Laporan Dadah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENDAHULUAN Dalam pengertian yang umum, dadah dapat didefinisikan sebagai bahan kimia yang boleh membuatkan seseorang yang mengambilnya menjadi ketagih dan membawa pelbagai dan sampingan yang negatif apabila menggunakannya secara berlebihan dan tanpa peraturan. Namun begitu, dadah juga mempunyai kesan positif, terutamanya dalam ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Gejala penyalahgunaan dadah ini bukanlah perkara baru di negara kita. Walaupun pelbagai cara pengawalan penyalahgunaan dadah telah diperkenalkan, gejala ini masih berlanjutan. Kegiatan penyeludupan, pengedaran dan penggunaan dadah secara haram telah mengakibatkan ramai rakyat Negara ini terlibat dengan penagihan dadah. Penglibatan sebilangan besar muda-mudi dengan dadah secara menyeluruh boleh membawa kesan-kesan yang buruk terhadap pembangunan sosioekonomi, ketahanan diri dan keselamatan Negara. Masalah dadah di Negara ini telah sampai ke tahap yang mana kerajaan menganggapnya sebagai masalah keselamatan. Memandangkan sebilangan besar muda-mudi terlibat dengan dadah, sudah pasti keadaan ini mengancam keselamatan pelajar-pelajar terdedah serta berada di dalam keadaan risiko tinggi akan terlibat dengan dadah. Dari tahun 1970-1994 terdapat hampir 200,000 orang penagih dadah yang telah dikesan di seluruh negara. 80,000 orang adalah penagih tegar. Keadaan ini menyebabkan pelajar terdedah dan berada dalam risiko tinggi akan terlibat sama jika sekiranya usaha Pendidikan Pencegahan Dadah tidak dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke akar umbi. Dari tahun 1983-1993 jumlah pelajar yang terlibat dengan dadah dan Inhalan ialah seramai 2,370 orang (1,553 orang yang terlibat dengan dadah dan 817 orang terlibat dengan Inhalan). Keadaan ini akan bertambah buruk, jika sekiranya usaha-usaha yang lebih serius tidak dilaksanakan di semua peringkat. Oleh itu untuk mempastikan pelajarpelajar kita tidak akan terlibat dengan dadah dan sekolah merupakan satu tempat yang bebas dari dadah atau “Drug Free School” atau “School Without Drug”, Maka sudah sampai masanya semua warga pendidikan melibatkan diri masing-masing dengan penuh minat dan kesungguhan untuk mencegah wabak ini. Oleh itu pendedahan tentang bahaya-bahaya dadah amat perlu disampaikan kepada semua pelajar dan guru di peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Dengan pengetahuan dan kefahaman yang ada, sekurang-kurangnya dapat berfungsi sebagai benteng untuk menahan mereka daripada terjebak dengan dadah.



APA ITU DADAH? Dadah juga merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, mencuri dan melacurkan diri. Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubatubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah seperti heroin, morfin dan ganja pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.



FAKTOR –FAKTOR / PUNCA PENGAMBILAN DADAH Profil penagihan di Malaysia menunjukkan sebahagian besar penagih adalah dalam lingkungan umur 15-25 tahun yang mana sebahagian besar terdiri daripada belia yg masih bersekolah dan belajar. Faktor yang mendorong seseorang menyalahgunakan dadah ialah keseronokan, perasaan ingin tahu, pengaruh rakan sebaya dan meningkatkan keseronokan seksual. Keseronokan Ada yang mengambil dadah atas alasan seronok semata-mata. Ini kerana apabila mereka berada di bawah pengaruh dadah, mereka mendakwa dapat menghilangkan tekanan dan melupakan segala masalah yang berlaku. Perasaan Ingin Tahu Kebanyakan orang mempunyai sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing. Mereka kurang mempunyai pegangan agama yang longgar, mudah tunduk kepada sikap ingin mencuba yang wujud di dalam dirinya. Apabila orang yang rapat dengannya terlibat dengan penagihan dadah, sikap ingin mencuba itu lebih mudah direalisasikan. Apabila dirasai sekali, unsur ketagihan akan mendorong individu itu terus melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah Pengaruh Rakan Sebaya



