Laras Bahasa [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Analisis Laras Bahasa 1.0 Pendahuluan Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang boleh dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di istilahkan sebagai register atau laras iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila bahasa digunakan.Laras bahasa adalah ragam bahasa yang digunakan untuk suatu tujuan atau pada konteks sosial tertentu. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, dijuga laras bahasa atau laras sosial. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah. Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-berubah mengikut situasi. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurausenda adalah berbeza daripada kata –kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan Banyak sekali laras bahasa yang dapat diidentifikasi tanpa batasan dengan jelas. Terdapat beberapa definisi, iaitu pandangan beberapa orang ahli bahasa tentang pengertian laras bahasa. Halliday (1968), mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Beliau menyatakan laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Jika diamati perlakuan bahasa yang ada dalam pelbagai konteks, didapati faktor kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan. Selain itu, Brian Seaton (1982) berpendapat laras bahasa ialah satu variasi yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina atau tajuk perbualan. Laras juga terdapat dalam sesuatu bidang seperti kewartawanan, perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya berbeza sama ada dalam bentuk penulisan atau tulisan. Oleh itu kita akan dapati seseorang itu akan memiliki laras bahasa yang berlainan. Menurut ahli bahasa tempatan seperti Asmah Haji Omar (1987), menyatakan laras bahasa mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Kelainan atau variasi bahasa yang digunakan mempunyai disiplin ilmu yang berbeza-beza. Abdullah Hassan (1987), telah mengaitkan laras bahasa dengan pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya. Pemakaian laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan bahasa yang baik. Bahasa yang digunakan seperti menyampaikan indeks pasaran saham di bursa saham ialah laras ekonomi



2.0 Ciri- ciri Laras Bahasa Menurut Nik Safiah Karim (1989), kajian terhadap laras bahasa perlu mempertimbangkan dua faktor yang utama iaitu ciri keperihalan peristiwa bahasa dan ciri linguistik yang wujud . Ciri keperihalan pula dibahagikan kepada dua aspek utama, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran adalah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan setiap anggota masyarakat. Contohnya, apabila kita mengkaji laras bahasa masyarakat Melayu lama, kita perlu mengaitkan dengan situasi istana, stratifikasi sosial, tradisi sastera lisan dan aspek-aspek lain anggota masyarakat zaman itu.Situasi persekitaran pula meliputi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Terdapat empat situasi persekitaran yang menyebabkan wujudnya bahasa yang berlainan atau laras. Situasi yang dimaksudkan ialah cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan, dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Cara penyampaian yang terdapat dalam situasi persekitaran menyebabkan wujudnya kepelbagaian dalam laras bahasa. Laras bahasa juga mempunyai ciri-ciri linguistik yang melibatkan unsur tatabahasa dan pemilihan perkataan atau leksis. Hal ini telah dijelaskan oleh Nik Safiah Karim (1982) dengan melihat ciri-ciri tata bahasa yang terdapat dalam susunan ayat dan frasa dalam laras bahasa. Nik Safiah juga berpendapat bahawa, tatabahasa yang disusun dengan cara tertentu akan menimbulkan laras bahasa yang mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ciri linguistik pula adalah berkait rapat dengan faktor sosial seseorang seperti latar belakang orang yang bercakap atau menulis. Laras bahasa juga turut menunjukkan manipulasi unsurunsur tatabahasa sesuai dengan wacana yang dibicarakan. Contohnya laras bahasa aspek fonologi, morfologi dan sintaksis yang meneliti penggunaan bunyi, pembentukan kata serta struktur dan binaan ayat.



3.0 Analisis Laras Bahasa dari Jurnal (Jurnal Pendidikan) 3.1 Laras Bahasa Akedemik Dalam jurnal yang saya kaji ini iaitu jurnal pendidikan. Dalam jurnal ini terdapat laras akademik telah digunakan. Laras bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Lantaran itu, gaya bahasanya menunjukkan kematangan dan keintelektualan yang berupaya menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Oleh sebab, jurnal yang saya kaji ini berkaitan dengan pendidikan terdapat istilah-istilah perkataan yang berkaitan dengan khususnya bidang pendidikan. Contohnya seperti proses PdP, pedagogi, kemahiran abad



ke-21, “code- switching”, paradigma dan konsturktivisme.



