Konsep Pakaian Wanita Mengikut Perspektif Islam [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Ada Apa Pada Pandangan Pertama? 1) Melalui pandang pertama atau pertemuan pertama lazimnya akan melahirkan takrif



umum terhadap individu. Jika baik, ia akan kekal selama-lamanya, jika buruk sukar untuk mengikisnya kerana tafsiran sudah dibuat. 2) “First Impression Counts”



Berpakaian Untuk Kejayaan ! 1) `Trend’ fesyen tidak perlu menentukan cara anda berpakaian.



2) Prinsip asas berpakaian hendaklah seperti yang dituntut oleh agama. 3) Berpakaian mencerminkan ilmu yang kita miliki. 4) Pilihlah fesyen pakaian yang melambangkan ketinggian ilmu dan budi pekerti.



Cara Berpakaian Di Khalayak Melambangkan :1) Tahap ekonomi 2) Tahap pendidikan 3) Kerjaya 4) Tahap sosial 5) Kebolehpercayaan 6) Tingkah laku dan moral 7) Kejayaan masa depan



Etika Berpakaian Menurut Islam Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan



lain-lain perlembagaan. Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup aurat yang menepati kehendak hukum syarak. Apabila berbicara mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang aurat kerana dalam islam pakaian dan aurat adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Dari segi bahasa, aurat itu berasal dari perkataan arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Menurut istilah syarak pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.



Menutup aurat adalah wajib keatas setiap muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-quran dan hadis. Diantaranya firman allah s.w.t : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tirir mereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, suapaya kamu berjaya". Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam ayat 31 surah An-Nur tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.



Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujah akal, walau sehebat mana logoknya hujah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan. Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional,kerana nas itu adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu. Walau bagaimana pun pintarnya seseorang itu dan cerdiknya seorang pejuang hak wanita, namun mereka tidak akan dapat menentang dan menukar ketetapan Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Malah sikap sebahagian mereka yang memperkecilkan-kecilkan dan mempersenda-sendakan hukum Allah jelas memperlihatkan kejahilan dan kecetekan akal fikiran mereka dalam menganggapi hikmat disebalik laranganlarangan Allah yang pada mereka amat mengongkong kebebasan dan pergerakkan. Sungguh pun begitu, akal rasional boleh meneliti hikmah disebalik kewajipan itu bagi menambah keyakinan terhadap kebenaran hukum yang telah ditetapkan oleh nas. Diantara hikmah kewajipan menutup aurat itu adalah untuk melindungi diri daripada jenayah seks. Sebagaimana yang kita ketahui, jenayah seks adalah diantara jenayah yang sangat berleluasa dan kerap berlaku pada dekad ini. Jenayah-jenayah seperti rogol,sumbang mahram dan khalwat memang sudah tidak asing lagi pada pendengaran kita. Punca yang banyak menyumbang kearah berlakunya perkara ini ialah pendedahan aurat.Kenyataan ini boleh dibuktikan daripada berbagai-bagai sudut kajian dan penipuan.



Konsep Berpakaian Menurut Pespektif Islam 1) Menutup aurat dan sopan



2) Tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh 3) Sederhana dan tidak terlalu mahal digalakkan 4) Memperlihatkan perbezaan jantina



5) Tidak nipis hingga menampakkan warna kulit dan bentuk badan 6) Tidak menimbulkan riak



7) Diperolehi dari sumber yang halal 8) Mengamalkan doa semasa menyarung pakaian, melihat cermin 9) Memakai pakaian bermula dengan anggota kanan dan sebaliknya ketika menanggalkannya



Ciri-Ciri Pakaian Wanita Mengikut Sunnah



1. Pakaian itu mestilah menutup aurat Rasulullah saw bersabda ; Telah berkata Aisyah r.a " Sesungguhnya, Asma Binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis , Maka Nabi berpaling dan bersabda " Wahai Asma, sesungguhnya apabila wanita ini telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil" sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya ". 2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar " Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu



digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh". (Riwayat Muslim) 3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. ia menutup bahagianbahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu. Dalam sebuah riwayat dari Abdullah Bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata, " Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!" lalu seseorang berkata " Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya. " selanjutnya Umar berkata, " Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak"



4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutamaya pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir didalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam) 5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh RAsulullah saw sebagai zaniyah yakni pelacur atau penzina. " Wanita apabila memakai wangi-wangian, kemudian melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur". (Riwayat Abu DAwud dan Tarmizi) 6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki. Telah berkata Ibnu Abbas : " Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki". (Riwayat Bukhari)



7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik. 8. Pakaian itu bukanlah libasush-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah, untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.



