Laporan Ajk Peralatan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Laporan – AJK Peralatan



28 Januari 2014 Sebelum program dijalankan. Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 2014 telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 Kelantan. Program ini adalah sebahagian daripada tugas atau projek yang harus dilaksanakan dengan baik oleh guru pelatih PISMP semester 5. Program ini telah disertai oleh seramai 25 orang guru pelatih yang terdiri daripada kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran semester 5. Sebelum program tersebut dijalankan, pelbagai perkara harus dilaksanakan terlebih dahulu. Kami telah dilantik sebagai ketua AJK peralatan, dimana tugas saya adalah untuk memastikan semua peralatan yang diperlukan semasa program BIG ada dan mencukupi. Saya diarahkan untuk menyediakan peralatan-peralatan seperti plak cenderahati , air mineral dan sebagainya. Peralatan ini bukan sahaja digunakan ketika program berlangsung namun sebelum program berlangsung juga menggunakan peralatan-peralatan ini. Semasa program dijalankan. Semasa program dijalankan, saya ditugaskan untuk mengedarkan air-air mineral kepada peserta program bagi menghilangkan dahaga mereka. Selepas program. Setelah program yang dijalankan tamat, tugas AJK peralatan adalah perlu memastikan peralatan yang dipinjam dari IPG di pulangkan semula dalam keadaan yang baik, selain itu haruslah memastikan tiada peralatan yang rosak atau tertinggal di tempat program. Selain itu, AJK peralatan juga perlu menyediakan laporan akhir berkaitan dengan peralatan.