Koleksi Qs Esei & Skima Eko 2 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KOLEKSI SOALAN ESEI & JAWAPAN EKONOMI 2 STPM DISUSUN OLEH: PN. NORHAYATI BT ISMAIL JABATAN EKONOMI PPU SMK SULTAN IBRAHIM (2) PASIR MAS, KELANTAN



1



BAB 1 PENGENALAN 1



Dengan menggunakan carta/gambar rajah aliran pusingan pendapatan/aliran wang, huraikan aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi tiga sektor @ jelaskan peranan isirumah, firma dan kerajaan dalam ekonomi tiga sektor. [10] (1)Pendapatan factor pengeluaran (Y) PASARAN FAKTOR (5)Tabungan (S)



ISI RUMAH



(6)Pelaburan (I) INSTITUSI KEWANGAN



FIRMA



(3) Cukai (T)



(4) Perbelanjaan kerajaan (G)



(3) Cukai (T)



KERAJAAN N



(4) Perbelanjaan kerajaan (G)



PASARAN BARANG (2) Perbelanjaan penggunaan (C)



Isirumah: i. Mendapat pendapatan (Y) iaitu upah, sewa, bunga dan untung kerana menawarkan faktor pengeluaran kepada firma (aliran 1) ii. Melakukan perbelanjaan penggunaan (C) iaitu membeli barang dan perkhidmatan daripada firma (aliran 2) iii. Membayar cukai kepada kerajaan (aliran 3) iv. Melakukan tabungan ke dalam institusi kewangan (aliran 5) Firma: i.



Membayar kepada isi rumah kerana membeli faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang (aliran 1)



ii. Melakukan pelaburan seperti membeli barang modal (aliran 6) iii. Membayar cukai kepada kerajaan (aliran 3) Kerajaan : i. Melakukan perbelanjaan kerajaan kepada isi rumah dan firma (aliran 4) ii.Menerima cukai daripada isi rumah dan firma (aliran 3) # Jika ekonomi 4 sektor/terbuka...tambahkan sekt luar neg (SLN) di bawah sekt kerajaan, tandakan aliran eksport dari firma ke SLN dan aliran import dari isi rumah dan firma ke SLN 2



2 Huraikan lima alasan untuk mencapai matlamat ekonomi berikut: (a) Tingkat guna tenaga penuh [10] (b) Memperbaiki imbangan pembayaran/imb. pembayaran yang memuaskan /imb. Pembayaran lebihan [10] (c) Kestabilan tingkat harga umum [10] (d) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi [10] (a) Alasan untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh ialah: i.



Mengurangkan kadar pengangguran hingga kadar 3-4%



ii. Meningkatkan taraf hidup kerana buruh ada pendapatan iii. Mengelakkan pembaziran sumber iv. Meningkatkan pendapatan negara/pertumbuhan ekonomi kerana keluaran negara dapat dimaksimumkan (b) Alasan untuk memperbaiki imbangan pembayaran ialah: i.



Mengukuhkan kadar pertukaran asing/nilai matawang. Ini kerana permintaan RM melebihi penawaran RM



ii. Meningkatkan rizab asing/antarabangsa. Dengan rizab asing yg meningkat maka dapat membayar import tertangguh iii. Menggalakkan pelaburan asing ke dalam negeri kerana harga stabil menyebabkan kos pelaburan stabil iv. Menstabilkan harga dalam negeri di mana penawaran wang tidak bertambah dgn banyak (c) Alasan untuk mencapai kestabilan tingkat harga ialah: i.



Mengekalkan kestabilkan kuasa beli. Ini menstabilkan kos sara hidup/taraf hidup



ii. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Ini kerana perbelanjaan agregat (AE) meningkat maka pendapatan negara meningkat iii. Menggalakkan tabungan Ini kerana penyimpan mendapat pulangan benar yang stabil 3



iv. Menggalakkan pelaburan Ini kerana kos pelaburan yg stabil v. Meningkatkan sektor luar Ini kerana menggalakkan eksport kerana harga eksport stabil dan mengurangkan import (d) Alasan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yg tinggi i.



Meningkatkan taraf hidup/taraf kebajikan penduduk Ini kerana pertumbuhan ekonomi meningkatkan pendapatan negara maka pendapatan per kapita meningkat



ii. Meningkatkan guna tenaga/ mengurangkan pengangguran . Ini kerana pertumbuhan ekonomi mewujud banyak peluang pekerjaan iii. Meningkatkan pelaburan asing dan domestik. Ini kerana pertumbuhan ekonomi meningkatkan kuasa beli masyarakat dan ini menarik pelabur untuk melabur iv. Meningkatkan hasil/pendapatan kerajaan. Pertumbuhan ekonomi meningkatkan keuntungan syarikat, meningkatkan pendapatan pekerja. Maka dapat meningkatkan kutipan hasil cukai syarikat dan cukai pendapatan. v. Mencapai kestabilan sosio politik Ini kerana pertumbuhan ekonomi menyebabkan pendapatan negara meningkat, kemiskinan berkurang menyebabkan agihan pendapatan semakin seimbang dan masalah jenayah berkurang. vi. Mengurangkan hutang kerajaan Ini kerana dengan pendapatan negara meningkat maka pendapatan kerajaan meningkat dan dapat membayar hutang kerajaan



3 Takrifkan dan terangkan petunjuk makroekonomi berikut mengukur prestasi ekonomi sebuah negara (i) Kadar pengangguran (ii) Kadar inflasi (iii) Kadar pertumbuhan ekonomi [10] (i) Kadar pengangguran



4



Kadar pengangguran ialah peratusan tenaga buruh yang aktif mencari kerja tetapi tidak memperoleh pekerjaan. Kadar pengangguran = Tenaga buruh – Gunatenaga ______________________ x 100 Tenaga buruh Kadar pengangguran meningkat menunjukkan keadaan ekonomi yang tidak baik /berada dalam kemelesetan (ii) Kadar inflasi Kadar inflasi ialah peratusan kenaikan tingkat harga umum suatu tahun berbanding dengan tingkat harga umum tahun sebelumnya. Kadar inflasi = Indeks Harga Pengguna (IHP)t1 - IHP t0 ______________________________ x 100 IHP t0 Kadar inflasi meningkat menunjukkan nilai wang merosot dan mengurangkan AE/ pertumbuhan ekonomi terjejas (iii) Kadar pertumbuhan ekonomi Kadar pertumbuhan ekonomi ialah peratus perubahan KDNK benar sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. Kadar pertumbuhan ekonomi =



KDNK benar t 1 – KDNK benar t0 _____________________________ x 100 KDNK benar t0



Kadar pertumbuhan ekonomi yang positif/meningkat menunjukkan berlakunya perkembangan ekonomi . 4



Jelaskan mengapakah isu makroekonomi berikut perlu diatasi/diberi perhatian: a) pengangguran [5] b) Inflasi [5] c) pertumbuhan ekonomi [5] d) imbangan pembayaran [5] a) Pengangguran i. Pembaziran sumber manusia– kemahiran buruh tidak digunakan dan meningkatkan kos latihan semula ii. Kemerosotan taraf hidup kerana ramai tiada pekerjaan maka tiada pendapatan iii. Kadar kemiskinan meningkat dan meluaskan jurang agihan pendapatan iv. Menjejaskan pertumbuhan ekonomi kerana keluaran negara berkurang/tidak optimum v. Masalah sosial meningkat . Tekanan hidup menyebabkan jenayah meningkat 5



b) Inflasi i. Kos hidup meningkat maka taraf hidup jatuh ii. Kuasa beli jatuh kerana pendapatan benar jatuh iii. Aliran modal ke luar negara meningkat kerana kenaikan kos pengeluaran dalam negara iv. Tabungan merosot kerana perbelanjaan penggunaan meningkat v. Pertumbuhan ekonomi terjejas kerana kegiatan pelaburan terjejas c) Pertumbuhan ekonomi i. Meningkatkan pelaburan asing dan dalam negeri ii. Meningkatkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat iii. Meningkatkan peluang pekerjaan kerana aktiviti ekonomi meningkat iv. Meningkatkan kuasa beli kerana pendapatan per kapita meningkat v. Mengurangkan masalah kemiskinan kerana banyak peluang pekerjaan d) Imbangan pembayaran Jika berlaku imbangan pembayaran kurangan maka i. Rizab matawang asing merosot dan ini mengurangkan keupayaan untuk membiayai import ii. Nilai matawang merosot kerana penawaran RM melebihi permintaan RM iii. Pelaburan asing berkurang kerana kos pelaburan tidak stabil iv . Kegiatan ekonomi terjejas kerana pelaburan asing berkurang v. Pengangguran meningkat /guna tenaga berkurang



5 Jelaskan tiga dasar makroekonomi yang boleh dilaksanakan untuk menstabilkan ekonomi semasa inflasi. [10] i. Dasar fiskal menguncup Kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan , AE turun, Y turun atau Y tetap jika berlaku gunatenaga penuh, AD turun dan harga turun Atau Kerajaan meningkatkan cukai , Yd turun, C turun, AE turun, Y turun, AD turun dan harga turun. Atau Kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan cukai, AE turun, Y turun, AD turun dan harga turun ii. Dasar kewangan menguncup Bank pusat akan mengurangkan jumlah penawaran wang, kadar bunga meningkat, pelaburan turun, AE turun, AD turun, Y turun dan harga turun. Atau



6



Menaikkan kadar bunga, kos meminjam meningkat, pinjaman berkurangan, AE turun, AD turun, Y turun dan harga turun. iii. Dasar kawalan langsung Dasar harga maksimum iaitu menetapkan harga yang lebih rendah drp harga pasaran , harga terkawal, inflasi dapat dikawal iv. Dasar sebelah penawaran Menurunkan cukai pendapatan syarikat, keuntungan selepas cukai bertambah ,pengeluaran meningkat, penawaran agregat bertambah dan harga turun. 6



Jelaskan tiga langkah untuk mengatasi pengangguran.



[6]



i. Melaksanakan dasar fiskal mengembang iaitu kerajaan akan menurunkan cukai @ menambahkan perbelanjaan kerajaan. Maka AE dan AD meningkat dan Y meningkat. Keperluan buruh meningkat. ii. Melaksanakan dasar kewangan mengembang iaitu bank pusat akan menambahkan bekalan wang dan menurunkan kadar bunga. Maka AE dan AD meningkat dan Y meningkat. Keperluan buruh meningkat. iii.



Kemahiran dan pendidikan yang bersesuaian



Menambah bilangan institusi kemahiran dan menambah bilangan pelajar untuk keperluan bidang tertentu spt sains dan teknologi. 7



Jelaskan tiga langkah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.



[6]



(a) Membangunkan kemudahan infrastruktur Kerajaan membangun dan memajukan pelbagai kemudahan infrastruktur. Contoh, jaringan pengangkutan darat, udara dan laut yang menyeluruh. Lapangan terbang , pelabuhan yang memudahkan urusan keluar masuk negara dan perdagangan antarabangsa. Kemudahan teknologi maklumat juga diperluaskan. (b) Meningkatkan taraf pendidikan Menyediakan peluang pendidikan dalam pelbagai bidang terutama sains dan teknologi. Penubuhan pelbagai kolej, university dan pusat-pusat kemahiran . Ini untuk melahirkan tenaga kerja profesional dan buruh mahir yang sangat penting untuk meningkatkan produktiviti. (c) Menggalakkan pelaburan asing Pelaburan asing sangat penting untuk membangunkan sektor-sektor penting spt perkilangan, industry minyak dan gas. Ini menyumbang kepada penubuhan industry dan produk baru dan perkembangan teknologi baru. Contoh galakan spt taraf perintis.



7



8 (a) Terangkan tiga alasan mengapa imbangan pembayaran kurangan perlu diatasi. [6] (b) Jelaskan dua langkah yang dapat membaiki defisit dalam imbangan pembayaran.[4] (a) Isu imbangan pembayaran defisit/ kurangan/ kurang memuaskan perlu diatasi kerana: i.



Rizab matawang asing merosot. Ini mengurangkan kemampuan negara untuk membiayai import



ii. Nilai matawang merosot Ini kerana penawaran RM melebihi permintaan RM iii. Pelaburan asing berkurang Ini kerana kos pelaburan tidak stabil iv. Kegiatan ekonomi merosot Ini kerana pelaburan asing berkurang b) Dua langkah yang dapat membaiki defisit dalam imbangan pembayaran. 1. Mengurangkan import Cth - Mengenakan tarif dan kuota. Maka harga import relatif mahal dan permintaan import berkurang. 2. Meningkatkan eksport dgn galakan fiskal dan kewangan spt subsidi eksport, taraf perintis Maka kos pengeluaran berkurang, pengeluaran barang eksport bertambah, eksport meningkat 3. Kawalan pertukaran asing Mengehadkan penjualan mata wang asing terutama untuk barang import yang kurang penting. Keutamaan tukaran asing diberi kpd barang mesti dan input-input pengeluaran. Maka import berkurang. 9 Takrif dan huraikan bagaimana perkara berikut dapat menjelaskan prestasi ekonomi sesebuah negara. (a) Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi dan Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar [5] (b) Imbangan pembayaran kurangan dan imbangan pembayaran lebihan



[5]



(a) KNK potensi ialah tingkat keluaran negara kasar yang boleh dicapai oleh ekonomi sesebuah negara jika semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya. KNK sebenar ialah keluaran negara kasar yang sebenarnya dikeluarkan dalam ekonomi Prestasi ekonomi yg dapat dijelaskan oleh KNK potensi dan KNK sebenar ialah apabila: i. KNK potensi melebihi KNK sebenar maka ekonomi alami kemelesetan/deflasi



