis hubungan yang membentuk keutuhan leksikal seperti berikut pembuka dan penutup, akronim, pengulangan, persamaan leksikal ataupun sinonim dan kolokasi serta hiponim. Pertalian unsur-unsur leksikel dalam sesebuah wacana yang dapat dilihat melalui hubungan dimana hubungan yang pertama ialah repitisi dimana ia ialah pengulangan satuan lingual (bunyi suku kata, kata dan perkataan) yang dianggap penting untuk memberi tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai. Berdasarkan tempat satuan lingual yang diulang dalam baris, klausa atau kalimat, repitisi dapat dibezakan mengikut lapan jenis iaitu repetisi epizueksis, tautotes, anafora, epifora, simplok, mesodiplosis, epanalepsis dan anadiplosis. Jenis hubungan yang kedua ialah menggunakan sinonim atau ekuivalensi leksikel dimana ia menunjukkan penggunaan lebih dari satu bentuk bahasa yang secara semantik memiliki kesamaan atau kemiripan. Sinonim terjadi pada pada morfem bebas dengan morfen terikat, kata dengan kata, kata dengan frasa atau sebaliknya, frasa dengan frasa dan klausa atau kalimat dengan klausa atau kalimat. Hubungan yang seterusnya ialah antonim kata dimana ia juga disebut sebagai posisi makna. Posisi makna adalah konsep yang berlawanan untuk menunjukkan makna kontra sahaja. Berdasarkan antonim, posisi makna dapat dijelaskan kepada lima jenis iaitu posisi mutlak, posisi kutub, posisi hubungan, posisi hierarki dan posisi majmuk. Bagi jenis hubungan hiponim pula penggunaan kata-kata yang berkaitan anatar satu dengan yang lain. Dalam erti kata lain, hiponim juga ditakrifkan sebagai



suatu perkataan yang memberi makna kepada suatu perkataan yang lain. Dapat kita lihat dalam contoh ini, ‘dia menjaga basikalnya dengan cermat, maklumlah itu satusatunya kenderaan yang dimilikinya’. Selain itu, Jenis hubungan yang menggunakan kolokasi (hubungan kedudukan) dan secara umumnya, ia digunakan secara beriringan dalam suatu konteks ayat yang ingin disampaikan. Akhir sekali ialah pembuka dan penutup wacana dimana antara contoh pembuka dan penutup wacana ialah alkisah, sebermula, maka dengan hormat (dalam karya klasik), dengan bangga, dukacita dan juga kata-kata seperti sekalian, wassalam, hormat daripada kami dan sebagainya. Dalam konteks kepentingan penanda wacana, Kehadiran wacana dianggap signifikan dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penanda wacana yang tidak tepat akan menyebabkan idea yang berurutan seolah-olah tidak mempunyai kesatuan dan pautan yang lengkap. Penanda kata wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Penanda kata ini perlu diberikan perhatian dalam semua bahagian karangan, daripada bahagian pendahuluan, isi, huraian isi, contoh dalam huraian hinggalah kepada bahagian penutup. Dalam konteks penanda wacana bagi bahagian pendahuluan, Pengunaan frasa kata dalam contoh ayat di atas membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha memulakan sesebuah karangan. Bagi penanda wacana bahagian isi pula pengunaan frasa kata seperti “Pelbagai punca…”, “Selain itu…”,dan lain-lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman daripada segi pembendaharaan kata yang sangat diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan. Dalam huraian isi, penanda kata wacana dan pola ayat perlu diberikan perhatian juga. Pengunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak terpisah antara satu sama lain. Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian,penggunaan frasa kata yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuaian konteks ayat. Untuk penanda wacana bagi bahagian penutup pula jelaslah,aspek penanda kata wacana akan mempengaruhi pengolahan , struktur ayat, pemerengganan, kosa kata,dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik.