Laporan Kejohanan Balapan Dan Padang [PDF]

  • Author / Uploaded
  • zaki
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Laporan Kejohanan Balapan dan Padang SK Taman Jelutong 2016



Pada tarikh 16 Mac 2016, Hari Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong. Tujuan hari sukan seperti ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kesukanan dalam diri pelajar. Hal ini kerana, semua murid yang mengambil bahagian akan bersungguh-sungguh untuk memenangi dalam setiap bahagian yang diambil. Hari Kejohanan Balapan dan Padang dimulakan pada jam lapan tiga puluh minit pagi. Hari sukan dimulakan dengan persembahan kontinjen-kontinjen rumah sukan yang terdiri daripada rumah Laksamana, Syahbandar, Temenggung dan Bendahara. Setiap rumah sukan mempersembahkan perakan masing-masing dengan penuh kreatif. Acara seterusnya ialah pembacaan ikrar oleh penolong ketua pengawas. Pembaca ikrar diiringi oleh setiap ketua rumah sukan. Setelah pembacaan ikrar selesai, pengacara majlis menjemput Yang Dipertuan Pengerusi PIBG untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan hari sukan tersebut. Setelah itu, acara yang amat dinanti-nantikan bermula. Semua pelajar yang tidak mengambil bahagian perlu berkumpul dalam khemah yang disediakan untuk menyaksikan acara balapan dan padang. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara lumba lari 100 dan 200 meter, lompat jauh serta lompat tinggi. Rumah Laksamana telah muncul sebagai johan kejohanan kali ini. Kemeriahan sorakan para pelajar dapat dilihat apabila dimulakan. Mereka bersungguh-sungguh memberi sorakan kepada rakan-rakan mereka. Guru Besar, Puan Roslina bt Saidin telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah Laksamana telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada kali ini. Adam bin Ibrahim dan Rozita bt Che Wan telah dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati pada tahun ini. Kejohanan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Kesimpulannya,Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini berlangsung dengan meriah. Setiap peserta telah berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai kejayaan.



Laporan disediakan oleh, 24 MAC 2106 amirul ( AMIRUL HAKIM BIN MAT ZAKI) Setiausaha,



Rumah Laksamana Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong