Kuiz GWCP [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1. Plagiat merujuk perbuatan mengambil perkataan, gambar, idea dan sebagainya daripada seorang penulis lain, namun penulis juga boleh dianggap melakukan plagiat jika mengambil bahan penulisan sendiri. Jelaskan bagaimanakah seorang penulis itu boleh dianggap sebagai memplagiat hasil penulisannya sendiri?



Plagiat menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri (biasanya dalam hal karang-mengarang). Memplagiat didefinisikan sebagai mencedok karya atau tulisan orang lain dan menyiarkannya sebagai karya sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, plagiat adalah; memplagiat, mencedok kata-kata, idea, dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakan­nya sebagai karyanya sendiri atau juga disebut menciplak. Merujuk kepada Kamus Pelajar pula, maksud yang diperoleh adalah hampir sama iaitu mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri. Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri atau menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya. Ia juga melibatkan perbuatan meringkas dan memprafasakan, dengan mengutip secara tidak langsung tanpa menyebutkan sumbernya; meringkas dan memprafasakan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya. Hal-hal yang tidak tergolong sebagai plagiarisme pula ialah menggunakan informasi yang berupa fakta umum; menuliskan kembali dengan mengubah perkataan atau parafrasa pendapat orang lain dengan memberikan sumber jelas dan mengutip tulisan orang lain dengan memberikan tanda batas jelas kutipan tersebut dan menuliskan sumber asalnya. Dalam bidang akademik, gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Dalam bidang kewartawanan pula, plagiarisme dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau diberhentikan kerja. Penciplakan dalam bidang akademik dan penulisan mempunyai sejarah berkurun lamanya. Kini dengan adanya perkembangan internet, rencana telah dipaparkan secara teks elektronik, menjadikan perbuatan menciplak atau menyalin hasil kerja orang lain menjadi lebih mudah dengan hanya melakukan potong dan tampal (copy and paste) sesuatu teks dari sesebuah laman web. Penciplakan bukanlah satu aktiviti cetak rompak. Walaupun kedua-dua istilah boleh merujuk kepada sesuatu perbuatan yang sama, tetapi masing-masing mempunyai maksud yang berbeza. Cetak rompak adalah bermaksud pencabulan hak terhadap pemilik hak cipta, di mana bahan-bahan yang dilindungi hak cipta digunakan sewenang-wenangnya tanpa izin. Sementara penciplakan pula adalah berkaitan dengan perbuatan mencedok hasil kerja penulis asal dan menerjemahkannya sebagai karya sendiri.



2. Penulisan akademik merupakan penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik dengan tujuan tertentu seperti penyebaran ilmu dan pembangunan minda. Huraikan kedua-dua tujuan penulisan akademik tersebut.



Penulisan ilmiah adalah karangan yang pendek tentang topik atau permasalahan melalui data yang diperoleh daripada rujukan perpustakaan atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional dan mempunyai objektif. Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-sebab atau pengertian sesuatu masalah serta kata-katanya mudah diidentifikasikan. Penulisan saintifik pula karangan yang mempunyai isi yang diperoleh melalui kajian. Penghuraiannya bersifat fakta dan penghasilannya mempunyai bukti yang sahih. Penulisan ilmiah amat berbeza dengan bentuk-bentuk penulisan yang lain seperti penulisan sastera atau fiksyen sains. Hal ini kerana penulisan ilmiah tidak menggunakan pendekatan ‘memancing emosi’ khalayak pembaca dengan isu atau tema yang digarap. Penulisan ilmiah menggunakan pendekatan ‘reasoning skills’(daya taakulan) sekaligus ia berkehendakkan khalayak pembaca memahami, menghayati dan mempraktikkan apa yang disarankan. Bukan sekadar itu; yang paling ditekankan dalam penulisan ilmiah adalah maklumat yang benar. Justeru itu, antara ciri utama sesebuah penulisan ilmiah adalah Mengandungi maklumat yang benar dan sahih seperti fakta, data.carta, rajah dan sebagainya.Sumber maklumat yang sahih yang diperoleh menerusi sumber primer atau sekunder.Mempunyai suatu format yang standard dari segi kandungan teks, kutipan, rujukan dan elemen-elemen mekanis penulisan berformat.Gaya persembahan yang formal.Meneroka dan menggali sesuatu isu.



Penulisan ilmiah merupakan alat komunikasi yang penting bagi tujuan memberi maklumat kepada khalayak yang berupa fakta. Lantaran itu, tujuan penulisan ilmiah ialah untuk menyebar ilmu.Ia adalah berdasarkan yang dipilih oleh pengkaji atau penulis itu sendiri.Selain itu, ia akan membangunkan minda dan meningkatkan kemantapan intelek penulis dan pembaca.



3. Isu etika dalam penulisan tidak boleh dipandang ringan oleh penulis dan ahli masyarakat kerana boleh membawa kesan buruk kepada pembaca, penulis, masyarakat dan negara. Huraikan kesan buruk yang mungkin timbul akibat pelanggaran etika dalam penulisan. Etika diwujudkan untuk mewujudkan suasana aman, makmur dan saling menghormati antara satu sama lain. Pelanggaran terhadap etika dalam bidang penulisan akan meninggalkan kesan, antaranya ialah merugikan pihak penerbit asal.Hal ini kerana, hasil karya mereka telah diplagiat oleh orang lain dan pihak tersebut telah mengaku hasil tersebut adalah idea mereka.Kedua,minda dan kreativiti kita tidak akan berkembang dengan baik dan cemerlang.Hal ini kerana kita memplagiat hasil penulisan orang lain.Semua karya dan penulisan yang dihasilkan adalah ditiru secara terang terangan daripada maklumat yang diperoleh dari hasil kerja orang lain. Selain itu, ia akan memberi imej buruk kepada negara kerana terlalu banyak berlaku pelanggaran dalam etika penulisan. Pelajar juga perlu sedar bahawa negara banyak bergantung kepada hasil kerja yang dilakukan oleh pelajar terutamanya dari institusi pengajian tinggi. Sekiranya pelajar gemar melakukan plagiat maka negara tidak akan mengalami kepesatan dari melahirkan idea-idea baru bagi mengharumkan nama negara, sedangkan golongan pelajar inilah yang bakal memajukan negara pada masa hadapan.Di samping itu,pelajar universiti yang melakukan pelanggaran etika seperti plagiat mempunyai berkemungkinan yang tinggi untuk gagal dalam pengajian. Setiap universiti mempunyai kuasa melalui undang-undang berkaitan untuk melucutkan mana-mana pelajar yang didapati plagiat dalam tugasan, penulisan penyelidikan dan laporan tahun akhir. Terdapat beberapa kes di beberapa buah universiti di Malaysia yang melibatkan penarikan balik ijazah pengajian dan perlucutan keputusan pengajian pelajar apabila terbukti pelajar terbabit terlibat dalam plagiat.



4. Baca petikan di bawah ini, kemudian cadangkan ayat anda sendiri bagi menggantikan ayat dalam petikan tanpa mengubah maksud asal petikan. Para guru, pensyarah, pendidik dan ibu bapa perlu berperanan dalam usaha untuk memartabatkan pemahaman dan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda di negara hari ini. Selain menguasai dan mencintai bahasa kebangsaan, sebagai warga negara Malaysia kita perlu menguasai dan menghormati kepentingan bahasa Inggeris serta menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan negara. Kemajmukan kaum, agama dan budaya yang mencorakkan sifat kependudukan Malaysia menjadi cabaran unik ke arah kemampanan perpaduan dan kemapanan identiti nasional melalui perantaraan Bahasa Melayu sebagai alat penyatuan.



= Semua memainkan peranan penting terutamanya para tenaga pengajar dan ibu bapa dalam memartabatkan pemahaman dan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda hari ini.Kita sebagai warga negara Malaysia bukan sahaja perlu menguasai dan mencintai bahasa kebangsaan malah kita juga perlu menguasai dan menghormati kepentingan bahasa inggeris serta menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai asas sebagai perpaduan negara.Sifat kependudukan Malaysia yang digerakkan oleh kemajmukan kaum,agama dan budaya menjadi cabaran unik ke arah kemapanan perpaduan dan kemapanan identiti nasional melalui perantaraan Bahasa Melayu sebagai alat penyatuan.