KONSEP PEMODENAN Edit [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA



KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA Oleh: Mahathir bin Mohamad (2014240324) Kumpulan AP224 3B Dalam era pasca globalisasi dan modenisasi masa kini, kita sering dipancarkan dengan keindahan kemajuan yakni kemodenan yang terbangun dari usaha masyarakat manusia di muka bumi ini pada umumnya. Apakah sebenarnya maksud pemodenan? Berdasarkan pengajian, pemodenan berasal daripada perkataan moden yang bermaksud terkini, zaman sekarang atau sesuatu yang bersifat baharu. Pemodenan bermaksud suatu fahaman atau pandangan hidup yang bersifat keduniaan dengan berpandukan akal semata-mata. Modenisasi adalah pembangunan berencana yang distrukturkan dengan pendekatan ekonomi tertentu dan ia dibezakan dengan pembangunan yang tidak berencana yang selalu disinonimkan dengan pembaratan (Baharuddin, 2007). Justeru, pemodenan boleh diklasifikasikan sebagai proses menukar atau merubah sesuatu yang lama kepada sesuatu yang baharu yang merujuk kepada perubahan sosial yang melibatkan transformasi dan penyesuaian institusi kepada fungsi yang sentiasa berubah. Pemodenan merupakan perkataan yang emotif sifatnya. Sesetengah mengatakan pemodenan merupakan sesuatu yang mendatangkan kegembiraan dan juga sebaliknya. Manakala modenisme biasanya diklasifikasikan sebagai membelakangkan agama, anti tradisi dan bersifat sekular. Pemodenan merupakan suatu proses perubahan atau transformasi dalam segala aspek kehidupan masyarakat dan negara secara berencana seperti pembangunan insan, pembangunan sosial, pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi dan lain-lain pembangunan yang berkait rapat (Baharuddin, 1990). Menurut istilah, ia merangkumi keseluruhan kehidupan manusia sama ada luaran dan dalaman, kejiwaan dan kebendaan, fizikal dan mental, praktis dan teoretis (Ali, 1977). Melihat kepada sejarah pemodenan, ia bermula di Eropah Barat hasil dua revolusi besar iaitu revolusi Perancis dan revolusi perindustrian. Revolusi perindustrian telah mengubah sistem ekonomi sara diri kepada pembangunan ekonomi berskala besar atau industri untuk tujuan eksport. Pengkaji sains sosial beranggapan modenisasi hari ini adalah perubahan yang berasaskan pengasingan agama dan pemerintahan. Proses pemodenan begitu sinonim dengan proses westernisasi atau pembaratan.



MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)



1



KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA



Berdasarkan pengajian oleh para sarjana sains sosial dan kemasyarakatan, pemodenan merupakan cebisan daripada proses perubahan sosial. Ia boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu: (1) Pemodenan terancang, dan (2) pemodenan yang tidak dirancang (Bakar, 2008). Selama ini, masyarakat kita tertumpu dengan pemodenan yang terancang. Ini disebabkan usaha pemodenan ini melibatkan perbuatan sedar manusia mengubah taraf kehidupan mereka. Selain itu, penglibatan ramai pihak turut menyumbang kepada faktor mengapa isu ini menjurus kepada pemodenan yang terancang. Pemodenan ialah melakukan perubahan, pembangunan dan kemajuan menurut ajaran Islam. Kemajuan menurut Islam adalah berasaskan al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Manusia diciptakan untuk beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah SWT. Jadi, pemodenan tidak boleh terkeluar daripada tuntutan pengabdian berkenaan. Perubahan yang dilaksanakan adalah dalam rangka memperbaiki taraf kehidupan sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Tambahan pula, pemodenan adalah sesuatu yang boleh direncanakan, praktikal dan boleh diukur ketidakcapaiannya atau kejayaannya serta mampu dilunjurkan cerah atau tidak ekonomi masa depannya. Maka tidak mustahil jika ada pertelingkahan yang seringkali membantah tentang fakta, pengertian serta teori pemodenan masa kini (Bernstein, 2002). Pemodenan seringkali diterjemahkan sebagai cara terunggul dan penyelamat kepada negara yang baru maju dan merdeka. Di sebalik imej gah yang dibawanya ia juga boleh diumpamakan duri dalam daging yang akan membawa masyarakat yang ghairah untuk berubah kepada kemunduran ekonomi dan kehilangan jati diri. Mereka akan terjatuh ke dalam kancah muslihat kapitalis moden dan tidak dapat keluar daripada pusingan ganas. Antara cabang berlainan yang menganjurkan karakter humanisme yang mendalam, deretan pemodenan itu digambarkan sebagai prosedur membina keseronokan dan kebahagiaan untuk umat sejagat yang berteraskan prinsip egalitarianisme (semua orang sama rata dan dengan itu maka semua orang mendapat hak dan peluang yang sama). Bagi perencana dan pelaksana yang mengetengahkan hal-hal konkrit, pembangunan terjelma dalam bentuk jalan raya, rumah pangsa, rumah bidan dan pusat kesihatan, kalori makanan, masjid dan surau, jambatan besi atau kayu, paip air dan tiang elektrik (Baharuddin, 2007).



MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)



2



KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA



Salah satu cabang implikasi kepada pemodenan adalah masyarakat tradisional lebih kepada mengekalkan tradisi dan juga tidak dinamik. Disamping itu, berpegang teguh kepada keagamaan dan struktur sosial yang telah diwarisi. Lemah dari segi inovasi atau tidak berdaya maju serta tidak cekap . Disamping itu kesan perubahan masa juga mempengaruhi teori modenisasi yang mana berlaku transformasi dari segi makna (Crossman, 2011). Jikalau dulu ianya dikaitkan dengan pembaratan kini maknanya lebih luas dengan mengambil kira unsurunsur sains dan teknologi. Sebagai contoh dalam kalangan pemimpin negara, Perdana menteri Malaysia ke-4 didalam Teks ucapan utama di kongres kebangsaan wawasan 2020 mengatakan "Pemodenan bukanlah Pembaratan, bukan Penjepunan, bukan Pentimuran dan bukan juga Pengasiaan tetapi mestilah merupakan bumi moden yang tersendiri" (Mohamad, 1997). Sementara di kalangan ahli akademik pula pemodenan kini dikaitkan dengan perkembangan kerasionalan dan penggunaan sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakat (S. H., 1972). AlQuran menegaskan bahawa manusia hendaklah mewujudkan perubahan dalam kehidupan mereka dan tidak hanya menunggu takdir atau menyerah kepada Allah semata-mata tanpa sebarang usaha. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu yang berada pada sesuatu kaum, sehingga mereka ( sendiri ) mengubah apa yang ada dalam diri mereka.” [Surah al-Ra’ad, ayat 11]. Kritik terhadap pemodenan pula tidak boleh dilihat sebagai kritikan golongan kiri ataupun sebagai anti Barat. Sebaliknya ia adalah satu kritik yang sah dan dilakukan oleh ahli-ahli sosiologi pembangunan dalam negeri seperti Shamsul Amri Baharuddin (1977) dan juga ahli-ahli sosiologi pembangunan antarabangsa seperti A.G Frank (1967). Malah sarjana Islam juga menyuarakan kritik yang tajam terhadap modenisasi kerana sifatnya yang anti tradisi itu (Ali, 1977). Jika dilihat secara keseluruhannya, Teori Pemodenan adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan tentang kemajuan atau proses perubahan. Ia termasuklah dari berbagai-bagai aspek kehidupan dalam masyarakat. Hasilannya ia mengujudkan klasifikasi masyarakat iaitu tradisional dan moden. Selain itu Pemodenan juga tidak dapat dipisahkan dari istilah Transformasi di mana pembangunan tidak akan wujud tanpa berlakunya Transformasi (Revisionworld, 2012). Inilah antara alasan mengapa Teori Modenisasi ini hanya sesuai diaplikasikan oleh negara sedang



MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)



3



KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA



membangun. Bagi negara sedang membangun ia memerlukan satu proses perubahan yang secara langsung mempunyai kaitan dengan Teori Modenisasi itu sendiri.



MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)



4



KONSEP PEMODENAN & KRITIK TERHADAPNYA



SENARAI RUJUKAN Ali, W. M., 1977. Islam dan Modenisma. Angkatan Belia Islam Malaysia: Kuala Lumpur.. Baharuddin, S. A., 1990. Masyarakat Malaysia yang membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Baharuddin, S. A., 2007. Modul Hubungan Etnik. UPENA: Shah Alam . Bakar, O., 2008. Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban. Jurnal Peradaban, 1.Kuala Lumpur. Bernstein, H., 2002. Modernisation Theory and the Sociology Study of Development, s.l.: EBSCO Publishing. Crossman, A., 2011. About Education: Modernisation Theory. [Online] Available at: http://sociology.about.com/od/M_Index/g/Modernization-Theory.htm [Accessed 8 October 2014]. Mohamad, M., 1997. Teks Ucapan utama di Kongres Kebangsaan Wawasan 2020. Petaling Jaya, Selangor, s.n. Revisionworld, 2012. Revisionworld. [Online] Available at: http://revisionworld.com/a2-level-level-revision/sociology/worldsociology/sociological-explanations-development-under-development/modernisation-theory [Accessed 8 October 2014]. S. H., A., 1972. Modernization and Social Change. Sydney : Augus and Robertson. s.l.:s.n.



MAHATHIR MOHAMAD (2014240324)



5