Konsep Penulisan Bahan Sejarah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KONSEP PENULISAN BAHAN SEJARAH DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), penulisan bahan sejarah dalam tradisipensejarahan tradisional di alam Melayu muncul dalam pelbagai bentuk.



Antara bentuk penulisan bahan sejarah termasuklah: i.Ditulis atas kertas ii.Dipahatkan di atas batu seperti batu bersurat dan prasasti iii.Diukir pada bahan ukiran seperti kayu, buluh, belulang dll iv.Diukir pada kepingan logam seperti di atas wang syiling, cap mohor, meriam,pedang, perisai dll. Semua bahan-bahan ini di mana tulisan-tulisan tadi diperturunkan dapat memberi butiran dan menjadi sumber sejarah.



Walaubagaimanapun, bukan semua fakta dan data sejarah telah sedia ada pada sumber-sumber sejarah tadi kerana hanya sebahagian daripadanya sahaja yang membekalkan data dan pengetahuan sejarah secara langsung manakala sebahagiannya diperturunkan secara tidak langsung. Dengan kemunculan kaedah pensejarahan moden, persoalan keobjektifan dankeabsahan sumber pensejarahan tradisional kadangkala dipertikai dan mendesakkepada satu kajian ke atas sumber-sumber tersebut. Kedatangan pengaruh Barat ke Tanah Melayu misalnya telah mewujudkan satubentuk pensejarahan baharu terhadap Malaysia pada ketika itu, namun parasejarawan melihat wujudnya ketidakseimbangan dari segi sumber sejarah apabilapensejarahan Barat di Tanah Melayu dilihat bersifat Euro-centric. Oleh itu, wujud ketidakseimbangan dalam sudut pandangan dalam penulisan sejarah mereka Sejak zaman kolonial British lagi, sumber pensejarahan Melayu tradisional telahmula dijadikan sebagai satu disiplin kajian dalam mempelbagaikan lagi sumber pensejarahan di Malaysia terutamanya bagi periode pra-kolonial di Tanah Melayu.



Antara sumber pensejarahan Melayu tradisional yang penting adalah karyakesusasteraan Melayu tradisional yang meliputi pelbagai genre penulisan sepertisastera kitab (keagamaan), undang-undang Melayu lama, epik, pelbagai bentukpuisi, pelbagai cabang sastera rakyat (penglipur lara, cerita jenaka, teladan dll) sertasastera istana. Kesemua sumber-sumber pensejarahan Melayu tradisional ini penting dalammerekonstruksi semula pensejarahan di Malaysia sejak zaman feudalisme di TanahMelayu.



Walaupun sumber pensejarahan Melayu tradisional dilihat bercampur aduk di antaraunsur sejarah, mitos dan lagenda, namun berdasarkan disiplin kajian sejarah, parasejarawan telah melakukan perbahasan mereka untuk menerima atau menolaksesuatu fakta sejarah dalam pensejarahan Melayu tradisional termasuklah melaluikajian perbandingan dengan sumbersumber sezaman terutamanya melalui sumber pensejarahan China dan pengkaedahan sejarah yang lainnya. Oleh itu, kaedah penulisan sejarah di Malaysia telah merangkumi pelbagai sumber pensejarahan termasuklah: i.Pensejarahan Melayu Tradisional (Zaman Feudalisme Melayu) ii.Pensejarahan Barat (Zaman Kolonial) iii.Pensejarahan Tempatan (Sebelum dan Selepas Merdeka