Laporan Stesen Naik Turun Bangku [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

STESEN 4: UJIAN NAIK TURUN BANGKU Sebelum Sebelum melaksanakan program SEGAK di sekolah, stesen naik turun bangku menyediakan alatan seperti jam randik, rakaman metronome rentak 96 detik seminit, norma ujian naik turun bangku bagi umur 10 tahun mengikut jantina dan meninjau tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti naik turun bangku. Stesen naik turun bangku bertujuan menilai daya tahan kardiovaskular murid-murid. Langkah-langkah dan arahan yang perlu, ringkas, padat dan sesuai haruslah dikenalpasti agar murid-murid dapat memahami dan menurut arahan yang telah ditetapkan.



Semasa Semasa pelaksanaan aktiviti naik turun bangku, murid diminta mencari denyutan nadi di bahagian kiri leher menggunakan dua jari tangan kanan. Selepas murid mengenalpasti keberadaan denyutan nadi masing-masing, mereka diberi penerangan cara pelaksanaan aktiviti naik turun bangku selama 3 minit mengikut detik metronome. Aktiviti dilaksanakan secara berpasangan iaitu seorang pencatat bacaan nadi dan seorang lagi melakukan aktiviti. Selepas 3 minit, murid terus duduk dan mengira denyutan nadi masing-masing selama 30 saat untuk mengetahui tahap daya tahan kardiovaskular. Aktiviti ini dilaksanakan kepada semua pelajar tahun 4.



Selepas Bacaan yang diperolehi pada murid tahun 4 pada stesen naik turun bangku dianalisis untuk mengetahui tahap kardiovaskular mereka.



Kekuatan Ujian ini dapat meningkatkan dan melatih keupayaan diri murid serta



membina daya tahan



kardiovaskular mereka. Selain itu, penguji dapat melihat sendiri kemampuan murid dalam melaksanakan aktiviti dan murid dapat didedahkan dengan cara hidup sihat.



Kelemahan



Masalah yang dihadapi di stesen ujian naik turun bangku adalah kekurangan untuk mendapatkan alat naik turun bangku iaitu ukuran pada alat tidak menepati ukuran sebenar, ianya jauh lebih rendah berbanding standart yang telah ditetapkan. Oleh itu, berlaku ralat juga pada data yang dihasilkan. Seterusnya, kesukaran murid mengenalpasti keberadaan denyutan nadi mereka. Ini menyebabkan berlaku ralat dalam pengiraan denyutan nadi yang betul oleh murid itu sendiri.