8



ii. KNK potensi kurang drp KNK sebenar maka ekonomi alami inflasi iii. KNK potensi = KNK sebenar maka ekonomi mencapai guna tenaga penuh (b) Imbangan pembayaran kurangan ialah keadaan di mana aliran keluar wang ke luar negeri melebihi aliran masuk wang ke dalam negeri. Imbangan pembayaran lebihan ialah keadaan di mana aliran masuk wang ke dalam negeri melebihi aliran keluar wang ke luar negeri. Prestasi ekonomi dapat dijelaskan iaitu: Apabila ekonomi megalami imbangan pembayaran kurangan ia merugikan sesebuah negara kerana rizab antarabangsa bersih bank pusat berkurang. Maka keupayaan negara untuk membiayai import berkurang dan nilai mata wang merosot. Sebaliknya apabila ekonomi megalami imbangan pembayaran lebihan ia menguntungkan sesebuah negara kerana rizab antarabangsa bersih bank pusat meningkat. Maka keupayaan negara untuk membiayai import meningkat dan nilai mata wang meningkat. 10 Dengan menggunakan gambar rajah kitaran perniagaan, huraikan keadaan ekonomi yang berikut: (a) Kemelesetan ekonomi



[4]



(b) Pengembangan ekonomi /ekonomi melambung [4] (c) Kestabilan ekonomi



[2]



KNK / Y



g



Y sebenar



Y potensi/gtp e a



c f b



0



T1



d



T2



T3



T4



T5



Tahun



(a) Kemelesetan ekonomi Berlaku antara tahun T2 – T3 (fd) Pendapatan negara sebenar /Y keseimbangan (Ya) merosot sehingga berada di bawah pendapatan negara potensi (Yf). 9



Wujud lompang deflasi, kadar pengangguran tinggi /guna tenaga rendah dan kadar pertumbuhan ekonomi negatif (b) Pengembangan ekonomi (ekonomi melambung) Berlaku antara tahun T4 – T5 atau pada pendapatan negara sebenar eg Pendapatan negara sebenar /Y keseimbangan (Ya) meningkat dengan pesat sehingga berada di atas pendapatan negara potensi (Yf). Wujud lompang inflasi, kadar pengangguran rendah/guna tenaga tinggi dan kadar pertumbuhan ekonomi positif/sangat tinggi (c) Kestabilan ekonomi Berlaku pada tahun T2 @ T4 atau pada pendapatan negara sebenar f @ e Pendapatan negara sebenar /Y keseimbangan (Ya) sama dengan pendapatan negara potensi (Yf). Guna tenaga penuh berlaku dan kadar pertumbuhan ekonomi stabil/tetap



10



BAB 2 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA 1 Nyatakan perbezaan di antara Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan Keluaran Negara Kasar(KNK). Dengan memberikan contoh, adakah KDNK sentiasa lebih kecil daripada KNK. [6] Perbezaan KDNK dengan KNK ialah pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBLN) KNK = KDNK + PFBLN KDNK tidak semestinya sentiasa lebih kecil daripada KNK. Sama ada KDNK sentiasa lebih kecil daripada KNK bergantung kepada nilai PFBLN iaitu positif atau negative. Contoh:



KDNK = RM1000 jt i.



PFBLN = RM 100jt KNK = 1000 + 100 = 1100 jt



- Jika PFBLN positif maka KDNK lebih kecil drp KNK ii.



PFBLN = - RM100 jt KNK = 1000 + (-100) = 900 jt



- Jika PFBLN negative maka KDNK lebih besar drp KNK



2. Berikan maksud dan nyatakan perbezaan di antara: a) Keluaran Dalam Negeri Kasar [KDNK] dengan Keluaran Negara Kasar [KNK]



[5]



b) Keluaran Negara harga pasaran(KNhp) dengan Keluaran Negara kos faktor(KNkf) [5] (a) KDNK ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sebuah negara bagi tempoh setahun oleh faktor pengeluaran milik negara tersebut atau milik negara asing. Manakala KNK ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah negara dalam tempoh setahun oleh factor pengeluaran milik negara tersebut yang berada di dalam negara dan di luar negara. Perbezaan di antara KNK dengan KDNK ialah pendapatan factor bersih luar negeri(PFBLN) KNK = KDNK + PFBLN (b) KNhp ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah negara yang dihitung berdasarkan harga pasaran iatu harga yang dibayar oleh pembeli. Manakala KNkf ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah negara yang dihitung berdasarkan bayaran kepada factor-faktor pengeluaran. Perbezaan kedua-duanya ialah cukai tak langsung dan subsidi. KNKkf = KNKhp – CTL + Subsidi 11



3. Terangkan hubungan antara dua konsep pendapatan negara berikut: (a) KNK dengan KDNK (b) KNKhf dengan KNKhp (c) KNK benar dengan KNK nominal



[3] [3] [4]



(a) Hubungan antara KNK dengan KDNK ditunjukkan oleh formula : KNK = KDNK + Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBLN) Jika PFBLN positif, KNK lebih besar drp KDNK Sebaliknya jika PFBLN negatif KNK lebih kecil drp KDNK (b) Hubungan antara KNK hf dengan KNK hp ditunjukkan oleh formula : KNK hp = KNK kf + CTL – Subsidi(B) Jika CTL melebihi B, KNK hp lebih besar drp KNK kf . Sebaliknya jika CTL kurang drp B, KNK hp lebih kecil drp KNK kf. (c) Hubungan antara KNK benar dengan KNK nominal ditunjukkan oleh formula :



KNK benar =



Indeks harga to --------------------- x KNK nominal Indeks harga t1



Jika indeks harga th semasa (IHt1) kurang dari 100 maka KNK benar lebih besar dari KNK nominal. Sebaliknya jika IHt1 lebih dari 100 maka KNK benar lebih kecil dari KNK nominal.



4 (a) Berikan maksud Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp) dan Keluaran Negara Kasar pada kos factor (KNKkf). (b) Jelaskan hubungan antara KNKhp dengan KNKkf.



[3] [3]



(a) Maksud KNK pada harga pasaran ialah nilai brg akhir dan perkhidmatan yg dihitung berdasarkan harga yg dibayar oleh pembeli di pasaran. Maksud KNK pada kos factor ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yg dihitung berdasarkan bayaran kepada factor pengeluaran yg digunakan. (b) Hubungan antara KNK kos factor dengan KNK hg pasaran ditunjukkan oleh formula : KNK hp = KNK kf + CTL – Subsidi(B) Jika CTL melebihi B, KNK hp lebih besar drp KNK kf . Sebaliknya jika CTL kurang drp B, KNK hp lebih kecil drp KNK kf. 12



5



(a) Beri maksud keluaran negara benar dan keluaran negara nominal.



[2]



(b) Bagaimana KNK benar dihitung?



[4]



(a) Keluaran negara kasar benar ialah nilai keluaran negara yg dihitung berasaskan harga pd suatu tahun asas. Keluaran Negara nominal ialah nilai keluaran negara yg dihitung berasaskan harga pada tahun semasa. (b) KNK benar dihitung menggunakan formula : KNK benar th t =



Contoh :



IHPt0 ------ x KNK nominal th t1 IHPt1



IHPt0 = 100 IHPt1 = 105 KNK nominal th t1 = RM 100jt



Maka KNK benar th t1 = 100 ------ x 100 105 = RM 95.24 jt



6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) benar per kapita? Mengapakah KNK benar per kapita dihitung?



[2]



(b) Mengapakah pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup rakyat sesebuah negara? [4] (a) KNK benar per kapita ialah pendapatan benar purata bagi setiap penduduk sesebuah negara. KNK benar KNK benar per kapita = ------------------------Jumlah penduduk KNK benar per kapita dihitung untuk menentukan taraf hidup rakyat sebuah negara. (b) Pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup rakyat sesebuah negara sebab taraf hidup turut bergantung kepada factor berikut: i.



ii.



Kadar pertumbuhan penduduk Jika kadar pertumbuhan penduduk melebihi kadar pertumbuhan ekonomi maka taraf hidup tidak meningkat. Corak agihan pendapatan Jika agihan pendapatan tidak setara iaitu jurang yang besar antara golongan kaya dengan miskin , maka bukan semua rakyat akan menikmati peningkatan taraf hidup.



13



7 (a) Apakah maksud nilai ditambah? Dengan menggunakan contoh, tunjukkan bagaimana nilai ditambah dihitung? @ huraikan konsep nilai ditambah. [8] (b) Berdasarkan jawapan (a) terangkan bagaimana konsep nilai ditambah dapat menunjukkan sumbangan setiap sector ekonomi. [2] (a) Nilai ditambah ialah tambahan nilai sesuatu barang dan perkhidmatan setelah melalui proses pengeluaran. Contoh kayu balak diproses menjadi perabot. Keluaran Kayu balak Papan Perabot Kedai perabot Jumlah



Kos Input (RM) 0 50 150 300 -



Harga keluaran (RM) 50 150 300 500 1000



Nilai ditambah (RM) 50 100 150 200 500



Kayu balak adalah bahan mentah dan papan adalah barang perantaraan untuk mengeluarkan perabot iaitu barang akhir. Kegiatan menghasilkan kayu balak mewujudkan nilai ditambah sebanyak RM50-RM0 = RM50. Kayu balak diproses menjadi papan menghasilkan nilai ditambah sebanyak RM150-RM50 = RM100. Papan diproses menjadi perabot menghasilkan nilai ditambah RM150. Akhirnya perabot dijual di kedai perabot dgn harga RM500 dan mewujudkan nilai ditambah sebanyak RM200 Jadi jumlah nilai tambah ialah RM 50+100+150+200 = RM500 yang sama dengan nilai barang akhir. (b) Sumbangan sector pertama iaitu kayu balak = RM 50 Sumbangan sector kedua iaitu pembuatan papan dan perabot = RM100+150 = RM250 Sumbangan sector ketiga iaitu jualan runcit perabot = RM200



8 (a) Apakah yang dimaksudkan penghitungan pendapatan negara berdasarkan kaedah perbelanjaan?



[2]



(b) Dengan menggunakan jadual, jelaskan bagaimana Keluaran Negara Kasar @ pendapatan negara dihitung mengikut kaedah perbelanjaan. [8] (a) Maksud penghitungan pendapatan negara berdasarkan kaedah perbelanjaan ialah menjumlahkan nilai perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan yg dilakukan oleh sector isirumah, firma, kerajaan dan sector luar negeri. (b) Butiran (Jenis perbelanjaan)



RM juta



Perbelanjaan penggunaan isirumah (C) Pelaburan kasar (I) Perbelanjaan kerajaan (G) Perubahan stok Eksport bersih (X – M) Pendapatan faktor bersih luar negeri KNK hp



150 300 250 20 200 50 970 14



KNK hp diperoleh dengan menjumlahkan perbelanjaan berikut : i. Perbelanjaan penggunaan isi rumah/swasta (C) iaitu perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan ii. Pelaburan kasar (I) iaitu perbelanjaan ke atas barang modal oleh pihak swasta spt membeli mesin iii. Perbelanjaan kerajaan (G) iaitu perbelanjaan penggunaan ke atas barang dan perkhidmatan dan perbelanjaan ke atas barang modal oleh kerajaan/awam. iv. Perubahan stok/inventori iaitu perubahan dlm simpanan barang-barang yg masih ada pada pengeluar. v. Eksport bersih (X – M) iaitu perbezaan nilai eksport dgn import. vi. Pendapatan factor bersih luar negeri (PFBLN) iaitu perbezaan di antara penerimaan pendapatan factor dari luar negeri dengan pembayaran pendapatan factor ke luar negeri. Jadi, KNK hp = C + I + G + Perubahan stok + X – M + PFBLN = 150 + 300 + 250 + 20 + 200 + 50 = RM 970 juta



9 Dengan bantuan jadual, terangkan bagaimana pendapatan negara dihitung menggunakan kaedah pendapatan. [6] Pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan dihitung dengan menjumlahkan pelbagai jenis pendapatan factor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.



Butiran (Jenis pendapatan) Gaji dan upah Sewa Bunga bersih Keuntungan syarikat Pendapatan perusahaan persendirian Pendapatan negara (KNB kf)



RM juta 1000 2000 500 5000 500 9000



Pendapatan faktor pengeluaran terdiri drp: i. ii. iii. iv. v.



Gaji dan upah yg diterima oleh buruh Sewa iaitu pendapatan kpd pemilik tanah dan bangunan Bunga bersih iaitu pendapatan kpd modal Keuntungan syarikat iaitu pendapatan yg diperoleh pengusaha Pend. Perusahaan persendirian iaitu pendapatan yg diperoleh pemilik perusahaan kecil-kecilan dan sederhana.



Jadi, Pendapatan negara (KNBkf) = Gaji & upah + Sewa + Bunga bersih + Keuntungan Syarikat + Pend. Per. Persendirian = 1000 + 2000 + 500 + 5000 + 500 = RM 9000 juta. 15



10 Dengan menggunakan kaedah keluaran, terangkan bagaimana KDNK pada harga pasaran diperoleh. [10] Dalam kaedah keluaran, KDNK pada harga pasaran diperoleh dengan mencampurkan nilai tambah yang diwujudkan pelbagai sektor ekonomi iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga dalam sesebuah negara dalam setahun. Butiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.



RM juta



Pertanian, perhutanan dan perikanan Perlombongan dan kuari Pembuatan Pembinaan Elektrik, gas dan air Pengangkutan dan perhubungan Perdagangan, hotel dan restoran Kewangan dan harta tanah Perkhidmatan kerajaan Perkhidmatan lain (+) Cukai import



500 100 700 400 600 500 300 800 200 100 100



Keluaran Dalam Negara Kasar harga pasaran



4300



KDNK harga pasaran diperoleh dengan mencampurkan nilai tambah semua butiran dalam setiap sektor ekonomi iaitu sektor utama (1 + 2), sektor kedua (3+4) dan sektor ketiga (5+6+7+8+9+10) dan ditambah cukai import. KDNK harga pasaran = Sektor utama + Sektor kedua + Sektor ketiga + Cukai import = RM 4300 juta 11 Terangkan lima masalah yang menyebabkan penghitungan pendapatan negara boleh menjadi kurang tepat.



[10]



Lima masalah yang menyebabkan penghitungan pendapatan negara sebuah negara menjadi kurang tepat ialah: i. Masalah pengumpulan maklumat Masalah ini berkaitan dengan peyimpanan rekod atau maklumat tentang pelbagai kegiatan ekonomi yang tidak lengkap. Jadi maklumat yang diperoleh tidak tepat kerana data-data mungkin dibuat secara anggaran sahaja. Ini menyebabkan pendapatan negara tidak menunjukkan nilai yang sebenar. ii.



