Langkah Mengatasi PATI [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah PATI 



1. Peranan Masyarakat Masyarakat harus berperanan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat majikan yang mengupah PATI. Sesetengah majikan lebih suka menggaji PATI kerana kosnya lebih murah berbanding pekerja secara sah atau pekerja tempatan. Sebagai contohnya, terdapat sesetengah majikan di kawasan pedalaman berkemungkinan mengambil PATI kerana kosnya yang rendah dan jauh dari pemantauan pihak berkuasa. Oleh itu, masyarakat perlu peka terhadap isu PATI dengan memberi perhatian kepada persekitaran.



2. Kerjasama dengan negara lain Kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan negara lain hendaklah dieratkan lagi bagi membanteras kemasukan PATI ke Malaysia secara berleluasa. Dengan adanya hubungan sedemikian, sekatan dan kawalan yang ketat boleh diadakan di pintu masuk Malaysia dan negara mereka dengan berjayanya. Hal ini demikian akan mengurangkan kemaskan PATI ke Malaysia.



3. Pelaksanaan Program 6P Pelaksanaan program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran, penguatkuasaan, pengusiran, pemantauan, dan pengampuan oleh kerajaan. Program tersebut dilaksanakan adalah untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah PATI yang berada di Malaysia dan mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data biometrik. Kerajaan juga dapat mengenalpasti keperluan jumlah pekerja yang diperlikan oleh setiap sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di negara ini. Dengan itu, langkah untuk mengatasi kemasukan PATI dapat dirancang dan dilaksanakan dengan segera.



        Kesimpulannya, pihak kerajaan pelu mengambil suatu pendekatan yang berhemah bagi menangani masalah tersebut supaya ketenteraman negara mampu dikekal.