Lampu Kalimantang [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LAMPU KALIMANTANG / PENDARFLUOR



Lampu kalimantang juga dikenali sebagai lampu floresen atau lampu pendarfluor. Ianya dibina daripada tiub kaca yang diisikan dengan gas lengai seperti argon atau krypton dan sedikit wap raksa ( mercury vapour ). Bahagian dalam permukaan tiub kaca tersebut disalutkan dengan bahan fosfor untuk menyerap pancaran lampau ungu dan menukarkannya kepada cahaya yang dapat dilihat. Bahan-bahan fosfor yang berbeza digunakan bagi mendapatkan warna-warna lampu yang berlainan. Di kedua-dua hujung tiub lampu terdapat dua katod terdiri daripada beberapa lilit dawai tungsten yang disalut dengan bahan oksida untuk menggalak pengeluaran electron. Lampu-lampu kalimantang dibuat dalam beberapa saiz seperti ukuran 2 kaki dan 4 kaki dengan keupayaan 18 watt dan 36 watt. Kebanyakan lampu jenis ini dipasangkan dengan pemegang lampu atau terminal jenis dua pin ( bi-pin lamp cap ).



Alat- alat Pembantu Litar 1. Cok ( choke / ballast ) 2. Suis Pemula ( starter ) 3. Kapasitor 1. Cok



Cok mempunyai dua fungsi ke atas lampu kalimantang iaitu : a. Membekalkan voltan tinggi Ketika operasi biasa lampu kalimantang hanya memerlukan bekalan voltan biasa 240 volt, tetapi bagi memulakan proses discas tersebut voltan yang jauh lebih tinggi adalah diperlukan. Ini dilakukan dengan menggunakan gelung induktif tersebut atau cok. b. Menghadkan arus Apabila lampu mula menyala, rintangan tiub akan berkurangan dan pengaliran arus akan bertambah, tetapi dengan adanya cok akan membataskan pengaliran arus tersebut. 2. Suis Pemula



Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis berbara ( glow type starter ) dan jenis terma ( thermal starter ). a. Suis Pemula Jenis Berbara ( glow type starter )



Suis pemula jenis ini terdiri dari satu tiub kecil berisi gas helium dan elektrod-elektrod kepingan dwilogam dimana didalam keadaan biasa kedua-dua elektrod tersebut tidak menyentuh antara satu sama lain. Apabila bekalan voltan disambung kepada suis pemula, satu discas berbara akan terjadi, memanaskan elektrod dan mengadakan sentuhan pada kedua-dua elektrod dalam pemula. Discas suis pemula terhenti ketika sentuhan tersebut, menyejukkan kepingan dwiogam dan sentuhan pun terbuka semula. Selari dengan suis pemula ilah sebuah kapasitor jenis seramik bernilai 0.005 mikrofarad dan bertujuan untuk menyerap gangguan pada gelombang radio berdekatan hasil dari tindakan arka oleh pemula. b. Suis Pemula Jenis Terma ( thermal starter ) Terdiri daripada sesentuh kepingan dwilogam dan gelung pemanas kecil yang dipasang hampir dengan sesentuh tersebut. Dalam keadaan biasa sesentuh suis adalah sentiasa tertutup, tetapi apabila pemanas menerima bekalan, habanya akan memanaskan sesentuh dan seterusnya sesentuh tersebut akan terbuka. 3. Kapasitor



Penggunaan cok didalam litar lampu akan menyebabkan faktor kuasa menyusul dan ini akan menyebabkan lebih tinggi nilai arus mengalir melalui litar tersebut. Oleh itu faktor kuasa lampu haruslah dibetulkan semula dengan menggunakan kapasitor yang disambung selari dengan punca bekalan. Operasi Lampu Kalimantang 1. Apabila suis kawalan di ‘on’, satu arus kecil mengalir dan arus ini hanya berupaya merentasi elektrod-elektrod didalam suis pemula. 2. Satu discas berbara akan terjadi dan discas ini akan memanaskan kepingan dwilogam suis itu sendiri, membengkok dan membuat sentuhan. 3. Suatu litar lengkap terjadi dan satu arus yang lebih besar mengalir menerusi kedua-dua katod lampu ( filamen ), memanaskannya hingga merah. 4. Kemudian discas tersebut terhenti ( apabila berlaku sentuhan suis ), kepingan logam tersebut menyejuk dan sentuhan terbuka semula.



5. Apabila sentuhan terbuka, suatu voltan tinggi terbentuk sejenak didalam cok yang mana voltan ini cukup untuk memulakan discas didalam tiub lampu. 6. Selepas lampu menyala, arus akan mengalir terus melalui tiub lampu tersebut dan voltan pada suis pemula menjadi tersangat rendah dan ketika tersebut suis pemula tidak lagi diperlukan. Litar Skematik Lampu Kalimantang



A : Tiub Fluorescent B : Bekalan kuasa 240 volt C : Suis Pemula ( D: Switch (Bi-metallic thermostat), E: Seramic Capacitor ) F : Filaments G : Cok