M1 Kategori Orang Sumber Lisan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kategori Orang Sumber dan Ciri-Cirinya



1. Orang Sumber Proto:  Orang sumber Proto merujuk kepada individu yang terlibat secara langsung dalam sesebuah peristiwa atau perkara sebagai pelaku.  Keterangan proto adalah sumber yang diperoleh daripada seseorang tentang peranannya dalam perkara yang dikaji.  Keterangan ini termasuklah keterangan tentang kenangan, pengalaman hidup dan peranan yang telah dimainkan olehnya dalam sesebuah peristiwa hidupnya.  Antara projek sejarah lisan yang sesuai dalam menggunakan keterangan proto termasuklah projek biografi tokoh (wawancara tokoh itu sendiri) atau projek kajian sesebuah peristiwa sejarah seperti mewawancara bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) bagi mendapatkan maklumat tentang peristiwa darurat dari sudut pandang golongan kiri.  Peranan sumber proto adalah penting sebagai sumber primer dalam mendapatkan firsthand view daripada pelaku sesuatu peristiwa itu sendiri.  Pengalaman dan keputusan yang diambil daripada setiap tindak-tanduk mereka sebagai pelaku (actor) dalam sesuatu peristiwa sejarah sudah pasti akan mampu memberikan lebih banyak maklumat penting kepada pengkaji berbanding orang- orang sumber yang lainnya. 2. Saksi Mata (Eye-Witnesses)  Saksi mata adalah merujuk kepada orang sumber yang tidak menjadi pelaku kepada sesuatu peristiwa atau perkara, akan tetapi sebaliknya menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa sejarah.  Pemerhati di sini bermaksud orang sumber tersebut melihat dan menyaksikan sendiri dengan matanya tentang sesuatu peristiwa yang berlaku di hadapan matanya.  Orang sumber saksi mata ini tidak mempunyai peranan dalam peristiwa berkenaan selain menjadi pemerhati atau saksi mata kepada sesuatu kajian.  Segala maklumat yang disampaikan oleh saksi mata adalah berdasarkan sudut pandang dan apa yang dilihat olehnya.  Peranannya dalam sesebuah kajian sejarah adalah untuk memperincikan dan menceritakan semula peristiwa dan kejadian sesuatu peristiwa melalui apa yang telah dilihat olehnya.  Antara contoh saksi mata termasuklah orang ramai yang hadir dalam peristiwa Rundingan Baling atau orang yang dalam sesuatu majlis yang bersejarah. 3. Orang Sumber Kata Dengar (Hearsay)  Orang sumber kategori ini tidak terlibat langsung dengan sesebuah peristiwa sama ada sebagai pelaku mahupun sebagai saksi mata.  Kebiasaannya, orang sumber kategori ini memperolehi keterangan tentang sesuatu peristiwa daripada pelaku atau saksi mata atau orang sumber kata dengar yang lainnya.  Oleh itu, keterangan yang diberikan oleh orang sumber ini dianggap sebagai second hand source dan bersifat sekunder.  Kebiasaannya, pengkaji mendapatkan keterangan daripada orang sumber kata dengar ini apabila pelaku atau saksi mata telah meninggal dunia dan jarak masa di antara kajian yang dibuat dengan masa kajian adalah terlalu jauh.



 



Orang sumber kata dengar ini berperanan memberikan keterangan lisan berdasarkan apa yang telah diberitahu kepadanya tentang sesuatu peristiwa atau perkara sejarah. Contohnya termasuklah keterangan waris-waris kepada tokoh-tokoh pejuang tempatan yang telah lama meninggal dunia seperti waris Mat Kilau, Tok Kenali dll.