Masalah pengiraan dua kali Masalah ini berkaitan dengan kesukaran menentukan sama ada sesuatu barang adalah barang perantaraan atau barang akhir semasa pengiraan pendapatan negara. Ini menyebabkan nilai barang yang dikeluarkan pada setiap tingkat pengeluaran dihitung dua kali iaitu semasa diproses dan semasa menentukan nilai barang akhir. Masalah ini menyebabkan pendapatan negara menjadi kurang tepat iaitu lebih tinggi dari nilai sebenar.



16



iii. Masalah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang Penghitungan pendapatan negara hanya mengambil kira barang-barang dan perkhidmatan yang dibayar sahaja. Dalam ekonomi banyak kegiatan produktif yang tidak dibayar. Contohnya kerja-kerja suri rumah yang jika dijalankan oleh pembantu rumah yang diupah akan dikira. Masalah ini menyebabkan pendapatan negara menjadi tidak tepat iaitu terkurang nilai daripada yang sebenar. iv. Masalah kegiatan produktif yang tidak dipasarkan Jika hasil keluaaran dari kegiatan produktif tidak dipasarkan maka tidak diambilkira. Cth, hasil pertanian yang digunakan sendiri oleh petani. Jadi pendapatan negara menjadi kurang tepat v. Masalah penentuan harga barang Nilai keluaran negara dihitung berdasarkan tingkat harga. Tetapi harga berbeza mengikut kawasan dan masa Jadi sukar untuk menentukan harga yang digunakan dan ini boleh menyebabkan nilai pendapatan negara kurang tepat vi. Masalah menentukan susut nilai Pengiraan susut nilai yang berbeza antara firma dan tiada maklumat lengkap. Biasanya hanya ditentukan secara anggaran sahaja. Jadi pendapatan negara menjadi kurang tepat 12. Terangkan lima aktiviti ekonomi yang tidak diambilkira/tidak dihitung dalam pendapatan negara [10] i. Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan Jika hasil keluaaran dari kegiatan produktif tidak dipasarkan maka tidak diambilkira. Cth, hasil pertanian yang digunakan sendiri oleh petani ii. Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang Jika kegiatan produktif tidak dibayar dgn wang maka tidak diambil kira. Contoh, kerja yang dilakukan oleh suri rumah /gotong-royong iii. Kegiatan produktif yang menyalahi undang-undang / yang haram Jika kegiatan produktif yg menyalahi undang-undang maka tidak diambil kira. Cth penyeludupan dadah/perjudian iv. Kegiatan produktif yang dibayar upah bukan wang Jika tidak dibayar dengan wang iaitu dibayar dalam bentuk barang/lain-lain maka tidak diambilkira. Contoh pemanjat kelapa diberi upah kelapa. v. Bayaran pindahan oleh kerajaan Aktiviti ini tidak produktif kerana tidak menyumbang kepada pengeluaran barang maka tidak diambilkira. Contoh, bayaran pencen/biasiswa/bantuan kebajikan vi. Aktiviti produktif yang tidak melibatkan urusan wang Iaitu pertukaran barang secara sistem barter tidak diambilkira kerana urusniaga tidak melibatkan wang.



13. Terangkan lima alasan mengapakah pendapatan negara sesebuah negara boleh terkurang anggar. (menjadi lebih kecil dari nilai sebenar) [10] ...Guna fakta (i), (ii), (iv) di atas , masalah maklumat tidak lengkap dan wujud upah bukan wang 17



14. Jelaskan lima kegunaan data pendapatan negara / mengikut kaedah keluaran. [10] Kegunaan data pendapatan negara kpd sebuah negara ialah: i. Mengukur jumlah sumbangan pelbagai sektor ekonomi Cth: %Nilai keluaran sektor perkilangan = nilai keluaran sekt perkilangan ----------------------------x 100 Keluaran negara Jadi kepentingan @ prestasi setiap sector dapat ditentukan. Jika peratusan sumbangan sektor perkilangan berbanding sektorlain maka sektor ini lebih penting kpd keluaran negara. ii. Mengukur kadar pertumbuhan ekonomi Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar t1 – KDNK benar to ------------------------------------------ x 100 KDNK benar to Jika nilainya positif maka berlaku pertumbuhan dan perkembangan kegiatan ekonomi dan jika nilainya negatif maka berlaku kemelesetan ekonomi. iii.



Untuk mengukur pertumbuhan setiap sektor ekonomi



Cth – kdr pertumbuhan sektor perkilangan = nilai keluaran sektor t1 – nilai keluaran sektor t0 ------------------------------------------------ x 100 nilai keluaran sektor t0 iv. Untuk mengukur taraf hidup Pendapatan per kapita (Ypk) = KDNK / Jum penduduk Jika Ypk tahun semasa lebih tinggi drp tahun sebelum maka taraf hidup meningkat. v. Untuk membuat perancangan ekonomi mengikut sector Berdasarkan data tentang sumbangan dan pertumbuhan setiap sector ekonomi, kerajaan boleh merancang untuk memajukan sector tersebut. vi.



Untuk mengetahui perubahan struktur ekonomi Berdasarkan peratusan sumbangan maka dapat mengetahuinperubahan struktur ekonomi, misalnya drp sector pertanian kpd sector perkilangan



15 Huraikan lima kelemahan menggunakan data pendapatan negara /pendapatan per kapita untuk membandingkan taraf hidup rakyat antara dua tempoh masa. [10] Lima kelemahannya ialah: i.



Perubahan tingkat harga umum Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan kenaikan pendapatan negara. Tetapi kenaikan harga menyebabkan kuasa beli pengguna akan merosot dan menaikkan kos hidup.



18



Oleh itu walau pendapatan negara semakin tinggi tetapi taraf hidup rakyat tidak meningkat. ii.



Perubahan kualiti barang dan perkhidmatan Kenaikan harga barang mungkin berpunca daripada peningkatan kualiti barang dan perkhidmatan yang dihasilkan. Jadi walau harga semakin mahal, taraf hidup rakyat telah meningkat jika rakyat dapat menikmati barangan yang lebih berkualiti. Data pendapatan negara tidak dapat menunjukkan perubahan kualiti tersebut dan ini menyebabkan ianya kurang tepat untuk membandingkan taraf hidup.



iii.



Perubahan komposisi keluaran negara Perubahan nilai pendapatan negara tidak menunjukkan perubahan dalam komposisi keluaran negara. Jika kenaikan dalam pendapatan negara berpunca daripada pengeluaran yang memberi faedah secara langsung kepada rakyat misalnya lebih banyak hospital dibina maka taraf hidup rakyat meningkat. Sebaliknya jika kenaikan tersebut kerana tambahan keluaran yang tidak memberi faedah kepada pengguna seperti kelengkapan senjata, maka taraf hidup tidak banyak berubah.



iv.



Perubahan saiz penduduk Tambahan pendapatan negara tidak semestinya diikuti oleh peningkatan pendapatan per kapita jika kadar pertambahan penduduk lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan negara. Jadi jika kadar pertambahan penduduk lebih tinggi berbanding kadar kenaikan pendapatan negara maka taraf hidup tidak meningkat.



v.



Perubahan masa rehat Data pendapatan negara tidak menunjukkan perubahan dalam masa rehat pekerja. Jika pendapatan negara yang semakin meningkat disebabkan oleh tambahan masa bekerja yang lebih panjang maka taraf hidup tidak meningkat. Ini kerana pekerja terpaksa mengorbankan masa rehat yang lebih banyak. Jadi peningkatan pendapatan negara tidak semestinya menaikkan taraf hidup rakyat.



16 Huraikan lima kelemahan menggunakan data pendapatan per kapita @ data pendapatan negara untuk membandingkan taraf hidup antara negara. [10] Lima kelemahannya ialah: i.



Perbezaan agihan pendapatan Data pendapatan per kapita (PPK) tidak menunjukkan agihan pendapatan penduduk sesebuah negara. Jadi walau PPK sebuah negara misalnya negara A lebih tinggi dari negara lain misalnya negara B, taraf hidup tidak meningkat jika agihan pendapatannya tidak setara. Berbanding negara B walau PPK lebih kecil tetapi taraf hidup rakyat secara keseluruhannya meningkat apabila agihan pendapatan lebih setara.



19



ii.



Perbezaan tingkat guna tenaga PPK tidak menunjukkan tingkat guna tenaga dalam sebuah negara. Jadi walau PPK negara A lebih tinggi berbanding negara B, taraf hidup rakyatnya tidak meningkat jika kadar penganggurannya tinggi. Berbanding negara B yang PPK lebih rendah tetapi kadar pengangguran sedikit maka taraf hidup meningkat.



iii.



Perbezaan komposisi keluaran negara Negara yang komposisi keluarannya terdiri daripada barang dan perkhidmatan yg memberi faedah secara langsung akan meningkatkan taraf hidup rakyatnya. Berbanding negara lain yang PPKnya lebih tinggi tetapi rakyat tidak menikmati faedah daripada barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan maka taraf hidup rakyatnya tidak meningkat.



iv.



Perbezaan tingkat harga umum Kenaikan PPK sebuah negara tidak akan meningkatkan taraf hidup rakyat jika berlaku kenaikan harga umum yang akan meningkatkan kos hidup rakyat. Sebaliknya negara lain yang walaupun PPKnya lebih rendah, tetapi tingkat harganya lebih rendah maka kuasa beli masyarakat lebih besar. Jadi berlaku kenaikan taraf hidup bagi negara tersebut.



v.



Perbezaan masa kerja dan masa rehat. PPK sebuah negara yang lebih tinggi yang berpunca daripada rakyatnya yang masa bekerja yang panjang dan hanya sedikit menikmati masa rehat, maka taraf hidup mereka tidak meningkat. Sebaliknya jika sebuah negara yang PPKnya lebih kecil tetapi mempunyai lebih banyak masa rehat, maka taraf hidup negara ini lebih tinggi.



*kalau dalam soalan disebut data pendapatan negara, maka jawapan guna pendapatan negara



20



BAB 3



1



KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL



(a) Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi perbelanjaan penggunaan isirumah.



[6]



Tiga faktor yang mempengaruhi perbelanjaan penggunaan isi rumah ialah: i. Pendapatan isi rumah Semakin tinggi pendapatan isi rumah, semakin tinggi keupayaan berbelanja maka semakin tinggi penggunaan isi rumah. Sebaliknya, semakin rendah pendapatan isi rumah, semakin kurang keupayaan berbelanja, maka semakin rendah penggunaan. ii. Kadar bunga Semakin tinggi kadar bunga, semakin tinggi kos pinjaman maka penggunaan merosot. Sebaliknya semakin rendah kadar bunga, semakin kurang kos pinjaman, jadi penggunaan meningkat. iii. Kecenderungan mengguna sut (MPC) Apabila MPC meningkat, menunjukkan bahagian pendapatan yang dibelanjakan semakin besar. Maka penggunaan isi rumah meningkat. Sebaliknya MPC merosot, maka penggunaan isirumah merosot. .



(b) Apakah yang dimaksudkan dengan fungsi penggunaan? Terangkan dua ciri perbelanjaan penggunaan. [4] Fungsi penggunaan ialah satu keluk /persamaan yang menunjukkan hubungan antara perbelanjaan penggunaan isi rumah dengan pendapatan negara. Fungsi penggunaan (C) = a + bY Dua ciri perbelanjaan penggunaan ialah:



2



i.



Perbelanjaan penggunaan bergantung kepada pendapatan negara. Semakin tinggi pendapatan negara semakin tinggi perbelanjaan penggunaan. Sebaliknya semakin rendah pendapatan negara semakin rendah perbelanjaan penggunaan.



ii.



Apabila pendapatan negara meningkat, perbelanjaan penggunaan juga meningkat. Tetapi pertambahan perbelanjaan penggunaan lebih kecil drp pertambahan pendapatan negara.



`Pelaburan firma dipengaruhi oleh kadar bunga’. Bincangkan.



[10]



Pelaburan firma memang dipengaruhi oleh kadar bunga iaitu secara negative. Apabila kadar bunga naik, kos pinjaman firma meningkat maka pelaburan akan berkurang. Sebaliknya apabila kadar bunga jatuh kos pinjaman firma berkurang maka pelaburan bertambah. Walau bagaimanapun ada lagi faktor lain yang mempengaruhi pelaburan firma seperti: i. Jangkaan ekonomi masa depan. Jika ekonomi dijangka bertambah baik @ berkembang maka pelaburan bertambah. Jika ekonomi dijangka meleset, pelaburan berkurang. 21



ii. Dasar kerajaan. Jika banyak insentif kerajaan diberikan seperti elaun pelaburan dan pengurangan kadar cukai syarikat, maka pelaburan bertambah. Jika sebaliknya kerajaan menjalankan dasar yang tidak merangsang pelaburan maka pelaburan akan berkurang. iii. Kemajuan teknologi Jika teknologi semakin maju, pelaburan bertambah. Jika teknologi usang, pelaburan berkurang iv. Kadar pulangan modal Jika kadar pulangan melebihi kadar bunga iaitu firma mendapat keuntungan maka pelaburan bertambah. Jika kadar pulangan modal kurang dari kadar bunga pelaburan merugikan. Maka pelaburan berkurang. *jika soalan terangkan faktor2 mempengaruhi pelaburan, huraikan 5 faktor (termasuk faktor kadar bunga)



3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? [2] (b) Dengan menggunakan contoh (@ bantuan jadual, terangkan proses penggandaan dalam ekonomi dua sektor (@ kesan/akibat peningkatan pelaburan oleh firma. [8] (a) Pengganda ialah ukuran beberapa kali ganda perubahan dalam pendapatan negara kesan daripada perubahan perbelanjaan agregat, contoh perubahan pelaburan. (b) Peringkat 1 2 3 . . . Jumlah



∆Y (RM juta) 10 8 6.4 . . . 50



∆C (RM juta) 8 6.4 5.12 . . . 40



∆S (RM juta) 2 1.6 1.28 . . . 10



Andaian: 1. Firma menambahkan pelaburan sebanyak RM10 juta 2. Kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah 0.8. Pelaburan firma sebanyak RM10 juta mewujudkan pendapatan kepada pemilik faktor sebanyak RM10 juta. Apabila MPC = 0.8, kesan pertambahan pendapatan RM10 juta akan menambahkan perbelanjaan penggunaan (0.8 x 10) = RM8 juta dan tabungan (0.2 x 10) = RM2 juta yang ditunjukkan pada peringkat 1. Pertambahan pendapatan RM8 juta akan menambahkan perbelanjaan penggunaan (0.8 x 8) = RM6.4 juta dan tabungan (0.2 x 8) = RM1.6 juta, yang ditunjukkan pada peringkat 2.



22



Pertambahan pendapatan RM6.4 juta akan menambahkan perbelanjaan penggunaan RM5.12 juta dan tabungan RM1.28 juta, yang ditunjukkan pada peringkat 3. Proses ini berterusan sehingga tiada lagi pertambahan pendapatan untuk dibelanjakan. Proses penggandaan tersebut menyebabkan pertambahan pendapatan sehingga RM50 juta iaitu 5 kali ganda pertambahan pelaburan M (Pengganda) =



=5



maka Perubahan Y Perubahan C Perubahan S



= 5 x 10 = RM50 juta = 5 x 8 = RM40 juta = 5 x 2 = RM10 juta



#Jika proses penggandaan akibat kenaikan perbelanjaan kerajaan (G), tukar pelaburan kpd G Atau proses penggandaan dengan menggunakan gambar rajah : AE



Y = AE AE1 = C + I1 b a



△I



AE0 = C + I



E0



△Y



450 0



E1



c



Yo



Y2 Y1



Y



Keseimbangan asal pada titik E0 pada pendapatan negara Y0 apabila Y = AE Apabila pelaburan bertambah, AE meningkat, fungsi AE0 beralih dari AEo ke AE1 sebanyak ∆I. Pada Yo wujud lebihan AE sebanyak aE0 pada Y0. Ini mendorong firma untuk menambahkan keluaran sehingga mencapai Y2. Pada Y2 masih wujud lebihan AE sebanyak bc dan firma terus menambahkan keluaran sehingga Y1 . Proses ini berterusan sehingga tiada lagi lebihan AE dan keseimbangan baharu dicapai pada titik E1 pada pendapatan negara Y1 apabila Y = AE1 Jadi pertambahan pelaburan telah meningkatkan pendapatan negara dari Y0 ke Y1 iaitu sebesar saiz pengganda.



23



*Jika ekonomi tiga sektor (kesan penggandaan perlu beri contoh perbelanjaan kerajaan. Proses yg sama sahaja Cuma gantikan pelaburan dgn perbelanjaan kerajaan 4



(a) Terangkan komponen perbelanjaan aggregat ekonomi tiga sektor.



[4]



Komponen perbelanjaan aggregat ekonomi tiga sektor ialah: i.



Penggunaan isi rumah ( C) iaitu perbelanjaan isi rumah ke atas barang dan perkhidmatan



ii.



Perbelanjaan pelaburan (I) iaitu perbelanjaan firma ke atas barang modal



iii.



Perbelanjaan kerajaan (G) iaitu perbelanjaan penggunaan dan pelaburan kerajaan



(b) Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat(AE)-pendapatan (Y), terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. [6]



AE Y=AE



AE=C+I+G E0



450 0



Y Y1



Y0



Y2



Keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor tercapai apabila perbelanjaan agregat (AE) = pendapatan negara (Y) iaitu pada Y0. Pada pendapatan negara Y1 keseimbangan Y tidak berlaku kerana wujud lebihan AE. Stok firma berkurang . Maka firma-firma menambahkan keluaran sehingga AE=Y dan keseimbangan dicapai pada Y0. Pada pendapatan negara Y2, keseimbangan Y juga tidak berlaku kerana wujud lebihan AS / Y. Stok firma berlebihan. Maka firma-firma mengurangkan keluaran sehingga AE = Y semula dengan keseimbangan pendapatan negara pada Y0. Jadi keseimbangan pendapatan negara tercapai hanya apabila AE=Y kerana tiada lagi dorongan untuk firma menambah atau mengurangkan keluaran.



24



5(a) Apakah yang dimaksudkan dengan suntikan dan bocoran?



[4]



Suntikan ialah aliran masuk wang ke dalam pusingan pendapatan yang akan menambahkan pendapatan negara. Bocoran ialah aliran keluar wang daripada pusingan pendapatan yang akan mengurangkan pendapatan negara. (b) Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor ditentukan.



[6]



Sun,boc S+T



E0



I+G



0



Y Y1



Yo



Y2



Keseimbangan ekonomi tiga sektor berlaku apabila suntikan = bocoran iaitu pada titik Eo dan pendapatan negara Y0. Pada pendapatan negara Y1, keseimbangan tidak berlaku kerana wujud lebihan suntikan. Stok firma berkurang. Ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran sehingga suntikan=bocoran dan mencapai semula keseimbangan pada Y0. Pada pendapatan negara Y2, keseimbangan juga tidak berlaku kerana wujud lebihan bocoran. Stok firma berlebihan. Ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran sehingga suntikan = bocoran dan keseimbangan tercapai semula pada Y0.



25



6 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan pelaburan terhadap keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor mengikut pendekatan suntikan-bocoran. [6] Sun, Boc S+T



E1



I1 + G



Eo 0



Yo



I+G Y



Y1



Keseimbangan asal pada titik Eo dengan pendapatan negara Yo apabila keluk suntikan bersilang dengan keluk bocoran. @ suntikan sama dengan bocoran @ I+G = S+T Apabila pelaburan bertambah, suntikan bertambah. Maka keluk suntikan beralih dari I+G ke I1+G. Pada Yo berlaku lebihan suntikan. Maka firma menambahkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila I1 +G = S+T Kesannya pendapatan negara meningkat dari Yo ke Y1. Sebanyak mana peningkatan Y bergantung pada saiz pengganda. 7 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan perbelanjaan kerajaan terhadap keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor mengikut pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y) (10) AE Y=AE E1



AE1 = C+I +G1 AE0 = C+I+G



E0



450



Y Y0



Y1



26



Keseimbangan pendapatan negara asal pada Eo apabila perbelanjaan agregat = pendapatan dan keseimbangan pendapatan negara Yo. Apabila perbelanjaan kerajaan meningkat , maka AE bertambah dan fungsi perbelanjaan agregat beralih ke atas dari AE0 ke AE1. Pada Yo yang asal berlaku lebihan AE. Ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baharu di E1 apabila Y = AE1. Kesannya pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1 sebesar saiz pengganda. 8. Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), jelaskan bagaimana penurunan cukai keuntungan syarikat dapat mengatasi masalah pengangguran dalam negara. [10] AE Y=AE AE1 = C0+ I1+ G0 E1



∆I



F



AE0 = C0+ I0+ G0



E0



0



45



0



Yo



Y



Y1



Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila keluk perbelanjaan agregat bersilang dengan Y=AE pada pendapatan negara di Y0. Apabila cukai keuntungan syarikat diturunkan, pelaburan meningkat, AE meningkat, keluk AE beralih dari AE0 ke AE1. Pada pendapatan negara di Y0, berlaku lebihan perbelanjaan agregat sebanyak E0 F, stok berkurangan, firma meningkatkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di titik E1 Y=AE1 Kesannya pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1, Ini menunjukkan peluang pekerjaan bertambah/ pengangguran diatasi



27



9 Dengan menggunakan gambar rajah AE-Y, jelaskan tentang lompang deflasi dan lompang inflasi. (10) Lompang deflasi AE Y=AE Ef



AEf b



Ea



AEa



450 Ya



Yf



Y



Lompang deflasi ialah suatu kurangan perbelanjaan agregat (AE) pada tingkat pendapatan negara guna tenaga penuh. Keluk AEa ialah keluk perbelanjaan agregat sebenar dan keluk AEf ialah keluk AE pada tingkat guna tenaga penuh. Keseimbangan sebenar dicapai ialah pada pendapatan negara Ya yang lebih rendah berbanding pendapatan negara guna tenaga penuh Yf. Jadi wujud lompang deflasi sebesar Efb. Lompang inflasi AE



Y=AE AEa c



Ea AEf



Ef



450



Y



Yf Ya Lompang inflasi ialah suatu lebihan perbelanjaan agregat pada tingkat pendapatan negara guna tenaga penuh. Keluk AEa ialah keluk perbelanjaan agregat sebenar dan keluk AEf ialah keluk AE pada tingkat guna tenaga penuh. Keseimbangan sebenar dicapai ialah pada pendapatan negara Ya yang lebih tinggi berbanding pendapatan negara guna tenaga penuh Yf. Jadi wujud lompang inflasi sebesar Efc.



28



10. Apakah maksud lompang inflasi dan jurang KNK? Dengan menggunakan gambar rajah Y – AE, terangkan bagaimana perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang inflasi dan jurang KNK. [10] AE



Y=AE AEa c



Ea AEf



Ef



0



450



Y Yf Ya Lompang inflasi ialah suatu lebihan perbelanjaan agregat (AE) pada tingkat pendapatan negara guna tenaga penuh. Jurang KNK ialah perbezaan di antara pendapatan negara guna tenaga penuh dengan pendapatan negara sebenar. AEa ialah AE sebenar, AEf ialah AE pada guna tenaga penuh, Ya ialah pendapatan negara sebenar dan Yf ialah pendapatan negara pada guna tenaga penuh .Saiz lompang inflasi ialah cEf. Untuk mengatasi lompang inflasi perbelanjaan kerajaan dikurangkan. Jadi AE berkurang, keluk AE beralih dari AEa ke AEf. Maka lompang inflasi dapat di atasi. Pada Ya berlaku lebihan Y. Firma mengurangkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru dicapai di Ef apabila AEf = Yf. Kesannya pendapatan negara berkurang dari Ya ke YF. Maka jurang KNK dapat di atasi.



11



[a]



Terangkan mengenai alat dasar fiskal berikut: [4] i. Pemantap automatik Alat dasar fiskal yang sedia ada dalam ekonomi dan akan berubah secara automatik untuk menstabilkan ekonomi. Contoh cukai berkadar dan bayaran pindahan kerajaan. ii. Dasar fiskal budi bicara Langkah kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengatasi masalah kemelesetan dan inflasi. [b]



Terangkan mengenai perkara berikut:



[6]



(a) Hasil kerajaan Merupakan pendapatan kerajaan yang diperoleh dari hasil cukai dan hasil bukan cukai. Contoh hasil cukai ialah cukai pendapatan individu dan syarikat dan duti import. Contoh hasil bukan cukai ialah lesen perniagaan, bayaran denda.



29



(b) Perbelanjaan kerajaan Merupakan perbelanjaan kerajaan yang dibahagikan kepada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan kerajaan untuk membayar kos pengurusan dan Pentadbiran kerajaan. Contoh, emolumen. Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan pelaburan untuk projek pembangunan negara. Contoh, perkhidmatan ekonomi. (c) Hutang negara Merupakan pinjaman kerajaan dari sumber pinjaman dalam negeri dan pinjaman luar negeri. Contoh pinjaman dalam negeri, ialah menjual surat jaminan kerajaan. Contoh pinjaman luar negeri ialah pinjaman pasaran. 12 Dengan bantuan gambar rajah AE-Y, terangkan bagaimana dasar fiskal digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran /pengangguran kitaran/meningkatkan pertumbuhan ekonomi. (6) AE Y=AE E1



E0



AE1 a



AE0



450 Y0 Y1 Y Dasar fiskal untuk mengatasi pengangguran kitaran / meningkatkan pertumbuhan ekonomi ialah dasar fiskal mengembang iaitu dengan menaikkan perbelanjaan kerajaan (G) atau mengurangkan cukai (T). Keseimbangan asal dicapai pada titik E0, pada pendapatan negara Y0 apabila AE= Y Apabila perbelanjaan kerajaan (G) dinaikkan atau cukai (T) dikurangkan maka AE bertambah dan keluk AE beralih dari AE0 ke AE1. Pada Yo yang asal berlaku lebihan AE maka firma meningkatkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru iaitu pada titik E1 apabila Y = AE1. Kesannya pendapatan negara bertambah dari Y0 ke Y1. Pertambahan Y bermakna lebih ramai tenaga buruh digunakan, maka pengangguran kitaran dapat dikurangkan. @ Pertambahan Y bermakna berlaku pertumbuhan ekonomi. *Kesimpulan ikut kehendak soalan



30



13



Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, jelaskan bagaimana dasar fiskal dapat mengatasi masalah inflasi @ inflasi tarikan permintaan.