Cara-cara Menutup Aurat Bagi Wanita Dengan Betul Mengikut Perspektif Islam FIRMAN ALLAH TAALA: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.(ayat 30 surah Annur) َ ‫صَنُعو‬ ‫ن‬ ْ ‫خِبيٌر ِبَما َي‬ َ ‫ل‬ َّ ‫ن ا‬ ّ ‫ك َأْزَكى َلُهْم ِإ‬ َ ‫جُهْم َذِل‬ َ ‫ظوا ُفُرو‬ ُ ‫حَف‬ ْ ‫صاِرِهْم َوَي‬ َ ‫ن َأْب‬ ْ ‫ضوا ِم‬ ّ ‫ن َيُغ‬ َ ‫ُقْل ِلْلُمْؤمِِني‬ Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudarasaudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(ayat 31 surah Annur) ّ ‫جُيوِبِه‬ ‫ن‬ ُ ‫عَلى‬ َ ‫ن‬ ّ ‫خُمِرِه‬ ُ ‫ن ِب‬ َ ‫ضِرْب‬ ْ ‫ظَهَر ِمْنَها َوْلَي‬ َ ‫ن ِإل َما‬ ّ ‫ن ِزيَنَتُه‬ َ ‫ن َول ُيْبِدي‬ ّ ‫جُه‬ َ ‫ن ُفُرو‬ َ‫ظ‬ ْ ‫حَف‬ ْ ‫ن َوَي‬ ّ ‫صاِرِه‬ َ ‫ن َأْب‬ ْ ‫ن ِم‬ َ‫ض‬ ْ ‫ض‬ ُ ‫ت َيْغ‬ ِ ‫َوُقْل ِلْلُمْؤِمَنا‬ ‫ن َأْو َبِني‬ ّ ‫خَواِنِه‬ ْ ‫ن َأْو َبِني ِإ‬ ّ ‫خَواِنِه‬ ْ ‫ن َأْو ِإ‬ ّ ‫ن َأْو َأْبَناِء ُبُعوَلِتِه‬ ّ ‫ن َأْو َأْبَناِئِه‬ ّ ‫ن َأْو آَباِء ُبُعوَلِتِه‬ ّ ‫ن َأْو آَباِئِه‬ ّ ‫ن ِإل ِلُبُعوَلِتِه‬ ّ ‫ن ِزيَنَتُه‬ َ ‫َول ُيْبِدي‬ ِ ‫عْوَرا‬ ‫ت‬ َ ‫عَلى‬ َ ‫ظَهُروا‬ ْ ‫ن َلْم َي‬ َ ‫طْفِل اّلِذي‬ ّ ‫جاِل َأِو ال‬ َ ‫ن الّر‬ َ ‫غْيِر ُأوِلي الْرَبِة ِم‬ َ ‫ن‬ َ ‫ن َأِو الّتاِبِعي‬ ّ ‫ت َأْيَماُنُه‬ ْ ‫ن َأْو َما َمَلَك‬ ّ ‫ساِئِه‬ َ ‫خَواِتِهنّ َأْو ِن‬ َ ‫َأ‬ َ ‫حو‬ ‫ن‬ ُ ‫ن َلَعّلُكْم ُتْفِل‬ َ ‫جِميًعا َأّيَها اْلُمْؤِمُنو‬ َ ‫ل‬ ِّ ‫ن َوُتوُبوا ِإَلى ا‬ ّ ‫ن ِزيَنِتِه‬ ْ ‫ن ِم‬ َ ‫خِفي‬ ْ ‫ن ِلُيْعَلَم َما ُي‬ ّ ‫جِلِه‬ ُ ‫ن ِبَأْر‬ َ ‫ضِرْب‬ ْ ‫ساِء َول َي‬ َ ‫الّن‬ Berdasarkan Ayat di atas jelas bahawa disana ada beberapa larangan, suruhan dan sebab larangan dan suruhan tersebut antaranya :-



