Laporan Program CSR [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LAPORAN PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADHAN BERSAMA ANAK - ANAK YATIM



TARIKH 25 MEI 2019 (SABTU)



TEMPAT PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH, SUNGAI ROTAN, PENDANG



ANJURAN MSD DIGITAL INTELLIGENCE SDN. BHD. – PEJABAT WILAYAH UTARA PUSAT INTERNET KLUSTER PENDANG



1.0 MAKLUMAT KESELURUHAN PROGRAM Program



: Program Semarak Kasih Ramadhan 2019



Tarikh



: 25 Mei 2019



Tempat



: Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Sungai Rotan,



Pendang



Jumlah Anak-anak yatim : 35 orang anak-anak yatim dari a) Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Sungai Rotan, Pendang



2.0 PENDAHULUAN Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang penuh dengan keberkatan , kerahmatan, keampunan dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam. Bertepatan dengan itu, MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. Wilayah Utara bersama Pusat Internet Kluster Pendang tidak melepaskan peluang ini serta mengambil inisiatif mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan mengadakan Program Semarak Kasih Ramadhan.



3.0 MATLAMAT Program ini diharapkan dapat mendidik hati pengguna Pusat Internet, petugas dan pihak pengurusan dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT. Di samping meraikan anak-anak yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal juga dapat memupuk Ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara pihak pengurusan, petugas dengan pihak yang terlibat khususnya anak-anak yatim seterusnya berbuka puasa bersama mereka.



4.0 RASIONAL Anak-anak dapat menikmati suasana sambutan Syawal seperti rakan yang lain tanpa rasa rendah diri.



5.0 OBJEKTIF 1. Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa petugas dan anak-anak yatim. 2. Mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah dalam kehidupan seharian. 3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menambah amal kebajikan. 4. Mengenali dan menghargai golongan yang kurang bernasib baik. 5. Menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah. 6. Membuat kebajikan dengan mengagihkan sumbangan kepada anak-anak yatim.



6.0 PENYERTAAN PROGRAM Program ini telah disertai oleh anak-anak yatim dan miskin yang dipilih di daerah Pendang ini, petugas Pusat Internet Kluster Pendang dan wakil Pejabat MSD Wilayah Utara. Ahli Jawatan Kuasa Terlibat Penasihat



: En. Nik Mohd Nasir Bin Nik Megat



Pengerusi



: En. Sahril Bin Ahmad Rasdi



Naib Pengerusi



: Pn. Nor Adiyaton Adha Binti Che Ani



Setiausaha



: Pn. Suraya Binti Mat Nor



Bendahari



: Pn. Zatun Najahah Binti Haji Salleh



7.0 PERBELANJAAN PROGRAM SUMBANGAN BARANG Pasaraya Jalinan Mesra Sos Cili Doon Mohd Rustam Bin Abdul Razak Mudim Zakaria Sos Dan Kicap Petronas Pendang Ct Cheezy Bakery Changloon



Beras 2 Kampit Kicap ( 5 Dozen) Beras 2 Kampit ( 12 Dozen) 5 Kotak Air Kotak Season 200 Bungkus Roti (Sahur)



PENDAPATAN Sumbangan Pusat Internet Kedah & Perak Sumbangan MSD HQ Sumbangan Syarikat/Persendirian



RM 4071.30 RM 3000.00 RM 1583.00 RM 8654.30



PERBELANJAAN Backdrop Khemah 2 Unit Jamuan Berbuka Puasa Sumbangan Duit Raya Bakul & Kain Net (Utk Hamper Tanda Serahan Sumbangan) Sumbangan Rumah Anak yatim (Goodies Raya) Sumbangan Rumah Anak yatim (Brg Dapur) Sumbangan Rumah Anak yatim (Brg Keperluan)



RM 180.00 RM 320.00 RM 1341.65 RM 1700.00 RM 27.00 RM 1227.40 RM 1041.20 RM 2760.00 RM 8597.25



BAKI LEBIHAN DUIT Dimasukkan kedalam tabung di Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Sungai



Rotan, Pendang RM 57.05



8.0 OBJEKTIF i.



Kami berjaya membekalkan makanan yang mencukupi untuk semua tetamu yang telah menghadiri majlis tersebut.



ii.



Kami berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan para petugas Pusat Internet Kluster Pendang dengan anak-anak yatim setempat



iii.



Kami berjaya meraikan kedatangan anak-anak yatim dan miskin al-munirah dalam keadaan yang penuh meriah.



iv.



Kami berjaya melancarkan majlis ini dengan sempurna selaras apa yang telah dirancang.



9.0 KESIMPULAN Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim daerah Pendang yang dianjurkan oleh pihak Pejabat MSD Wilayah Utara ini telah disambut dengan meriah oleh semua anak-anak yatim, petugas Pusat Internet Kluster Pendang dan Staf Pejabat MSD Wilayah Utara. Setiap perancangan dan pengurusan yang dilakukan telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak antara petugas Pusat Internet Kluster Pendang dan Staf Pejabat MSD Wilayah Utara yang terlibat dalam menjayakan majlis yang sederhana ini. Kami mengharapkan semua anak-anak yatim memperolehi kegembiraan, keseronokan dan keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung.



10.0 LAMPIRAN BERGAMBAR