3.2 Laras Bahasa Media Laras bahasa Media kurang mementingkan gaya atau nahu terutama dalam penggunaan imbuhan dan kata hubung. Hal ini kerana, berita sebagai satu wacana yang mempunyai struktur teks yang tersendiri berbeza dengan struktur teks cereka, esei dan karya ilmiah. Penyampaiannya menggunakan bahasa yang mudah difahami justeru sesuai dengan medium pendengarnya dan mengandungi berita tepat dan padat. Berikut merupakan contoh dari jurnal yang dikaji dalam laras bahasa Media. Aktiviti berkumpulan yang memenuhi konsep pembelajaran koperatif di Malaysia mencapai aras pertumbuhan yang berpotensi untuk dibangunkan melalui kolaborasi dengan rakan sebaya. (m/s.3) 3.3 Laras Bahasa Rencana Laras Bahasa Rencana adalah laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan.  Penggunaan gaya bahasa juga mudah difahami. Selain itu, laras bahasa rencana ini juga digunakan untuk melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci. Contoh laras Bahasa rencana yang terdapat dalam jurnal ini ialah guru memberikan autonomi kepada pelajar untuk membuat keputusan khususnya berkaitan perjalanan proses PdP di dalam bilik darjah. Kajian ini mendapati guru telah memberikan autonomi kepada pelajar dalam beberapa aktiviti seperti dicadangkan Kesici (2008) antaranya membuat keputusan tentang topik yang dibincangkan, cara tugusana akan dilaksanakan, individu yang perlu memjawab soalan dan jawapan yang layak diberikan. (m/s.7) Melalui ini, pembaca dapat mengenali satu isu yang terdapat dalam jurnal dengan jelas dan tepat dengan penggunaan gaya bahasa yang mudah untuk difahami.



3.4 Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Sains ini bersifat ilmiah dan formal serta sangat mementingkan ketepatan makna dan fakta. Laras ini banyak mengandungi istilah khusus dengan pemilihan kata yang tepat dan teknikal. Dengan kata lain, laras ini tidak membenarkan penggunaan kata yang mengelirukan dan tafsiran makna yang bercanggah. Laras Bahasa Sains banyak menggunakan istilah khusus, namun sebahagian perkataan dan frasa yang mengungkapkan ilmu sains masih merupakan bahasa umum. Hal ini bertujuan untuk memudahkan istilah tersebut difahami oleh kebanyakan orang. Contoh istilah yang digunakan dalam jurnal ini ialah probing yang merupakan antara teknik yang berkesan untuk menggembangkan fikiran pelajar dan menggalakan respon yang berterusan daripada murid-murid. (m/s.6) 3.5 Aspek Penggunaan Bahasa Dari segi pengunaan bahasa dalam jurnal ini amat jelas dan mudah difahami. Menurut Awang Sariyan (1996), daripada kaca linguistik murni, tidak ada istilah ‘bahasa yang betul’ dan ‘bahasa yang salah’ kerana yang ada ialah pelbagai ragam bahasa yang digunakan menurut konteks tertentu oleh pengguna tertentu disebabkan oleh pelbagai pengaruh seperti pendidikan,. Oleh itu, istilah ‘bahasa yang betul’ dan ‘bahasa yang salah’ mestilah dilihat dari sudut pandangan yang tepat. Oleh itu, menurut beliau lagi, masalah kesalahan bahasa perlulah dibaiki kerana tuntutan zaman menjadikan bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi daripada bahasa-bahasa moden lain di dunia untuk menjadi alat komunikasi maju dan alat pembinaan budaya tinggi. Dalam jurnal ini pengguna hanya menggunakan bahasa Melayu dengan jelas dan mudah difahami. Perkara- perkara penting dalam jurnal ini dapat difahami dengan mudah kerana bahasanya jelas.



Kesimpulan Kesimpulannya, laras bahasa pada umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Pengetahuan tentang laras bahasa amat penting kerana seseorang pengguna bahasa yang cekap akan memilih laras bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Penggunaan laras bahasa yang salah menggambarkan ketidaksempurnaan penguasaan bahasa seseorang. Selain itu, taraf kemajuan sesuatu bahasa juga diukur menerusi jumlah laras yang wujud dalam berkenaan. Hal ini demikian kerana, kemunculan laras – laras bahasa baharu adalah selari dengan perkembangan sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat. Dalam jurnal ini, pengguna telah menggunakan kebanyakkan laras dengan jelas dan tepat. Maklumat yang ingin disampaikan kepada pembaca senang untuk difahami dan jelas.