(6)



P



AS



P0



E0



P1



E1 AD0 AD1 Y benar Y1



Y0



Dasar fiskal yang digunakan untuk mengatasi inflasi ialah dasar fiskal menguncup iaitu mengurangkan perbelanjaan kerajaan(G) atau menaikkan cukai (T). Keseimbangan asal pd titik E0 dgn tingkat hg P0 dan Y bnr pd Y0. Apabila G dikurangkan atau cukai dinaikkan maka AD berkurang. Keluk AD beralih dr AD0 ke AD1. Pada Po yang asal berlaku kurangan AD maka firma mengurangkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pd E1 apabila AD1 = AS.. Kesannya tingkat hg turun dr P0 ke P1 dan Y bnr juga berkurang dr Y0 ke Y1. Penurunan harga dari P0 ke P1 menunjukkan inflasi dapat diatasi. 14 Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor / ekonomi terbuka ditentukan. [6] Sun,boc S+T+M



E0



I+G+X



Y Y1



Yo



Y2



Keseimbangan ekonomi terbuka berlaku apabila suntikan = bocoran iaitu pada titik Eo dan pendapatan negara Y0. 31



Pada pendapatan negara Y1, keseimbangan tidak berlaku kerana wujud lebihaan suntikan. Stok firma berkurang. Ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran sehingga suntikan=bocoran dan mencapai semula pendapatan negara keseimbangan pada Y0. Pada pendapatan negara Y2, keseimbangan juga tidak berlaku kerana wujud lebihan bocoran. Stok firma berlebihan. Ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran sehingga suntikan = bocoran dan keseimbangan tercapai semula pada Y0. 15 Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan eksport bersih kepada keseimbangan pendapatan negara. [6] Sun,boc S+T+M E1 I+G+X1 E0



I+G+X



Y Y0



Y1



Keseimbangan pendapatan negara yang asal ialah pada titik Eo dan pendapatan negara pada Y0 apabila suntikan (I+G+X) = bocoran(S+T+M). Pertambahan eksport bersih misalnya disebabkan kenaikan eksport dan import tidak berubah. Ini menyebabkan fungsi suntikan beralih ke atas dari I+G+X ke I+G+X1. Pada Yo berlaku lebihan suntikan. Maka firma menambahkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru dicapai di E1 apabila I+G+X1 = S+T+M Keseimbangan pendapatan negara yang baru meningkat dari Y0 ke Y1. 16 Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan perubahan yang berikut terhadap keseimbangan pendapatan negara: (a) Pengurangan perbelanjaan kerajaan



[5]



(b) Pertambahan eksport melebihi pertambahan import



[5]



32



(a) Pengurangan perbelanjaan kerajaan Sun, Boc S+T E0



I+G



E1



I + G1 Y



0 Y1



Y0



Keseimbangan asal pada titik Eo dengan pendapatan negara Y0 apabila suntikan = bocoran. Apabila perbelanjaan kerajaan berkurang fungsi suntikan beralih dari I + G ke I + G1. Pada Yo yang asal berlaku kurangan suntikan maka firma mengurangkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila S+T=I+G1. Kesannya keseimbangan pendapatan negara jatuh dari Y0 ke Y1 (b) Pertambahan eksport melebihi pertambahan import AE



Y=AE AE1 = C+I +G+X1-M1



E1



AE0 = C+I+G+X-M E0



450



Y



Y0 Y1 Keseimbangan pendapatan negara asal pada Y0 pada titik Eo apabila pendapatan (Y) = perbelanjaan agregat(AE) Apabila pertambahan eksport melebihi pertambahan import, eksport bersih bertambah, AE bertambah maka keluk AE beralih dari AE0 ke AE1. Pada Yo yang asal berlaku lebihan AE maka firma menambahkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pada E1 apabila Y=AE1. Kesannya keseimbangan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1. 17 Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), terangkan bagaimana pengurangan perbelanjaan kerajaan dan cukai yang sama jumlahnya secara serentak mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara. [10] 33



P Y=AE AE0=C0 + I0 + G0



E0



AE2 = C1 + I0 + G1 E2 ∆G



AE1= C0 + I0 + G1



E1 ∆C



450 Y1



Y2



Y0



Keseimbangan asal dicapai dititik E0 dengan pendapatan negara pada Y0 apabila Y = AE. Apabila perbelanjaan kerajaan (G) berkurang, fungsi perbelanjaan agregat turun dari AE0 ke AE1 sebanyak ∆G. Keseimbangan pendapatan negara yang baru berkurang dari Y0 ke Y1 sebanyak saiz pengganda iaitu ∆Y = Pengganda x ∆G. Pengurangan cukai yang sama jumlahnya dengan pengurangan perbelanjaan kerajaan (∆T = ∆G) akan menyebabkan pendapatan boleh guna meningkat. Ini menyebabkan kenaikan penggunaan (C) sebanyak ∆C = MPC x ∆T, kurang daripada ∆G. Kesannya fungsi AE naik dari AE1 ke AE2. Keseimbangan pendapatan negara naik semula dari Y1 ke Y2 sebesar saiz pengganda iaitu ∆Y = Pengganda x ∆C. Oleh itu kesan keseluruhan akibat pengurangan G dan T yang sama jumlahnya secara serentak menyebabkan keseimbangan beralih dari E0 ke E2 iaitu pendapatan negara hanya turun dari Y0 ke Y2.



18



(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk permintaan agregat (AD)?



[2]



(b) Terangkan bagaimana keluk permintaan agregat diterbitkan.



[8]



(a) Keluk AD ialah satu keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat harga umum dengan pendapatan negara benar yang diminta oleh pengguna. Apabila tingkat harga naik Y benar merosot dan jika tingkat harga jatuh Y benar meningkat.



(b) Keluk AD diterbitkan daripada keseimbangan perbelanjaan agregat-pendapatan negara, seperti gambar rajah di bawah. 34



AE Y=AE AE0



E0



AE1 E1



Rajah 1



450 Y1



Y



Y0



P



b



P1



Rajah 2 a



P0



AD Y1



Y benar



Y0



Pada tingkat harga asal P0, perbelanjaan agregat ialah AE0. Keseimbangan dicapai pada titik E0 pada pendapatan negara Y0 dalam rajah 1. Keseimbangan pendapatan negara benar ialah pada titik a dengan pendapatan negara Y0 seperti rajah 2. Apabila harga naik ke P1, kuasa beli pengguna merosot menyebabkan perbelanjaan agregat berkurang dan keluk AE beralih ke AE1.Keseimbangan baru dicapai pada E1 pada pendapatan negara Y1. Pendapatan negara benar juga berkurang kepada Y1 seperti titik keseimbangan di titik b. Dengan menyambungkan titik a dan b, terbentuklah keluk AD yg mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk AD menunjukkan hubungan negatif antara tingkat harga dengan pendapatan negara benar.



35



19. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keseimbangan pendapatan negara dicapai mengikut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS). [10]



Harga (b) AS P1 P0



E0



P2 AD Y benar 0



Y1



Y0



Y2



Keseimbangan pendapatan negara berlaku di E0 apabila AD =AS iaitu pada harga P0 dan pendapatan negara Y0 Pada harga P1, berlaku lebihan AS sebanyak Y1Y2, firma mengurangkan keluaran dan harga akan turun ke P0 sehingga mencapai keseimbangan semula di Eo pada harga P0 dan pendapatan negara Y0 Pada harga P2, berlaku lebihan AD sebanyak Y1Y2, firma menambahkan keluaran dan harga akan naik ke P0 sehingga mencapai keseimbangan semula di Eo pada harga P0 dan pendapatan negara Y0.



20 Dengan bantuan gambar rajah AD-AS, terangkan kesan kejatuhan kadar bunga kepada tingkat harga dan pendapatan negara benar @pendapatan negara [10] P AS E1 P1



E0



P0



AD1 AD0 Y0



Y1



Y benar



Keseimbangan asal dicapai pada titik Eo, pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0 apabila AD=AS. 36



Apabila kadar bunga berkurang, pelaburan bertambah. Ini menyebabkan permintaan agregat bertambah dan keluk AD beralih dari AD0 ke AD1. Pada harga Po yang asal, berlaku lebihan AD. Ini mendorong harga naik. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila AD1 = AS Kesannya tingkat harga naik dari P0 ke P1 dan pendapatan negara benar juga bertambah dari Y0 ke Y1. 21 (a) Apakah maksud keluk penawaran agregat?



[2]



Keluk penawaran agregat ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara keluaran negara benar yang ditawarkan pada setiap tingkat harga. (b) Terangkan empat faktor yang meningkatkan penawaran agregat / menyebabkan keluk penawaran agregat beralih ke kanan. [8] 1. Peningkatan teknologi Peningkatan teknologi seperti penggunaan mesin yang lebih canggih akan meningkatkan daya produktiviti. Maka AS akan bertambah. (dan keluk AS beralih ke kanan) 2. Kos input berkurang Contoh kos bahan mentah berkurang. Maka firma dapat menambahkan keluaran. AS bertambah. 3. Kemahiran buruh meningkat. Maka produktiviti meningkat maka keluaran meningkat, AS meningkat. 4. Pertambahan sumber Jika berlaku pertambahan sumber seperti tanah dan buruh . Firma dapat meningkatkan keluaran. AS bertambah.



22. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, terangkan kesan perkara berikut terhadap pendapatan negara dan tingkat harga. (a) Pengurangan cukai pendapatan [5] (b) Kenaikan upah



[5]



37



(a)



P AS



P1



E1



P0



E0 AD1 AD Y benar Y0



Y1



Keseimbangan asal ialah di Eo.Tingkat harga umum Po dan pendapatan negara Y0 apabila AD=AS. Apabila berlakunya pengurangan cukai pendapatan maka pendapatan boleh guna (Yd )meningkat, C meningkat dan AD pun meningkat. Keluk AD beralih dari AD ke AD1. Pada harga Po berlaku lebihan AD. Ini mendorong harga naik . Proses ini berterusan hingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila AD1 = AS Kesannya harga meningkat dari P0 ke P1 dan Y bertambah dari Y0 ke Y1. (b) P AS1 AS



P1



E1



P0



E0



AD Y benar Y1 Y0 Keseimbangan asal ialah di Eo.Tingkat harga umum Po dan pendapatan negara Y0 apabila AD=AS. Apabila berlaku kenaikan upah maka kos pengeluaran meningkat. Jadi penawaran agregat (AS) berkurang. Keluk AS beralih dari AS ke AS1. Pada harga Po, berlaku lebihan AD. Ini mendorong harga naik hingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila AD = AS1 38



Kesannya harga meningkat dari P0 ke P1 dan Y berkurang dari Y0 ke Y1. 23 Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan peningkatan kemahiran buruh terhadap keseimbangan tingkat harga dan pendapatan negara. [10]



P



AS0 AS1



P0



E0



P1



E1



AD Y benar



Y0 Y1



Keseimbangan asal pada titik E0 apabila permintaan agregat (AD)= penawaran agregat (AS). Pendapatan negara keseimbangan ialah Y0 dan tingkat harga P0. Apabila berlaku peningkatan kemahiran buruh maka produktiviti/daya pengeluaran buruh meningkat, AS meningkat. Keluk AS beralih dari AS0 ke AS1. Pada harga Po, berlaku lebihan AS. Ini mendorong harga jatuh. Proses ini berterusan hingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila AD=AS1 Kesannya tingkat harga jatuh dari P0 ke P1 dan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1.



39



BAB 4



WANG, BANK DAN DASAR KEWANGAN



1 Apakah wang? Jelaskan tiga ciri yang perlu ada suatu benda yang dijadikan wang?



[6]



Wang ialah suatu benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan dalam urusniaga. Ciri-ciri wang ialah: i.



Diterima umum Orang ramai menerima dan yakin dengan keupayaan sesuatu benda yang dijadikan wang untuk digunakan sebagai alat perantaraan pertukaran dalam aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan.



ii.



Penawaran terhad Wang mestilah sukar diperoleh. Ini untuk menjamin kestabilan nilai wang. Jika penawarannya berlebihan maka nilainya akan jatuh dan tidak akan diterima sebagai alat perantaraan pertukaran.



iii. Keseragaman Wang mestilah bersifat seragam misalnya dari segi bentuk, saiz dan warna. Ini membolehkan iannya mudah dikenali oleh orang ramai dan mudah untuk digunakan. 2 Jelaskan empat fungsi wang dalam ekonomi.



[10]



Empat fungsi wang dalam ekonomi ialah: a. Alat perantaraan pertukaran Iaitu untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan . Ini dapat mengatasi masalah kehendak serentak dalam system barter. Semua barang dapat diperoleh dengan mudah dengan menggunakan wang. b. Alat pengukur nilai dan unit akaun Nilai barang dan perkhidmatan dapat ditentukan melalui harga . Jadi nilai barang dapat ditentukan dengan mudah. Perbandingan nilai barang juga dapat dilakukan dalam unit ukuran yang sama. Ini dapat atasi masalah sistem barter yang sukar untuk tentukan nilai barang c. Alat bayaran tertunda Barang dapat dijual secara kredit @ ansuran. Ini dapat dilakukan kerana nilai wang adalah stabil. Ini menggalakkan kegiatan ekonomi secara kredit. Dapat atasi masalah sistem barter yang tidak dapat melakukan urusniaga kredit kerana kualiti barang akan berubah di masa depan



40



d. Alat peyimpan nilai Dapat menentukan kekayaan seseorang kerana wang dapat disimpan untuk jangka panjang. Ini kerana wang tahan lama dan nilainya stabil. Ini dapat atasi masalah system barter di mana barang mudah rosak dan perlukan ruang simpanan. 3 Nyatakan dua fungsi wang. Terangkan bagaimana inflasi dapat mempengaruhi fungsi wang tersebut. [6] Dua fungsi wang ialah sebagai alat perantaraan pertukaran dan alat bayaran tertunda. Fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran akan terjejas apabila berlaku inflasi. Ini kerana kenaikan harga yang pesat dan berterusan menyebabkan nilai wang semakin merosot. Ini boleh menyebabkan penggunaan semula sistem barter dan mengurangkan penggunaan wang kerana hilangnya keyakinan masyarakat terhadap penggunaan wang. Fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda juga terjejas semasa inflasi yang tinggi. Ini kerana penjual lebih suka harga barang dibayar tunai kerana jualan secara kredit menyebabkan nilai wang yang akan diterima nanti menjadi semakin kecil. Jadi peniaga akan kerugian dan tidak mahu menjalankan urus niaga secara kredit. 4 Apakah nilai wang? Dengan menggunakan contoh, tunjukkan bagaimana nilai wang dihitung.[6] Nilai wang ialah keupayaan seunit matawang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Semakin banyak barang yang dapat dibeli dengan sejumlah wang bermakna semakin tinggi nilai wang. Nilai wang dipengaruhi oleh tingkat harga secara negatif. Nilai wang dihitung menggunakan rumus: IH to Indeks nilai wang (INW) = ------------ x 100 IH t1



Perubahan nilai wang =



INWt1 – INWto --------------------- x 100 100



Contoh: IHto = 100 IHt1 = 110 INW = 100 ------- x 100 = 90.91 110 Perubahan nilai wang = 90.91 – 100 --------------- x 100 100 = -9.09 Nilai wang merosot sebanyak 9.09% akibat kenaikan tingkat harga.



41



5



(a) Jelaskan bekalan wang M1 dan M2.



