Panduan Penulisan Kertas Konsep [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Penulisan Akademik 1



[CONTOH KERTAS CADANGAN ATAU KERTAS KONSEP] TAJUK Abstrak



Pengenalan Pengenalan adalah komponen penting selepas abstrak, iaitu memberikan gambaran umum kajian yang dilaporkan    



Pengenalan perlu ditulis menggunakan konsep "besar" kepada "kecil" atau "umum" kepada "spesifik" Gunakan "tajuk kajian" sebagai garis permulaan menulis pengenalan dengan membuat peta minda berkaitan. Pecahkan dan tuliskan fakta berkaitan Untuk jadikan pengenalan anda lebih istimewa, pastikan ada rempah ratusnya, misalnya statistik berkaitan, pernyataan dari tokoh/aktiviti utama berkaitan dll Bahagian pengenalan seharusnya menjawab persoalan "APA" kepada kajian yang ingin dilaporkan.



Pernyataan Masalah Bahagian ini menjelaskan kepada pembaca berkaitan masalah yang ingin diselesaikan bersama cadangan penyelesaian     



Senaraikan masalah-masalah berkaitan dengan kajian Senaraikan penyelesaian berkaitan dengan kajian Tuliskan rumusan masalah dan rumusan penyelesaian Ringkasnya, bahagian ini mesti menjawab "MENGAPA" kajian ini mesti dijalankan Jika tidak berupaya menulis dengan baik bahagian ini, pembaca akan melihat bahawa "kajian anda tidak relevan" kerana tiada masalahpun yang ingin diselesaikan.



Objektif Bahagian ini MESTI ditulis dengan teliti. Jika silap menulisnya, hampir keseluruhan kajian ada hanyalah retorik dan tahap kebolehlaksanaannya diragui.   







Jangan senaraikan terlalu banyak objektif, sebaiknya tiga (3) sudah memadai Objektif lebih bagus disusun berdasarkan susur galur proses kerja yang terlibat dalam kajian yang dilakukan Objektif mesti dimulakan dengan "kata kerja" atau "verb" yang boleh diukur. Jangan sesekali menulis proses pembelajaran yang mesti dibuat sebagai objektif, misalnya "to learn, to study" dll. Gunakan konsep S M A R T dalam menulis objektif, iaitu SPECIFIC, MEASURABLE, ACHIEVABLE, REALISTIC, TIMELY



1



Penulisan Akademik 1







[CONTOH KERTAS CADANGAN ATAU KERTAS KONSEP]



Contoh:



This research embarks the following objectives: 1. to design an efficient circuit to .... 2. to implement the proposed circuit using .... 3. to test the systems in terms of ...



Batasan Kajian Bahagian ini penting bagi membolehkan kajian tidak bercita-cita untuk mengubah dunia. Sesuatu kajian TANPA batasan adalah tidak realistik.    



Batasan boleh dibahagikan kepada jenis data yang terlibat, jenis pengukuran yang ingin dibuat, kawasan yang terbabit, alat yang digunakan dll yang berkaitan Ini bertujuan agar kajian lebih fokus dan tidak bersifat "broad-based" Ini juga membantu menjawab persoalan pihak luar mengapa kajian tidak kaji X, Y dan Z Tetapi, setiap batasan kajian mesti didatangi bersama "alasan saintifik" dan bukannya alasan mudah untuk menjadikan kajian ini bersifat mudah atau "simplistik"



Kajian Perpustakaan Pengalaman menunjukkan, bahagian inilah yang paling mencabar. Kerana bukan sahaja diminta menulis "mentah-mentah" apa yang telah kita baca. Tetapi, melakukan analisis kritikal terhadap apa yang dibaca.      



Pastikan bahan bacaan yang dipilih adalah berkualiti Sumber utama lazimnya ialah artikel jurnal atau persidangan, atau juga artikel menerusi majalah teknikal atau huraian paten Baca dan analisis secara kritis - kaedah yang digunakan, kebaikan, kekurangan dll Tulis semula huraian berkaitan dalam ayat sendiri dan masukkan rajah/jadual yang boleh membantu kajian Hasilkan "spectrum of issues" berasaskan tahun untuk menjelaskan bahawa kajian adalah relevan Hasilkan "tabulation of issues" yang merujuk kepada parameter berkaitan kajian. Ini penting bagi menjelaskan kelompangan kajian yang boleh dimanfaatkan dalam kajian.



Metodologi Kajian Bahagian ini sering disalahertikan oleh penyelidik muda, apabila mereka lazimnya menceritakan proses kajian dibuat dengan mempersembahkan "waterfall model". Perkara yang ingin dilihat dalam bab ini adalah perincian aktiviti yang mesti dibuat bagi membolehkan objektif kajian ini dicapai.  Bina rajah blok atau rajah aliran bersandarkan objektif yang telah ditetapkan



2



Penulisan Akademik 1



 



[CONTOH KERTAS CADANGAN ATAU KERTAS KONSEP]



Perincikan rajah blok/aliran ini dengan semua aktiviti major dan minor bagi membolehkan kajian terlaksana Buatkan secara pakej demi pakej supaya mudah disemak dan dikenalpasti permasalahan dan cara mengatasinya



Jangkaan Keputusan Bahagian ini seolah-olah kita menjadi "ahli nujum" dengan menjangkakan apakah yang akan terhasil menerusi kajian ini. 







Mesti jelas jenis kajian, adakah untuk membina model pengajaran baru, mencetus idea terhadap kaedah mengajar yang inovatif,modul baru interaktif, menghasilkan sistem atau bagaimana? Mesti menulis bahawa kajian akan menyumbang kepada penghasilan misalnya produk baru dalam bidang X, Y dan Z



Kesimpulan Namapun kesimpulan, kalau bahagian ini ditulis lebih daripada pengenalan dan yang lain nampak sangatlah tidak tepat.   



Bahagian ini tulis dengan menjelaskan tiga (3) perkara - apa yang telah dibuat, sedang dibuat dan akan dibuat Kaitkan dengan objektif kajian, adakah semuanya berjaya dicapai atau bagaimana Rumuskan juga cadangan pada masa depan bagi membolehkan kajian ini lebih berdaya saing



Rujukan Ramai yang keliru beza antara "Rujukan" dan "Bibliografi". Rujukan adalah semua bahan yang diberikan sitasi (citation) di dalam teks laporan. Manakala bibiliografi pula adalah SEMUA bahan yang dirujuk dan tidak semestinya dinyatakankan dalam laporan/teks kita. 



Pastikan rujukan mengikut format yang ditetapkan







Semak kaedah penulisan nama penulis, mesti konsisten, nama persidangan, jurnal dll







Rujukan mestilah terkini (lima (5) tahun) melainkan rujukan klasik dalam bidang berkaitan



Nota: ubah suai daripada http://afandiahmad1679.blogspot.com/2013/12/bagaimana-menulis-kertascadangan.html



3