Komunikasi Lisan Dan Bukan Lisan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0) PENGENALAN Pengetahuan dan penguasaan kemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan bahasa Melayu amat penting kepada setiap individu. Komunikasi lisan dan bukan lisan mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Komunikasi lisan merupakan proses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Ketika komunikasi lisan dijalankan, seseorang itu menggunakan kemahiran mendengar serta mempunyai niat untuk menjalankan proses komunikasi. Terdapat maklum balas yang diterima di mana komunikasi dua hala dilaksanakan antara penyampai dan penerima. Komunikasi ini juga memerlukan penjelasan yang jelas agar apa yang disampaikan itu dapat difahami dengan betul.



2.0) KOMUNIKASI LISAN Antara kebaikan komunikasi lisan adalah



penyampaian sesuatu mesej boleh



disalurkan melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada penerima. Maklum balas juga boleh diperoleh dengan cepat. Mesej dapat disampaikan dengan lebih senang kerana komunikasi lisan melibatkan bersemuka dan boleh bersoal jawab pada masa yang sama.Komunikasi lisan kebanyakannya secara tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan. Hal ini dapat dilihat melalui tugas seorang kaunselor di mana komunikasi lisan digunakan secara menyeluruh bagi berhubung dengan kliennya ataupun pelajar. Melalui komunikasi ini, masalah mereka dapat dirunding kerana sesuatu pengucapan dan juga luahan dapat dilakukan dengan baik. Di samping kebaikan, terselit juga keburukan dalam komunikasi lisan. Antaranya adalah sekiranya penghantar tidak pandai berkomunikasi dengan baik akan berlaku kemungkinan mesej tidak dapat disampaikan dengan sempurna. Semasa melakukan komunikasi lisan, tiada rekod simpanan kekal disimpan atau dicata kerana ianya berbentuk tidak nyata seperti percakapan atau pengucapan.



2.1) KOMUNIKASI BUKAN LISAN Manakala komunikasi bukan lisan bermaksud tidak menggunakan percakapan. Komunikasi bukan lisan terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku dan unsur fizikal. Tingkah laku adalah seperti pergerakan badan dan intonasi.Komunikasi bukan lisan berunsur bukan fizikal terdiri daripada reka bentuk bangunan, kelengkapan dan perhiasan pejabat. Antara kebaikan komunikasi bukan lisan adalah mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima. Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat dalam pembelian sesebuah buku. Seseorang yang 1



membeli buku atau bahan bacaan yang lain hanya akan membeli sesuatu yang berkaitan dan sesuai dengan mereka sahaja. Seterusnya komunikasi bukan lisan ini dapat dijadikan bahan rujukan kerana ianya dalam bentuk rekod tetap dan boleh disimpan lama. Tiada had penerima maklumat seperti akhbar merupakan antara kebaikan komunikasi bukan lisan. Akhbar merupakan contoh yang terbaik kerana tiada had umur bagi pembacanya di mana semua orang pada peringkat umur yang berbeza dapat membacanya. Namun komunikasi bukan lisan juga mempunyai keburukannya di mana penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej yang dihantar dan tidak boleh menentukan pembacanya. Sebagai contohnya penulis sesuatu blog di laman web di mana mereka bebas untuk menulis apa sahaja tetapi tidak dapat mengawal had umur pembacanya. Sesuatu bahan penulisan itu dapat menjadi sensitive dan tidak sesuai sekiranya tidak dispesifikasi pembacanya. Selain itu, maklum balas tidak diterima dengan segera seperti notis pemberitahuan yang kadang-kadang tidak dihantar dengan kadar segera seterusnya merumitkan masyarakat sekitar. Kemungkinan penerima hanya memahami sebahagian mesej yang diterima adalah antara keburukan bagi komunikasi bukan lisan. Hal ini terjadi kerana tiada pihak yang lain untuk menjelaskan sebarang kekeliruan ketika kita melakukan pembacaan. Oleh itu, salah faham akan berlaku kerana salah dari segi mentafsirkan sesuatu maklumat.



2



3.0) TEKS PIDATO – KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21



Bismillahirrahmanirrahim. Kalau tidak kerana bintang, Tak akan bulan kelihatan tinggi , Kalau tidak kerana pidato, Tak akan saya berada disini. Datang bahtera dari Medan , Singgah sebentar di laluan Kerai, Salam satu Malaysia saya hulurkan , Kepada warga dewan pembuka tirai. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Salam aprisiasi saudara pengatur majlis, Barisan panel penghakiman penuh berkarisma, Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan penerus wadah tonggak negara. Sidang hadirin yang dihormati, Tajuk pidato saya adalah Komunikasi Berkesan Dalam Pendidikan Abad ke 21. Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini. Salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing 3



pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Contohnya, kebanyakan pelajar pada zaman sekarang mempunyai akaun laman sosial seperti facebook, melalui laman ini guru boleh memuat turun nota atau latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih menarik minat pelajar untuk belajar. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Kemahiran teknologi maklumat dan inovasi turut melahirkan pelajar kreatif dan inovatif yang dapat mengembangkan pemikiran mereka dan amat berguna apabila berada di dunia pekerjaan. Dengan adanya aspek ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar. Misalnya, dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar dapat mengakses maklumat tanpa had dengan hanya menggunakan enjin carian seperti google atau yahoo mereka dapat memperoleh banyak maklumat dengan hanya menggunakan hujung jari. Hadirin hadirat sekalian, Bicara saya yang seterusnya, Antara elemen-elemen yang turut terkandung dalam kemahiran teknologi maklumat dan inovasi adalah kreativiti dan inovasi (creativity and innovation), pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (critical thinking and problem solving), komunikasi dan kolaborasi (communication and collaboration), literasi maklumat (information literacy), literasi media (media literacy), literasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), ICT (Information, Communications and Technology) Literacy), fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (flexibility and adaptability), berinisiatif dan mempunyai haluan diri



4



(initiative and self-direction) serta kemahiran sosial dan antara-budaya (Social and CrossCultural Skills). Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa. Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan dan merupakan salah satu kemahiran abad ke-21. Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata dan tepat serta menghargai sumbangan sains dan teknologi. Warganegara sedemikian dapat dibentuk sekiranya pendedahan awal kepada sains dan teknologi diberikan. Sains secara amnya dilihat sebagai satu bidang ilmu pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. Sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah, sains dapat memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran sains dapat menggalakkan semangat ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketabahan, ikram terhadap hidupan dan menghargai alam sekitar. Sains di peringkat sekolah rendah membolehkan murid mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui pengalaman dan juga penyiasatan.



5



Akhir kata, Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warah matullahiwabarakatu.



6