Kronologi Sejarah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGENALAN



Pendidikan sejarah merupakan pendidikan yang sangat penting. Ia merupakan pendidikan yang menjadi nadi kepada perkembangan semangat jati diri dan perjuangan dalam diri sesebuah masyarakat. Ia merupakan salah satu penyebab yang dapat meningkatkan penghargaan murid terhadap sejarah tanah air dan kegemilangan negara serta pembangunan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan. Pengajaran sejarah menekankan nilai kewarganegaraan dan patriotism yang perlu ditanam kukuh dalam diri setiap warganegara. Setiap warganegara perlu selami sejarah pembentukan negara bangsa. Mulai tahun 2014, sejarah menjadi matapelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid. Ia dimasukkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap 2. Ia bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap matapelajaran sejarah di peringkat awal. Menurut Dokumen Standard kurikulum Prestasi, kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Pada mulanya pengajaran sejarah dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dijalankan dalam matapelajaran kajian tempatan di Tahap 2. Mata pelajaran Kajian Tempatan merangkumi sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan negara. Ia merupakan gabungan aspek sejarah dan geografi peringkat rendah. Apabila berlaku perubahan dalam kurikulum iaitu dari KBSR kepada KSSR, mata pelajaran Kajian Tempatan telah ditransformasikan kepada mata pelajaran yang lebih khusus iaitu Sejarah. Salah satu sebab utama Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah ini diperkenalkan ialah untuk memastikan masyarakat Malaysia mempelajari, mengetahui dan



menghayati peristiwa-peristiwa sejarah negara ini. Dalam KSSR, fokus utama matapelajaran sejarah ialah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), menerapkan semangat patriotik, membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa dan tokoh tokoh terlibat, murid dapat membina atau membuat perbandingan tentang pengalaman manusia, memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam masyarakat dan melahirkan perasaan cinta dan bangga akan negara. Dalam matapelajaran Sejarah KSSR, murid mempelajari tentang sejarah awal negara di tahun 4, kedaulatan negara di tahun 5, dan kemakmuran negara kita di tahun 6.



Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.



a) Sejauh manakah aspek kronologi dalam kandungan mata pelajaran sejarah dapat membantu meningkatkan penghargaan murid terhadap sejarah tanah air dan kegemilangan negara serta pembangunan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketrampilan.



Matapelajaran Sejarah menjadi matapelajaran wajib bagi tahun 2014 apabila KSSR diperkenalkan kepada tahap 2. Ia merupakan matapelajaran yang ditransformasikan daripada Kajian Tempatan yang diajar dalam KBSR. Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi. Kronologi merupakan perkara yang sangat penting. Ia merupakan penyusunan peristiwa sejarah secara teratur menurut urutan waktu. Setiap perkara akan berkait rapat antara satu sama lain. Jika ia tidak disusun secara kronologi, maka kekeliruan akan timbul dalam memahami sejarah yang berlaku. Setelah sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara, maka murid akan lebih senang memahami sejarah yang telah berlaku, dibincangkan dan sedang berlaku. Dengan ini, murid dapat menghayati sejarah yang benar-benar berlaku. Pemahaman ini dapat mewujudkan murid yang menghargai sejarah tanah air kita dan kegemilangan negara. Menurut DSKP, kandungan matapelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Fokus utama matapelajaran Sejarah ialah menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui



pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Murid-murid dapat memahami dan membina sendiri kerangka kronologi tentang sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Kandungan mata pelajaran Sejarah memberi penekanan kepada penerapan nilai murni, semangt patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran sejarah di sekolah rendah dapat melahirkan murid-murid yang bersatu padu tanpa mengira agama dan kaum. Kehidupan masyarakat dahulu yang hidup bersama tanpa sebarang perselisihan faham dan berjuang menentang kuasa asing bersama dapat mewujudkan semangat kekitaan, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, dan berbangga dengan status kewarganegaraan yang diterima. Dengan ini, murid dapat memahami dan mengetahui sejarah pembentukan negara, menghayati peristiwa kemerdekaan negara, memelihara warisan negara dan yang penting sekali berusaha mengharumkan nama negara di mata dunia. Kurikulum Sejarah sekolah rendah yang digunakan merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk meningkatkan penghargaan murid terhadap sejarah tanah air dan kegemilangan negara. Sebagai contoh, apabila murid belajar tajuk zaman air batu, murid dapat memahami kejadian alam yang membawa perubahan. Ia dapat memupuk kesedaran memelihara alam sekitar di samping menanam semangat jati diri dalam kalangan murid. Murid dapat membandingkan kehidupan masa lalu dengan masa kini, di samping dapat menghargai kehidupan masa kini. Selain itu, zaman prasejarah menerangkan tentang zaman sebelum kewujudan sistem tulisan. Sikap berani masyarakat zaman prasejarah yang berusaha menyesuaikan diri dengan alam sekitar bagi meneruskan kehidupan yang mencabar. Sikap berani, kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran hidup ini patut dicontohi oleh pelajar masa kini. Murid dapat dipupuk perasaan menghargai diri dan alam sekitar. Tajuk Kerajaan Melayu Awal sebelum kesultanan Melayu Melaka, dapat perkenalkan keistimewaan dan keunikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang dikaitkan dengan



kemashyuran jalan laut dan perdagangan. Murid dapat mengagumi kegiatan kerajaankerajaan Melayu awal seperti aktiviti berasaskan laut. Keunikan kerajaan-kerajaan Melayu Awal seperti pusat perdagangan dan Selat Melaka sebagai jalan perdagangan menjadi asas kegemilangan negara kita pada hari ini. Ini menyumbang kepada penghargaan murid terhadap kemakmuran negara. Tajuk tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka mendekatkan murid kepada kewibawaan dan pentadbiran yang perlu dicontohi, dihormati,dan berpengaruh. Murid dapat mengenali tokoh-tokoh terbilang yang dihormati di kalangan masyarakat Melayu Melaka. Tokoh-tokoh ini mempunyai keistimewaan dan memberikan sumbangan kepada kegemilangan sesebuah bangsa dan negara. Sumbangan mereka yang dikenang sepanjang masa dapat menarik minat murid untuk berkelakuan sedemikian pada masa akan datang. Ini dapat melahirkan seorang insan yang beretika mulia. Keistimewaan tokoh terbilang seperti berpandangan jauh, bertanggungjawab, mementingkan perpaduan, bijaksana, jujur dan amanah, taat setia, mahir ilmu persilatan dan berani, akan menjadi iktibar dan contoh kepada murid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan mereka pada masa depan. Cara hidup masyarakat melayu pada masa lalu yang penuh dengan nilai-nilai murni yang patut diamalkan oleh setiap insan akan melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia. Kepimpinan tokoh-tokoh seperti Parameswara, Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah dapat memupuk rasa bangga dan setia kepada institusi pemerintahan. Nilai-nilai pemerintah sebegini dapat melahirkan insan yang menghargai sejarah tanah air dan kegemilangan negara. Nilai-nilai masyarakat terdahulu yang patut dicontohi, dapat membantu dalam pembentukan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan. Susunan tarikh dan peristiwa mengikut turutan masa ini dapat menyemai ilmu pengetahuan kepada murid. Turutan ini dapat menyenangkan murid memahami, dan mengamati fakta sejarah dengan lebih baik. Murid dapat menghayati peristiwa lampau dengan lebih berkesan jika ia disusun ikut masa. Dengan susunan ini, setiap peristiwa yang berlaku dapat dilihat dengan jelas dan dapat dihayati sepenuhnya oleh murid.



Dengan penghayatan yang bermakna, ia dapat membentuk murid yang menghargai sejarah tanah air dan kegemilangan negara, serta membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, kandungan mata pelajaran Sejarah yang disusun secara kronologi dapat membentuk murid yang menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.