1-Allah menyuruh kita menahan pandangan dari melihat perkara-perkara yg boleh menimbulkan syahwat (dari mata jatuh ke hati, dari hati menggerakkan kemahuan) 2-Allah menyuruh hambanya yang wanita dan lelaki menjaga kemaluan. Dalam Islam kemaluan ini ialah semua aurat ,bagi lelaki dari lutut hingga ke pusat manakala bagi wanita seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan, menjaga bermakna melindungi kemaluan dari melakukan perkara yang haram atau membawa kepada perkara yang haram. Diantara perkara yang haram ialah mendedahkan aurat,menggoda, berzina,merogol,berdua-duaan tanpa muhrim yang soleh dan sebagainya. 3- Allah melarang wanita dari menunjukkan perhiasannya kecuali muka dan tapak tangan.Disini Allah mengatakan bahawa wanita itu adalah perhiasan.Maksud perhiasan disini ialah seluruh tubuh wanita itu. 4-Allah menyuruh wanita memakai tudung menutup kepalanya hinggalah ke dada, ini bermakna tudung itu mestilah dilabuhkan ke bahagian dada.Jadi, jika mereka hanya memakai tudung tapi tidak melabuhkan tudung itu ke dada, maka ia telah mengingkari separuh dari arahan tersebut..mengingkari arahan Allah adalah haram. 5-Allah membenarkan semua wanita untuk menunjukkan sebahagian perhiasan atau aurat mereka kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam. Dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa pakaian wanita mestilah tebal, tidak jarang, berwarna gelap (tidak kisah berwarna apa) dan tidak kelihatan bentuk tubuh. Masalah berhias dalam memakai tudung atau mengenakan perhiasan atau manik ini boleh tapi jangan berlebihan dan perlu dengan niat yang baik bukan untuk riak. Perlu difahamkan, bahawa Allah dan rasul-Nya dan Islam itu sendiri menetap dan menyuruh berbuat demikian adalah bukan untuk mengongkongg, menyusahkan, mendera dan lain-lain. Malahan Allah dan rasul-Nya dan Islam lah yang bersungguh-sungguh menjaga kehormatan wanita, menjaga kemulian wanita, menjaga dan melindungi wanita dari perkara-perkara yang tidak diingini oleh diri wanita itu sendiri. Selain itu, bahawa pemakaian mengikut Islam dapat mengurangkan jenayah seperti rogol,zina,dan pelacuran.



Berfesyen biar menepati syariat  GELOMBANG fesyen yang sentiasa bergerak pantas turut memberi impak kepada gaya



berpakaian wanita bertudung hingga pada suatu peringkat ia dilihat bertentangan dengan hukum syariat. Peralihan daripada pakaian tradisi seperti baju kurung dan kebaya kepada pilihan yang lebih moden dan bergaya semakin menghakis ciri-ciri menutup aurat seperti mana yang digariskan dalam Islam.  Perspektif Islam memandang bergaya mengikut trend semasa bukanlah satu perkara yang



melanggar undang-undang syariat. Asalkan ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan agama.  Ini dijelaskan menerusi firman Allah s.w.t., Katakanlah kepada wanita-wanita beriman,



hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya. (an-Nur: 31)  Menurut Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fariza Md. Sham, Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya dan mengikuti aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama.  Islam menggariskan wanita mesti menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian pula hendaklah daripada jenis kain yang tebal, tidak nipis dan