[4]



M1 terdiri daripada matawang dalam edaran iaitu wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan oleh bank pusat dan deposit semasa @deposit permintaan di bank perdagangan M2 ialah ialah bekalan wang yang terdiri daripada MI + Separa wang@wang hampir Separa wang terdiri daripada deposit tabungan dan deposit tetap di bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga dan sijil Bank Negara (b) Jelaskan tiga fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan.



[6]



Fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan ialah: i.



Menguruskan akaun kerajaan Menguruskan perbelanjaan dan pendapatan kerajaan. Bank pusat menerima deposit untuk hasil kerajaan dan membuat pembayaran dan menjalankan urusniaga pertukaran asing bagi pihak kerajaan.



ii.



Sumber dana kepada kerajaan Memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan untuk membiayai defisit dalam perbelanjaan kerajaan. Pinjaman ini perlu dibayar balik oleh kerajaan dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan.



iii.



Mengurus hutang kerajaan Mengurus hutang dalam negara dan hutang luar negara bagi pihak kerajaan. Bank pusat menasihati kerajaan tentang syarat dan masa yang sesuai untuk membuat pinjaman. Bank pusat membuat pembayaran balik pinjaman kerajaan dan membantu mendapatkan pinjaman dengan menerbitkan bil perbendaharaan dan bon kerajaan.



6 Jelaskan tiga fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan.



[6]



Fungsi Bank Pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan ialah: i.



Sebagai penyimpan rizab Bank perdagangan mesti menyimpan rizab berkanun dan rizab tunai pada kadar tertentu. Ini bertujuan untuk digunakan sebagai alat dasar kewangan untuk mencapai kestabilan ekonomi dan memastikan bank perdagangan mempunyai tunai yang mencukupi untuk memenuhi tuntutan pelanggan.



ii.



Sebagai sumber pinjaman terakhir Memberi pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan pelanggan. 42



Diberi dalam bentuk mendiskaun bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman bercagar. iii.



Menjelaskan hutang antara bank perdagangan Bank perdagangan diwajibkan membuka akaun penjelasan di bank pusat. Ini bagi membolehkan cek dan hutang antara bank diselesaikan. Penyelesaian hutang melibatkan pemindahan wang dalam akaun penjelasan antara bank-bank.



7 Dengan menggunakan contoh, jelaskan bagaimana proses penciptaan kredit yang berlaku dalam sistem bank /sistem banyak bank. [10] Untuk menerangkan proses penciptaan kredit, andaian berikut diperlukan iaitu: (a) (b) (c) (d) (e)



Nisbah rizab ialah 20% Semua deposit adalah deposit semasa Semua lebihan rizab dipinjamkan Tiada bocoran wang tunai Deposit semasa asal diterima ialah RM1000



Proses penciptaan kredit bermula apabila seorang pelanggan iaitu A memasukkan wang sebanyak RM1000 ke dalam Bank 1. Maka kunci kira-kira bank 1 seperti berikut: Kunci kira-kira Bank 1 Rizab Pinjaman



200 800 -----1000 ------



Deposit semasa



1000 -------1000 ---------



Bank A menyimpan rizab sebanyak 20% daripada deposit semasa iaitu RM 200. Lebihan rizab iaitu sebanyak RM800 dipinjamkan contohnya kepada pelanggan B. B memasukkan wang ke dalam Bank 2. Maka kunci kira-kira bank 2 seperti di bawah: Kunci kira-kira Bank 2 Rizab Pinjaman



160 640 -----800 ------



Deposit semasa



800 -------800 ---------



Bank 2 juga mesti menyimpan rizab 20% iaitu RM 160. Pinjaman yang dapat diberikan kepada pelanggan seterusnya ialah RM640. Proses ini berterusan sehingga tiada lagi lebihan rizab yang dapat dipinjamkan.



43



Proses penciptaan kredit yang berlaku dapat ditunjukkan melalui jadual berikut: (jadual rumusan penciptaan kredit) Bank @ peringkat



Deposit semasa (RM)



Pinjaman (RM)



Rizab (RM)



Bank 1 Bank 2 Bank 3 . . Jumlah



1000 800 640 . . 5000



800 640 512 . . 4000



200 160 128



1000



Apabila seorang pelanggan A mendepositkan wang RM1000 dalam sebuah bank katakan bank 1. Bank 1 menyimpan rizab 20% iaitu RM 200. Lebihan rizab (80%) iaitu RM 800 dipinjamkan. Katakan pinjaman diberi kepada B dan disimpan oleh B di bank 2. Proses yang sama berlaku di bank 2 iaitu menyimpan rizab sebanyak RM160 dan RM640 dipinjamkan Katakan pinjaman seterusnya diberi kepada C dan C memasukkannya ke dalam Bank 3. Proses ini berterusan sehinggan tiada lagi lebihan rizab yang dapat dipinjamkan. Jumlah deposit yang dapat dicipta ialah 1000 x 5 = RM5000 dan pinjaman ialah RM4000. Ini bermakna daripada deposit asal RM1000 , bekalan wang bertambah sebanyak RM4000. 8 Apakah maksud nisbah rizab berkanun dan nisbah rizab tunai? Terangkan bagaimana kenaikan nisbah rizab mempengaruhi penciptaan kredit bank perdagangan. [6] Nisbah rizab berkanun ialah peratusan daripada jumlah deposit bank perdagangan yang perlu disimpan di bank pusat. Nisbah rizab tunai ialah peratusan daripada jumlah deposit bank perdagangan yang perlu di simpan dalam bentuk tunai atau aset-aset mudah tunai di bank perdagangan itu sendiri, di bank pusat atau di lain2 bank perdagangan Kenaikan nisbah rizab akan mengecilkan saiz pengganda wang dan mengehadkan keupayaan bank perdagangan untuk mencipta kredit. Misalnya nisbah rizab asal ialah 20%. Maka saiz pengganda wang ialah: Pengganda wang = 1 1 ------------ = --------- = 5 Nisbah rizab 20% Contoh, jika deposit semasa yang diterima oleh bank ialah RM 100 maka jumlah deposit semasa di akhir proses penciptaan kredit ialah RM100 x 5 = RM 500. Tetapi jika nisbah rizab naik kepada 25% maka pengganda wang yang baru ialah: Pengganda wang = 1 -------- = 4 25% Maka dengan deposit semasa asal RM100, jumlah deposit semasa diakhir proses penciptaan kredit berkurang kepada RM100 x 4 = RM 400.



44



Kesimpulannya semakin tinggi nisbah rizab, semakin kurang penciptaan kredit oleh bank perdagangan. 9 Huraikan lima faktor yang mengehadkan/membataskan/mengurangkan keupayaan bank perdagangan untuk mencipta kredit. [10] i. Nisbah Rizab dinaikkan Semakin tinggi nisbah rizab, semakin banyak rizab yang pelu disimpan, semakin sedikit pinjaman boleh dilakukan, penciptaan kredit berkurang. ii. Kebocoran wang tunai Peminjam tidak semestinya memasukkan semula wang yang dipinjam ke dalam bank. Mereka lebih suka menggunakan wang tunai berbanding cek. Ini mengurangkan jumlah deposit semasa di bank, maka penciptaan kredit berkurang. iii. Dasar bank untuk menjaga keteguhan bank Bank menyimpan lebih banyak rizab daripada yang ditetapkan oleh bank pusat. Maka lebihan rizab bank bertambah. Jadi jumlah pinjaman yang diberi kepada pelanggan semakin kecil. Maka keupayaan mencipta kredit berkurang. iv.



v.



Syarat pinjaman yang ketat. Misalnya peminjam diperlukan menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Jadi jika ramai yang tidak mampu menyediakan cagaran maka jumlah pinjaman akan berkurang dan ini mengurangkan penciptaan kredit. Kurang minat meminjam Pelabur tidak berminat untuk melabur mungkin disebabkan ekonomi dijangka meleset. Jadi pinjaman berkurang. Ini mengehadkan penciptaan kredit.



10 Terangkan Teori Kuantiti Wang yang dikemukan oleh Irving Fisher? Adakah teori ini berkesan untuk mengatasi inflasi? [6] Teori Kuantiti Wang menyatakan bahawa perubahan dalam bekalan wang akan menyebabkan perubahan dalam tingkat harga umum pada arah dan kadar yang sama. Teori ini berdasarkan persamaan berikut: MV = PT di mana M = bekalan wang V = halaju edaran wang P = tingkat harga umum T = jumlah urusniaga Teori ini mengandaikan V dan T adalah malar kerana ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh. Oleh itu apabila bekalan wang (M) naik maka P juga akan naik dengan peratusan yang sama. Teori ini berkesan untuk mengatasi inflasi iaitu dengan cara kerajaan mengurangkan bekalan wang sebesar kadar inflasi, maka tingkat harga akan turun, jadi inflasi dapat di atasi.



45



11 Terangkan tiga tujuan permintaan wang dan faktor yang mempengaruhi permintaan wang tersebut dalam sesebuah ekonomi. [6] Tiga tujuan permintaan wang dan factor yang mempengaruhinya ialah: i.



Untuk urusniaga Iaitu untuk membeli barang dan perkhidmatan. Permintaan wang untuk urusniaga bergantung kepada pendapatan iaitu secara positif. Semakin tinggi pendapatan semakin tinggi permintaan wang untuk urusniaga. Sebaliknya semakin rendah pendapatan semakin kurang permintaan wang untuk urusniaga.



ii.



Untuk awasan Iaitu untuk digunakan semasa kecemasan atau perbelanjaan diluar jangkaan. Ia bergantung kepada pendapatan secara positif. Semakin tinggi pendapatan semakin tinggi wang diminta untuk awasan dan semakin rendah pendapatan semakin rendah permintaan wang untuk awasan.



iii.



Untuk spekulasi. Wang diminta untuk tujuan mendapat keuntungan dengan membeli bon dan saham. Permintaan wang untuk spekulasi bergantung secara negative dengan kadar bunga. Semakin tinggi kadar bunga (harga bon rendah) wang yg diminta berkurang kerana wang telah diguna untuk membeli bon kerana menjangka kadar bunga akan jatuh (harga bon naik) Sebaliknya semakin rendah kadar bunga (harga bon tinggi) semakin tinggi permintaan wang untuk spekulasi kerana menunggu peluang untuk membeli bon apabila harganya jatuh.



12 Dengan bantuan gambar rajah berdasarkan analisis Keynes, jelaskan proses penentuan kadar bunga di pasaran. [6] Kadar bunga



Ms



r2



a



Eo



r0 r1



0



b



M1



c



d



M0



M2



46



Md



Kuantiti wang



Kadar bunga keseimbangan berlaku apabila permintaan wang (Md) sama dengan penawaran wang (Ms). Kadar bunga keseimbangan berlaku pada titik Eo dengan kadar bunga ro dan kuantiti wang Mo Pada kadar bunga r1, berlaku lebihan permintaan wang sebanyak cd. Orang ramai menjual bon. Harga bon turun dan kadar bunga meningkat sehingga mencapai keseimbangan dititik Eo pada kadar bunga ro. Pada kadar bunga r2, berlaku lebihan penawaran wang sebanyak ab. Orang ramai membeli bon. Harga bon naik kadar bunga turun hingga mencapai keseimbangan di titik Eo pada kadar bunga ro. 13 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan penawaran wang @ kesan alat2 dasar kewangan yg meningkatkan penawaran wang (cth: penurunan nisbah rizab) terhadap keseimbangan kadar bunga. [10]



r



ro



Ms



Ms1



Eo



r1



E1 Md



Mo



M1



Ktt wang



Keseimbangan asal ialah pada titik Eo pada kadar bunga ro dan kuantiti wang Mo apabila penawaran wang (Ms) = permintaan wang (Md). Apabila berlaku peningkatan penawaran wang, maka keluk Ms beralih dari Ms ke Ms1. Pada ro yang asal berlaku lebihan penawaran wang. Lebihan penawaran wang akan digunakan untuk membeli bon. Ini menyebabkan harga bon meningkat. Ini mendorong kadar bunga jatuh. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru dicapai di titik E1apabila Md=Ms1. Kesannya kadar bunga jatuh dari ro ke r1 dan kuantiti wang bertambah dari Mo ke M1.



47



14 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan permintaan wang/peningkatan perbelanjaan penggunaan isi rumah (permintaan wang untuk tujuan urusniaga ) /peningkatan permintaan wang utk awasan / peningkatan permintaan wang utk spekulasi terhadap keseimbangan kadar bunga. [10] r



Ms



r1



E1



ro



Eo Md1 Md Mo



Ktt wang



Keseimbangan asal ialah pada titik Eo pada kadar bunga ro dan kuantiti wang Mo apabila penawaran wang (Ms) = permintaan wang (Md). Apabila perbelanjaan penggunaan isi rumah meningkat (contoh soalan) maka permintaan wang untuk tujuan urusniaga meningkat). Permintaan wang bertambah , keluk Md beralih dari Md ke Md1. Pada ro yang asal berlaku lebihan permintaan wang, maka masyarakat menjual bon. Maka harga bon turun dan kadar bunga meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di titik E1 apabila Md1=Ms Kesannya kadar bunga naik dari ro ke r1 dan kuantiti wang tetap di Mo.



48



15 Dengan bantuan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan penawaran wang terhadap kadar bunga, tingkat pelaburan dan pendapatan negara @ terhadap ekonomi (mengikut teori keutamaan kecairan Keynes) [10] r



Ms0



r



Ms1



r0 r1



Dm I Ktt wang



Mo M1 Rajah 1



I0



I1



Pelaburan



Rajah 2



AE



Y=AE



C+I1+G C+I0+G 45



0



Y Y0



Y1



Rajah 3



Keseimbangan asal kadar bunga pada r0. Jumlah pelaburan pada kadar bunga r0 ialah I0. Dengan pelaburan I0 perbelanjaan aggregate AE0 dengan Y keseimbangan pada Y0. Pertambahan penawaran wang dari Ms0 ke Ms1 menyebabkan kadar bunga jatuh dari r0 ke r1. Kesannya pelaburan bertambah dari I0 ke I1 kerana kos pinjaman semakin murah. Pelaburan bertambah menyebabkan AE bertambah, dari AE0 ke AE1. Kesannya Y bertambah dari Y0 ke Y1 Kesimpulan, pertambahan penawaran wang akan menyebabkan kadar bunga jatuh, pelaburan bertambah dan pendapatan negara meningkat.