Rakan memainkan peranan penting dalam membentuk sifat dan keperibadian seseorang sama ada ke arah baik atau sebaliknya. Berdasarkan hal ini, jika kita berkawan dengan penagih dadah, lambat-laun rakan itu akan mempengaruhi kita untuk nengikut jejaknya. Hal ini mudah berlaku kepada orang yang menghadapi banyak masalah dan di kalangan orang yang masih muda.



Meningkatkan Keseronokan Seksual Dadah dikatakan mampu merangsang tahap seksualiti seseorang. Maka ada yang mengambil dadah atas alasan ini. Mereka ini tidak memikirkan kesan sampingan negatif yang diterima akibat dadah yang diambil.



Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Selain daripada faktor di atas, terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah: Faktor Biologi Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan. Faktor psikososial Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai. Faktor sosial Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu



menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.



KESAN PENGAMBILAN DADAH TERHADAP MANUSIA Penyalahgunaan dadah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Gejala penyalahgunaan dadah menyebabkan golongan yang terlibat dilihat sebagai sampah masyarakat. Penagih dadah menjadi orang yang tidak bermaya, lesu dan kekurangan tenaga untuk menjalani kehidupan. Oleh itu, mereka mula mengabaikan tugas dan tanggungjawab sama ada sebagai pekerja, suami atau isteri.Pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan fizikal, mental & emosi dan sosial ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).



1. Kesan fizikal Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuk pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot. Dengan kata lain, keadaan diri penagih menjadi tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Kadar pernafasan penagih menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung berkurangan serta tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan. Mata menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku secara berterusan dan berulang-ulang.



2. Kesan mental dan emosi Kesan ini lazimnya dipanggil kesan psikologi iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (euforia). Penagih seaka-akan tidak berpijak di alam nyata. Pada masa yang sama seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Mereka tidak segan silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tanggungjawab. Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan euforia. Fenomena ini disebut lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan berulang-kali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah. Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh penagih akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung



berhingus, perut berasa sakit dan perit, kadang-kala muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Bahkan ia boleh melakukan pelbagai perbuatan jenayah kerana cuba mengatasi rasa gian, baik dengan cara mengendap, mencuri atau membunuh sekalipun. Apabila rasa ketagih berterusan, penagih mungkin juga mengalami gangguan mental dan menjadi tidak waras, seolah-olah gila. Ia mula melakukan sesuatu yang tidak masuk akal yang berlawan dengan tatasusila dan peradaban masyarakat. Pendek kata, badan tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. 3. Kesan Sosial Kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling mereka. Prestasi dan disiplin kerja mula merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak lagi menghiraukan kesihatan dan kebajikan sebelumnya. Penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga juga boleh berlaku. Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka. Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluarga. Ini ialah kerana mereka mahu lebih bebas terlibat dalam aktiviti pengambilan dadah. Mereka hidup di tempat-tempat yang tersorok atau terpencil untuk memudahkan mereka menggunakan dadah. Keadaan mereka diibaratkan seperti hidup segan, mati tak mahu. Dunia mereka pula hanya akan dapat dipuaskan dengan dadah sahaja. Kesudahannya, mereka akan tersisih sama sekali dan semakin jauh daripada apa jua bentuk bantuan yang membolehkan mereka kembali semula ke pangkuan masyarakat. Mereka ini akan terus menderita selagi ajal belum tiba. Sesiapa yang terjerumus di dalam kancah penagihan ini amat sukar untuk melepaskan diri.



