Teks Pidato Penyalahgunaan Dadah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Teks pidato Bismillahirrahmanirrahim. Lafaz bismillah pembuka segala, puteri pemidato memulakan bicara. Sebelum bibir menitip kata membawa wacana “Dadah Membawa Padah”, sekalung apresiasi saya ucapkan buat guru-guru pendidik anak bangsa, dan seterusnya, rakan-rakan seperjuangan saya. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan. Sebelum bahtera saya layarkan, sebelum layar saya kibarkan, sebelum kaki mengatur langkah, sebelum lidah mengatur bicara, biarlah saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut kamus dewan edisi keempat, dadah membawa maksud sejenis ubatubatan. Namun kini, dadah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat. Manakala membawa padah pula bermaksud mendatangkang akibat yang buruk kepada penagih dadah. Tuntasnya, tajuk “Dadah Membawa Padah” mengkehendakkan saya untuk mengupas contoh kesan penyalahgunaan dadah. Hadirin warga dewan yang cendikiawan, Antara kesan pengambilan dadah ialah dadah boleh membawa kesan yang buruk terhadap fizikal. Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuk pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot. Dengan lain perkatan, keadaan diri mereka tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Ia juga menyebabkan masyarakat akan berpecah-belah dan secara tidak langsung kemajuan negara akan merosot kerana masyarakat tidak bersatupadu.



Selain itu, dadah juga memberi kesan yang mendalam kepada mental dan emosi. Kesan ini lazimnya dipanggil kesan psikologi iaitu kesan pengaruh dadah pada otak dan minda. Mereka seakan-akan tidak terpijak di alam nyata. Pada masa yang sama seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Mereka tidak segan silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tangungjawab. Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pada jumlah untuk mendapatkan euforia. Warga dewan penerus wawasan, Ingatlah bahawa dadah membawa kesan yang sangat buruk kepada diri sendiri. Kesan yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan penagihpenagih dadah, penjenayah, penipu, dan tidak bertanggungjawab dalam kerja atau pengajiannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan dalam berkhayal. Penagih juga turut pitam, pengsan, rasa ketagihan yang berlebihan dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Antara contoh perilaku buruk akibat pengambilan dadah yang berlebihan ialah pandai menipu, menyamun untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah dan tidak mahu mengakui penglibatan dalam penagihan dadah. Sidang dewan sekalian, Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Musuh-musuh luar boleh menggunakan dadah sama ada untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung atau menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung Hadirin sekalian, Kesimpulannya, dadah membawa padah. Jadi, jagalah tingkah laku kita kerana sesal daulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekian,puteri pemidato mengundur diri.