Laporan Ajk Kebersihan Program [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PROGRAM EKSPEDISI KE PUNCAK GUNUNG TAHAN LAPORAN AJK KEBERSIHAN



Tarikh



: 20 Mei 2016 – 28 Mei 2016



Tempat



: Kuala Tahan, Pahang.



Ketua



: Brenda Jude



SEBELUM : Sebelum Program Ekspedisi ke Puncak Gunung Tahan dijalankan, kami telah berbincang dengan ketua program dan beberapa ajk yang lain mengenai cara menguruskan kebersihan terutamanya sampah sepanjang program ini. Kerjasama dan pendapat yang mereka berikan membantu kami menyelesaikan isu kebersihan ini. Hasil perbincangan, kami telah menyetujui untuk menyediakan sekurang-kurangnya 2 helai plastik sampah untuk setiap seorang untuk meletakkan sampah yang dibawa sendiri bagi mengelakkan sampah dibuang merata-rata. Ajk Kebersihan memperkenalkan konsep ‘bertanggungjawab atas sampah anda sendiri’ sepanjang program ini agar kebersihan dapat dijamin.



Gambar 1: plastik sampah hitam yang diedarkan kepada semua peserta



SEMASA :



Tinjaun mengenai kebersihan diperhatikan dari semasa ke semasa terutamanya apabila tiba di ‘campsite’. Sebelum mendirikan khemah, kami terlebih dahulu membersihkan tapak perkhemahan termasuklah menyediakan tempat untuk memasak yang bersih dan selamat. Kebersihan juga dititik berat sebelum meninggalkan tapak perkhemahan untuk meneruskan perjalanan. Setiap orang memberi kerjasama yang baik semasa aktiviti mengemaskan tapak perkhemahan. Selain itu, setiap peserta juga peka terhadap kebersihan persekitaran mereka dan ringan tulang untuk membantu dalam aktiviti pembersihan. Bukan sahaja semasa dan selepas berkhemah, malah juga sepanjang perjalanan, setiap peserta menunjukkan sikap yang baik iaitu tidak membuang sampah merata tempat tetapi meletakkan di dalam beg masing-masing untuk dibuang di tempat yang sepatutnya.



Gambar 2 : tapak perkhemahan sebelum mendirikan khemah



SELEPAS: Selepas aktiviti pendakian gunung tahan ini, kami berkumpul untuk melaporkan jumlah barangan yang dibawa adalah sama dengan jumlah yang dibawa turun. Setelah semua telah selesai, maka beberapa plastik hitam dibuka untuk membuang segala yang tidak diperlukan lagi seperti botol air dan plastik makanan. Sampah-sampah ini dikumpul dan dibuang ke tempat pembuangan sampah. Pemeriksaan kedua dilakukan sebelum sampah dihantar ke tempat pembuangan sampah. Setelah selesai membersih, aktiviti lain baru diteruskan iaitu aktiviti pengurusan diri sementara menunggu bas untuk kembali. Pembersihan dan mengemas khemah dijalankan di IPG yang melibatkan semua peserta. Aktiviti pembersihan dilakukan bersama-sama. Kerjasama yang diberikan oleh



setiap peserta menjadikan kerja pembersihan menjadi mudah dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.



Gambar 3 : aktiviti membersihkan khemah



Gambar 4: kerjasama yang ditunjukkan oleh guru pelatih semasa membersihkan khemah.



KEKUATAN :



Kekuatan yang dihadapi adalah semua peserta mempunyai sikap tanggungjawab yang baik dalam menjaga kebersihan. Sifat kerjasama yang ditunjukkan menyebabkan bebanan yang dihadapi berkurangan terutamanya dalam penjagaan kebersihan. Kerjasama yang diberi bukan sahaja semasa dan selepas berkhemah, malah juga sepanjang perjalanan, setiap peserta menunjukkan sikap yang baik iaitu tidak membuang sampah merata tempat tetapi meletakkan di dalam beg masing-masing untuk dibuang di tempat yang sepatutnya.



KELEMAHAN : Kelemahan yang kami hadapi adalah apabila terdapat sampah yang terjatuh daripada beg atau poket secara tidak sengaja. Selain itu, kami juga mempunyai masalah untuk membakar sampah dan terpaksa membawanya kembali untuk dilaporkan setelah tiba di penamat. Oleh itu, semua peserta disarankan membawa dan menjaga sampah masingmasing dengan baik.



CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Cadangan penambahbaikan untuk kelemahan yang kami alami adalah, mengambil lebih serius semua perkara yang dijalankan. Selain itu, meminta pendapat daripada pengerusi, pensyarah dan rakan-rakan mengenai tugasan yang telah dilaksanakan untuk sebarang cadangan penambahbaikan. Selain daripada itu, plastik yang disediakan boleh dipelbagaikan saiz untuk memudahkan membuang sampah yang kecil seperti plastik gulagula.



Disediakan oleh,



Disahkan oleh,



..................................



.......................................



(BRENDA JUDE) Ketua AJK Kebersihan, Program Ekspedisi ke Puncak Gunung Tahan.



(EN HISHAMUDDIN BIN HASSAN) Penyelaras, Program Ekspedisi ke Puncak Gunung Tahan.