BAGAIMANA MENGENALI MEREKA YANG TERJEBAK DENGAN DADAH Tanda- Tanda dan Gejala Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan pada individu: a) Gejala fizikal • Berpeluh • Meremang bulu roma • Pening kepala • Menggigil (tremor) b) Gejala psikologi • Keresahan • Insomnia - tidak dapat tidur • Kerisauan • Gangguan emosi dan perasaan c) Gejala perlakuan • Sentiasa ponteng kerja / sekolah • Penurunan prestasi kerja / pelajaran • Digantung atau dibuang sekolah • Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan • Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam • Mencuri



ISU DADAH DALAM PENDIDIKAN: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Pendidikan pencegahan dadah menjadi satu isu penting di sekolah-sekolah hari ini memandangkan penglibatan golongan remaja dengan dadah yang semakin meningkat. Walaupun golongan remaja dan muda tidak banyak terlibat dengan narkotik dan dadah lain yang amat berbahaya, namun semakin ramai golongan ini mula mencuba, manggunakan dan menyalahgunakan tembakau, dadah rekreasi, thinner dan gam. Ini terbukti dengan statistik yang dibekalkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan. Satu daripada strategi untuk meningkatkan kesedaran mengenai dadah serta membina pertahanan dalam diri remaja untuk tidak mencuba dadah ialah pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah.



LANGKAH-LANGKAH



KEMENTERIAN



PENDIDIKAN



DALAM



MENANGANI



MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan bagi mengatasi dan menangani masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajarpelajar:1. Kementerian Pendidikan mempunyai dasar dan program Pendidikan Pencegahan dadah yang menggariskan matlamat mencegah pelajar khasnya dan masyarakat sekolah amnya daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam mengujudkan sekolah yang sama sekali bebas dari dadah (drug-free school). 2.



Sungguhpun Kementerian Pendidikan telah merangka perancangan yang sistematik dan praktikal untuk mencapai matlamat tersebut, isu ini bukanlah semudah yang umum sangkakan. Masyarakat sekolah juga sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh sosial yang berlaku dalam masyarakat. Gejala sosial yang semakin menular sudah pastinya akan turut menembusi masyarakat sekolah.



3. Pendekatan bagi mencegah penyalahgunaan dadah harus dilaksanakan secara holistik dan bukan tanggungjawab sekolah semata-mata. Ibu bapa dan masyarakat perlu bersama-sama mengambil langkah-langkah yang lebih serius. 4. Memandangkan masalah ini telah menjadi satu wabak yang serius, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan tindakan-tindakan yang lebih serius bagi menangani masalah ini. Di antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:4.1 1.



Langkah Pencegahan. Kementerian Pendidikan mengarahkan semua Jabatan Pendidikan (Unit Khas Pendidikan Pencegahan Dadah) meningkatkan pengawasan dan pengawalan ke atas sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah yang berisiko tinggi (high risk schools). Untuk melaksanakan pengawasan yang lebih efektif, Kementerian Pendidikan akan menempatkan kakitangan unit pendidikan pencegahan dadah di JPN dan PPD secara hakiki (pada masa ini jawatan ini diisi secara sandaran).



2.



Kementerian Pendidikan memperluaskan kerjasama di antara JPN, PPD dengan PIBG. PEMUAFAKATAN Briged Komuniti dan Polis untuk mengesan dan melaporkan kegiatan-kegiatan remaja dan pelajar dengan penyalahgunaan dadah.



3.



Kementerian Pendidikan mengarahkan JPN meningkatkan pemeriksaan dan penyeliaan mengejut (sport check) di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihakpihak berwajib.



4.



Melaksanakan program motivasi kepada pelajar-pelajar yang berisiko tinggi setelah dikenal pasti oleh pihak sekolah dari golongan pelajar yang terlibat.



4.2 1.



Langkah Pemulihan. Kementerian Pendidikan menempatkan kaunselor-kaunselor yang terlatih di semua sekolah menengah dengan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang berisiko tinggi.



.