49



16 Dengan menggunakan pendekatan AD-AS, jelaskan bagaimana dasar kewangan mengembang dapat mengatasi pengangguran /kemelesetan/deflasi/ meningkatkan output/keluaran negara. [6] P



AS



P1



E1



P0



E0 AD1 AD0 Y benar Y0



Y1



Keseimbangan asal ialah pd titik E0 dgn tingkat hg P0 dan Y benar pd Y0. Dasar kewangan mengembang ialah dasar bank pusat meningkatkan bekalan wang dan mengurangkan kadar bunga. Kesannya AD bertambah. Keluk AD beralih dr AD0 ke AD1. Pada Po berlaku lebihan AD, maka harga turun. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan di E1.apabila AD1 = AS Kesannya tingkat hg telah naik dr P0 ke P1 dan Y bnr juga bertambah dr Y0 ke Y1. Peningkatan pendapatan negara ini bermakna lebih ramai tenaga buruh digunakan, maka pengangguran dapat dikurangkan. / output dapat ditingkatkan. *kesimpulan mengikut kehendak soalan *jika soalan mengaitkan dasar kewangan melalui operasi pasaran terbuka untuk atasi masalah di atas...mesti sebut kerajaan beli sekuriti kerajaan, maka penawaran wang bertambah, kadar bunga jatuh, pelaburan meningkat maka AD meningkat *jika soalan mengaitkan dasar kewangan melalui nisbah rizab utk atasi masalah di atas ...mesti sebut bila nisbah rizab diturunkan, maka penawaran wang bertambah, kadar bunga jatuh, pelaburan meningkat maka AD meningkat @ alat-alat dasar kewangan yg lain *jika soalan berkaitan dengan atasi inflasi....terbalikkan fakta dan huraian/kesan di atas



50



17 Terangkan bagaimana dasar kewangan kuantitatif digunakan untuk mengatasi masalah inflasi. (10) Cara dasar kewangan untuk mengatasi inflasi: 1. Operasi pasaran terbuka Bank pusat akan menjual surat jaminan kerajaan kpd institusi kewangan dan orang ramai. Maka keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang, penawaran wang berkurang , AD berkurang, harga turun. Jadi inflasi dapat diatasi. 2. Bank pusat menaikkan kadar bank/kadar diskaun Apabila kadar bank dinaikkan, kos meminjam bank perdagangan meningkat. Bank perdagangan meningkatkan kadar bunga pinjaman kepada orang ramai. Ini mengurangkankan orang ramai meminjam, penawaran wang berkurang menyebabkan AD berkurang. Harga akan turun. Jadi inflasi dapat diatasi.



3. Bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun Apabila nisbah rizab berkanun dinaikkan maka kecairan bank perdagangan berkurang. keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang. Kesannya penawaran wang menurun menyebabkan AD menurun. Harga akan turun. Jadi inflasi dapat diatasi. 4. Bank pusat menaikkan nisbah rizab tunai Apabila nisbah rizab berkanun dinaikkan maka kecairan bank perdagangan berkurang. keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang. Kesannya penawaran wang menurun menyebabkan AD menurun. Harga akan turun. Jadi inflasi dapat diatasi. 5. Kadar bunga semalaman Kadar bunga semalaman ditetapkan lebih tinggi drp kadar bunga pasaran. Maka bank perdagangan akan mengenakan kadar bunga lebih tinggi kpd peminjam. Pinjaman berkurang, AD berkurang. Harga jatuh.



18 Terangkan bagaimana dasar kewangan kuantitatif digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran / kemelesetan/meningkatkan output / meningkatkan pertumbuhan ekonomi (10) Cara dasar kewangan untuk mengatasi pengangguran: @...ikut soalan 1. Bank pusat akan membeli surat jaminan kerajaan melalui operasi pasaran terbuka Bank pusat akan membeli surat jaminan kerajaan drp institusi kewangan dan orang ramai. Maka keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman bertambah, penawaran wang bertambah , AD bertambah maka Y meningkat dan pengangguran diatasi. 2. Bank pusat menurunkan kadar bank/kadar diskaun Apabila kadar bank diturunkan, kos meminjam bank perdagangan berkurang. Bank perdagangan menurunkan kadar bunga pinjaman kepada orang ramai. Ini menambahkan pinjaman, penawaran wang bertambah menyebabkan AD bertambah maka Y meningkat 51



3. Bank pusat mengurangkan nisbah rizab berkanun Apabila nisbah rizab berkanun dikurangkan maka kecairan bank perdagangan bertambah. keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman bertambah. Kesannya penawaran wang bertambah AD bertambah maka Y bertambah. 4. Bank pusat mengurangkan nisbah rizab tunai Apabila nisbah rizab tunai dikurangkan maka kecairan bank perdagangan bertambah. keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman bertambah. Kesannya penawaran wang bertambah AD bertambah maka Y bertambah. 5. Bank pusat menetapkan kadar bunga semalaman lebih rendah drp kadar bunga pasaran Maka bank perdagangan akan mengenakan kadar bunga lebih rendah kpd peminjam. Pinjaman bertambah, bekalan wang bertambah,AD bertambah maka Y bertambah.



52



BAB 5 PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA 1



(a) Apakah maksud perdagangan antarabangsa?



[2]



Perdagangan antarabangsa ialah perdagangan yang melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain. Contoh Malaysia mengeksport petroleum ke Jepun dan mengimport kereta dari Jepun. (b) Terangkan empat faktor yang menyebabkan wujudnya / perlunya perdagangan antarabangsa. (atau mengapa sebuah negara perlu berdagang dengan negara lain[8] i.



Anugerah faktor yang berbeza Anugerah faktor berbeza bagi setiap negara seperti tanah dan iklim. Contoh Malaysia, iklim dan tanahnya sesuai untuk menanam kelapa sawit. Manakala Arab Saudi kaya dengan petroleum. Jadi dengan perdangan antarabangsa sebuah negara dapat mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan.



ii.



Cita rasa masyarakat yang berbeza Cita rasa pengguna yang menggemari barang import. Contoh rakyat Malaysia suka kereta import. Jadi perdagangan antarabangsa dijalankan.



iii.



Teknologi yang berbeza Negara yang mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi akan mengkhusus dalam pengeluaran barang yang berintensifkan modal. Contoh Amerika Syarikat yang mengeluarkan kapal terbang. Jadi AS dapat mengeksportnya ke negara yang tiada kepakaran teknologi.



iv.



Kemahiran buruh yang berbeza Perbezaan kemahiran buruh mempengaruhi corak kegiatan ekonomi dan jenis barang yang dikeluarkan. Contoh buruh Malaysia mahir dalam sektor pertanian dan mengutamakan pengeluaran hasil pertanian. Sebaliknya buruh Jepun mahir dalam sektor pembuatan, maka mereka lebih mengutamakan pengeluaran barang kilang. Maka wujud perdagangan



v.



Memenuhi pengeluaran negara yang tidak mencukupi Pengeluaran sesebuah negara tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk Cth Malaysia perlu mengimport beras kerana pengeluaran beras tidak cukup. Jadi wujud perdagangan dengan negara lain.



2. Terangkan lima faedah yang diperoleh daripada perdagangan antarabangsa. [10] 1. Mendapat barang yang tidak dikeluarkan dalam negara Dapat barang yg tidak dapat dikeluarkan misalnya kerana iklim yg berbeza.Cth rakyat Malaysia dapat menikmati anggur 2. Meluaskan pasaran Keluaran tempatan dapat dijual di pasaran luar negeri. Jadi menggalakkan peningkatan pengeluaran dalam negeri utk dieksport. Guna tenaga meningkat. 3. Membolehkan penggunaan teknologi moden 53



Teknologi moden dari negaran maju dapat diimport dan digunakan dalam proses pengeluaran. Ini dapat meningkatkan daya produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran. 4. Menikmati faedah drp pengkhususan Setiap negara dapat mengkhusus dalam pengeluaran yg mempunyai faedah mutlak @ faedah berbanding. Keluaran dapat dihasilkan secara besar-besaran dan menikmati ekonomi bidangan 5. Menggalakkan pelaburan Dapat mengadakan pelaburan ke luar negara dan menarik pelaburan asing. Ini dapat meningkatkan keluaran negara dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. 3 Dengan menggunakan contoh, terangkan mengenai teori faedah mutlak dan faedah berbanding. [6] Teori faedah mutlak ialah keuntungan yg diperoleh sesebuah negara kerana mengkhusus dalam pengeluaran barang yg dpt dihasilkan dgn lebih cekap berbanding dgn negara lain iaitu dgn jumlah factor pglrn yg sama, negara itu dpt menghasilkan lebih byk sesuatu brg berbanding negara lain. Manakala faedah berbanding ialah keuntungan yg diperoleh sesebuah negara kerana negara itu dapat mengeluarkan sesuatu brg pada kos lepas yg lebih rendah berbanding negara lain dengan menggunakan jumlah factor pengeluaran yg sama byk. Negara A



Komputer (unit) 100



Kereta (unit) 50



B



30



30



Kos lepas seunit komputer 50/100 = 0.5 unit kereta 30/30 = 1 unit kereta



Kos lepas seunit kereta 100/50 = 2 unit computer 30/30 = 1 unit computer



Negara A mempunyai faedah mutlak dlm pengeluaran komputer dan kereta berbanding negara B kerana mampu mengeluarkan lebih byk komputer dan kereta. Manakala negara B memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran kereta kerana dapat mengeluarkan kereta pada kos lepas yg lebih rendah berbanding negara A iaitu kos lepas seunit kereta ialah 1 unit komputer berbanding negara A iaitu 2 unit komputer.



4. Dengan menggunakan contoh terangkan bagaimana teori faedah berbanding akan memberi keuntungan/laba kepada sesebuah negara apabila melakukan perdagangan dengan negara lain. [10] Andaian: 1. Hanya ada dua negara yang berdagang 2. Hanya terdapat dua jenis barang yang dikeluarkan oleh setiap negara 3. Jumlah faktor pengeluaran adalah sama 4. Kedua-dua negara telah mencapai guna tenaga penuh



54



Jadual sebelum pengkhususan (pengeluaran dan penggunaan dalam negara) Negara A



Kereta (unit) 60



Komputer (unit) 60



B



20



50



Kos lepas seunit kereta 60/60 = 1 unit komputer 50/20 = 2.5 unit komputer



Kos lepas seunit komputer 60/60 = 1 unit kereta 20/50 = 0.4 unit kereta



Negara A memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran kereta kerana dapat mengeluarkan kereta pada kos lepas yg lebih rendah berbanding negara B. Jadi negara A mengkhusus dalam pengeluaran kereta Negara B memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran komputer kerana dapat mengeluarkan komputer pada kos lepas yg lebih rendah berbanding negara A. Jadi negara B mengkhusus dalam pengeluaran komputer. Jadual selepas pengkhususan Negara A B Jumlah



Kereta (unit) 120 120



Komputer (unit) 100 100



Katakan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 unit kereta = 2 unit komputer Negara A ingin mengeksport 30 unit kereta. Jadual selepas perdagangan Negara A B Jumlah



Kereta (unit) 90 30 120



Komputer (unit) 60 40 100



Keuntungan negara A - mendapat tambahan 30 unit kereta Keuntungan negara B – mendapat tambahan 10 unit kereta 5 Jelaskan lima alasan mengapa sekatan perdagangan (dasar perlindungan) dilakukan oleh sesebuah negara. [10] Sekatan perdagangan dilakukan untuk: i.



Melindungi industri muda Industri tidak mampu bersaing dari segi kos, harga dan kualiti. Perlindungan dapat meningkatkan pengeluaran dan kecekapan firma.



ii.



Melindungi industri strategik



55



Industri ini penting untuk keselamatan negara seperti industri makanan dan keselamatan. Perlindungan seperti tarif menyebabkan harga relatif barang import mahal dan kos pengeluaran firma berkurangan dengan pemberian subsidi iii.



Mengatasi defisit imbangan pembayaran Alat sekatan seperti tarif akan menyebabkan harga import meningkat, import berkurang dan eksport bersih meningkat.



iv.



Menggalakkan penggunaan keluaran tempatan Sekatan perdagangan akan menyebabkan harga import meningkat, permintaan import berkurang dan permintaan barang tempatan meningkat.



v.



Mempelbagaikan ekonomi negara Sekatan perdagangan menggalakkan pengeluaran pelbagai sektor ekonomi, supaya mengurangkan penggantungan import.



