Lini Produk [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LINI PRODUK -Merupakan sebarisan produk yang lebih kurang sama jenis atau yang berkaitan antara satu sama lain yang dijual oleh sesebuah perniagaan. -Setiap satu lini atau barisan produk mempunyai ciri-ciri,pengguna dan kegunaan yang sama.Item produk tersebut mungkin menggunakan teknologi,pengedaran,harga dan promosi yang sama. -Contohnya,Oppo mengeluarkan beberapa lini atau barisan produk telefon bimbit,Revlon memasarkan gincu bibir,bedak dan alat kosmetik sebagai antara produk daripada lini atau barisan produknya. -Kedalaman Produk ~Merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat sesuatu lini atau barisan produk.Contohnya sejenis ais krim ditawarkan dalam empat jenis perisa yang berlainan iaitu coklat,durian,jagung dan vanila. ~Bilangan item yang lebih dalam dapat memberi pilihan yang lebih luas kepada pengguna. -Kelebaran Produk ~Merujuk kepada bilangan lini atau barisan produk yang berlainan yang ditawarkan oleh pengeluar kepada pengguna.Contohnya,Kedai buku popular menawarkan banyak lini atau barisan produk seperti buku,majalah,alat tulis,cakera padat dan peralatan multimedia. ~Bilangan barisan yang lebih banyak atau lebar dapat menarik pelbagai segmen pasaran.



FAKTA2 YG MEMPENGARUHI HARGA 1) Faktor dalaman i )Objektif pemasaran adalah penakatan -Objektif yang ingin dicapai oleh perniagaan dalam penetapan harga berdasarkan sama ada penakatan,memaksimumkan keuntungan,memimpin pasaran atau memimpin kualiti produk. -Obejktif penakatan adalah tindakan untuk memastikan perniagaan terus beroperasi dengan memasarkan produk pada paras harga yang rendah bagi mewujudkan permintaan ke atas produk. ii )Strategi pemasaran -Harga produk yang ditetapkan harus mengambil kira reka bentuk produk,jenis produk dan kualiti produk,bentuk pengedaran serta jenis promosi yang dijalankan. Faktor luaran i )Keadaan pasaran dan permintaan -Kaedaan ekonomi yang baik dan permintaan yang tinggi membenarkan pemasar meletakkan harga yang bersesuaian dengan kuasa beli pengguna.Manakala dalam keadaan ekonomi yang meleset akan memberi kesan kepada kos pengeluaran dan persepsi pengguna terhadap nilai dan harga. 2) Persaingan -Persaingan yang wujud perlu diambil kira oleh pemasar sebelum menetapkan harga produk. -Harga produk yang dikenakan oleh pesaing akan mempengaruhi penetapan harga yang akan dibuat oleh pemasar.Hal ini demikian,kerana pemasar perlu membandingkan harga dengan kualiti produk pesaing sebelum menetapkan harga bagi mengelakkan kelembapan jualan. 3) Faktor persekitaran -Persekitaran sosiobudaya dan perundangan menentukan tingkat harga yang boleh ditetapkan oleh pemasar. -Kawalan kerajaan terhadap harga produk kawalan juga mempengaruhi harga yang ditetapkan oleh pemasar.Contohnya mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 di mana harga yang dikenakan harus berpatutan bagi produk kawalan seperti gula,minyak masak dan tepung gandum.