jarang supaya tidak menampakkan susuk tubuh. Selain itu, satu perkara yang kena dititikberatkan ialah mereka perlu berpakaian longgar dan tidak terlalu ketat.  Daripada Muhammad bin Usamah bin Yazid daripada bapanya, katanya: “Rasulullah s.a.w. memberikan kepadaku qibti halus yang tebal yang dihadiahkan oleh Dihyah alKalbi, maka aku pakaikan kepada isteriku, lalu Rasulullah menegurku! Apakah kamu tidak mahu memakai qibti? Jawabku: ‘Aku telah pakaikan kepada isteriku.’ Rasulullah s.a.w. bersabda: Suruh ia (isterimu) memakainya di bawahnya ada baju (lain) kerana aku takut ia akan menampakkan bentuk badannya (kerana ia jarang).”  Menurut Fariza, pakaian bukan untuk perhiasan diri. Maknanya jangan keterlaluan dan nampak mewah. Kalau bertudung biar nampak sederhana kerana dikhuatiri lari daripada konsep menutup aurat. Islam amat mementingkan penampilan yang bersih dan kemas. “Jangan terlalu selekeh dan menyukarkan pergerakan, contohnya, baju dan tudung yang terlalu besar. Kita boleh pakai jean, kemeja T atau blaus tetapi memenuhi ketiga-tiga syarat di atas,” tegas beliau. Katanya, al-Quran tidak menetapkan pakaian tertentu asalkan tidak melanggar hukum agama.  Pengaruh pakaian ketat di kalangan wanita dipercayai bermula daripada aliran fesyen di



London yang mempunyai gedung-gedung fesyen terkemuka. Ia semakin berkembang ke negara-negara lain seluruh dunia. Berbanding di London, Paris yang dikenali sebagai kota fesyen mempunyai nada fesyen yang jauh berbeza. Anak-anak muda di kota itu menggayakan blaus longgar dan skirt labuh yang dipadankan dengan jaket yang membuatkan penampilan mereka tampak elegan.  Namun, gaya berpakaian anak-anak muda di Malaysia amat menyakitkan mata dengan



pengaruh fesyen yang dibawa dari Hong Kong.  Apabila membicarakan tentang menutup aurat, ia bukan sahaja berkait dengan wanita.



Lelaki juga harus mengambil berat mengenai perkara ini. Walaupun aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut, ia tidak bermakna lelaki muslim boleh berpakaian sesuka hati seperti berseluar pendek dan tidak berbaju. Mereka harus berpakaian sopan agar menepati budaya orang Islam.  Dalam hal menutup aurat, suami tidak boleh membuat permintaan agar isterinya



bertudung litup sewaktu bersama-sama dengan bapa kandung dan adik-beradik lelaki kandung kerana ia melampaui batas agama. Ini menunjukkan bahawa suami tidak



memahami hukum-hukum Islam dan melanggar prinsip kerana Islam bukanlah agama yang keterlaluan dan memaksa.  “Memang ada sesetengah pasangan, isterinya berpakaian jubah, bertudung dan memakai sarung kaki tetapi pakaian suaminya jauh berbeza daripada penampilan isteri. Sebab itu, menutup aurat bukan sahaja perlu pada wanita tetapi lelaki juga harus menjaga adab berpakaian,” ujar Fariza.  Beliau berpendapat, peningkatan kes-kes rogol di negara ini mempunyai kaitan dengan



gejala menonton filem-filem lucah. Ada lelaki yang tidak boleh melepaskan nafsu kepada pelakon filem lucah tersebut menjadikan wanita lain sebagai mangsa. Dalam kes ini, Fariza percaya, sekiranya wanita menjaga aurat dan filem-filem lucah disekat, kes-kes rogol boleh dibendung.  Mengenai trend pakaian artis wanita Islam yang kini suka kepada fesyen berkemban,



beliau memberitahu, ia bertentangan dengan era Islam Hadhari yang diuar-uarkan oleh kerajaan.  Bagaimanapun, trend berkemban pada masa sekarang tidak boleh disamakan dengan era



filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1950-an dan 1960-an kerana ketika itu kesedaran menutup aurat masih belum berkembang dengan baik di Malaysia.  “Soal fesyen merupakan salah satu cabaran bagi pendakwah kerana isu ini agak sukar



untuk diperkatakan kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya, yang paling ketara ialah aliran fesyen dari Hollywood yang semakin menular di kalangan artis tempatan. Tidak kurang juga ada sesetengah artis muslim yang ditaja pakaian mereka. Apa pun, mereka mempunyai hak untuk memilih yang terbaik,” katanya.  Jika diukur antara dulu dan sekarang, majlis-majlis anugerah hiburan dan acara karpet merah semakin mewarnai industri hiburan tanah air yang menyebabkan permintaan terhadap fesyen semakin meningkat.  Ini ditambah dengan kemunculan banyak stesen televisyen swasta di negara ini. Fariza mencadangkan agar garis panduan berpakaian yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dikuatkuasakan semula dan semua stesen televisyen perlu mematuhi peraturan tersebut.  “Kita sudah ada banyak peraturan tetapi perlaksanaannya masih kurang. Jika senario sedemikian berlanjutan, ia akan bertentangan dengan apa yang hendak dilakukan oleh



kerajaan pada era Islam Hadhari terutama aspek pembangunan modal insan yang memerlukan ciri-ciri peribadi unggul dan akhlak mulia MEMILIH PAKAIAN SESUAI ➢ Fesyen mestilah sesuai mengikut keperibadian. ➢ Pilihan dan kesesuaian bergantung kepada rupa, warna kulit, bentuk badan, masa dan



tempat. ➢ Pemadanan warna



PENYESUAIAN PAKAIAN DENGAN BENTUK BADAN Orang rendah ➢ Fabrik bergaris panjang ➢ Garis leher berbentuk `U’ atau `V’ ➢ Corak halus ➢ Skirt sederhana, berlisu tengah ➢ Fabrik lembut Orang rendah dan gemuk ➢ Fabrik bercorak jalur memanjang atau kecil-kecil



➢ Warna gelap ➢ Stail pakaian ringkas ➢ Fabrik nipis dan lembut Elakkan; ➢ Stail pakaian berlebihan atau beropol ➢ Fabrik tebal, keras, jalur melintang



➢ Tali pinggang lebar ➢ Lengan kembang Orang tinggi dan kurus  Fabrik bercorak besar atau garis melintang



 Banyak gelembung dan longgar  Kolar dan kocek besar elakkan;  Corak kecil-kecil dan memanjang  Fabrik nipis dan lembut  Fesyen mengikut bentuk badan atau sendat Orang tinggi dan gempal  Stail lurus dan tidak banyak gelembung



 Jalur memanjang  Tidak berapa sendat dan tidak begitu longgar  Garis leher berbentuk `V’ atau `U’ Elakkan;  Pakaian beropol banyal  Fabrik jalur melintang PENYESUAIAN PAKAIAN SIANG ➢ elak kain berkilau/berkilat ➢ Tidak melebihi 4 warna ➢ Kain nipis, ringan, serap peluh



➢ Warna bertentangan bagi mini telekung ➢ Elak pakai blazer jika berbaju kurung ➢ Bunga sulam sederhana. Sesuai kain polos



PENYESUAIAN PAKAIAN MALAM ➢ Kain berkilat/ berlabuci dengan warna gelap ➢ Kain brocadedan songket untuk majlis malam



➢ Elak warna pudar atau terlalu gelap PENYESUAIAN WARNA DAN CORAK  Pemilihan warna sesuai menaikkan seri wajah  Warna garang tidak sesuai untuk yang berkulit gelap  Corak bunga besar PAKAIAN KORPORAT ➢ Jenis pakaian ke pejabat bercirikan konsep pakaian tradisional atau moden



➢ Potongan ringkas dan kemas dan selesa tumpuan pada fabrik dan warna ➢ Kain polos atau kosong sesuai ke pejabat kerana ia membangkitkan imej korporat dan profesional ➢ Aksesori ringkas dan sederhana ➢ Pakaian dan perhiasan adalah untuk menjana penghormatan dan keyakinan.



SEKIAN… TERIMA KASIH Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w .sebaik-baik budi pekerti.



~maksud Hadis~



Rujukan 1. utusan.com.my



2.