Mempergiatkan aktiviti-aktiviti kaunseling menerusi:Kem Jayadiri Program 5 minit anti dadah Skim Lencana anti dadah Ceramah dan Pameran anti dadah, Kaunseling Individu Kaunseling Kelompok, Kaunseling Ibu bapa Seliaan dan kaunseling kepada kes-kes baru,



-



Pendidikan Keibubapaan (Parenting Education seperti seminar anti dadah dan seminar mengesan dan mengenal simptom penagihan.



4.3



Langkah Pengesanan. 1.



Kementerian Pendidikan sedang memperkemaskan tatacara



tindakan ke atas kes-kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Ini merangkumi peraturan bagi membolehkan sekolah mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di luar kawasan sekolah. 2.



Pihak



sekolah



diberi



kuasa



melaporkan



kepada



pihak



pengutkuasa undang- undang jika memperolehi maklumat pelajar yang terlibat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang terlibat. 3.



Menjalankan ujian Urine ke atas pelajar-pelajar yang telah disyaki



oleh pihak berkuasa. 4.4



Langkah Penyelarasan. 1.



Menyelaraskan semua tindakan pencegahan dan pemulihan



dengan agensi dadah Kebangsaan.



PERANAN PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Peranan Individu Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan juga orang di sekeliling mereka . Peranan Ibu Bapa Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah . Peranan Guru Setiap masa , para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah . Peranan Belia Para belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan untuk memimpin negara pada masa depan . Oleh itu , mereka perlu membuat persediaan diri untuk memikul tanggungjawab ini . Peranan Pelajar Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan dadah . Slogan ‘Katakan Tidak Kepada Dadah’ perlu dijadikan satu pegangan hidup kepada para pelajar . Peranan Pemimpin Masyarakat



Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota masyarakat berganding bahu , sepakat dan sekata untuk bersamasama membasmi dadah . Hanya pemimpin yang benar-benar komited dengan masalah ini akan berjaya dalam membentuk generasi tanpa dadah . Peranan Majikan Pihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan sekali terhadap pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas daripada dadah . Peranan Pekerja Pekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka sekiranya diminta menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah . Peranan Media Massa Pihak



media



berperanan



unmtuk



menyebarkan



pelbagai



maklumat



mengenai



penyalahgunaan dadah memandangkan media massa merupakan alat sebaran am yang paling utama dan bahan yang muda didapati oleh pelbagai lapisan pembaca . Peranan Pertubuhan Sukarela Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk genarasi tanpa dadah perlu menyumbangkan masa , tenaga dankadangkala wang ringgit untuk mencapai misi ini . Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segalan apa cabaran memandangkan tugas untuk membasmi dadah adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan .



PERUBAHAN TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR MENGENAI DADAH SELEPAS MENJALANKAN PROGRAM PENCEGAHAN Kajian hasil program SLAD berjaya meningkatkan pengetahuan peserta mengenai dadah dan meningkatkan harga diri mereka supaya mereka berasa yakin untuk membantu kawan-kawan lain untuk sedar serta menjauhi dadah



CABARAN YANG DIHADAPI Sungguhpun Kementerian Pendidikan telah merangka perancangan yang sistematik dan praktikal untuk mencapai matlamat tersebut, isu ini bukanlah semudah yang umum sangkakan. Masyarakat sekolah juga sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh sosial yang berlaku dalam masyarakat. Gejala sosial yang semakin menular sudah pastinya akan turut menembusi masyarakat sekolah. Pendekatan bagi mencegah penyalahgunaan dadah harus dilaksanakan secara holistik dan bukan tanggungjawab sekolah semata-mata. Ibu bapa dan masyarakat perlu bersama-sama mengambil langkah-langkah yang lebih serius.



KESIMPULAN Tindakan pencegahan dadah yang berkesan golongan



masyarakat.



Pada



zaman



memerlukan penglibatan moden



ini,



golongan



semua muda



lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati