Keutuhan Wacana PP Sejarah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Keutuhan Wacana Malviro Micky Nur Hidayah Nurizyani



Keutuhan Semantik



Keutuhan Fonologi



Keutuhan Wacana



Keutuhan Gramatika l



Keutuhan Leksikal



Hubungan Dari Segi Semantik.  Dapat



dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.  Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :  1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.  2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.



Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana Hubungan Sebab Dan Akibat



Hubungan Sebab Dan Tujuan



Hubungan Sebab Dan Hasil



• Amir tidak bersungguhsungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.



• Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.



• Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah



Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana Kesatuan Tajuk Atau Topik • Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguhsungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)



Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar • A. Sudah siap? • B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)



Laras Bahasa Yang Digunakan • Laras bahasa dalam iklan – walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputusputus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.



Keutuhan Dari Segi Fonologi Dilihat daripada segi hentian suara, nada suara dan intonasi suara. Ini dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana. Intonasi suara berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat.  a. Malaysia negara yang aman.  b. Negara yang aman, Malaysia. (ayat penyata)  c. Aman negara Malaysia?. (ayat tanya) 



Keutuhan Dari Segi Leksikal Hubungan



wacana berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan.



Antonim: Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara



Sinonim: Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti.



Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.



Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi. Aku bersa sangat letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipeluhi dengan daki.



Keutuhan Dari Segi Gramatikal  Wacana



berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa. Ini dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatik seperti penanda rujukan, penandan penggantian dan penanda penghubung



PENANDA RUJUKAN



PENANDA PENGGANTIA N



PENANDA PENGHUBUN G



• Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan. • Contoh penggunaan kata ganti nama diri orang : Radiahmerupakan pelajar yang amat rajin. Dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. (Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan ialah dia .)



• Penanda penggantian bermaksud menggantikan sesuatu unsur bahasa dengan unsur yang lain . • Contoh penggunaan penanda penggantian ialah : Pelajar-pelajar itu seringponteng sekolah . Perbuatan tersebut hanya merugikan mereka.



• Penanda penghubung digunakan bertujuan menghubungkan kata dengan kata , frasa denganfrasa , dan ayat dengan ayat . • Contoh penggunaan penanda penghubung : • Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara kepakaran individu dengan pembahagian tugas di tempat kerja. Selain itu , rencana ini juga akan menghuraikan amalan pengurusan danpentadbiran di pejabat.



Rujukan  Rujuk



Nota, (2009), Keutuhan Wacana, diakses dari http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/ keutuhan-wacana.html