6. Jelaskan lima bentuk sekatan perdagangan / alat kawalan import yang dapat memperbaiki imbangan pembayaran defisit [10] 1. Tarif Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barang import. Harga barang import menjadi lebih mahal, import berkurang Imbangan pembayaran defisit diperbaiki 2. Kuota Iaitu mengehadkan kuantiti maksimum yang boleh diimport. Import yang dibawa masuk terhad kepada kuota yang dibenarkan. Kantiti import berkurang. Imbangan pembayaran defisit diperbaiki. 3. Kawalan pertukaran asing Kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing untuk tujuan import. Kuantiti import berkurang. Imbangan pembayaran defisit diperbaiki 4. Piawaian tertentu atas barang import Kerajaan menetapkan piawaian tertentu atas barang import bagi tujuan keselamatan dan kesihatan. Barang yang tidak memenuhi piawaian dilarang masuk ke dalam negara. Kuantiti import akan berkurang. Imbangan pembayaran defisit diperbaiki 5. Devaluasi Kerajaan menurunkan nilai matawang tempatan. Harga barang import semakin mahal. Kuantiti import berkurang. Imbangan pembayaran defisit diperbaiki



56



7. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan tarif terhadap ekonomi sesebuah negara. (10) Harga



Sd



P2 P1



a



G



b



c



Sw + T F



Sw Dd



0



Q1



Q2



Q3



Q4



Kuantiti



Keluk Sd dan Dd ialah keluk permintaan dan penawaran domestik. Keluk Sw ialah keluk penawaran selepas perdagangan antarabangsa. Keluk Sw + T ialah keluk penawaran selepas tarif. Keseimbangan sebelum tarif dicapai di titik F, di mana pada harga 0P1 , penawaran domestik (Sd ) @ pengeluaran tempatan ialah Q1 , manakala permintaan domestik (Dd ) ialah Q4 . Maka kuantiti diimport ialah Q1 Q4 . Apabila tarif dikenakan sebanyak P1 P2 seunit keluaran keseimbangan dicapai di titik G, pada harga 0P2 dan kuantiti Q3. Pada harga P2, Sd ialah Q2 dan Dd ialah Q3. Maka, kuantiti diimport ialah Q2 Q3 Jadi kesan tarif kepada ekonomi negara ialah: 1. Harga telah naik dari P1 ke P2 2. Kuantiti import berkurang dari Q1Q4 ke Q2Q3 3. Pengeluaran/penawaran tempatan (domestik) meningkat dari Q1 ke Q2 4. Penggunaan /permintaan tempatan (domestik) berkurang daripada Q4 ke Q3 5. Imbangan perdagangan/pembayaran semakin baik kerana import berkurang 6. Guna tenaga meningkat @ pengangguran berkurang kerana peningkatan industri tempatan 7. Memberi hasil kepada kerajaan sebanyak abcG yang boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi 8. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tarif?



[2]



(b) Berdasarkan gambar rajah suntikan-bocoran (J-W), jelaskan kesan tarif / kenaikan kadar tarif ke atas keseimbangan pendapatan negara. @ bagaimana tarif dapat memperbaiki imbangan pembayaran/perdagangan/akaun semasa @ bagaimana tariff dapat meningkatkan guna tenaga/mengatasi pengangguran. [8] (a) Tarif ialah cukai yang dikenakan ke atas barang yang diimport. Ini menyebabkan harga import menjadi lebih mahal.



57



(b) J,W



W0 = S+T+M0 W1 = S+T+M1 E0



E1 J=I+G+X A



0



Y0



Y



Y1



Keseimbangan asal pada E0 apabila suntikan = bocoran (J=W) pada pendapatan negara Yo Apabila kadar tarif dinaikkan, maka harga barang import meningkat, jumlah import jatuh, bocoran berkurang dan keluk bocoran beralih dari W0 ke W1 Pada Yo wujud lebihan suntikan @ kurangan bocoran sebanyak E0A, stok akan berkurangan, maka firma akan meningkatkan keluaran Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baharu di E1 apabila J=W1 Kesannya tingkat pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1 bergantung kepada saiz pengganda *Kesimpulan ikut kehendak soalan...cth bagaimana tarif baiki imb. pmbyrn defisit...tarif telah menyebabkan import berkurang, maka imb. pembyrn dpt diperbaiki.



10 Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap matawang asing.



[6]



Tiga faktor yg mempengaruhi permintaan terhadap matawang asing ialah: i. Perubahan harga brg import Jika harga brg import lebih rendah drp harga brg tempatan, pengguna akan beralih meminta brg import, maka permintaan terhadap matawang asing akan bertambah. Sebaliknya jika harga brg import lebih mahal drp harga brg tempatan, permintaan matawang asing akan berkurang. ii. Perubahan citarasa masyarakat Apabila terdapat perubahan citarasa rakyat tempatan yg lebih menggemari brg import, menyebabkan permintaan terhadap brg import bertambah. Maka permintaan terhadap matawang asing akan bertambah. Sebaliknya jika rakyat lebih menggemari brg tempatan, permintaan untuk matawang asing akan merosot.



58



iii. Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan Kdr bunga dan kdr pulgn yg rdh akan menyebabkan modal dlm negeri mengalir keluar ke negara yg menawarkan kadar lebih tinggi. Jadi permintaan terhadap matawang asing akan bertambah. Sebaliknya jika kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan dalam negara tinggi, permintaan untuk matawang asing akan merosot. 11. `Peningkatan permintaan terhadap dolar Singapura menyebabkan peningkatan penawaran Ringgit Malaysia. Berbantukan lima contoh urusniaga antarabangsa, jelaskan penyataan tersebut [10] 1. Peningkatan import barang dari Singapura oleh rakyat Malaysia Rakyat Malaysia akan meminta lebih banyak dolar Singapura (DS) untuk membeli lebih banyak barang dari Singapura spt pakaian. Maka ringgit Malaysia perlu ditawarkan dengan lebih banyak. 2. Pelaburan langsung Malaysia ke Singapura bertambah Maka permintaan terhadap DS oleh pelabur Malaysia meningkat . Contohnya untuk membayar upah buruh di Singapura. Jadi penawaran RM juga bertambah. 3. Semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke Singapura Oleh itu semakin banyak DS diminta, contoh untuk membayar sewa hotel. Jadi penawaran RM bertambah. 4. Peningkatan bayaran pindahan oleh rakyat Malaysia ke Singapura Oleh itu semakin banyak DS diminta, contoh menghantar wang biasiswa pelajar Malaysia di Singapura. Jadi penawaran RM juga meningkat. 5. Peningkatan pendidikan pelajar Malaysia ke Singapura. Oleh itu semakin banyak DS diminta, contoh untuk membayar yuran pengajian di Singapura Jadi penawaran RM bertambah. #Jika soalan ...mengapa rakyat Malaysia meminta DS/matawang asing yg lain, jawapan tak perlu masukkan peningkatan. Jawab direct, cth... 1. Rakyat Malaysia hendak membeli barang import dari Singapura Contoh untuk membeli pakaian. Jadi rakyat Malaysia meminta DS bagi membayar pakaian tersebut.



59



12. Dengan bantuan gambar rajah, bagaimanakah kadar pertukaran matawang asing ditentukan di bawah sistem pertukaran boleh ubah. [6] RM/USD D



S



3.50 E0



3.00 2.50



D



S Q1



Qo



Q2



Ktt USD



Contohnya penentuan kadar pertukaran asing di antara Ringgit Malaysia dgn Dolar Amerika(USD). Keluk DD ialah keluk permintaan USD dan keluk SS adalah keluk penawaran USD di Malaysia. Keseimbangan kadar pertukaran asing berlaku apabila jumlah permintaan USD = jumlah penawaran USD pada titik E0. Kadar pertukaran keseimbangan ialah USD1 = RM3.00. Pada kadar pertukaran USD1 = RM3.50, keseimbangan tidak dicapai kerana berlaku lebihan penawaran dolar sebanyak Q1Q2. Ini menyebabkan kadar pertukaran turun dan kembali kpd keseimbangan US$1 = RM3.00. Pada kadar pertukaran USD1 = RM2.50 , keseimbangan juga tidak dicapai kerana berlaku lebihan permintaan USD sebanyak Q1Q2. Ini menyebabkan kadar pertukaran naik dan akhirnya mencapai keseimbangan semula pada USD1 = RM3.00.



60



13 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan konsep susut nilai sesuatu matawang / susutnilai RM [4] (b) Nyatakan kesan susutnilai terhadap eksport, import dan imbangan pembayaran sebuah negara. [6]



(a)



D1



RM/USD D



S



3.50



E1



3.00



E0 D1 D



S



Ktt USD 0



Q0



Q1



Susutnilai ialah kemerosotan nilai matawang sesebuah negara berbanding matawang asing. Contohnya, kadar pertukaran asal ialah USD1 = RM3.00. Apabila kadar pertukaran berubah kepada USD1 = RM3.50, Ringgit Malaysia telah mengalami susutnilai kerana semakin banyak Ringgit Malaysia diperlukan untuk mendapat 1 dolar Amerika. *jika soalan berkaitan naik nilai sesuatu matawang...terbalikkan fakta dan gambar rajah lukiskan peralihan keluk permintaan mata wang asing ke bawah dan tulis kdr pertukaran baru USD1 = RM2.50 (contoh) (b) Kesan susutnilai sesuatu matawang terhadap: Eksport Eksport akan meningkat kerana harga barang eksport secara relatif menjadi lebih murah. Import Import akan berkurangan kerana harga barang import secara relatif menjadi lebih mahal. Imbangan pembayaran Imbangan pembayaran akan bertambah baik kerana berlaku pertambahan nilai eksport dan pengurangan nilai import @ eksport bersih meningkat *kesan naik nilai...terbalikkan kesan susutnilai di atas



61



14 Terangkan konsep terlebih nilai dan terkurang nilai sesuatu matawang dengan bantuan gambar rajah. [6] RM/USD D



S



3.50



Terkurang nilai



3.00



E Terlebih nilai



2.50 S



D Ktt USD



0



Q0



Terkurang nilai ialah kadar pertukaran yg ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara lebih tinggi drp kadar pertukaran di pasaran iaitu RM semakin murah berbanding USD. Contoh, kdr pertukaran pasaran ialah USD1 = RM3.00. Kdr pertukaran yg ditetapkan oleh kerajaan ialah USD1 = RM3.50. Terlebih nilai ialah kadar pertukaran yg ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara lebih rendah drp kadar pertukaran di pasaran iaitu RM semakin mahal berbanding USD. Contoh, kdr pertukaran pasaran ialah USD1 = RM3.00. Kdr pertukaran yg ditetapkan oleh kerajaan ialah USD1 = RM2.50 *Kesan terkurang nilai kpd eksport, import dan imbangan perdagangan sama dgn kesan susutnilai *Kesan terlebih nilai kpd eksport, import dan imbangan perdagangan sama dgn kesan naik nilai. 15 Dengan menggunakan contoh, terangkan mengenai devaluasi. Nyatakan empat kesan devaluasi terhadap ekonomi negara. [10] Maksud devaluasi ialah tindakan kerajaan menurunkan nilai matawangnya berbanding matawang asing. Contoh, kerajaan Malaysia mengubah nilai matawangnya dari USD1 = RM2.50 kepada USD1 = RM3.00. Kesan devaluasi terhadap ekonomi negara: i.



Imbangan pembayaran semakin baik kerana pertambahan eksport dan pengurangan import. Eksport bertambah kerana harga barang eksport menjadi lebih murah dan import berkurang kerana harga barang import menjadi lebih mahal.



ii.



Ekonomi negara berkembang kerana industri eksport meningkat.



62



iii.



Berlaku pertumbuhan ekonomi kerana pendapatan negara meningkat



iv.



Pengangguran berkurang kerana lebih ramai tenaga buruh diperlukan kerana industri eksport meningkat



16 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perkara berikut mempengaruhi nilai Ringgit Malaysia : i.



Import Malaysia dari Amerika Syarikat meningkat



[5]



ii.



Pelaburan langsung dari Amerika Syarikat ke Malaysia meningkat.



[5]



i. RM/USD D1 D



S



4.00



E1



3.00



Eo



D1 D



S 0



Q0 Q1



Ktt USD



Keseimbangan asal ialah pada Eo apabila permintaan wang asing (DD) = penawaran mata wang asing (SS) dengan kadar pertukaran USD1 = RM3.00. Apabila import Malaysia dari AS meningkat, maka permintaan utk USD bertambah. Keluk permintaan USD beralih dari DD ke D1D1. Pada kadar pertukaran asal berlaku lebihan permintaan permintaan USD. Ini menyebabkan kadar pertukaran meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila D1D1 = SS. Kadar pertukaran baru ialah USD1 = RM4.00. Kesannya RM susutnilai. ii. RM/USD D



S S1



4.00



Eo E1



3.00 S



D



S1 0



Q0 Q1



Ktt USD 63



Keseimbangan asal ialah pada Eo apabila permintaan wang asing (DD) = penawaran mata wang asing (SS) dengan kadar pertukaran USD1 = RM4.00. Apabila pelaburan asing dari AS meningkat, maka penawaran USD bertambah. Keluk penawaran USD beralih dari SS ke S1S1. Pada kadar pertukaran asal berlaku lebihan penawaran USD. Ini menyebabkan kadar pertukaran menurun. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila DD = S1S1 Kadar pertukaran baru ialah USD1 = RM3.00. Kesannya RM naik nilai. 17 Apakah imbangan pembayaran? Dengan menggunakan jadual, terangkan mengenai struktur imbangan pembayaran Malaysia. (10) Imbangan pembayaran ialah satu penyata kira-kira yg menunjukkan nilai urusniaga dan aliran wang yg berlaku antara suatu negara dgn negara lain dlm suatu tahun. Struktur imbangan pembayaran dpt diterangkan berdasarkan jadual berikut: Butiran



RM juta



A Barang dan perkhidmatan 1 Barang Eksport -Import 2 Perkhidmatan Pengangkutan Perjalanan Urusniaga kerajaan Perkhidmatan lain B Pendapatan C Pindahan semasa D Imbangan akaun semasa (A+B+C) E Akaun Kewangan 1 Pelaburan langsung 2 Pelaburan portfolio 3 Pelaburan lain F Kesilapan dan ketinggalan G Imbangan keseluruhan (D+E+F) H Aset rizab Perubahan bersih rizab



RM juta 600



300 150 100 200 100 50 200 100 900 350 200 100 50 50 1300 -1300



Imbangan pembayaran terdiri dr dua jenis akaun iaitu akaun semasa dan akaun kewangan. Disamping itu terdapat satu rekod kewangan iaitu kesilapan dan ketinggalan. Akaun semasa merekodkan eksport dan import brg dan perkhidmatan, pendapatan pelaburan spt keuntungan pelaburan dan dividen dan pindahan semasa iaitu pindahan yg dilakukan oleh kerajaan dan swasta. Imbangan akaun semasa = Imbangan brg dan perkhidmatan + Pendapatan Pelaburan + Pindahan semasa 64



Akaun kewangan merekodkan pergerakan modal antara satu negara dgn negara lain yg meliputi pelaburan langsung, pelaburan portfolio dan pelaburan lain. Imbangan keseluruhan diperoleh dengan formula berikut: Imbangan keseluruhan = Akaun semasa + Akaun kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan. Berdasarkan jadual: Imbangan keseluruhan = 900 + 350 + 50 = RM1300



65